Daisypath Anniversary tickers

Saturday, July 27, 2013

TIPS BAYI SELESEMA

Selesema memang penyakit biasa, namun jika menyerang bayi baru lahir, panik juga dibuatnya apatah lagi jika ia pertama kali berlaku. Bayi akan merengek tanda tidak selesa kerana hidungnya tersumbat. Akibatnya dia sukar untuk menyusu.

Jangan risau kerana jika diserang selesema biasa ia selalunya tidak serius. Para pakar menganggarkan kebanyakan bayi akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertama kehidupannya.

Selesema adalah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Ia mudah tersebar apabila orang yang selesema bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Bayi cenderung untuk dijangkiti dengan mudah kerana semasa lahir sistem imuniti yang berfungsi hanya sebanyak 60 peratus sahaja.
 

Bayi yang menghidap selesema tidak boleh bernafas melalui hidung kerana tersumbat oleh mukus. Ini membuatkan mereka tidak selesa dan asyik meragam. Jika selesema berlaku di kalangan kanak-kanak, anda boleh memberikan mereka lebih banyak jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C atau kanak-kanak boleh diberi Chewable Vita-C Plus Shaklee kerana ianya 100% semulajadi diperbuat dari buah sebenar! 

Jangan berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu. Berikut cara untuk melegakan ketidakselesaan bayi atau kanak-kanak yang selesema.

*Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan bahagian pembaringannya dengan meletakkan tuala di bawahnya. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi  kerana ia boleh menyebabkan gejala mati lemas.
 

*Bayi terlalu kecil untuk menghembus hidungnya sendiri, jadi sentiasa lap hidungnya supaya boleh bernafas dengan lebih mudah.
 

*Anda juga boleh menggunakan alat penyedut yang banyak dijual di farmasi untuk mengeluarkan mukus yang menyumbat hidung bayi.
 

Cara terbaik untuk mencegah bayi daripada serangan selesema iaitu berikan si kecil susu ibu sejak dia lahir. Ia dapat melindungi kesihatan bayi kerana selagi bayi menyusu badan, dia mendapat antibodi ibu dan imunisasi secara semula jadi. Sekiranya bayi jatuh sakit, penyakit tersebut ringan dan tidak berpanjangan.

Lindungi bayi daripada ahli keluarga yang sakit turut membantu mencegah jangkitan selesema. Jika mereka yang tidak sihat, pastikan membasuh tangan sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.
 

Jika bapa kepada bayi seorang perokok, berhentilah dan elakkan mendedahkan bayi dengan persekitaran asap rokok. Anak yang tinggal bersama perokok berisiko lebih tinggi untuk mudah dijangkiti selesema berbanding bayi yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



No comments:

Post a Comment