Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ibu menyusu. Show all posts
Showing posts with label ibu menyusu. Show all posts

Friday, September 5, 2014

PRODUK PENYUSUAN

Assalamualaikum semua.. 

Bagi ibu-ibu yang telah set kan minda untuk menyusu bayi anda secara eksklusif sekurang-kurangnya 2 tahun semestinya perlu ada produk penyusuan yang lengkap. Terutamanya jika ibu yang berkerja seperti mommy. Jom kita kenali lebih lanjut untuk perkongsian bersama apakah produk-produk tersebut.

  1. Pam payu dara - Ada banyak jenis pam di luar sana yang boleh dipilih oleh ibu berkerjaya. Seeloknya pilih yang double pump supaya boleh menjimatkan masa yang terhad sewaktu mengepam di tempat kerja nanti. 
  2. Bekas penyimpan susu ibu - Ibu boleh pilih sama ada nak beli botol atau plastik yang penting ianya bebas BPA. Pastikan ianya mencukupi bila nak simpan susu nanti.
  3. Beg pendingin (cooler bag) - Pastikan saiz beg sesuai untuk menyimpan susu ibu yang telah diperah & untuk di bawa pulang. 
  4. Beg menyusu - Beg yang praktikal haruslah muat untuk mengisi kesemua keperluan penyusuan & mudah untuk dibawa ke tempat kerja.
  5. Bra menyusu - Beli sekurang-kurangnya 5 helai buat permulaan. Untuk malam boleh beli sleep bra.
  6. Pelapik bra - Sama ada anda beli yang boleh dibasuh atau pakai buang. Ianya penting untuk menyerap lelehan susu ibu supaya tidak mengotorkan bra menyusu anda.
  7. Baju menyusu - Keselesaan yang paling penting untuk memilih baju menyusu yang sesuai. Pastikan baju ada bukaan khas atau berbutang di depan untuk memudahkan anda menyusu atau mengepam.
  8. Supplement menyusu - Bagi mommy yang paling penting sekali lah sebab jika ibu tidak mengambil supplement agak susah untuk maintain milk supply yang mencukupi. Ini disebabkan pemakanan kita selalunya tidak selengkap mana kerana kesuntukan masa etc. Vitamin pelengkap atau supplement akan memastikan susu ibu mencukupi dan berkualiti.
Mommy semestinya mengesyorkan Set ibu menyusu Shaklee.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 13, 2014

PERSEDIAAN UNTUK MENYUSU BAYI ANDA

Belajar sebanyak yang mungkin tentang penyusuan badan sebelum bayi anda lahir. Cara-cara paling biasa dan efektif:
  • Bincang dengan ibu menyusu yang lain.
  • Baca buku untuk biasakan diri.
  • Hubungi organisasi sokongan penyusuan badan di tempat anda.
  • Cuba sertai kelas penyusuan atau sesi persediaan penyusuan badan (dianjurkan oleh banyak hospital sebagai sebahagian daripada kursus pranatal mereka) menjelang penghujung kehamilan anda.
Semakin banyak yang anda tahu tentang cara-cara dan faedah menyusu badan, semakin cerah peluang anda menjayakannya. 

Sama ada anda memikirkannya atau tidak, badan anda ketika ini sedang bersiap sedia untuk penyusuan badan. Ini adalah salah satu sebab mengapa payudara anda menjadi begitu besar semasa hamil. Ketika ini, duktus susu dan sel penghasilan susu anda sedang berkembang, dan lebih banyak darah mengalir ke payudara berbanding sebelumnya. Tetapi saiz payudara tidak ada kaitan dengan keupayaan menyusukan dengan berjaya. Walaupun payudara anda kekal kecil, ia tidak akan mengurangkan peluang anda untuk menyusukan anak anda sendiri. 

Adakah saya perlu menjadikan puting saya liat atau apa-apa lagi terlebih dahulu?

Perubahan hormon kepada payudara akibat kehamilan adalah persediaan yang cukup untuk kebanyakan wanita. Baca lebih lanjut mengenai bagaimana badan anda menghasilkan susu

Anda tidak memerlukan krim untuk melembutkan kulit anda terlebih dahulu ataupun memerah kolostrum. Khususnya, jangan gosok atau sental puting anda kerana ini hanya akan mencederakan anda dan menyukarkan penyusuan badan. 

Persediaan yang terbaik ialah mendapat sokongan suami serta keluarga dalam keputusan anda untuk menyusukan, supaya anda dan bayi mendapat permulaan yang baik. Kajian menunjukkan bahawa anda akan menyusu lebih lama jika suami anda juga berpengetahuan tentang penyusuan badan. Baca lebih lanjut mengenai bapa-bapa dan penyusuan badan

Seperkara lagi yang anda boleh buat untuk menggalakkan penyusuan badan ialah dengan memastikan pakar obstetrik anda serta bidan dan jururawat yang menjaga anda semasa pelahiran dimaklumkan mengenai keinginan anda untuk mendapatkan seberapa banyak sentuhan kulit dengan bayi anda selepas dia dilahirkan. 

Persentuhan kulit dengan kulit telah terbukti dapat memanjangkan masa penyusuan. Walaupun anda terpaksa menjalani pembedahan caesarean, dengan sedikit bantuan daripada jururawat, anda masih boleh memegang bayi dan merapatkannya pada kulit anda sejurus selepas dia dilahirkan. Bayi anda mungkin akan mendekatkan diri ke payudara anda dan cuba menyusu, atau dia hanya akan menghidu, menjilat atau menggesel-gesel mukanya pada payudara anda. Semua ini akan membantu memantapkan dan menggalakkan penyusuan badan. 

Credit: Baby center

Mommy juga sarankan mengambil vitamin pelengkap Shaklee. Set breastfeeding Shaklee amat sesuai buat ibu menyusu.


Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA &  ESP. Klik sini untuk DAPATKANNYA SEKARANG!


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Sunday, July 6, 2014

TIPS MENYUSU KETIKA PUASA

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?
Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:
  1. Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

  1. Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

  1. Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

  1. Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

  1. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

  1. Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.
Credit: Pama
Mommy juga sarankan mengambil vitamin pelengkap Shaklee. Set breastfeeding Shaklee amat sesuai buat ibu menyusu.


Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA &  ESP. Klik sini untuk DAPATKANNYA SEKARANG!


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Wednesday, June 18, 2014

FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya. 

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi. 

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesemainfeksi urinari dan jangkitan telinga

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia. 

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya. 

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar. 

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis. 

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

Sekiranya anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang anda boleh pertimbangankan pengambilan supplement Set BF Triple M SHAKLEE untuk mengisi kekosongan zat dalam badan..


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Thursday, June 5, 2014

FISH & PAPAYA SOUP : A TRADITIONAL MILK BOOSTER

If you think you have low milk supply, your doctor or lactation consultant will advise you to increase the number of feeds and allow your baby to breastfeed as long as she needs. In the Chinese community, the pui yuet will most likely be at the stove, brewing up a pot of traditional fish and papaya soup. This dish has long been believed to help a new mother increase her breastmilk supply. 

Soups are a big feature during the Chinese confinement period. The most basic version of this soup calls for very simple ingredients: fish, young or green papaya, ginger, water and salt. These ingredients are boiled together until the water turns a 'milky' colour. 

Will fish and papaya soup really boost my milk supply?

While the effectiveness of the fish and papaya soup has never been verified by evidence based research, fish is a good source of protein, and papayas are packed with minerals and vitamins A, C and E. Combined, they provide a healthy and nutritious meal for anyone. 

"There is no strong objection to a mother having the soup as part of a diet for a breastfeeding mum. It is rich in protein, vitamins A and C, as well as beta carotene," says one lactation consultant. "However, I would suggest that the mother maintains a well-balanced diet, with everything in moderation and having a lot of variety in each food group. Keeping a healthy lifestyle helps, too." 

If you are concerned about your milk supply, speak to your doctor or a lactation consultant. Also, look out for signs that your baby is getting enough milk to help ease your worries. 

BabyCenter mum Gillian Koh-Tan shares her experience: "I didn't follow traditional confinement practices strictly, but my mother-in-law came over every day with a fresh batch of fish and papaya soup. The soup was tasty and nutritious, and I loved having a bowl of it with each meal. I don't know if it was the soup but I certainly never had supply problems and I was able to breastfeed my baby exclusively for six months." 

How do I make fish and papaya soup?

Gillian's mother-in-law, Madam Tan Li Cheng shares her recipe with us. 

Ingredients
  • 500 grams of fish bones (preferable to use threadfin - kurau - fish bones)
  • 500 grams of green papaya (the flesh of the fruit is white)
  • 3 litres of water
  • 4 slices of ginger (this will help cut down any fishy taste or smell)
  • 6 cloves of garlic
  • 3 stalks of spring onion
  • Salt to taste

Directions
  • Boil the water, then add ginger, garlic and spring onion.
  • Cut the papaya into small slices. Discard seeds.
  • Pour boiling water over the green papaya to remove sap, then drain.
  • Combine the fish bones into the boiling pot, followed by the green papaya.
  • Turn down the fire, leave to boil for about half an hour to reduce.

This should yield about three rice bowls of soup. 


Credit:babycenter

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, May 21, 2014

KOLOSTRUM SUSU IBU


Mari kita kenali kebaikan kolostrum awal. Sebaik bayi lahir ke dunia, apa yang paling awal anda lakukan? Majoriti ibu akan memberikan susu ibu yang pertama kepada bayi yang baharu menjengah dunia. Tahukah anda bahawa penyusuan awal adalah sesuatu yang penting kepada bayi. Ini kerana susu awal ibu mengandungi kolostrum yang terkenal kaya dengan khasiat luar biasa kepada bayi.

Oleh itu adalah wajar bagi ibu untuk terus menyusukan bayi sebaik melahirkannya kerana ketika itu perut bayi masih kosong dan susu awal yang masuk ke dalam perutnya dapat memenuhi keperluan khasiatnya.
Walaupun demikian, tentu sahaja ibu berasa hairan dan terfikir bagaimana si kecil yang baharu keluar dari perut ibu sudah pandai menyedut susu ibu. Hal ini terjadi kerana bayi sememangnya lahir dengan mempunyai keinginan untuk menyusu. Oleh itu bayi secara automatik mampu menyedut susu ibu yang diberikan kepadanya.
Kemampuan tersebut memberikan manfaat kepada bayi anda kerana secara langsung dia akan menyedut kolostrum yang kaya dengan khasiat seterusnya menikmati manfaat awal daripada susu ibu yang paling awal untuk sistem imun badannya.
Bayangkan sekiranya bayi tidak memiliki kemampuan untuk menyusu dan anda sendiri tidak mengetahui tentang khasiat susu awal tersebut pasti kerugian kepada anda berdua kerana kolostrum berwarna kekuningan tersebut dibiarkan terbuang begitu sahaja.
Oleh itu penting bagi ibu-ibu mengetahui tentang kepentingan memberikan bayi susu seawal kelahirannya agar si kecil mendapat kebaikan kolostrum yang sangat hebat itu.

Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat - sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak - kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. Ini amat bersesuaian sekali dengan firman Allah yang bermaksud:
"Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang meyakininya. (Al-Jathiyah: 4). Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah az-Zariyat ayat 20 dan 21 yang bermaksud, Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin. Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?.

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus. SIgA adalah sejenis antibodi yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira - kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu adalah terdiri daripada jenis SIgA. Kepekatannya boleh meningkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Sebaliknya, disebabkan proses - proses yang perlu dilakukan ke atas, susu formula tiada langsung mengandungi SIgA. 

Seorang bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif akan mendapat kira - kira 125mg/kg/hari SIgA pada umur sebulan, dan lebih kurang 75mg/kg/hari ketika berumur 4 bulan. Walaupun kepekatan SIgA di dalam kolostrum menurun dengan drastiknya dalam masa beberapa hari selepas kelahiran, tetapi dalam pada masa yang sama jumlah susu ibu turut meningkat dengan tingginya. Oleh itu jumlah total SIgA adalah hampir kekal sepertimana di awal kelahiran. 

Manakala paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit - penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit - penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain. Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob - mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel - sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. Maha Suci Allah, ciptaanNya amat hebat dan tidak mampu disaingi oleh mana - mana ciptaan manusia. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman Allah yang bermaksud:
"Yang telah menciptakan (sekalian makhluk-Nya) serta menyempurnakan kejadiannya." (Al-A'la : 2) 

Kajian - kajian klinikal telah menunjukkan bahawa SIgA yang terdapat di dalam susu ibu mampu untuk melawan kuman seperti Vibrio cholerae (kuman untuk penyakit taun), enterotoksigenik E. coli, Campylobacter, Shigella dan Giardia lamblia. Kuman - kuman tersebut biasanya yang menyebabkan keracunan makanan pada manusia. SIgA mampu melindungi bayi daripada serangan cirit - birit yang disebabkan oleh kuman - kuman tersebut. Begitulah istimewanya SIgA yang hanya terdapat di dalam susu ibu. 

Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan. 

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel - sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain - lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud, Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (surah at-tin: 4)

Fisiologi jumlah isipadu kolostrum
Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. Secara puratanya hanya 37 ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7 hingga 123 ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur - ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 - 96 jam berikutnya. Pada hari kelima jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.

Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Sesungguhnya persoalan susu tidak cukup pada hari - hari pertama kelahiran adalah tidak wajar diutarakan. Jika ibu itu mengharapkan susunya mengalir mencurah - curah sehingga 500ml pada hari pertama, memanglah mustahil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14). 

Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri? 

Antara tips - tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya pada hari - hari awal kelahiran adalah dengan meletakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. Seterusnya, usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. Antara tips - tips lain yang tidak kurang pentingnya adalah, sentiasa susukan bayi pada bila - bila masa sahaja yang dia mahu. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery ketika berada di hospital. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda - tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.

Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak - anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos - mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia.
Credit: Pama & susuibu.my
Untuk dapatkan tips untuk memulakan penyusuan, sila klik di sini!

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, May 19, 2014

TIPS UNTUK MULA PENYUSUAN SUSU IBU

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.

  1. Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  2. Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  3. Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  4. Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  5. Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  6. Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  7. Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  8. Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  9. Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  10. Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  11. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
Credit: alamhamil

Untuk dapatkan cara-cara atasi susu merundum, sila klik di sini!

Mommy juga sarankan untuk mencuba milk booster shaklee untuk memulakan penyusuan ibu.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Sunday, May 18, 2014

MENYUSU BAYI SELEPAS PEMBEDAHAN


Setiap ibu pasti mempunyai keinginan untuk menyusukan anak selepas melahirkannya. Walaupun kadang kala ibu sudah menetapkan dalam minda untuk menyusukan bayi namun adakalanya terdapat halangan yang membantutkan rancangan tersebut.
Bagi ibu yang melahirkan bayi secara normal, peluang untuk terus menyusukan bayi sejurus melahirkannya sangat tinggi. Ibu boleh berbincang dengan doktor yang menyambut kelahiran tetang keinginan tersebut.
Bagaimanapun bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, peluang menyusukan bayi sebaik dilahirkan bergantung kepada keadaan ibu ketika itu. Ada ibu yang diberikan suntikan bius penuh atau separuh sedar ketika proses pembedahan dijalankan. Berdasarkan pengalaman, jika diberi suntikan penuh, ibu hanya akan sedar semula selepas enam jam selesai pembedahan.
Ini bermakna jika ibu tidak sedar selepas melahirkan anak, dia tidak mampu memberikan susu awal terbaik kepada bayinya. Bahkan ramai beranggapan proses bersalin secara pembedahan turut menghalang pergerakan ibu. Ini disebabkan oleh luka jahitan yang menghalang ibu untuk bebas bergerak menyusukan bayinya.
Namun cuba ubah kenyataan tersebut. Mungkin anda boleh melakukan sesuatu untuk cuba memberikan susu ibu terawal kepada bayi tersayang. Ibu yang menjalankan pembedahan Caesarean tetap boleh memberikan kolostrum awal kepada bayi sebaik dilahirkan. Berbincang dengan doktor untuk hal tersebut.
Jururawat hospital biasanya bersedia membantu ibu menjayakan rancangan tersebut dengan cara menunjukkan cara memegang bayi agar tidak membahayakan perut ibu yang baharu dijahit. Ia sangat penting diketahui oleh ibu kerana tekanan pada luka jahitan pembedahan yang boleh menyebabkan luka atau berdarah.
Memang hakikatnya menyusukan bayi selepas menjalankan pembedahan Caesarean mempunyai risiko tersendiri. Justeru, ibu perlu mendapatkan sokongan daripada mereka yang pakar untuk membantu. Sebaiknya dapatkan konsultasi daripada konsultan laktasi secepat mungkin bagi membantu anda menjayakan proses penyusuan dengan selesa. Hal ini penting supaya anda tidak merasakan pedih pada puting payu dara.
Credit: Pama

Mommy cadangkan untuk mengambil set penyusuan Shaklee sesuai buat ibu bersalin secara caesarean.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, May 12, 2014

MASALAH SUSU BADAN KURANG

“Kenapa tak bagi susu badan kat anak awak?”
“Oh sebab susu saya dah kurang. Baby tak puas dan asyik menangis je. Tu yang saya bagi susu botol,” jawab si ibu.
Itu jawapan klise dalam kalangan sesetengah wanita yang baru bergelar ibu. Kemungkinan dia langsung tidak mempunyai info tentang penyusuan susu ibu atau juga dia malas hendak bersusah payah menyusukan anaknya dengan susu ibu.
Sepatutnya sebaik disahkan mengandung, bakal ibu perlu mempersiapkan diri untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Ada segelintir ibu beranggapan hanya ibu bertuah sahaja mempunyai kuantiti susu yang cukup untuk menyusukan bayinya.
Dia beranggapan sedemikian kerana tiada susu yang mengalir keluar dari puting payu dara sedangkan bayi menangis tanpa henti kerana kelaparan. Lantaran tidak tahan mendengar tangisan bayi, ibu terus menyumbat susu formula ke dalam mulut bayi.
Ibu seharusnya tahu bahawa penyusuan susu ibu bukan proses semula jadi sebaliknya ia memerlukan ibu terus belajar dan mempraktikkan amalan yang boleh merangsang penghasilan susu ibu bagi memenuhi keperluan bayi yang baharu dilahirkan.
Ketahuilah bahawa penyusuan pada satu jam pertama selepas kelahiran adalah sangat penting. Tidak perlu khuatir jika susu tidak keluar memancut-mancut kerana yang penting  susu awal pekat dikenali sebagai kolostrum adalah susu penting yang berkhasiat untuk membina antibodi bayi.
Jangan risau bila orang lain cakap tiada susu kerana yang penting anda terus memberi bayi susu dengan kerap kerana ia membantu merangsang tubuh menghasilkan susu. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.
Semakin kerap mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan atau menepam, anda telah membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lagi bagus, terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Ingatlah bahawa bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan. Bayi baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Tetapi ada juga bayi yang menyusu lebih daripada jumlah tersebut.
Tipnya mudah sahaja, semakin kerap bayi menyusu, semakin mudah payu dara kosong. Oleh itu semakin mudah payu dara kosong, maka semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan pengosongan payu dara dengan kerap.
Credit: pama

Mommy juga sarankan untuk mencuba vitamin pelengkap shaklee iaitu set breastfeeding atau dikenali sebagai set triple M shaklee sesuai buat ibu menyusu.





Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, May 2, 2014

BENGKAK SUSU


Mengapakah payudara saya bengkak dan sakit?

Pada minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Anda juga mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara. 

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. 

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. 

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu: 
  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
  • Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Berapa lamakah payudara bengkak akan berlanjutan?

Mujurlah, masalah payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi. 

Jika anda memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati payudara menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanyalah ubat penahan sakit dan memakai coli sokongan yang baik. 

Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada. 

Bolehkan saya teruskan penyusuan walaupun payudara bengkak?

Boleh, dan memang itu yang sepatutnya. Jika boleh, susukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan lakukan dengan kerap bermula daripada saat itu. 

Perhatikan bayi anda untuk melihat tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah. 

Jika dia menangis, bermakna dia sudah sangat lapar. 

Sebaik sahaja bengkak reda, payudara anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu. 

Adakah payudara bengkak akan memberi kesan pada bayi saya?

Tidak. Tetapi ia mungkin membuatkan anda mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang boleh. 

Credit: babycenter

Lecithin juga boleh membantu untuk mengatasi masalah bengkak susu.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.