RESEPI BERPANTANG LAGI
[1] ULAM HALIA DENGAN POKOK KUNCI
Bahan-bahan:
Beberapa potong halia muda
Beberapa batang pokok kunci
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Bersihkan halia muda dan pokok kunci.
b) Kemudian kedua-duanya hendaklah dimayang halus. Gaulkan bersama dan campurkan dengan sedikit garam.
c) Makan bersama nasi panas
Info: Halia dikatakan mempunyai sifat panas dan kering. Dengan memakannya sepanjang tempoh berpantang, ia bertujuan untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.
[2] IKAN TENGGIRI MASAK AIR
Bahan-bahan:
Sepotong ikan tenggiri (saiz sederhana)
200 ml air
5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Panaskan periuk dan campurkan kesemua bahan. Masak ikan haruan sehingga airnya tinggal sedikit sahaja.
b) Boleh dimakan ketika hidangan masih panas.
Info: Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan semata-mata. Malah ia berkhasiat untuk kesihatan anda jika diamalkan setiap hari.
Ia mampu mengembalikan semula tenaga, membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah selain merawat luka-luka dalam badan.
[3] KENTANG SUHUN
Bahan-bahan:
200 ml air
3 biji bawang putih
1 biji kentang – dipotong kecil
1 sudu air asam jawa
½ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit suhun (direndam terlebih dahulu)
Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan tadi hingga kentang empuk. Biarkan ia mendidih dan kuahnya sedikit pekat.
b) Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang sedikit air asam jawa di atasnya.
[4] KENTANG CAMPUR PEGAGA
Bahan-bahan:
200 ml air
5 – 8 helai daun pegaga
5 ulas bawang kecil – dipotong
21 biji kentang – dipotong kecil
1 sudu makan ikan bilis
½ sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit air asam jawa
Garam secukup rasa
Cara menyediakan:
a) Masak bersama kesemua bahan sehingga kentang empuk. Biarkan mendidih atas api sederhana besar.
b) Angkat setelah kuahnya pekat. Hidangkan.
No comments:
Post a Comment