Pages

Thursday, June 19, 2014

RESEPI TORTILA WRAP


Anak-anak kecil memang cerewet bila bab makan sarapan pagi. Kalau asyik dihidangkan bijirin segera dan susu sahaja tentu mereka juga bosan. Apa kata sediakan sarapan mudah yang berkhasiat untuk mereka.
Hidangan: 2 orang
Masa: 20 minit
Bahan-bahan:
2 keping tortilla wrap
isi ayam (potong dadu)
½ biji bawang besar (cincang)
2 biji telur
1 sudu kecil sos barbeque
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Daun salad
Minyak zaitun untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1.            Perap isi ayam dengan sos barbeque selama 3-5 minit.
2.            Panaskan kuali dan tumis bawang besar. Biarkan seketika kemudian masukkan ayam yang diperap.
3.            Setelah ayam masak, sejukkan ia dan goreng telur hancur seperti biasa.
4.            Gaulkan ayam dan telur hancur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah. Gaul sebati.
5.            Kemudian gunakan kuali leper anda untuk panaskan tortilla. Gunakan api yang perlahan. Satu minit untuk setiap bahagian tortilla yang dipanaskan.
6.            Setelah dipanaskan, letakkan daun salad di atas tortilla. Kemudian letakkan campuran ayam dan telur tadi di atas daun salad.
7.            Balut tortilla anda mengikut citarasa sendiri. Boleh juga ditambah sos tomato dan mayonis untuk rasa yang lebih menarik.
8.            Siap untuk dihidangkan.
Credit: Pama

 

No comments:

Post a Comment