“Adik kena makan sayur kalau nak kuat macam Superman tau,” begitu ayat pancing yang sering dituturkan oleh si ibu kepada anak kecil yang tidak mahu makan sayuran.
Kebiasaannya si anak akan berfikir seketika sama ada hendak menjadi kuat seperti superhero pujaan atau membiarkan sahaja kata-kata ibu. Ada ibu yang bernasib baik apabila si kecil dengan pantas makan sayuran tersebut kerana terpengaruh dengan kata-katanya tetapi ada juga yang langsung tidak terkesan dengan pujukan ibu.
Seringkali kita mendengar ibu mengomel mengenai anak kesayangan yang tidak suka menjamah sayur-sayuran yang dihidang. Bagaimana hendak membesar dengan sihat jika sayur langsung tidak mahu dimakan. Risaunya ibu! Sudah bermacam dipujuk tetapi mereka tetap tegar menolak sayur.
Walaupun mungkin bagi sesetengah ibu, sudah mempraktiskan tip mengajak anak makan sayuran tetapi dikongsikan lagi beberapa tip yang mungkin boleh diguna pakai sekali lagi.
Sembunyikan sayuran
Menghidangkan sayuran secara terus kepada anak-anak bukan satu langkah yang tepat. Di sini anda memerlukan taktik untuk mengumpan mereka. Apa kata sembunyikan sayuran tersebut di sebalik makanan kegemaran mereka seperti ayam, ikan, daging, udang dan sebagainya. Secara tidak langsung mereka tetap mendapat khasiat sayuran tersebut tanpa sengaja.
Hiasan menarik
Anak kecil memang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang menarik. Mungkin warna dan bentuk sayuran yang hijau dan rasanya yang agak pahit tidak menarik perhatian mereka. Apa kata anda menjadi kreatif dengan mencipta pelbagai bentuk menggunakan sayur-sayuran untuk menarik minat mereka menjamahnya. Mana tahu idea ini menjadi!
Jus buah dan sayur
Kanak-kanak amat menggemari jus buah-buahan. Mungkin rasanya yang masam manis serasi dengan citarasa mereka. Oleh itu gunakan kelebihan ini untuk menggabungkan buah dan sayuran dalam bentuk jus. Selain boleh dihidang sebagai jus segar, anda boleh juga membekukan sehingga menjadi aiskrim dan pasti si kecil lebih tertarik untuk mencuba.
Jika anak masih sukar dipujuk untuk makan sayur, mommy sarankan untuk mencuba Mealshake shaklee.
Fakta menarik Mealshake:
- Menyediakan 24 vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
- Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
- Sumber pekat kalsium
- Berindex glisemik rendah
Satu botol yang penuh dengan khasiat. Kesan baik pada anak:
- masalah sembelit teratasi
- menambah selera makan anak-anak bagi yang sukar atau memilih makanan
- bertenaga sepanjang hari
- menguatkan antibodi
- sukar dijangkiti demam, selsema atau batuk
- mudah sihat semula jika demam
- anak menjadi fokus dan alert

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment