Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

BAYI SEMBELIT

Masalah sembelit bukan sahaja menyerang orang dewasa. Bahkan di kalangan bayi juga turut boleh menghadapi masalah sukar buang air besar ini. Bagaimanapun setiap bayi mengalami masalah sembelit yang berbeza.

Masalah sembelit jarang berlaku kepada bayi yang baru lahir, terutama yang minum susu ibu secara eksklusif. Ini kerana kandungan ais susu ibu memiliki kadar laktosa yang tinggi yang dapat mencegah berlakukan sembelit.

Tetapi bayi baru lahir yang minum susu formula, sangat mudah mengalami masalah sembelit, sementara bagi bayi yang berusia enam bulan mudah mengalami sembelit kerana sudah mula makan makanan pejal.

Sembelit boleh berlaku kerana:
*Bayi kekurangan cecair.
*Bayi minum susu formula.
*Perubahan pemakanan iaitu ketika makan makanan pejal pertama.

Beberapa petunjuk yang kelihatan pada bayi anda turut boleh dijadikan panduan si kecil menghadapi masalah sembelit. Antaranya:
*Frekuensi najisnya berkurangan, dan ia kecil serta keras.
*Bayi menangis atau meneran ketika hendak membuang air besar.

Sekiranya bayi mengalami sembelit cuba pastikan bayi mendapat cukup cecair dalam badannya. Sebaiknya susukan anak dengan susu ibu.

Anda juga boleh memicit lembut perut bayi mengikut arah jam. Gunakan minyak bayi ketika memicit. Jangan memberi bayi ubat sebarangan kecuali setelah mendapat konsultasai daripada doktor.

Biasanya bayi mengalami masalah sembelit dalam tempoh masa seminggu, jika ia berlanjutan lebih daripada satu bulan, segera bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment