Pages

Monday, October 6, 2014

AIDILADHA 2014 DI HOSPITAL - Part 1

Assalamualaikum semua..

Mommy kali ni bersiaran langsung di hospital sg.buloh. Hari ni hari ke 4 kami di sini. Kesihatan Raees dah ok sikit tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Nak tahu apa yang terjadi? Ni mommy nak cerita la ni..

Raees da start batuk dan selsema sikit-sikit minggu lepas, hujung bulan September. Ni berjangkit dari kakak Wisya la sapa lagi kan.. Ingat mommy nak terus bawak ke hospital tapi pikir-pikir balik, batuk biasa je pastu baby bukan boleh bagi ubat pun untuk batuk. Jadi mommy decide nak monitor je.

Lepas hari ke 3, which hari khamis mommy da kesian sangat kat Raees batuk dia makin teruk pastu nafas dia macam laju sikit, tengahari tu mommy bawak dia pegi klinik Su Familia kat Bukit Jelutong, family doktor kami. Doktor Siti bagi nebulizer, bagi dia mudah bernafas sebab memang takde ubat batuk untuk baby,lagipun Raees takde demam jadi doktor pun tak risau sangat. Doktor suruh datang lagi malam.

Malam tu kali kedua Raees ambik nebulizer. Doktor pesan,kalau tetiba Raees sesak nafas ke,biru ke, cepat-cepatla ke hospital. Masa tido Raees ok,tapi bila pagi mommy bangun solat tahajud buat kali pertamanya, habis salam je mommy dengar dia batuk. Pastu tetiba dengar suara daddy. Mommy terus lari tengok Raees, nafas dia laju, dalam dan berbunyi. Mommy dah of course risaukan.. Cakap kat daddy jom pegi hospital. Since mommy ni duduk Shah Alam, mana ada hospital kerajaan yang dekat. Kami ke KPJ Shah Alam, Seksyen 20.

Kami sampai dalam pukul 6.30 atau 7 pagi. Diorang cek Raees, bagi oksigen dia ok sikit. Lepas tu doktor tanya nak masuk sini ke? Ikutkan keadaan Raees, dia kena masuk ICU ni. Dah cuak kitorang, wad biasa penuh wad VIP je ada. Etiqa tak cover wad VIP. Tapi doktor tu nak sedapkan hati kitorang, dia cakaplah, kat KPJ ni takde facilities untuk jantung failure since Raees ada VSD & ASD, lebih bagus kalau kita hantar dia dekat hospital yang lengkap supaya tak banyak tangan nanti, katanya.

Jadi doktor pun call hospital Sg. Buloh penuh, Klang penuh, PPUM penuh, rezeki Raees, Sg. Buloh call balik cakap ok boleh transfer sana. Alhamdulilah.. Memang nasib Raees untuk masuk hospital ni,sebab dulu lepas lahir pun Raees di  NICU sini selama 7 hari k..

Merasala mommy naik ambulans.  Pengalamannya sungguh... Kita sambung entri lain pulak.. Tunggu..

4 comments:

  1. Moga -moga Wan tabah dengan dugaan ini dan Raees cepat sembuh. Amin.

    ReplyDelete
  2. semoga raees lebih sihat dan kuat lepas ni.

    teringat dulu pernah juga sambut aidiladha dalam masjid kampung sebab peristiwa banjir besar di johor...kalau tak silap masa tu tahun 2005 kot. memang pengalaman yang tak dapat dilupakan.

    http://sinarcahayamata.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. semoga kak wan tabah menghadapi ujian Allah ini. Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya..Allah uji kita sebab DIA sayang kita.

    ReplyDelete