Daisypath Anniversary tickers

Thursday, November 21, 2013

RESEPI IBU PANTANG

Selepas bersaliln, ibu perlukan makanan yang dapat memanaskan kembali badan yang sejuk. 

Antara bahan semula jadi yang disarankan adalah lada hitam. Masakan daging lada hitam pasti membuka selera ibu selepas bersalin.

Daging lembu batang pinang kurang mengandungi lemak dan teksturnya lebih lembut. Protein sangat penting untuk ibu membina semula tisu-tisu badan yang mungkin rosak sewaktu menjalani proses bersalin.

Tempoh masa memasak: 60 minit

Bahan-bahannya:

250 gram daging batang pinang dihiris nipis
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu minyak masak
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara menyediakannya:
1.Rebus daging dengan api sederhana hingga empuk. Toskan tetapi jangan dibuang air rebusan tadi.
2.Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3.Masukkan daging, kicap manis dan kicap masin serta lada hitam. Gaul rata dan biar seketika.
4.Kemudian masukkan sedikit air rebusan dan biarkan sehingga pekat semula agar daging lebih lembut.
5.Taburkan lada hitam dan siap dihidang.

Credit: pama

TEMPOH PEMULIHAN SELEPAS BERSALIN

Sudah pasti selepas bersalin anda memerlukan masa untuk pulih seperti sediakala kerana sepanjang mengandung dan kemudiannya melahirkan bayi, seluruh tubuh dan organ dalaman anda telah mengalami keletihan dan perubahan besar. Anda mungkin ingin tahu tentang tubuh badan anda dan beberapa tanda ketika proses pemulihan ini. Antara perkara yang kerap menjadi perhatian dan persoalan ialah;

RahimRahim anda akan mengambil masa 6 minggu untuk kembali ke bentuk asal. Saiz rahim sebenar adalah sebesar telur “double A” sahaja.

Bengkak

Bengkak kaki dan badan mengambil masa 4-6 minggu untuk hilang sepenuhnya. Adalah normal untuk tubuh menjadi lebih bengkak dalan tempoh 1-2 minggu, asalkan anda tiada masalah darah tinggi. Pada waktu ini badan akan mengalami kekurangan air kerana anda mengalami dieresis. Oleh itu, minum air yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan aliran susu badan yang optima dan mengurangkan risiko sembelit.

Pendarahan faraj

Pendarahan faraj atau nifas mengambil masa 4-8 minggu untuk berhenti sepenuhnya. Sekiranya ia berhenti selepas 3 minggu bersalin dan datang kembali selepas beberapa hari, ia juga adalah normal. Darah yang keluar itu akan bermula dengan warna merah sebelum ia akan beransur-ansur menjadi warna coklat dan seterusnya coklat muda. 

Luka Episiotomi

Luka ini akan mengambil masa 1-2 minggu untuk pulih daripada sakit dan 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Pastikan ia bersih dari cemaran seperti najis dan sentiasa kering untuk mempastikan ia lebih cepat sembuh. Lap dengan kain bersih dan anda boleh mengunakan alat pengering rambut jika ada.


Luka Pembedahan
Cesarean

Pembedahan ini akan mengambil masa 4 minggu untuk pulih daripada sakit dan 8 minggu untuk pulih sepenuhnya. Berjumpalah dengan doktor sekiranya tempoh pemulihan anda memakan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Stretch Mark dan Warna kehitaman pada kulit

Mengambil masa 6 bulan sehingga 1 tahun untuk hilang sepenuh, selalunya dari kemerahan ia akan menjadi parut putih yang pudar. Mereka yang berkulit gelap mungkin akan mengambil masa yang lebih lama.

Kebas Tangan ( Carpal Tunnel Syndrome)

Selalunya hilang dengan sendiri selepas 6 minggu bersalin. Carpal tunnel syndrome terjadi disebabkan tekanan pada urat saraf pada pergelangan tangan yang kerap terjadi disebabkan kehamilan. Kalau tangan anda masih kebas dan sakit selepas tempoh tersebut, eloklah berjumpa pakar untuk rawatan seterusnya.        

Buasir

Buasir atau hemorrhoid mengambil masa 4-6 minggu untuk pulih sepenuhnya. Walaubagaimanapun, sekiranya anda pengidap buasir kronik, ia mungkin akan kekal selagi tiada pembedahan dilakukan. Jumpa dengan doktor pakar sekiranya buasir masih tidak hilang walau setelah beberapa bulan bersalin.        

Berat badan

Kenaikan berat badan semasa hamil kebanyakannya disebabkan oleh berlebihan bendalir tubuh dan juga tumbesaran rahim serta bayi. Kenaikan berat badan yang optimal adalah dalam lingkungan 10-15 kilogram selama sembilan bulan anda hamil. Kebanyakan dari pertambahan berat ini akan hilang dalam tempoh 2-3 bulan selepas bersalin. Sekiranya anda kelihatan masih berisi selepas 6 bulan bersalin, ia mungkin disebabkan anda mengalami kenaikan yang keterlaluan semasa hamil.

Perut buncit dan berkedut

Badan memerlukan 6 bulan – 1 tahun untuk kembali langsing tetapi bergantung kepada cara pemakanan anda semasa pantang dan cara senaman yang anda praktikkan. Buat senaman perut 3-4 kali seminggu semasa pantang dan anda mungkin akan langsing dalam masa yang lebih singkat. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang menjalani pembedahan Cesarean, ia mungkin akan mengambil masa yang lebih lama disebabkan lemak kebal yang terbentuk pada sekitar parut cesarean.

Credit: alamhamil.com

Kalau nak cuba dapatkan set berpantang basic shaklee selepas bersalin, boleh juga untuk pastikan badan sihat, bertenaga dan cepat sembuh.




Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

TIP KURANGKAN LOYA HAMIL

Tip-tip penting untuk kurangkan loya dan muntah semasa hamil

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.

Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip untuk kurangkan simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini
  • Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
  • Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
  • Hindarkan diri dari wangian
  • Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  • Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
  • Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
  • Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah.
Klik sini untuk dapatkan 12 tips untuk hilangkan loya!

Credit: alamhamil.com

Jika ibu hamil ingin cuba set morning sickness shaklee, hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, November 6, 2013

TANDA BAYI ANDA CUKUP SUSU IBU

Kadang kala ibu tidak tahu sama ada bayinya sudah cukup minum susu atau belum. Setiap kali menangis, ibu beri sahaja susu badan. Akibat terlalu kenyang, si kecil muntahkan semula susunya walaupun mulut tetap menyusu bila disuakan.

Jadi, ibu perlu tahu apa tanda yang boleh menunjukkan si manja sudah cukup minum susu dan rengekan manjanya bukan kerana hendakkan susu.

1.      Sekurang-kurangnya enam lampin basah setiap hari dan membuang air besar yang cair berwarna kekuningan dua hingga lima kali sehari. Ini bergantung kepada umur bayi.

2.      Najis bayi tidak berwarna putih atau kelabu.

3.      Peningkatan berat badannya stabil selepas minggu pertama kelahiran.

4.      Air kencingnya berwarna kuning pucat dan bukannya berwarna kuning pekat atau jingga.

5.      Bayi tidur nyenyak dan kelihatan cergas ketika bangun tidur.

*Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh satu inci ke bahagian areola. Pastikan puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendaklah dirapatkan ke badan ibu sehingga hujung hidungnya menyentuh payu dara. Jika hidungnya terhalang oleh payu dara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payu dara sedikit atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.

*Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, atau anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payu dara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.

Credit: Pama


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, November 5, 2013

VIVIX YANG AWESOME! HIMPUNAN TESTIMONI

Tak perlu ambil vitamin lain dah jika anda malas nak telan banyak-banyak jenis. Tau tak ia 1001 manfaat? Utk diabetes, kolesterol tinggi, jantung, darah tinggi dan pelbagai penyakit kronik lain. Tidak kesian tengok mak ayah anda yg menderita sakit2 tersebut? Apalah sangat nilai harga vivix utk balas jasa mereka.

Harga tengah murah ni setahun sekali belum tentu ada promo ni. Serius saya ingin kongsikan kerana ramai yg dah dapat hasil positif.

Bg isteri sanggupkah orang cakap "mudanya mak awak" disangkanya kita mak kepada suami. Sedih makan dalam tu. Vivix ni adalah 10x lebih power dr resveretrol (yg ni agen awet muda paling laris kat US). kalau dah 10x maka paham-pahamlah kesannya. memang tegang habis. 

Yg mana bahagian makin kendur tu anda bolehla snap dlu gambar sebelum dan selepas nanti akan sendiri tau buktinya. Cepat2 kalau nak sbb ia sangat laris dan in trend jadi rebutan sekarang. Kalau habis tak dptlah lagi harga murah siapa yg rugi?

Jadi apa anda tunggu lagi? Sudah tentu ianya adalah yang terbaik, berbaloi-baloi, jika hanya lihat sahaja tak cuba mana boleh percaya kan?

Cuba dulu pasti lepas ni berbotol-botol mahu borong. 


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

ANAK CEREWET MAKAN?

Aduh memang pening kepala mama kalau anak cerewet makan. Ia sangat menguji kesabaran ibu. Penat memasak tidak hilang apabila si manja enggan membuka mulut merasa masakan yang disediakan. 

Kadang kala kita terfikir bagaimana anak sekecil usia setahun lebih sudah pandai memilih makanan apa yang hendak di makan. Sebenarnya ia bermula daripada didikan awal di rumah. 

Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan. 

*Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap masa. 

*Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan. 

*Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar. 

*Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton televisyen. 

*Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak. 

*Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti. 

*Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh. 

Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak? 

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka.

Jika bayi anda enggan makan, mommy darwisya boleh syorkan MEALSHAKE Shaklee. Pasti bayi akan berselera.

Credit : Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman

Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BUAH TERBAIK BUAT BAYI

Apabila anak anda sudah mula diberi makanan pejal, buah-buahan antara makanan yang mesti diperkenalkan. Ia mudah diberi, mudah hadam dan sedap dimakan.

Buah-buahan yang kaya dengan vitamin dan mineral paling sesuai sebagai makanan awal diperkenalkan. Berikut lima jenis buah yang baik diberikan kepada bayi.

*PISANG
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, fosfor, vitamin A, asid folat.
Cadangan sajian:
1. Kupas kulit pisang, lenyekkan sedikit dan boleh terus disuap kepada bayi.
2. Puri pisang

*OREN
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, kalsium, vitamin A, vitamin C, asid folat, serat.
Cadangan sajian:
1. Cuci bersih buah oren, kupas dan perahkan jusnya. Beri kepada bayi.
2. Dapat dijadikan pemanis yang menyegarkan dalam penyediaan puri buah.

*EPAL
Untuk  bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi utama: kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, vitamin C.
Idea sajian:
1. Puri epal

*PIR
Untuk bayi enam bulan ke atas.
Kandungan nutrisi kalium, fosfor, kalsium, vitamin C.
Idea sajian:
1. Puri pir:
*Bagi bayi berusia lapan bulan, boleh ditambahkan bijirin agar puri ini menjadi padat.

*TOMATO
Untuk  bayi lapan bulan ke atas.
Kandungan nutrisi: protein, serat, kalium, magnesium, fosfor, kalsium, vitamin A, asid folat.
Idea sajian:
1. Sos tomato:
Cuci bersih lalu rebus tomato sampai empuk, sehingga kulitnya mudah dikupas.
Setelah dikupas, potong menjadi empat bahagian. Kisar hingga halus, lalu tapis menjadi sos tomato.
Hidangkan bersama dengan puri kentang atau sayuran.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.