Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 10, 2013

TIP MENYUSU DI KHALAYAK RAMAI

Bayi yang mahu susu, tidak pernah mengira di mana ibu berada ketika itu. Bayangkan bayi anda menangis tanpa henti kerana hendak menyusu sedangkan anda berada di khalayak ramai waktu itu.

Mana mungkin anda menyuruh bayi diam tanpa diberi susu yang dia inginkan. Anda perlu bertindak segera. Susukan bayi di khalayak? Oh bolehkah? Tentu sahaja boleh, yang pasti ikut tip berikut, In sha Allah berjaya.

1.    Yakin Diri
Jangan ragu-ragu untuk melakukan penyusuan depan khalayak. Fikirkan bahawa anda mahu memberikan yang terbaik untuk bayi.

2.    Fokus
Anda harus fokus kepada kebaikan semula jadi susu ibu. Perasaan malu dan tertekan akan memberi kesan kepada kelancaran pengaliran susu ibu.

3.    Lokasi
Cari tempat yang tidak terlalu ramai orang untuk melakukan penyusuan. Ketika penyusuan, bayi inginkan suasana yang tenang.

4.    Pakaian khusus
Sarungkan pelindung penyusuan seperti poncho atau kain pendakap ketika menyusukan bayi.

5.    Bantuan
Jika tidak mempunyai kain atau pakaian penyusuan, suami atau pihak ketika boleh menjadi ‘dinding’ sementara saat penyusuan. Surau atau bilik menukar pakaian adalah alternatif tempat penyusuan susu ibu.

Credit: Pama

No comments:

Post a Comment