Pages

Saturday, June 21, 2014

RUAM PADA BAYI


Kadang kala ada bayi baharu lahir menghadapi masalah ruam di bahagian muka walhal dia hanya minum susu ibu sepenuhnya. Sesetengah berpendapat ruam tersebut disebabkan oleh susu ibu yang tidak sesuai dengan bayi.
Benarkah susu ibu boleh mendatangkan ruam? Bukankah susu ibu adalah antibodi terbaik untuk bayi?  Ruam boleh berlaku kepada mana-mana bayi. Terdapat beberapa jenis ruam yang biasanya berlaku kepada bayi di bulan-bulan awal iaitu
  1. Baby acne (seperti jerawat) yang biasanya berlaku di minggu-minggu awal. Ia kelihatan seperti jerawat-jerawat kecil di sekitar kawasan pipi, dahi dan kepala. Ia tidak menimbulkan ketidakselesaan kepada bayi. Ruam berlaku disebabkan susu ibu mungkin dibiarkan di pipi tanpa dilap atau dibersihkan. Ibu disarankan menggunakan air biasa dan tuala lembut untuk membersihkan kawasan pipi setiap kali selepas sesi penyusuan.
       2.  Ekzema juga ruam yang biasa berlaku kepada bayi ketika berusia satu hingga lima bulan. Kulit penghidap ekzema sentiasa kelihatan kering. Rawatan yang biasa digunakan                 untuk ekzema adalah menggunakan agen pelembap.
       3.  Terdapat juga sejenis ruam yang dikenali sebagai seborrheic dermatitis yang biasanya berlaku ketika bayi berusia sebulan. Ia seperti jerawat merah yang kecil dan bersisik                    kekuningan di kawasan kening, bulu mata dan kulit kepala.
Untuk makluman ibu, alahan terhadap susu ibu itu sendiri adalah sesuatu yang mustahil. Bayi berkemungkinan sensitif kepada protein dalam susu ibu yang datangnya daripada pemakanan si ibu sendiri.
Menurut kajian, punca utama adalah protein daripada susu lembu. Sekiranya ibu mengamalkan pengambilan produk tenusu secara berlebihan (susu, keju, ais krim atau sebarang produk diproses yang mengandungi casein atau whey protein), cuba berhenti untuk seketika (dua minggu) dan lihat jika ada perubahan. Ini sahaja cara untuk mengetahuinya secara khusus.
Ruam boleh disapu dengan krim herbal blend Shaklee. Ketahui lebih lanjut tentang krim terhebat ini boleh klik di sini!

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772

Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment