Sudah lebih sebulan mommy berehat dari menghapdate blog ni. Mood raya terover namanya tu. Mommy juga nak berkongsi dengan followers semua, ada ke followers mommy.. hahaha yang mommy telah selamat melahirkan permata hati kedua, Putera Raees pada 12 Ogos 2014, 12.51 tengahari. Kali ni, semuanya terkejut sebab due date mommy sebenarnya 7 September 2014. Tapi disebabkan air ketuban kurang kalau kata medical dia oligohydramnios, permata hati mommy dinasihatkan untuk dilahirkan segera. Alhamdulilah berkat doa dan tawakal, mommy berjaya melahirkan secara normal.
Hari ni dah hari ke 14 tepat 2 minggu selepas bersalin, mommy nak berkongsi jugaklah tips yang mommy jumpa ni untuk cara-cara kempiskan perut selepas bersalin secara tradisional. Semoga berjaya!
- Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.
- Campur sedikit beras dan kisar halus. Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.
- Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.
- Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.
- Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.