Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakannya adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai2 murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Antara pantang larang kaum Melayu semasa seseorang perempuan itu hamil adalah:
1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana2 haiwan, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir bibir terbelah atau mengalami kecacatan.
4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
12. Dilarang tidur waktu tengah hari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
13. Dilarang potong haiwan nanti anak lahir x cukup anggota.
14. Dilarang bunuh haiwan nanti anak bakal meninggal macam keadaan haiwan tu mati.
15. Dilarang keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
16. Dilarang mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.
17. Dilarang duduk di tangga nanti bersalin susah.
18. Dilarang siang ikan nanti anak sumbing.
19. Dilarang tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.
Walau apa pun ini hanyalah pantang larang orang dulu-dulu. Tak perlu kita ikut dan runsing2 sebab semuanya adalah ketentuan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment