Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 12, 2013

BILA ANAK JATUH KATIL


Teringat masa darwisya jatuh masa hari ke 16 kot jatuh tergolek sebab mommy keletihan menyusukan. Mana taknya darwisya setiap 5 minit nak susu tapi kejap je. Kejadian tu terjadi waktu 3-4 pagi kot. Memang  la cuak tapi kemalangan memang tidak boleh dijangka. Sehebat mana kita mengawal pergerakan anak kadang kala ada juga kemalangan yang berlaku.

Bayi terutamanya yang sudah boleh meniarap memerlukan perhatian kerana mereka berisiko untuk terjatuh jika dibiarkan bersendirian di atas katil. Kisah anak terjatuh tanpa sengaja dari katil adalah perkara biasa.

Siapa yang tidak terkejut apabila anak tiba-tiba terjatuh dari katil mama. Panik dibuatnya.

Pastinya bayi akan menangis kuat dan kelihatan terkejut. Jika bernasib baik, tiada benjol berlaku di badan atau kepalanya. Bagaimanapun pastinya papa dan mama tetap bimbang ada kesan gegaran pada otak bayi.

Sebenarnya, menurut pakar pediatrik, kecederaan yang akan dialami oleh bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala dan bagaimana cara mereka terjatuh.

Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sebaiknya anda tidak sepatutnya meninggalkan bayi keseorangan di atas katil tidak kira berapa umur mereka. Ini kerana, jika bayi terjatuh dan mengalami perdarahan di dalam otak, ia mungkin agak susah dirawat dan mungkin akan menyebabkan komplikasi yang serius dan berpanjangan.

Jika bayi terjatuh, kita harus memastikan tiada pendarahan berlaku. Mereka harus diperhatikan selama lebih kurang 48 jam dan jika terdapat tanda-tanda seperti muntah-muntah, tidak aktif dan lemah atau sawan, segera dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Credit: Pama


No comments:

Post a Comment