Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Monday, July 21, 2014

TIPS MUDAH BERSALIN

Ada banyak petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.
Makan kurma
Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.
Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.
Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.
Telur ayam
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.
Minyak kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 13, 2014

KEPENTINGAN ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Anda juga boleh mendapatkan banyak lagi idea makanan daripada pelan makanan harian kami yang mengandungi pelan pemakanan dari minggu ke minggu yang boleh anda ikuti dalam setiap trimester!

B complex Shaklee adalah pilihan terbaik kerana dalam setiap satu biji b complex mengandungi 200mcg asid folik!!



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


PENING SEMASA HAMIL

Sebab mengapa anda berasa pening bergantung kepada usia kehamilan anda. Pada awal trimester pertama, anda mungkin rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda, menyebabkan tekanan darah anda menurun. Ini boleh menyebabkan anda berasa pening dari seawal minggu kelapan. Tetapi ingat bahawa pening adalah ciri-ciri biasa kehamilan. Di antara setengah hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan merasa pening.

Dalam trimester kedua dan ketiga, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening termasuk:

  • Jika anda berdiri terlalu cepat, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini dipanggil hipotensi postural.
  • Jika anda berbaring terlalu lama. Kira-kira satu dalam 10 wanita hamil mengalaminya disebabkan oleh tekanan darah.
  • Jika anda belum makan dan gula dalam darah rendah, terutamanya pada lewat petang.
  • Jika anda kekurangan zat besi dalam darah (anemia).
  • Jika anda terlampau panas.

Apakah yang boleh saya buat untuk menghilangkan rasa pening?

Ini bergantung kepada apa yang menyebabkan anda berasa pening, tetapi langkah pertama yang terbaik ialah duduk. Ini bukan sahaja membantu menghentikan pening, tetapi anda dapat mengelak daripada terjatuh.

Bergerak dengan lebih perlahan turut membantu. Contohnya, cuba bangun perlahan-lahan berbanding bangun dengan tiba-tiba daripada kerusi atau katil.

Jika anda berasa pening semasa berbaring, mengiringlah ke sebelah kiri kerana ini akan membantu jantung anda mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih mudah.

Ini mungkin juga satu cara badan anda memberitahu bahawa anda memerlukan penambahan tenaga. Jika anda belum makan dalam masa satu atau dua jam, snek ringkas dan cepat dapat menaikkan tahap gula dalam darah anda. Dan pastikan anda tidak terdehidrasi. Minumlah air atau jus buah.

Dalam kes-kes tertentu, anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali duduk atau baring mengiring dan tunggu sahaja ia berlalu. Masalah pening yang datang dan pergi ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang kehamilan.


Adakah masalah pening semasa hamil ini berbahaya?

Jarang sekali. Tetapi walaupun ia perkara biasa, jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bahaya terbesar daripadanya ialah pitam. Jika anda berasa hendak pitam:
  • baring mengiring ke sebelah kiri;
  • atau duduk dengan meletakkan kepala di antara kedua-dua lutut.
Posisi ini dapat menggalakkan perjalanan darah ke otak, yang mana dapat meredakan rasa hendak pitam.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor jika anda pitam, jika anda sering pening atau jika anda turut mengalami:
  • kesakitan pada bahagian pelvis atau perut;
  • sesak nafas;
  • penglihatan kabur;
  • jantung berdebar;
  • sakit kepala;
  • muntah.
Pening boleh jadi satu simptom anemia yang serius. Ia juga boleh jadi kerana anda bernafas terlalu cepat atau terlalu dalam (hiperventilasi). Ia juga boleh jadi disebabkan oleh sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan kehamilan anda. Sebab itulah jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan. Tetapi ingatlah bahawa berasa pening akibat terlampau panas, kelaparan, loya, atau berdiri terlalu cepat sering kali hanyalah sebahagian daripada asam garam kehamilan.

Jadi dengan pengambilan vitamin pelengkap shaklee yang sesuai untuk ibu hamil adalah pilihan terbaik untuk membantu sickness ini. Info penuh tentang vitamin pelengkap di bawah sila klik di sini.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


AIR KETUBAN


Tahu ke kita dengan air ketuban.. Ramai yang kurang arif tentang air ketuban. Mari menyelongkar 1001 rahsia tentang air ketuban yang memainkan banyak peranan kepada diri anda dan kandungan.

Lazimnya air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna. Walau bagaimanapun, warnanya boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.

Antara sifat lain air ketuban ialah ia tidak pekat seperti lelehan faraj dan tidak berbau hancing seperti air kencing. Memandangkan sifatnya adalah cecair, ia akan membasahi seluar dalam dan boleh meleleh menuruni kedua-dua belah paha jika terpecah. Hal ini berlaku terutamanya apabila anda berdiri selepas berbaring, kesan daripada penakungan air ketuban di dalam faraj sewaktu dalam keadaan baring.

Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Jumlah isipadu air ketuban diimbangi oleh penghasilan dan pembuangannya. Hal ini berlaku melalui proses di mana bayi menelan dan membuang air ketuban sepanjang tempoh pembesarannya di dalam rahim. Isi padu paling banyak ialah sewaktu minggu ke-34 kehamilan yang berjumlah sekitar 800ml. Namun, jumlahnya akan berkurangan sehingga 600ml pada minggu ke-40.

Air ketuban akan terus memenuhi kantung rahim sepanjang tempoh kehamilan. Fungsinya sangat penting! Antaranya, ia mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan), menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim, selain daripada menstabilkan suhu persekitarannya. Kepentingannya yang lain ialah ia bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Ketuban Pecah
Air ketuban boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab kepada ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu anda mengalami kontraksi. Selain daripada itu, air ketuban yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan rahim menjadi terlalu tegang dan tidak dapat menahan tekanan di dalamnya lalu pecah. Malah, kelainan sifat tegar selaput ketuban yang menjadikannya lemah juga boleh menyebabkannya mudah bocor.

Risiko pecah ketuban mungkin boleh terjadi sewaktu atau sejurus selepas kebocoran terutamanya kepada anda yang mempunyai masalah polihidramnios dan kedudukan janin tidak normal. Tali pusat boleh jatuh ke dalam faraj hingga menjadi punca kepada penyebab bayi lemas. Kebiasaannya tindakan segera akan diambil doktor dengan melakukan pembedahan caesarean bagi mengeluarkan bayi.

Uri boleh lekang daripada terus melekat pada dinding rahim disebabkan faktor perubahan tekanan yang berlaku secara mendadak akibat daripada kebocoran besar seperti di dalam kes polihidramnios. Anda juga boleh kehilangan darah dalam jumlah yang banyak dan pada masa yang sama boleh membahayakan keselamatan bayi yang dikandung.

Risiko-risiko lain yang boleh berlaku termasuklah jangkitan kuman (chorioamnionitis), jika ketuban pecah melebihi 24 jam. Kuman boleh menjangkiti air ketuban dan janin melalui faraj serta boleh mengakibatkan pneumonia. Ia juga boleh memasuki aliran darah janin dan anda (sepsis).

Kedudukan janin boleh kekal tidak normal kerana kekurangan atau ketiadaan air ketuban bagi memberi ruang untuk janin bergerak dan membetulkan kedudukannya. Meconium aspiration syndrome pula boleh terjadi di mana kandungan air ketuban yang sedikit menyebabkan najis janin tidak cair dan meningkatkan risiko terhadap bayi jika najis memasuki ruang pernafasannya.

Oleh yang demikian, air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan pengesahan dan menjalani rawatan susulan.

Oligohydramnios
Kekurangan air ketuban memang membimbangkan. Antara risikonya ialah :
1. Janin berkemungkinan lemas akibat gangguan aliran darah dan oksigen daripada anda kepadanya apabila tali pusat terhimpit.
2. Penyempitan ruang dalam rahim boleh mengganggu pembentukan paru-paru, menyebabkan kecacatan pada anggota kaki serta kedudukan janin tidak normal.
3. Kelahiran pramatang dan komplikasi berkaitannya boleh berlaku seperti kesukaran pernafasan (respiratory distress syndrome), masalah usus (necrotizing enterocolitis), pendarahan otak (intraventricular haemorrhagel) dan jangkitan darah (septicaemia).
4. Kematian sebelum lahir.

Polihidramnios
Masalah akan timbul sekiranya air ketuban terlalu banyak. Ini termasuklah :
1. Kedudukan bayi tidak stabil. Bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.
2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat. Kesannya kepada tulang belakang amat ketara apabila anda berasa tidak selesa terutamanya di tri-mester akhir kehamilan.
3. Risiko kelahiran pramatang adalah tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
4. Disebabkan kedudukan bayi yang tidak tetap, risiko melahirkan bayi secara caesarean adalah tinggi.
5. Kandungan air ketuban yang banyak sering dikaitkan dengan bayi berkemungkinan mempunyai kecacatan. Hal ini boleh dikesan melalui pemeriksaan ultrasound.
6. Kadang-kala masalah ini boleh menyebabkan anda mengalami kesukaran bernafas, berjalan dan lain-lain.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Tuesday, July 8, 2014

SESAK NAFAS KETIKA MENGANDUNG


Kadang kala ada ibu hamil yang sering mengalami masalah sesak nafas atau cepat berasa mengah sepanjang kehamilannya. Adakah anda juga mengalami masalah tersebut? Tentu sahaja ia membuatkan anda kurang selesa dan cepat penat.
Mengalami sesak nafas ketika mengandung sudah tentu memenatkan. Ia akan mengganggu pergerakan anda dan lebih membuatkan tidak selesa, tiada ubat yang boleh menyembuhkan sesak nafas anda sepanjang tempoh kehamilan ini.
Bagaimanapun masalah ini boleh dikurangkan dengan mengikut beberapa ti p berikut. Jangan bimbang, kerana selepas tamat tempoh kehamilan, anda akan kembali bernafas seperti biasa dengan mudah. Tip mengurangkan masalah sesak nafas ketika hamil adalah :
  1. Makan dengan teratur dan perhatikan apa yang anda makan. Makan makanan yang berkhasiat untuk ibu dan bayi namun jangan sampai berlebihan. Makan berlebihan hanya akan membuatkan berat anda naik mendadak sehingga sukar dikawal. Berat badan yang berlebihan hanya akan menambah kesukaran untuk ibu bernafas. Pastikan anda mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak setiap hari serta jangan lupa minum air masak secukupnya. Ia penting untuk mengekalkan fokus dan tenaga anda.

  1. Pastikan postur badan anda tetap tegap. Ini membantu bahu dan punggung menarik tulang rusuk sehingga memberikan sedikit ruang untuk paru-paru.

  1. Duduk beberapa minit banyak membantu ibu hamil. Ini kerana duduk dapat membantu ibu menenangkan diri sehingga membolehkan bernafas dengan lebih tenang.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 6, 2014

TIPS BERPUASA KETIKA HAMIL

Jika tahap kesihatan baik, berpuasa ketika mengandung adalah saat yang disyukuri oleh ramai ibu  hamil. Inilah masanya untuk mereka berpuasa penuh di bulan Ramadhan kerana tiada kedatangan darah haid.
Bagaimanapun bukan semua wanita hamil mampu berpuasa penuh atas sebab mereka mempunyai tahap kesihatan yang tidak mengizinkan. Berikut adalah golongan yang tidak dibenarkan menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan:
*Wanita yang ada sejarah kontraksi pramatang (sebelum minggu ke-36 kehamilan).
*Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi tidak terkawal.
*Melalui kehamilan yang sukar seperti menjalani prosedur IVF dan seumpamanya untuk mengandung.
*Kandungan atau diri sendiri mempunyai komplikasi kencing manis.
*Mereka yang pernah mengalami pendarahan (terutama pada usia kandungan 12 minggu ke atas).
*Mempunyai sejarah keguguran atau mahu gugur.
*Muntah berlebihan.
*Cirit-birit yang teruk.
*Kerap keletihan sepanjang mengandung.
*Mengalami masalah anemia.
*Perlu sentiasa berehat di atas katil (bed-rest).
Sekiranya anda sihat untuk berpuasa, jangan ambil mudah soal pemakanan terutama ketika berbuka puasa dan bersahur. Pastikan anda mengambil cecair antara satu setengah liter hingga dua liter sehari. Ia boleh diminum semasa berbuka, sela masa antara waktu berbuka dan sahur serta ketika sahur.
Semasa berbuka puasa, jangan makan dengan cepat. Mulakan dengan memakan kurma diikuti mengambil jus buah-buahan dan makan makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks. Dengan itu, anda akan mendapat tenaga untuk tempoh yang lama.
Sekiranya ibu hamil menghidap penyakit darah tinggi, anda perlu tahu tahap tekanan darah. Jika ia di paras garis sempadan, anda boleh berpuasa. Namun, dapatkan pemeriksaan kesihatan doktor. Jika tekanan darah tinggi sukar dikawal, pengambilan ubat memainkan peranan. Jika keadaan mendesak, ibu dinasihatkan berpuasa selang hari.
Bagi ibu yang menghidap kencing manis, sekiranya paras glukosa dalam tubuh tidak dikawal dengan sebaiknya, ia boleh menyebabkan bayi lemas dalam kandungan. Ibu yang perlu mengambil insulin setiap hari tidak boleh berpuasa sama sekali.
Bagaimanapun sekiranya kencing manis yang dihidapi hanya memerlukan ibu menjaga diet pemakanan, maka dibolehkan berpuasa dengan pemantauan doktor.
Petanda bahaya ibu perlu berbuka puasa
*Tiba-tiba mengalami pendarahan walaupun hanya sedikit sahaja.
*Kontraksi pramatang iaitu empat kali atau lebih dalam masa sejam. Biasanya disebabkan oleh penyahidratan.
*Terlalu letih.
*Mengalami pening.
*Sakit kepala yang teruk.
*Bayi dalam kandungan kurang bergerak.
*Hyperglacemia akibat kekurangan gula.
*Penglihatan mengalami kekaburan.

Mommy amatlah mengesyorkan untuk ibu hamil bersahur dengan set Sahur Shaklee. 

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Tuesday, July 1, 2014

MAKANAN IBU HAMIL KETIKA PUASA

Cara pemakanan ibu hamil membantunya untuk terus bertenaga bagi membolehkan dia meneruskan ibadah puasanya. Tiga kali makan utama iaitu ketika berbuka, bersahur dan sela waktu antara masa berbuka dan sahur perlu digunakan sebaik mungkin.
Bahkan makan makanan seimbang dan berkhasiat dapat membantu mengelakkan masalah seperti sembelit, sakit kepala, lesu, pedih ulu hati dan lain-lain. Ketahuilah bahawa waktu makan sahur adalah sangat penting. Ia membantu anda mengekalkan tahap tenaga dengan membekalkan nutrien penting yang diperlukan untuk kekal cergas.
Sewaktu berbuka, ibu disarankan mengutamakan makanan berkarbohidrat yang mudah dihadam. Elakkan daripada mengambil hidangan makanan yang berlemak tinggi. Ini untuk mencegah pertambahan berat berlebihan malahan ia kurang berkhasiat.
Ibu hamil digalakkan minum jus buah-buahan segar, minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman menyegarkan dan mampu membekalkan khasiat pemakanan yang diperlukan.
Berikut adalah makanan yang perlu elak:
*Makanan bergoreng seperti samosa dan dumpling goreng. Sebaliknya ubah kepada cara membakar dan rebus.
*Makanan tinggi gula/lemak. Ganti dengan manisan dan puding berasaskan susu.
*Masakan tinggi lemak seperti roti parata dan pastri. Ubah kepada capati tanpa minyak, ayam atau daging bakar atau panggang.
Kaedah yang perlu elak vs kaedah alternatif:
*Goreng menggunakan banyak minyak. Sebaliknya goreng menggunakan minyak yang cetek.
*Menggoreng. Tukar kepada cara panggang atau bakar yang lebih menyihatkan.
*Tumisan kuah dengan minyak berlebihan. Cuba kurangkan penggunaan minyak. Kurangkan penggunaan minyak daripada lima sudu ke empat sudu. Untuk menyedapkan masakan, guna lebih banyak bawang dan tomato dalam masakan berkuah seperti kari.
Mommy amatlah mengesyorkan untuk ibu hamil bersahur dengan set Sahur Shaklee. 

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, June 27, 2014

PETUA MUDAH BERSALIN


Semakin menghampiri tarikh bersalin, semakin berdebar hati mama. Kata orang ada macam-macam petua boleh diamalkan untuk memudahkan proses melahirkan anak.

Kebanyakan orang tua-tua mengesyorkan ibu yang sudah genap sembilan bulan mengandung supaya mengamalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala bayi waktu keluar dari vagina ibu.

Amalkan minum air kelapa satu gelas, dua hingga tiga kali dalam masa seminggu apabila semakin mahmpir dengan tarikh bersalin. Ada juga yang memberikan petua agar ibu hamil mengamalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia enam bulan ke atas. Sebaiknya minyak tersebut hendaklah yang dibuat sendiri
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, June 23, 2014

URUT SEMASA MENGANDUNG


Urutan sememangnya dapat memberikan kelegaan kesakitan yang dialami di bahagian belakang, pinggang dan bahagian-bahagian tubuh yang lainnya terutama ketika mengandung. Walaupun ada yang mengatakan tidak elok bagi bakal ibu berurut tetapi sebenarnya urutan ringan untuk memberi kelegaan tidak menjadi masalah.
Kesakitan yang dialami oleh ibu hamil ketika di hujung kehamilan tentu sahaja membuatkan mereka kurang selesa. Salah satu cara paling mudah untuk membantu bakal ibu merasa selesa adalah dengan melakukan teknik urutan.
Perasaan bimbang dan takut untuk melalui proses melahirkan bayi kadang kala membuatkan ibu menjadi tertekan seterusnya memberi kesan kepada tubuh badan. Urutan lembut yang dilakukan oleh suami dapat membantu ibu hamil merasa lebih tenang dan lega.
Mendapat sentuhan urutan daripada suami dianggap paling bagus kerana ia membantu badan anda untuk mengeluarkan hormon oksitosin. Hormon ini membantu badan untuk merasa lebih tenang ketika berada dalam tekanan. Bahkan, ketika anda sedang bertarung dengan kesakitan semasa proses melahirkan bayi, hormon oksitosin akan meningkatkan kawalan anda terhadap rasa sakit.
Berikut adalah tip berkenaan urutan yang dibolehkan ketika mengandung:
*Urutan tidak digalakkan bagi kandungan yang berusi 12 minggu ke bawah.
*Pastikan anda hanya menerima urutan ringan di bahagian yang selamat dan tidak melibatkan kawasan perut, pergelangan kaki dan pergelangan tangan.
*Sebaiknya urutan dilakukan dalam kedudukan mengiring dan hanya mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam sahaja.
Walaubagaimanapun tidak semua wanita hamil selamat melakukan urutan. Mereka yang menghidap tekanan darah tinggi ketika hamil, berpengalaman melahirkan bayi pramatang dan pernah mengalami keguguran di kehamilan terdahulu dilarang sama sekali berurut sepanjang tempoh mengandung.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, June 16, 2014

DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG


Masalah darah tinggi ketika hamil boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja ibu hamil. Jika pemeriksaan tekanan darah anda didapati bacaannya melebih daripada 140/90 pada dua kali pemeriksaan maka ibu hamil didiagnos mendapat tekanan darah tinggi.
Sekiranya ibu disahkan mendapat tekanan darah tinggi selepas minggu ke-20 kehamilan dan tiada protein dalam air kencing anda, anda mungkin didiagnos dengan masalah hipertensi akibat kehamilan. Sementara tekanan darah tinggi dengan kehadiran protein dalam air kencing pula menandakan masalah praeklampsia.
Tetapi jika anda sudah pun mengalami tekanan darah tinggi sebelum hamil, atau didiagnos sebelum 20 minggu kehamilan, ia dikenali sebagai kronik hipertensi. Selagi kronik hipertensi kekal pada tahap rendah hingga sederhana, ia biasanya tidak menyebabkan sebarang masalah dalam kehamilan.
Masalah hipertensi akibat kehamilan berisiko berlaku ke atas wanita yang mempunyai berat badan berlebihan. Dianggarkan kira-kira 10 peratus wanita mempunyai BMI 30 atau lebih akan mengalami hipertensi akibat kehamilan, berbanding hanya empat peratus wanita dengan BMI 19 hingga 25.
Masalah hipertensi akibat kehamilan biasanya pada tahap rendah dan mungkin tidak akan menyebabkan masalah yang ketara pada ibu atau bayi dalam kandungan.
Walau bagaimanapun lebih awal ia berlaku, lebih besar risiko bayi bersaiz lebih kecil daripada usianya atau ia berkembang menjadi praeklampsia. Risiko praeklampsia akan meningkat jika ibu obes atau mempunyai berat badan berlebihan atau berat badan bertambah dengan banyak semasa hamil.
Oleh itu penting bagi ibu hamil menjalani semua pemeriksaan antenatal kerana daripada situ doktor akan memeriksa tekanan darah ibu. Sekiranya bacaan menunjukkan peningkatan, doktor akan memantau serta mempreskripsikan ubat bagi merawat masalah tersebut.
Biasanya jika ibu hanya mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil sahaja, kemungkinan ia akan kembali normal dalam masa enam minggu selepas bersalin. Namun, sekiranya ia tidak kembali normal, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut untuk rawatan yang bersesuaian.
Credit:Pama

Buat ibu hamil yang menghidap hypertension atau darah tinggi semasa mengandung, mommy cadangkan Omega Guard Shaklee. Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. 
Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

SENAMAN MUDAHKAN KELAHIRAN


Ibu hamil pun boleh bersenam. Semuanya untuk mengekalkan kecergasan dan stamina sepanjang mengandung. Senaman dapat membantu otot-otot bersedia untuk proses kelahiran bayi kelak. Bagaimanapun senaman ibu hamil tidak sama seperti senaman ketika masih belum berbadan dua.
Ibu dilarang melakukan senaman yang berat dan pergerakan yang boleh menyebabkan bahaya kepada ibu dan janin dalam kandungan. Berikut adalah beberapa gerakan senaman yang boleh dilakukan oleh ibu hamil.
  1. Senaman lantai pelvik
Semasa mengandung, otot-otot pelvik menjadi lemah kerana menampung beban yang banyak. Jadi anda akan mudah terkencing semasa bersin, batuk atau muntah. Senaman ini membantu menguatkan otot-otot pelvik. Caranya dengan membuat kemutan. Tahan seperti menahan kencing dan bernafas seperti biasa. Lakukan dalam kiraan enam saat kemudian rehat dan ulang semula.

  1. Bertinggung
Bertinggung seakan mencangkung, tetapi ia ditahan oleh jari kaki. Semasa bertinggung, kaki berada dalam keadaan bertinjit. Letakkan kedua-dua tangan di atas kedua-dua belah lutut dan tahan selama yang mampu. Lakukan senaman ini sekerap yang anda mahu. Senaman ini boleh meredakan ketegangan punggung serta membantu meregangkan kaki.

  1. Berenang
Antara senaman yang paling digalakkan kepada ibu hamil adalah berenang. Ia boleh memberikan keadaan terapung atau dalam keadaan tanpa beban. Kawalan pernafasan semasa berenang dapat membantu proses bersalin nanti kerana nafas yang panjang bakal diperlukan semasa meneran. Selain itu, berenang dapat menguatkan otot-otot semasa berada di dalam air.

  1. Berjalan kaki
Aktiviti berjalan boleh mengeluarkan peluh dan menggerakkan otot-otot yang bakal digunakan semasa bersalin. Mulakan berjalan kaki secara perlahan dengan jarak yang pendek. Amalkan sebanyak tiga kali dalam seminggu. Kemudian boleh ditambah kelajuan berjalan dan jumlah jarak.

  1. Menaiki tangga
Senaman ini mungkin kurang diminati oleh ibu hamil tetapi faedahnya sangat baik untuk mereka. Bagaimanapun, senaman ini tidak sesuai dilakukan pada awal kehamilan kerana bimbang rahim ibu masih belum kuat untuk menghadapi tekanan semasa menaiki tangga. Menaiki tangga banyak melibatkan otot paha dan pelvik. Menaiki tangga dengan kerap tetapi tidak laju dipercayai dapat mempercepatkan bukaan perineum dan memudahkan proses bersalin.

  1. Kerja rumah
Melakukan kerja-kerja ringan di rumah turut menjadi salah satu aktiviti senaman. Bagaimanapun elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh menyebabkan kecederaan kepada ibu dan janin dalam kandungan.

Bagaimanapun sebelum memulakan senaman, rujuk kepada pakar terlebih dahulu dan bersenam mengikut kemampuan. Jangan lupa minum banyak air.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, June 10, 2014

PEDIH ULU HATI SEMASA HAMIL


Dada saya terasa panas selepas makan. Adakah ini pedih ulu hati?

Besar kemungkinan, ya. Ramai wanita yang mengalami pedih ulu hati buat pertama kalinya semasa hamil. Walaupun ia agak menyakitkan, pedih ulu hati adalah perkara biasa dalam kehamilan dan tidak membahayakan ibu dan bayi.

Pedih ulu hati ialah rasa panas dan pedih seperti terbakar yang biasanya dirasakan pada bahagian bawah tekak sehingga ke bahagian bawah tulang dada. Ini berlaku apabila asid perut naik ke bahagian esofagus. Asid ini boleh naik hingga ke tekak atau mulut dan meninggalkan rasa masam dan pahit.

Perkara ini dipercayai berlaku akibat perubahan hormon dan fizikal dalam badan anda ketika hamil.

Peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Pakar percaya bahawa hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas melalui paip tersebut dan menyebabkan rasa terbakar.

Hormon progesteron juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab.

Pada hujung kehamilan, bayi anda yang semakin besar akan menolak usus dan perut anda ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

Adakah pedih ulu hati perkara biasa dan bilakah ia akan berhenti?

Pedih ulu hati sangat biasa berlaku semasa kehamilan, terutamanya apabila bayi anda semakin membesar. Ramai bakal ibu yang mula mengalami pedih ulu hati dan ketakcernaan dalam separuh masa kedua kehamilan, walaupun ada juga yang mengalaminya sebelum itu.

Kira-kira satu pertiga daripada wanita-wanita hamil mengalami pedih ulu hati seawal trimester pertama dan angka ini meningkat sehingga dua pertiga bagi mereka yang dalam trimester ketiga. Jangan bimbang. Sebaik sahaja bayi anda lahir, simptom-simptom ini biasanya akan hilang tanpa meninggalkan kesan buruk.

Adakah apa-apa yang boleh saya lakukan mengenai pedih ulu hati?

Ya, memang ada. Pencetus utama pedih ulu hati biasanya ialah makan, berbaring dan membongkok. Jika anda boleh mengenalpasti aktiviti apakah yang mencetuskan pedih ulu hati atau apa yang membuatkannya lebih teruk, anda boleh cuba untuk mengelakkannya.

Walaupun anda mungkin tidak dapat mengelakkannya seratus peratus, sesetengah daripada perkara berikut mungkin dapat membantu anda melegakannya:
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  • Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  • Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.
  • Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan. Duduk dengan tegak dan jangan membongkok. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  • Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  • Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  • Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

Sesetengah ubat jenis antacid atau alginate yang boleh dibeli tanpa preskripsi dapat melegakan pedih ulu hati. Namun, periksalah dahulu dengan pakai obstetrik anda atau ahli farmasi. Anda perlu memastikan ianya selamat diambil semasa hamil dan ia merupakan rawatan yang betul untuk simptom-simptom anda.

Sesetengah ubat untuk pedih ulu hati boleh menyebabkan sakit perut, manakala sesetengah yang lainnya perlu dielakkan jika anda berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi atau praeklampsia. Alginates membentuk lapisan perlindungan pada dinding perut dan esofagus. Ia lebih berkesan untuk simptom-simptom reflaks. Antacid pula meneutralkan asid perut dan berguna sebagai langkah berjaga-jaga. Tidak kira yang mana satu yang disyorkan kepada anda, pastikan anda tidak mengambil lebih daripada dos yang disyorkan.

Mengambil antacid pada waktu makan atau sebelum tidur mungkin dapat membantu mengelakkan pedih ulu hati.

Namun, jika anda turut mengambil pil zat besi, anda tidak boleh mengambil antacid pada waktu yang sama. Ini kerana, antacid boleh mengganggu penyerapan zat besi jika diambil dalam tempoh dua jam daripada pengambilan pil zat besi.

Jika perubahan yang dilakukan serta rawatan-rawatan yang anda jalani tidak dapat menyelesaikan masalah ini, hubungilah doktor anda. Beliau mungkin boleh mencadangkan langkah seterusnya.

Mungkinkah pedih ulu hati ini petanda bagi sesuatu yang lain?

Mungkin, tetapi ini bergantung kepada di mana kesakitan itu berlaku dan samada anda mengalami simptom-simptom yang lain.
  • Pedih ulu hati biasanya bergerak dari belakang tulang dada hingga ke tekak. Sebaliknya, jika anda merasa sakit pada bahagian atas abdomen, di bawah tulang rusuk, ini mungkin tanda praeklampsia. Jika anda tidak pasti, hubungilah doktor anda.
  • Jika kesakitan itu berlaku pada bahagian kanan atas abdomen dan anda rasa loya, ini mungkin menandakan masalah hati yang berkaitan dengan kehamilan anda.
  • Ada kemungkinan anda mengalami masalah pencernaan yang tidak berkaitan dengan kehamilan, seperti ulcer peptik.

Jika anda rasa sukar untuk makan, berat badan anda menurun atau anda bimbang mengenai simptom-simptom lain seperti yang dinyatakan di atas, jumpalah doktor anda.

Credit: Babycenter

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.