Adakah anda baru disahkan hamil? Jika ya, anda perlu membuat senarai semak perkara yang wajib dilakukan oleh wanita hamil. Semuanya demi memastikan keselamatan ibu dan bayi yang dikandung.
1. Pastikan anda benar-benar hamil
Buat ujian kehamilan sendiri sebaik lewat datang bulan berbanding biasa.
2. Buat temu janji pemeriksaan
Berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan khidmat nasihat ibu hamil.
3. Pastikan semua aktiviti anda selamat
Jangan abaikan keselamatan diri anda dan bayi yang dikandung kerana anda tidak tahu tahap kekuatan diri di awal kehamilan.
4. Amalkan pemakanan sihat
Loya di awal trimester memang agak sukar tetapi pastikan anda sentiasa pilih makanan yang terbaik.
5. Minum air
Ketika hamil, anda memerlukan enam hingga alpan gelas cecair setiap hari.
6. Tidur awal
Anda mungkin berasa cepat letih berbanding biasa. Jadi, lebih baik tidur awal.
7. Pilih masa sesuai untuk umumkan kehamilan
Ada wanita yang teruja untuk berkongsi kegembiraan tetapi ada juga yang hendak melepaskan trimester pertama sebelum berkongsi berita gembira. Semuanya terpulang kepada anda.
8. Jangan lupa vitamin prenatal
Suplemen asid folik sangat penting pada trimester pertama. Ia mengurangkan risiko kecacatan tiub neural. Mommy darwisya cadangkan untuk ambil vitamin asas untuk trimester pertama.
9. Pilih doktor
Bertanyalah dengan kawan-kawan, saudara mengenai pemilihan doktor sakit puan anda.
10.Pastikan ubat anda selamat
Jangan sembarangan memakan ubat tanpa nasihat daripada doktor atau ahli farmasi.
11.Penuhkan dapur dengan makanan sihat
Pastikan pantry, kabinet dapur dan peti ais anda dipenuhi makanan mesra kehamilan.
12.Pelajari tanda-tanda komplikasi kehamilan
Rajin-rajinlah membaca buku, majalah dan laman web mengenai kehamilan.
13.Beli coli dan seluar dalam baru
Coli dan seluar dalam khas ibu hamil memang lebih selesa ketika ini.
14.Buat bajet bayi
Anda sudah boleh mula mencongak perbelanjaan menyambut kelahiran bayi.
15.Teruskan hubungan seks jika berkeinginan
Anda mungkin berasa terlalu penat, moody atau letih untuk melakukan hubungan intim dengan suami. Tetapi jika anda berkeinginan, teruskan kerana seks ketika hamil adalah selamat.
Credit: Pama
No comments:
Post a Comment