Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 22, 2013

TANDA HAMIL BAYI LELAKI

Mengetahui jantina bayi yang dikandung menjadi satu keseronokan yang paling utama bagi bakal ibu dan ayah. Dengan perkembangan teknologi ultrasonografi (USG), impian mengetahui jantina bayi dapat direalisasikan.

Bahkan dengan kecanggihan ultrasound 4D, bukan hanya jantina bayi dapat dikesan, malahan boleh melihat pergerakan bayi dalam perut ibu dengan jelas sekali. Namun demikian, petua orang tua-tua dalam mengesan jantina bayi dalam kandungan boleh juga diguna pakai.

Berikut adalah petanda ibu kemungkinan hamil bayi lelaki:

1. Bentuk perut kelihatan bulat sempurna seperti bola.

2. Posisi perut lebih condong ke arah bawah.

3. Kawasan areola (kawasan hitam sekeliling puting susu).

4. Degup jantung bayi kurang dari 140 kali per minit.

5. Jika menggantungkan cincin kahwin di atas perut, maka cincin tersebut akan berpusing.

Walau apapun.. tak kisahlah anak lelaki ke perempuan. Yang penting anak dan ibu selamat. Tips kat atas tu untuk panduan sahaja tapi jangan percaya sangat sebab tiap kali mengandung lain-lain.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Sunday, October 20, 2013

DUGAAN IBU HAMIL

Melalui fasa kehamilan memang menyeronokkan tetapi ada banyak ketidakselesaan yang menanti saat melangkah ke trimester ketiga kehamilan. Ini bermakna anda semakin menghampiri garisan penamat sebuah kehamilan dan bakal memasuki fasa baru kehidupan.

Antara ketidakselesaan yang kerap kali mengganggu wanita hamil pada trimester ketiga adalah seperti berikut:

1.    Keletihan otot perut dan kegatalan kulit. Ia berikutan daripada pengembangan perut dan ligament di bahagian tersebut.

2.    Sakit kepala dan sakit belakang. Dapatkan rehat yang secukupnya terutama jika anda berasa tertekan dan emosional.

3.    Kepanasan melampau. Ia memang lumrah berlaku pada wanita hamil kerana tindak balas normal pada metabolik.

4.    Lelehan payu dara. Kolostrum mungkin sudah mula keluar dari payu dara ketika ini.

5.    Sukarnya tidur lena. Kekerapan buang air kecil dan ketidakselesaan kerana saiz perut yang membesar biasanya membuatkan tidur malam semakin sukar.

6.    Kekejangan kaki kerap berlaku terutama di waktu malam apabila anda tidak mahu diganggu.

7.    Hidung tersumbat. Perubahan hormon menyebabkan membran mukus menggelembung, hidung tersumbat atau berdarah.

8.    Sesak nafas yang disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan pada pengaliran darah dan otot dalam paru-paru.

9.    Buasir adalah bengkak urat dalam kawasan rektum.

10. Lelehan air kencing. Dengan keadaan rahim yang menekan ke bawah pundi kencing, titisan air kencing mungkin keluar sewaktu anda ketawa, batuk atau bersin. Lakukan senaman lantai pelvik.

Credit: Pama

Saturday, October 19, 2013

TANDA - TANDA AWAL BERSALIN

Ketahui tanda-tanda bersalin dan apa yang akan doktor lakukan bagi memastikan tubuh anda bersedia untuk proses kelahiran seperti yang dinyatakan oleh Dr. Siti Esah Bahari dari Selangor Medical Centre. 

Di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:

1. Show

Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses bersalin.

2. Kontraksi

Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3. Air ketuban pecah

Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.

 Amaran!!!

Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.


Rutin pemeriksaan

1. Vaginal examination

Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui sama ada ibu hamil sudah benar-benar bersedia untuk proses kelahiran ataupun tidak. Biasanya, pemeriksaan ini dilakukan setiap dua hingga empat jam. Apabila semakin hampir 10 cm, pemeriksaan lebih kerap dilakukan.
2. Cardiotopograph

Pemeriksaan yang turut dikenali sebagai CTG ini dilakukan untuk memeriksa kekerapan kontraksi.

3. Pemeriksaan tekanan darah

Pemeriksaan ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini sewaktu proses kelahiran.

4. Palpation

Doktor akan memegang dan memeriksa kedudukan bayi di abdomen ibu bagi mengetahui kedudukannya normal ataupun sebaliknya.

Proses kelahiran

1. Dari permulaan pembukaan pangkal rahim sehingga 10 cm

Dalam pada itu, peringkat ini terbahagi kepada dua:

  • Senyap (latent)
Pada peringkat ini pangkal rahim akan mula menipis dan membuka sehingga 3 cm.
Ia mengambil masa yang lama. Malah, ada yang mengambil masa sehingga beberapa hari. Biasanya jika anda mengalami tanda show dan serviks tidak terbuka, doktor biasanya akan mengizinkan anda pulang ke rumah.
  • Aktif
Peringkat ini bermula apabila serviks mencecah 3 cm. Inilah masanya anda ditahan di bilik bersalin. Proses pembukaan serviks akan bermula pada kadar yang cepat. Biasanya ia mengambil masa antara lapan jam (anak pertama) dan empat jam (lebih daripada seorang anak). Semakin ramai bilangan anak, semakin cepat serviks membuka. Kontraksi turut menjadi semakin kerap. Pada suatu ketika, kontraksi berlaku setiap 3 minit dan paling akhir setiap 40 saat.

 2. 10 cm sehingga bayi keluar

Bagi kelahiran anak pertama, ia mengambil masa paling maksimum sejam untuk melahirkan anak. Walau bagaimanapun, jika anda tidak melahirkan anak selepas sejam, doktor akan menggunakan alat bantuan seperti vakum atau forsep. Jika masih gagal, pembedahan segera akan dilakukan. Hal ini perlu kerana kepala bayi sudah pun berada di dalam tulang pelvis. Jika terlalu lama bayi akan kekurangan oksigen dan dikhuatiri berlaku komplikasi yang lain pula.

 3. Uri dikeluarkan

Walaupun bayi telah selamat dikeluarkan dari rahim, namun mengeluarkan uri adalah lebih penting kerana jika tidak dilakukan dengan sempurna boleh membahayakan nyawa ibu. Doktor akan memberi ubat yang dikenali sebagai syntometrine bagi mengecutkan rahim. Setelah itu, uri dikeluarkan menggunakan kaedah control cord traction. Cara ini dapat mengurangkan risiko tumpah darah.

Info

Ubat membuang najis

Ubat yang biasanya diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali sebagai enema. Suatu ketika dahulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ia tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun, jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran. Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini dapat memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit-birit, ubat ini tidak akan diberi.

Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontraksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan. Sehubungan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hatilah jika anda keliru. Untuk kepastian, segeralah ke hospital. 

Credit: Pama

Thursday, October 10, 2013

TESTIMONI COLLAGEN SHAKLEE

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

KELEBIHAN MANJAKANI & BUAH DELIMA

Tempoh berpantang sememangnya menguji kesabaran. Biasanya ibu selepas bersalin akan berasa tidak selesa dan pedih di kawasan yang dijahit. Sudah tentu situasi ini menyukarkan untuk bergerak dan duduk ketika menyusukan bayi.

Petua berikut boleh mengurangkan kesakitan. Rebus beberapa biji buah manjakani kering, asam keeping dan sesudu garam kasar selama beberapa minit.

Disiplinkan diri untuk mencuci bahagian intim di waktu pagi dan petang. In shaa ALLAH luka tersebut akan cepat kering. Air rebusan juga sesuai digunakan ketika anda datang haid atau untuk mengatasi masalah keputihan.

Setiap ibu bapa pasti menginginkan bayi yang dikandung lahir sihat, sempurna dan comel. Semua bayi sememangnya dilahirkan comel.

Kata orang tua-tua, ketika mengandung, ibu elok amalkan makan buah delima sebiji sampai habis jika mahu wajah anak berseri-seri. Tetapi rahsianya, buah delima tersebut tidak boleh dikongsi dengan orang lain.In sha ALLAH, muka bayi akan berseri-seri bila dipandang. 

Credit: Pama

TIP MENYUSU DI KHALAYAK RAMAI

Bayi yang mahu susu, tidak pernah mengira di mana ibu berada ketika itu. Bayangkan bayi anda menangis tanpa henti kerana hendak menyusu sedangkan anda berada di khalayak ramai waktu itu.

Mana mungkin anda menyuruh bayi diam tanpa diberi susu yang dia inginkan. Anda perlu bertindak segera. Susukan bayi di khalayak? Oh bolehkah? Tentu sahaja boleh, yang pasti ikut tip berikut, In sha Allah berjaya.

1.    Yakin Diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik untuk bayi.

2.    Fokus
Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3.    Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4.    Pakaian khusus
Sarungkan pelindung penyusuan seperti poncho atau kain pendakap ketika menyusukan bayi.

5.    Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketika boleh menjadi ‘dinding’ sementara saat penyusuan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu.

Credit: Pama

Sunday, October 6, 2013

TIPS AWET MUDA CARA SEMULAJADI

Pokok durian belanda banyak ditanam di Amerika Selatan, Hindia Barat dan Bahama.  Buah sukulen ini boleh dimakan mentah atau dibuat jus.  Rasanya yang masam manis menjadikan durian belanda buah atau jus yang menyegarkan untuk menghilangkan dahaga dalam cuaca tropika yang panas di negara kita.

Satu kelebihan buah durian belanda dari segi pemakanan ialah kandungan seratnya yang tinggi.   Hidangan 1 cawan durian belanda membekalkan 7 gram serat.  Ini bersamaan 1/3 serat yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika anda mengalami tekanan darah tinggi, anda boleh memasukkan durian belanda dalam senarai bahan keperluan apabila anda membeli-belah.  Satu cawan durian belanda membekalkan lebih 600 mg kalium, iaitu zat galian yang mengimbangkan kenaikan tekanan darah disebabkan natrium.  Kalium juga membantu mencegah kekejangan otot, dan kerana itu ia juga baik untuk dijadikan snek sebelum bersenam bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

Hidangan secawan durian belanda membekalkan separuh (50%) daripada pengambilan vitamin C yang disyorkan untuk orang dewasa.  Pengambilan vitamin C secukupnya dalam diet membantu pengeluaran kolagen kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit.  Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah durian belanda adalah cara semula jadi untuk awet muda.

Idea untuk jus – Isi durian belanda + buah belimbing + pear Cina

Mommy darwisya syorkan collagen yang terbukti berkesan untuk awet muda.



Himpunan testimoni pengguna Collagen Shaklee:






Credit : Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, October 4, 2013

COLLAGEN SHAKLEE

COLLAGEN

Kolagen ni adalah sejenis protein. Fungsinya adalah menyambungkan tisu-tisu kulit, tulang, otot. Seolahnya jika bahasa paling mudah adalah umpama gam yang menyambungkan organ badan kita. Jika gam ni hilang maknanya kulit akan mulai mengendur, berkedut. Collagen ni akan memastikan keanjalan kulit kita terpelihara.

APA JADI BILA HILANGNYA KOLAGEN?

Pengeluaran kolagen mulai berkurangan bila seseorang mencecah usia 30an. Bila ianya mulai berkurangan, akan muncullah kedutan dan juga kulit akan hilang keanjalannya. Kulit akan hilang ketegangan dan tidak bermaya.

APA ADA DALAM COLLAGEN POWDER SHAKLEE?

  • Merupakan suplemen KOLAGEN HEBAT yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
  • Mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Satu hidangan dipek dalam satu sachet untuk memudahkan anda menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana-mana saja.Gabungan tujuh bahan utama untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.
  • Ekstrak biji benih Camelia Japonica
  • Ekstrak Pfaffia
  • Kolagen ikan
  • Ekstrak kerang-kerangan
  • Lactobacillus Acidophilus
  • Vitamin C
  • Vitamin B

Secara ringkasnnya, dengan pengambilan collagen ini, dpt membantu:
  • Memperbaiki testur kulit wajah & menghilangkan kedutan selepas menggunakan selama 8 minggu.
  • Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
  • Mengurangkan kekasaran & kekeringan ~ 75%
  • Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
  • Meningkatkan kelembutan & kelicinan ~ 69%
  • Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti ~ 55%
  • Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
  • Meningkatkan keserian, tona & warna kulit ~ 50%
  • Mengurangkan garis-garis halus & kedut-kedutan
*** Faedah tambahan : 

Menyokong KESIHATAN SESENDI; MENGUATKAN TULANG. Bantu mengekalkan otot di dlm mata supaya lembut.

Apa tunggu lagi, inilah masanya untuk kelihatan CANTIK :)

Himpunan testimoni pengguna Collagen Shaklee:



Credit: Mommy Fatihanum - permatacintaku.blogspot.com

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.