Mempunyai anak aktif dan lasak adalah anugerah yang tidak ternilai kepada setiap ibu bapa. Namun jika kenakalan tersebut melampau sehingga waktu malam pun mereka masih merengek dan meminta sesuatu di luar kemampuan, mama harus mencari alternatif untuk mengurangkan tahap ‘kenakalan’ mereka dengan panduan seperti berikut.
•Kurangkan makanan bergula terutama pada waktu petang yang hanya akan menyumbang tenaga kepada anak sehingga malam.
•Beri tarikan baru kepada anak-anak yang membolehkan mereka duduk diam seperti melukis, membaca, permainan dan sebagainya
•Memberi ganjaran sekiranya mereka boleh berdiam diri untuk beberapa tempoh.
•Namun dalam masa yang sama, beri ruang kepada mereka untuk bermain sepuas-puasnya.
•Jangan menyekat sifat aktifnya tetapi salurkan ke arah yang betul seperti bersukan, membuat kerja atau sebagainya.
•Bertegas seperti kenakan hukuman jika mereka tidak mendengar arahan.
•Sekiranya anda terlalu aktif sehingga tidak boleh mengawal tingkah laku, mama perlulah berjumpa doktor kerana anak anda mungkin tergolong dalam kanak-kanak hyperaktif.
Credit: Pama
No comments:
Post a Comment