Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label chewable vita c. Show all posts
Showing posts with label chewable vita c. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

KHASIAT BUAH MANGGIS

Hitam hitam si tompok manggis. Hitam di luar, putih di dalam. Buah manggis terkenal sebagai buah yang kaya dengan kandungan anti oksidan yang cukup tinggi dan banyak khasitnya untuk kesihatan.

Salah satu kandungan di dalam buah manggis adalah zat folat yang bermanfaat sebagai pencegah kecacatan pada janin. Zat folat ini dapat mengurangkan risiko kelahiran cacat seperti kelainan tulang belakang, bibir sumbing, masalah jantung, dan kelainan lain.

Buah manggis juga mengandungi zat mangan yang sangat berguna untuk membentuk sistem kerangka serta tulang rawan semasa pertumbuhan janin. Zat mangan ini bersifat anti oksidan yang dapat membantu bayi serta ibu hamil daripada kerosakan sel.

Vitamin C dalam buah manggis juga baik untuk menjaga sistem kekebalan tubuh ibu hamil. Vitamin C juga dapat menjaga keanjalan kulit ibu hamil  yang tetap sihat walau mengalami regangan seiring dengan pertumbuhan bayi.

Jika tiada musim manggis untuk dapatkan vitamin c, mommy darwisya boleh cadangkan Chewable Vita C Plus yang mengandungi 100mg Vitamin C. Sedap dan mudah dikunyah atau dihisap.


Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, August 13, 2013

5 NUTRIEN PENTING ANAK

Kanak-kanak sedang membesar memerlukan nutrien penting bagi membantu tumbesaran yang sihat dan cergas. Jangan abaikan nutrien berikut agar anak anda tidak tergolong dalam kelompok kanak-kanak yang tidak sihat.

 
1. Kalsium
Dia perlukan kalsium kerana ia sangat penting untuk tumbesaran tulang dan giginya. Sumber kalsium boleh anda peroleh daripada produk tenusu, brokoli, kekacang dan jus oren segar.
 
2. Vitamin A
Vitamin ini diperlukan untuk kesihatan matanya. Ia membolehkan mata berfungsi dengan baik terutamanya apabila berubah daripada keadaan gelap – terang atau sebaliknya. Vitamin A juga berperanan membantu perkembangan sel dan tisu tubuhnya serta meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan jangkitan. Jadi beri anak anda makan telur, lobak merah dan keledek.
 
3. Zat besi
Anak anda perlukan zat besi untuk membantu darah mengangkut oksigen ke dalam sel tubuh dan pada masa yang sama memastikan sistem imunisasi berfungsi dengan baik, Kekurangan zat besi boleh mengakibatkannya kurang darah dan mudah letih. Ia boleh didapati daripada makanan seperti daging merah, ayam, ikan dan kekacang.
 
4. Serat
Serat sangat penting dalam membantu usus si kecil berfungsi dengan sempurna selain daripada mengelakkannya daripada menghidap diabetes. Sumber makanan yang mengandungi serat adalah seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan oat.
 
5. Vitamin C
Vitamin C diperlukan kerana ia bahan antioksidan yang dapat meningkatkan keupayaan salur darah, menyembuhkan luka dan melawan jangkitan. Ia turut membantu memendekkan jangka masa serengan selesema. Sumber vitamin C boleh diperoleh daripada buah-buahan sitrus dan strawberi. Ataupun cara mudah nak ambil vitamin C boleh cuba Chewable Vitamin C Shaklee. Ianya sangat sedap dan amat disukai oleh kanak-kanak.


Credit : Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Saturday, July 27, 2013

TIPS BAYI SELESEMA

Selesema memang penyakit biasa, namun jika menyerang bayi baru lahir, panik juga dibuatnya apatah lagi jika ia pertama kali berlaku. Bayi akan merengek tanda tidak selesa kerana hidungnya tersumbat. Akibatnya dia sukar untuk menyusu.

Jangan risau kerana jika diserang selesema biasa ia selalunya tidak serius. Para pakar menganggarkan kebanyakan bayi akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertama kehidupannya.

Selesema adalah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Ia mudah tersebar apabila orang yang selesema bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Bayi cenderung untuk dijangkiti dengan mudah kerana semasa lahir sistem imuniti yang berfungsi hanya sebanyak 60 peratus sahaja.
 

Bayi yang menghidap selesema tidak boleh bernafas melalui hidung kerana tersumbat oleh mukus. Ini membuatkan mereka tidak selesa dan asyik meragam. Jika selesema berlaku di kalangan kanak-kanak, anda boleh memberikan mereka lebih banyak jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C atau kanak-kanak boleh diberi Chewable Vita-C Plus Shaklee kerana ianya 100% semulajadi diperbuat dari buah sebenar! 

Jangan berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu. Berikut cara untuk melegakan ketidakselesaan bayi atau kanak-kanak yang selesema.

*Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan bahagian pembaringannya dengan meletakkan tuala di bawahnya. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi  kerana ia boleh menyebabkan gejala mati lemas.
 

*Bayi terlalu kecil untuk menghembus hidungnya sendiri, jadi sentiasa lap hidungnya supaya boleh bernafas dengan lebih mudah.
 

*Anda juga boleh menggunakan alat penyedut yang banyak dijual di farmasi untuk mengeluarkan mukus yang menyumbat hidung bayi.
 

Cara terbaik untuk mencegah bayi daripada serangan selesema iaitu berikan si kecil susu ibu sejak dia lahir. Ia dapat melindungi kesihatan bayi kerana selagi bayi menyusu badan, dia mendapat antibodi ibu dan imunisasi secara semula jadi. Sekiranya bayi jatuh sakit, penyakit tersebut ringan dan tidak berpanjangan.

Lindungi bayi daripada ahli keluarga yang sakit turut membantu mencegah jangkitan selesema. Jika mereka yang tidak sihat, pastikan membasuh tangan sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.
 

Jika bapa kepada bayi seorang perokok, berhentilah dan elakkan mendedahkan bayi dengan persekitaran asap rokok. Anak yang tinggal bersama perokok berisiko lebih tinggi untuk mudah dijangkiti selesema berbanding bayi yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.