Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label omega guard. Show all posts
Showing posts with label omega guard. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

CARA HILANGKAN KAHAK BAYI

Assalamualaikum semua.. 

Baby Raees batuk berkahak. Sah-sah berjangkit dengan kakak wisya yang selesema dan batuk. Since Raees ada jantung berlubang, memang takut sangat kalau dia sakit. Memang mommy cuba jauhkan Wisya dari Raees tapi amatlah susah sebab kakak Wisya kononnya sayang sangat kat adik dia mesti nak kiss everyday. Puas mommy halang, tapi Wisya mesti menang. Jadi end up sekarang Raees batuk berkahak. Mommy ingat nak ke klinik atau hospital, tapi mommy minta pendapat Dr. Liza (kawan Doha) dia nasihatkan monitor dulu, sapu vicks kat dada dia and kaki. Sebab kalau baby lagi tak elok bagi makan ubat sangat kan. Kalau Raees tak baik-baik lagi dan nafas dia makin laju, mommy kenalah berlari ke emergency room. 


Ni mommy pun google nak cari cara nak hilangkan kahak bayi secara tradisional. Dapat kat sini. Mommy kongsikan bersama. Nanti bolehlah cuba sesama kan.

1. Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!

2. Kunyit hidup atau bawang putih.

Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. Daun kaduk.

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kismis

Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. Daun Bunga Tahi Ayam.

Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

6. Gula Melaka

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.


Tapi mommy teringat pagi tadi dengan Omega Guard Shaklee, sebab dia pun berfungsi untuk mencairkan kahak. So, lepas lunch tadi mommy ambil 3 biji. Lepas tu, Raees 2 kali muntah, kuar semua kahak-kahak. Jadilah testimoni sendiri. Memang gerenti mommy akan sambung ambil Omega Guard dan cuba jugak petua-petua di atas. Doakan Raees cepat sembuh dan dijauhi kami ke hospital ye.

Sekian sahaja dari mommy. Sehingga entri yang lain pula. Salam sayang, xoxo



Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Saturday, September 20, 2014

OMEGA GUARD SHAKLEE

Assalamualaikum semua.. 

Perkongsian mommy hari ini adalah tentang Omega Guard Shaklee yang banyak khasiatnya. Mari kita ketahui lebih lanjut kelebihan Omega Guard Shaklee ini dan manfaat untuk sesiapa yang mengamalkannya.


KELEBIHAN SHAKLEE

Minyak ikan terbaik di dunia. 

Omega Guard Shaklee diekstrak dariikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan . Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak lain. Berbanding dengan produk omega di pasaran , Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid lemak omega 3 EPA dan HDA.

Kebanyakan pengusaha-pengusaha kilang menggunakan kaedah penyulingan tekanan tinggi untuk mengekstrak minyak ikan, akan tetapi kaedah ini bukan hanya akan memusnahkan sesetengah nutrien, malah tidak boleh menapis kandungan logam yang membahayakan kesihatan. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan Omega Guard. Ia dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega 3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyinkirkan bahan-bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan PCB (polychlorinated biphenyl) - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik.

MANFAAT UTAMA:
  • ASID LEMAK - omega 3 merupakan asid lemak yang penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu kita perlu mengambilnya dari makanan. Omega 3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. Omega 3 membantu rembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos. Ia juga boleh mengimbangi perubahan dalam kepekatan hormon wanita yang menyebabkan PMS, bagi kulit licin dan kemerah-merahan
  • MENCEGAH PENYAKIT SALURAN DARAH DAN STROK - DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah, dan  peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala. Ia juga merendahkan kolestrol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL, mengawal masalah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • MEMBANTU TUMBESARAN & PERKEMBANGAN OTAK JANIN DAN MEMBANTU PERKEMBANGAN MEMORI - DHA adalah nutrien utama untuk otak, sistem sarag dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit Alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran, mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard dapat membekalkan 905mg asid-asid lemak omega 3 EPA dan HDA
  • MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN MENYIHATKAN PARU-PARU - mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE(lupuserythematosus) dan penyakit buah pinggang
  • MENENTANG KANSER - kajian telah menunjukkan bahawa Omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif
  • MEMELIHARA FUNGSI-FUNGSI SENDI (ARTHRITIS) - paras asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu, ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif
  • MENCEGAH INSOMNIA DAN MEMBANTU MENGURANGKAN TEKANAN - Kajian telah membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia
American Public Health Association mengesyorkan makan ikan laut air dalam sekurang-kurangnya saiz kad permainan sebanyak 2 kali seminggu yang mengandungi paras asid lemak omega 3. Ia membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 44%

KENAPA IKAN LAUT AIR DALAM?

Pada tahun 1970, seorang saintis Amerika, pemenang Nobel Price, telah menemui satu rahsia:
Penduduk eskimo yang hidup dalam persekitaran yang berbeza mempunyai tahap kesihatan yang berbeza.
Orang eskimo yang hidup di Greenland, Denmark yang bekerja sebagai nelayan tidak menghadapi masalah sakit jantung, lelah, tekanan darah tinggi dan kencing manis. Manakala, kaun eskimo yang menetap di Amerika Utama yang bekerja sebagai pemburu dan makanan utama mereka adalah daging yang mengandungi banyak kolestrol menghadapi banyak masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung.
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan: ikan dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi iaitu EPA dan HDA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombu, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

SENDAWA BAU HANYIR IKAN?

Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, disarankan utnuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.

Siapa yang patut mengambil minyak ikan?

Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil yang sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.

Cadangan:

Untuk penjagaan kesihatan: 2 kali sehari, 2 hingga 4 kapsul (sebelum atau sesudah makan)
Untuk sakit tulang, kolestrol tinggi, tekanan darah tinggi : 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali.

Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, June 16, 2014

DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG


Masalah darah tinggi ketika hamil boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja ibu hamil. Jika pemeriksaan tekanan darah anda didapati bacaannya melebih daripada 140/90 pada dua kali pemeriksaan maka ibu hamil didiagnos mendapat tekanan darah tinggi.
Sekiranya ibu disahkan mendapat tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 kehamilan dan tiada protein dalam air kencing anda, anda mungkin didiagnos dengan masalah hipertensi akibat kehamilan. Sementara tekanan darah tinggi dengan kehadiran protein dalam air kencing pula menandakan masalah praeklampsia.
Tetapi jika anda sudah pun mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil, atau didiagnos sebelum 20 minggu kehamilan, ia dikenali sebagai kronik hipertensi. Selagi kronik hipertensi kekal pada tahap rendah hingga sederhana, ia biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah dalam kehamilan.
Masalah hipertensi akibat kehamilan berisiko berlaku ke atas wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Dianggarkan kira-kira 10 peratus wanita mempunyai BMI 30 atau lebih akan mengalami hipertensi akibat kehamilan, berbanding hanya empat peratus wanita dengan BMI 19 hingga 25.
Masalah hipertensi akibat kehamilan biasanya pada tahap rendah dan mungkin tidak akan menyebabkan masalah yang ketara pada ibu atau bayi dalam kandungan.
Walau bagaimanapun lebih awal ia berlaku, lebih besar risiko bayi bersaiz lebih kecil daripada usianya atau ia berkembang menjadi praeklampsia. Risiko praeklampsia akan meningkat jika ibu obes atau mempunyai berat badan berlebihan atau berat badan bertambah dengan banyak semasa hamil.
Oleh itu penting bagi ibu hamil menjalani semua pemeriksaan antenatal kerana daripada situ doktor akan memeriksa tekanan darah ibu. Sekiranya bacaan menunjukkan peningkatan, doktor akan memantau serta mempreskripsikan ubat bagi merawat masalah tersebut.
Biasanya jika ibu hanya mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil sahaja, kemungkinan ia akan kembali normal dalam masa enam minggu selepas bersalin. Namun, sekiranya ia tidak kembali normal, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut untuk rawatan yang bersesuaian.
Credit:Pama

Buat ibu hamil yang menghidap hypertension atau darah tinggi semasa mengandung, mommy cadangkan Omega Guard Shaklee. Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. 
Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, May 12, 2014

PENTINGNYA DHA UNTUK ANAK (OMEGA GUARD SHAKLEE)


RAMAI YANG MUNGKIN TIDAK PERASAAN DALAM OMEGA GUARD JUGA MENGANDUNGI DHA SEBANYAK 120MG.

Apa Itu DHA  
DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata. 

Keperluan Harian DHA
Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.
  
Kepentingan DHA
DHA penting untuk perkembangan otak.
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.

DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. 
- Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar. 

DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar. 

Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.


* Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan otak anak. 
* Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak. 

Credit: Master Fatihanum from file @ wahmillionaire


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, April 18, 2014

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAKMINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

DIARI PEMAKANAN

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Credit: 101 Petua

Jika ingin vitamin yang membantu pembakaran lemak yang selamat dan berkesan, mommy cadangkan LECITHIN, OMEGA GUARD SHAKLEE


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, December 24, 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE HAPUS KOLESTEROL

Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.

Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil “chylomicron”.

Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan “chylomicron” daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.

Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggillipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).

Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Kolestrol penyebab serangan jantung

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolesterol LDL yang lebih tinggi daripada kolesterol HDL.

Lipoprotein LDL menyebabkan kolesterol melekat pada dinding arteri, menyebabkan pembentukan bahan keras dan tebal yang dipanggil plak kolesterol. Lama-kelamaan, plak kolesterol menyebabkan dinding arteri menebal dan saluran arteri semakin sempit, satu proses yang dipanggil “atherosclerosis”.

Arteri koronari membekalkan darah dan oksigen kepada otot jantung. Bila arteri koronari menyempit disebabkan “atherosclerosis”, ia tidak mampu membekalkan darah dan oksigen secukupnya kepada otot jantung. Kekurangan oksigen ke otot jantung menyebabkan dada sakit, juga ketulan darah dalam arteri yang menyebabkan saluran itu tersumbat dan membawa kepada kematian otot jantung (serangan jantung).

Zarah kolesterol HDL menghalang proses “atherosclerosis” dengan menarik kolesterol daripada dinding arteri dan menyingkirkannya melalui hati, untuk dibuang menerusi hempedu. Ia juga mengganggu pengumpulan kolesterol pada dinding arteri oleh zarah kolesterol LDL.

10 MAKANAN KURANGKAN KOLESTEROL

1. Kacang Soya
- mengandungi 48 peratus protein, lesitin, vitamin dan zat galian
- mampu menghindari penyakit jantung dan kencing manis
- kandungan kalsium dan mineral membantu memecah lemak sambil menyusutkan kadar lemak jahat atau lipoprotein ketumpatan rendah (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik atau lipoprotein ketumpatan tinggi 

2. Kuaci
- kaya dengan kandungan zat besi
- amalkan makan kuaci jenis tawar seperti biji labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi sambil mengurangkan kolesterol.

3. Buah kering
- buah kurma kaya dengan serat dan kandungan flavanoid
- mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL dan mengurangkan risiko penyakit jantung
- flavanoid juga terdapat dalam the, brokoli, tomato, bawang dan buah delima

4. Epal
- makan sebiji epal atau jusnya setiap hari dapat mengurangkan kolesterol dalam badan
- memakan makanan segera dan kemudiannya makan epal atau jusnya dapat mengimbangi kandungan zat dan mencegah pembentukan lemak.

5. Ikan Tuna
- sumber asid omega-3 selain salmon dan sardin
- melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolesterol LDL

6. Kacang tanah
- kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya vitamin E
- Vitamin E dapat membantu  menghalang radikal bebas daripada merosakkan kandungan HDL dan dapat mengelak daripada serangan jantung

7. Buah Mangga
- kaya vitamin C
- vitamin C berupaya mencegah LDL dalam badan
- selain buah mangga buah lain ialah belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi

8. Kismis
- mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol
- amalan diet 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8 peratus

9. Jambu batu
- disyorkan makan buah jambu batu dalam jumlah 400 gram atau sebiji sehari selama empat minggu
- dapat menurunkan paras kolesterol sebanyak 18.8 peratus dan baik untuk wanita yang ingin menurunkan berat badan.

Amalan mengambil Omega Guard Shaklee yang mengandungi asid lemak omega 3 mampu mengubah hidup anda. Ia mengandungi bukan sahaja asid lemak omega 3 malah EPA dan DHA. Ia adalah sumber alternatif pada anda yang tercari-cari supplement untuk kesihatan jantung. Kesihatan kita tidak ternilai, dan harganya bukan dengan nilai sebotol supplement. Nilai kesihatan yang kita dapat lebih dari itu.

Amalkan gaya hidup sihat sekarang sebelum ianya sudah terlambat..

Credit: permatacintaku blogspot

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



OMEGA GUARD & ESP RAWAT EKZEMA

Mari kita kenali dahulu apa ekzema. Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Bila ianya menyerang kanak-kanak lah yang buat ibu bapa risau tidak terkata. Kanak-kanak agak sensitif dan bila ekzema menyerang sangat susah ingin dijaga kerana kanak-kanak manalah tahu untuk menjaga diri sendiri bukan jadi peranan ibu bapa untuk bantu masalah kanak-kanak adalah sangat kritikal.

Hanya ibu yang anaknya mengalami masalah ini mungkin lebih memahami. Saya mahu kongsikan dengan anda semua bagaimana seorang ibu yang berjaya mengawal ekzema anaknya hanya dengan supplement (vitamin).

Memang bukan mudah tapi dengan berkat kesabaran, kesan ekzema pada anaknya dapat dikurangkan malah hampir langsung tiada dengan penggunaan Omega Guard dan ESP (soy isolate protein powder).

Peranan Omega Guard Dalam Merawat Ekzema

Rahsianya adalah ada pada asid lemak omega 3 yang sememangnya dikenali bertindakbalas dengan "antiflammatory hormones". Maksudnya ia boleh membantu sebagai agen antiradang. Keradangan inilah punca kepada ekzema.

Peranan Soy Isolate Protein Powder Dalam Merawat Ekzema

Rahsianya adalah dari khasiat protein itu sendiri. Protein boleh merawat sel-sel yang rosak dan membina sel-sel baru. Dan lagi satu rahsianya adalah sebagai agen antibodi. Bila antibodi kuat maka kuatlah juga badan untuk melawan bakteria, virus dan agen perosak yang lain.

Cubalah Omega Guard dan Soy Isolate Protein Powder hari ini, si manja anda tidak ternilai dengan wang ringgit...

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


MAKANAN UNTUK PERKEMBANGAN OTAK JANIN

Perkembangan otak janin (bayi dalam kandungan) anda bermula pada minggu kedua kehamilan dan berterusan hingga minggu terakhir kehamilan. Semasa proses ini, pemakanan ibu memberi kesan ketara terhadap pertumbuhan janin, yang menentukan keupayaan minda dan kognitif. Ketahui bagaimana ibu boleh membantu untuk perkembangan otak janin dengan mengamalkan diet yang merangkumi makanan berkhasiat dan kaya dengan nutrien.


DHA

DHA adalah tergolong dalam kategori asid lemak omega 3 yang mana sangat dikenali sebagai sumber utama untuk otak yang cerdik. Manfaatnya adalah terlibat dalam pembentukan tisu otak dan penebatan neron. Sumber DHA boleh didapati dalam ikan beriklim sejuk seperti salmon, makanan yang diperkuat dan makanan tambahan. 

KOLINA

Kolina memainkan peranan dalam DNA dan penebatan saraf. Ia boleh membaiki daya ingatan dan meningkatkan keupayaan kognitif. Sumber kolina adalah dari telur, germa gandum, kacang soya, susu, kacang tanah, kubis dan bunga kubis.

ASID LEMAK OMEGA 3

Diperlukan untuk perkembangan membran sel dan fungsi fisiologi otak. Sumbernya seperti ikan tuna, salmon dan sudah tentu Omega Guard!

ASID LEMAK OMEGA 6

Bertindak sebagai pelopor kepada sekumpulan hormon yang memainkan peranan dalam pembangunan fungsi penting dalam otak. Sumber omega 6 adalah dari biji bunga matahari, minyak bijian, jagung, biji labu, bijan, kekacang, daging dan produk tenusu.

ZAT BESI

Penting dalam pembentukan isyarat saraf dalam otak, penebatan saraf dan tenaga. Ia boleh didapati dari daging, kuning telur, sayuran berdaun hijau.

ASID FOLIK

Asid folik membantu pertumbuhan tiub neural janin dan juga membantu mencegah spina bifida, satu keadaan di mana saraf tunjang terkeluar melalui bukaan di bahagian belakang. Sumber asid folika dalah dari bayam, kacang tanah, biji matahari, avokado dan emping jagung.

Kesemua zat-zat tersebut adalah sangat ideal dan amat diperlukan oleh ibu semasa hamil. Jangan ambil mudah, sayangi janin anda dan jagailah ia selama 9 bulan kandungan untuk memastikan bayi anda mendapat zat yang terbaik nanti.

Kesemua zat tersebut adalah mudah didapati dalam CADANGAN SET IBU HAMIL SHAKLEE. Set ini boleh anda ambil bermula dari mengetahui anda mengandung seterusnya hingga anda melahirkan.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.