Pada masa kini, pam payu dara umpama aksesori berharga kepada ibu menyusu yang bekerja. Pelaburan besar dilakukan oleh ibu yang memilih penyusuan eksklusif. Sejumlah wang yang besar dilaburkan untuk mendapatkan pam yang lengkap dan sesuai bagi merealisasikan impian penyusuan tersebut.
Oleh kerana anda sudah membuat pelaburan yang besar, pastikan pam yang dibeli memberi kesan efektif yang memuaskan hati. Jangan terpengaruh dengan saranan daripada orang lain berkenaan sesuatu jenama pam payu dara kerana setiap orang berbeza-beza keperluannya.
Bagi ibu bekerjaya yang mempunyai jadual kerja yang ketat, penggunaan pam elektrik amat disyorkan. Bagaimanapun semasa membuat pilihan, anda disarankan memilihh pam yang menyerupai cara hisapan bayi. Faktor ini membezakan keberkesanan pam ataupun sebaliknya. Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan pam elektrik adalah seperti berikut:
1. Keselesaan
Biasanya, pam elektrik automatic mempunyai cirri kekuatan sedutan, auto-cycle atau cycle yang boleh dikawal di mana ia selesa digunakan. Malahan sesetengah pam yang lebih canggih dan mahal berupaya melakukkan fasa rangsangan untuk merangsang pancutan reflex. Ia hanya boleh diselaras dengan menekan atau memutar butang tertentu.
2. Keberkesanan
Pilih pam elektrik yang dicipta menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 200-240 mmHg. Pam yang mempunyai cirri auto-cycle terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan anda menekan sebarang punat atau butang untuk melepaskan hisapan.
3. Cara mengepam
*Sebelah payu dara
Pam ini sesuai jika anda menggunakan secara sambilan iaitu anggaran dua kali mengepam dalam sehari.
*Kedua belah payu dara
Mengikut kajian, pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payu dara pada waktu sama terbukti lebih berkesan bagi tujuan menrangsang penghasilan hormone prolaktin seterusnya penghasilan susu lebih baik. Pam ini disyorkan kepada ibu-ibu berkerjaya yang sibuk dan kesuntukan masa.
4. Ketahanan pam
Pastikan pam pilihan anda tahan lama kerana ia dianggap sebagai pelaburan jangka panjang. Pemilihan pam elektrik perlu mengambil kira faktor ketahanan motornya.
5. Harga
Pam payu dara elektrik berkualiti biasanya lebih mahal harganya iaitu dalam lingkungan RM350 hingga RM2000, bergantung kepada jenis dan jenamanya. Anggaplah ia sebagai satu pelaburan jangka masa panjang kerana penyusuan susu ibu jauh lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu membeli susu formula.
Credit: PAMA
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment