Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 20, 2013

DUGAAN IBU HAMIL

Melalui fasa kehamilan memang menyeronokkan tetapi ada banyak ketidakselesaan yang menanti saat melangkah ke trimester ketiga kehamilan. Ini bermakna anda semakin menghampiri garisan penamat sebuah kehamilan dan bakal memasuki fasa baru kehidupan.

Antara ketidakselesaan yang kerap kali mengganggu wanita hamil pada trimester ketiga adalah seperti berikut:

1.    Keletihan otot perut dan kegatalan kulit. Ia berikutan daripada pengembangan perut dan ligament di bahagian tersebut.

2.    Sakit kepala dan sakit belakang. Dapatkan rehat yang secukupnya terutama jika anda berasa tertekan dan emosional.

3.    Kepanasan melampau. Ia memang lumrah berlaku pada wanita hamil kerana tindak balas normal pada metabolik.

4.    Lelehan payu dara. Kolostrum mungkin sudah mula keluar dari payu dara ketika ini.

5.    Sukarnya tidur lena. Kekerapan buang air kecil dan ketidakselesaan kerana saiz perut yang membesar biasanya membuatkan tidur malam semakin sukar.

6.    Kekejangan kaki kerap berlaku terutama di waktu malam apabila anda tidak mahu diganggu.

7.    Hidung tersumbat. Perubahan hormon menyebabkan membran mukus menggelembung, hidung tersumbat atau berdarah.

8.    Sesak nafas yang disebabkan oleh perubahan hormon yang memberi kesan pada pengaliran darah dan otot dalam paru-paru.

9.    Buasir adalah bengkak urat dalam kawasan rektum.

10. Lelehan air kencing. Dengan keadaan rahim yang menekan ke bawah pundi kencing, titisan air kencing mungkin keluar sewaktu anda ketawa, batuk atau bersin. Lakukan senaman lantai pelvik.

Credit: Pama

No comments:

Post a Comment