Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 7, 2014

SUSU BADAN KURANG

Hampir semua ibu yang baru menyusukan bayi akan melalui satu tempoh masa di mana mereka meragui sama ada bekalan susu mereka mencukupi atau tidak. Apabila ibu-ibu ditanya apa sebabnya mereka tidak menyusukan anak atau hanya memberi susu badan bagi jangka masa yang pendek, mereka memberikan sebab utama sebagai, "Saya fikirkan bekalan susu saya tidak mencukupi". Sebenarnya, menurut sebilangan besar pakar, jarang berlaku situasi di mana ibu tidak mempunyai susu yang mencukupi. 

Kebanyakan wanita merasakan bekalan susu mereka adalah rendah walaupun sebenarnya ianya tidak. Kekurangan mungkin ada jika ibu tidak lagi mengalami refleks susu terkeluar dengan tiba-tiba atau tidak lagi ada perasaan buah dada penuh atau susu tidak lagi bocor dari puting. 

Sebenarnya, semua tanda-tanda ini adalah tanda-tanda biasa yang menunjukkan bahawa badan anda sudahpun menyesuaikan diri dengan keperluan penyusuan bayi anda. Juga, bayi yang sedang membesar akan memerlukan lebih banyak susu, dan, oleh itu, memang merupakan perkara biasa jika anda meragui sama ada bekalan susu anda memadai. Sesetengah bayi pula lebih cepat dan efisien dalam penyusuan dan memerlukan sedikit masa sahaja untuk habis menyusu, dan ini juga boleh menyebabkan anda bimbang yang bekalan susu anda tidak mencukupi

Mungkin ada masa-masanya sesetengah ibu tidak menghasilkan susu yang ke tahap yang maksimum, tetapi, sekiranya mereka betul-betul memahami proses penyusuan, itu akan membantu mereka mengatasi masalah ini. Hanya kira-kira dua peratus ibu sahaja, atas sebab-sebab fizikal, yang tidak boleh menghasilkan susu secukupnya. 

Apakah puncanya?

Bagi kebanyakan wanita, masalah sebenarnya ialah penghantaran, bukan penghasilan. Mereka menghasilkan susu yang banyak tetapi disebabkan bayi mereka tidak dapat melekap dengan baik dan tidak menyusu dengan efektif, bayi tidak memperolehi susu yang secukupnya. 

Buah dada dicipta untuk menghasilkan susu bagi memenuhi keperluan bayi anda. Lebih banyak bayi anda menyusu, lebih banyak susu yang anda akan hasilkan. Sekiranya bekalan susu anda menurun pada satu-satu masa, beberapa perkara akan dapat dikesan, iaitu, anda akan:
  • mengalami puting yang pedih dan mengalami kesakitan semasa menyusukan ; atau,
  • mempunyai bayi yang mengantuk dan perlu dirangsang untuk menyusu;
  • bayi anda kerap menggunakan puting, dan ini akan mengurangkan jumlah masa dia menyusu; atau
  • terlalu terikat kepada rutin menyusu empat jam sekali dan ini akan mengakibatkan pengurangan susu anda. Anda harus sedar yang anda hanya perlu menyusukan bayi anda apabila dia minta untuk menyusu, dan elok tidak mengikut rutin.

Bagi beberapa wanita, masalah biologi atau fizikal seperti ketidakseimbangan hormon atau terdapat kecederaan buah dada atau pembedahan boleh menyebabkan bekalan susu mereka berkurangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab penghasilan susu merupakan satu perlakuan yang penting, kebanyakan ibu yang mempunyai keadaan seperti ini mendapati mereka masih boleh menghasilkan susu yang cukup untuk menyusukan bayi mereka. 

Apakah yang perlu saya lakukan?

Pertama, jangan risau sangat tentang bekalan susu anda. Adalah perkara mudah bagi anda mengetahui sama ada bayi anda ada mendapat jumlah susu yang secukupnya atau tidak. 

Penambahan berat badan adalah cara terbaik untuk menentukan sama ada bayi anda mendapat susu yang secukupnya. Bayi baru lahir selalunya mengalami penurunan berat kelahiran mereka antara lima hingga 10 peratus semasa beberapa hari pertama, tetapi selepas itu, bayi anda sepatutnya mula menambah berat badannya. Jika bayi ditimbang semula semasa berusia antara seminggu hingga 10 hari, anda akan dapati bahawa dia sudah mula membesar dan bertambah berat badan. 

Jika anda menjawab ya bagi soalan-soalan berikut, ini bermakna bayi anda sudah mendapat susu badan yang secukupnya, justeru, anda menghasilkan susu yang mencukupi.
  • Adakah dia kencing lima hingga lapan kali sehari?
  • Adakah dia kelihatan sihat dan aktif?
  • Adakah najisnya berwarna kuning mustard? Najis bayi yang menyusu badan akan bertukar dari warna hijau pekat atau hitam pekat yang dikatakan mekonium, kepada warna kuning mustard pada hari kelima selepas kelahiran. Najis bayi anda: Apa yang normal dan apa yang tidak.

Jika anda merasakan yang anda tidak menghasilkan susu secukupnya seperti yang anda (dan bayi) mahukan, ajarkan bayi anda cara melekap seberapa baik yang boleh. Nasihat khusus dari kaunselor penyusuan boleh anda dapatkan. Mintalah pakar ginekologi, guru antenatal atau doktor keluarga anda untuk mencadangkan kaunselor atau anda juga boleh merujuk sumber direktori organisasi penyusuan kami untuk nasihat. 

Untuk meningkatkan bekalan susu anda:
  • Biarkan bayi anda menyusu seberapa kerap yang dia mahu, dan berapa lama yang dia mahu, dan berikan kedua-dua buah dada anda setiap kali anda menyusukan.
  • Berikan dia hanya susu badan sahaja dan elakkan daripada menggunakan puting sebab ini akan mengurangkan masa dia menyusu.
  • Jangan cari jalan mudah dengan mengisi penuh dengan susu formula (ini dikatakan "melengkapkan"). Bekalan susu anda akan selaras apabila badan anda menyesuaikan diri dengan permintaan bayi anda. Jika anda mengenyangkan dia dengan susu formula, bayi anda tidak akan membuat permintaan susu yang banyak dan bekalan susu anda akan menurun.
  • Dalam masa anda mencuba memperbaiki cara pelekapan bayi anda, anda juga boleh cuba memerah susu anda selepas setiap penyusuan. Memerah keluar baki susu seberapa yang boleh akan membantu merangsang bekalan susu anda. Jika anda menyimpan susu ini dalam peti ais atau penyejuk beku, anda boleh menggunakan susu badan anda sendiri untuk memberi susu tambahan kepada bayi anda pada masa dia berasa amat lapar, mungkin pada waktu petang.
  • Sesetengah herba (seperti halba) dikatakan boleh menambahkan bekalan susu ibu - ia dikenali sebagai galactagogues, atau perangsang penghasilan susu. Tetapi, tidak terdapat bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong penggunaannya. Begitu juga, betik muda dan sup ikan tidak pernah dibuktikan secara saintifik dapat menambah bekalan susu, namun begitu, generasi tua dan pengasuh pantang tradisional Cina (pui yuet) menaruh penuh kepercayaan kepadanya. Anda harus maklum bahawa kebanyakan ahli farmasi dan farmakologi akan menasihatkan anda supaya tidak menggunakan ubatan herba semasa kehamilan dan penyusuan.

Satu kumpulan ubat yang dinamakan antagonis dopamin menyebabkan kesan sampingan iaitu meningkatkan tahap prolaktin dalam darah, iaitu hormon yang berfungsi mencetuskan penghasilan susu dan mengekalkannya pada hari-hari awal. Walau bagaimanapun, kebanyakan ubat ini juga mempunyai kesan sampingan, yang berpotensi untuk menimbulkan masalah lain. Domperidone terkecuali dari ini, dan ianya boleh didapati melalui preskripsi. Kadang-kala, pakar penyusuan mencadangkan ubat ini untuk ibu-ibu jika cara lain untuk meningkatkan bekalan susu tidak menunjukkan kesan yang baik. Walau bagaimanapun, Domperidone bukan diluluskan untuk digunakan untuk tujuan ini dan tidak dinasihatkan sebagai rawatan dalam semua kes yang mana bekalan susu ibu dididapati rendah. Berbincanglah dengan kaunselor penyusuan atau doktor jika anda mahu memperolehi maklumat lanjut. 

Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran, adalah baik jika anda mengejutkan bayi jika dia mengantuk dan menggalakkan dia untuk menyusu dengan lebih kerap. Ini akan merangsang buah dada anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jika bayi anda sukar untuk digerakkan atau tidak dapat menyusu dengan baik, cara untuk mengatasi ini ialah dengan memerah keluar susu anda dan menyuap bayi melalui cara lain (cawan, sudu atau botol); keperluan menyusu bayi dipenuhi dan pada masa yang sama ia akan merangsang peningkatan bekalan susu anda. 

Walau bagaimanapun, pada hari-hari yang berikutnya, bayi yang penuh terma adalah lebih terjaga dan aktif. Jika bayi anda masih perlu dirangsang untuk menyusu, ini bermakna sama ada dia tidak dapat melekap dengan betul atau dia kurang sihat dan dengan itu, anda sepatutnya menghubungi doktor. 

Sesetengah gangguan kesihatan juga boleh menyebabkan bekalan susu yang rendah:
  • tahap tiroid yang rendah (dan kadang-kala tinggi);
  • kehilangan jumlah darah yang banyak semasa bersalin atau selepas itu (bekalan susu anda akan terjejas sehingga anda sembuh);
  • komplikasi disebabkan sebahagian plasenta masih berada dalam rahim; ini akan mengganggu penghasilan susu sehingga ia lepas keluar atau ditarik keluar;
  • ubatan (contohnya kombinasi pil pencegah kehamilan dan ubat selesema dengan dekongestan seperti pseudophedrine) mungkin boleh mengurangkan bekalan susu.

Adakah ini menjejaskan bayi saya?

Ya, jika bayi anda sentiasa memerlukan susu lebih daripada apa yang diperolehinya, dia akan gagal untuk berkembang dengan sempurna. Hubungi doktor anda dan buatlah temu janji dengan segera jika berat badan bayi anda tidak bertambah atau didapati menurun. Selalunya memperbaiki teknik penyusuan ibu boleh menyelesaikan masalah ini, tetapi dalam sesetengah kes, penambahan berat badan yang perlahan adalah petanda masalah kesihatan. 

Masihkah saya boleh menyusu?

Ya, terutama sekali jika anda sedang mengalami pengurangan bekalan susu buat sementara waktu. Sebenarnya, memastikan penyusuan yang efektif adalah cara yang paling baik untuk meningkatkan penghasilan susu. 

Credit

Supplement set breastfeeding Shaklee boleh membantu untuk meningkatkan produksi susu ibu dan memastikan kesihatan ibu yang optimum supaya ibu boleh menyusu secara eksklusif sehingga bayi berumur 2 tahun.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment