Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 7, 2014

PUTING LUKA KETIKA MENYUSU

Kali ni mommy nak berkongsi tips bagaimana nak elakkan puting luka ketika menyusu. 

Menyusukan bayi memang tugas yang paling menyeronokkan bagi seorang ibu. Terasa lengkap tanggungjawab bergelar ibu apabila mampu menyaksikan si comel menghisap susu ibu. Namun pengalaman pertama menyusukan bayi kadang kala mengundang rasa tidak selesa dan sakit.

Masalah puting payu dara ibu terluka selepas menyusukan bayi bukanlah perkara luar biasa. Namun kesakitan yang ditanggung sukar digambarkan. Sebahagian besar ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi mengalami masalah ini.
Pakar laktasi menyatakan antara punca utama berlaku masalah puting luka adalah kerana kedudukan menyusukan bayi tidak betul. Posisi bayi yang tidak betul menyebabkan aerola ibu tidak masuk ke dalam mulut bayi sehingga dia hanya menghisap puting dan susu ibu tidak keluar.  Akibatnya bayi yang tidak dapat susu akan berasa marah membuatkan dia menggigit puting ibu lalu membuatkan ia luka.
Oleh itu ibu mesti belajar kaedah penyusuan yang betul supaya dapat mengelakkan daripada berlaku masalah tersebut. Di harap tip berikut memberikan informasi berguna kepada ibu.

Membersihkan puting
Sebelum memulakan penyusuan, bersihkan puting payu dara ibu menggunakan kain yang direndam dalam air suam. Susukan bayi dengan kerap antara lapan hingga 12 kali sehari.

Lepaskan perlahan
Proses penyusuan ibu kadang kala memerlukan kreativiti sendiri. Misalnya apabila bayi anda mula menggigit puting, jangan serta merta menarik ia dari mulutnya. Sebaiknya lepaskan puting dengan lembut dan perlahan iaitu dengan cara memasukkan jari kelingking anda ke dalam mulut bayi dan keluarkan puting perlahan-lahan atau tekan dagunya secara perlahan. Sebelum itu pastikan jari anda dalam keadaan bersih.

Sapu susu pada puting
Selepas selesai tugas menyusukan bayi, sapukan sedikit air susu ibu pada puting. Kemudian biarkan seketika hingga kering sendiri. Ini dapat membantu menyembuhkan luka kerana susu ibu mengandungi zat penyembuh luka. Tetapi sekiranya anda mendapati luka puting semakin teruk akibat sudah berlaku jangkitan kuman, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 

Krim Lanolin
Boleh juga cuba sapukan lanolin bila puting dah luka. Sekurangnya takde lah pedih sangat bila bayi kita menyusu. Mommy pernah beli brand mothercare. Ia selamat bila kita sapu, bayi boleh terus menyusu. Tak perlu nak lap sebelum bayi menyusu. Harap tips - tips ni membantu ibu-ibu diluar sana.
Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment