Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, July 31, 2013

TIPS MINUM 2-4 LITER AIR DI BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum.. 


Bagi pelanggan dan pengamal supplement Shaklee, saya percaya anda semua sudah tahu tentang kepentingan pengambilan air sebanyak sekurang-kurangnya 2 - 3 liter sehari.

Perkara ini lebih saya tekankan jika pelanggan saya mengambil set penyusuan. Jika hari biasa, perkara tersebut tidak menjadi masalah besar.

Namun jika berpuasa memang agak sukar untuk mencapai sasaran 2 - 4 liter tersebut disebabkan waktu yang dibolehkan untuk makan dan minum agak terbatas.

Justeru berikut saya kongsikan beberapa tips dan panduan tentang bagaimana anda boleh minum dan habiskan air di antara 2-4 liter sehari dengan mudah di bulan Ramadhan nanti. 

  • Semasa berbuka, mulakan dengan minum segelas air kosong suam. Elakkan minum air berperisa dan berais lebih dari 1 gelas. Lebih banyak air berperisa dan berais anda minum, semakin kuranglah anda meminum air kosong
  • Semasa solat tarawih, bawalah sebotol air kosong sama ada 500ml atau 1 liter dan minumlah selepas salam di antara setiap solat.
  • Semasa tidur, amalkan membawa botol air kosong dan diletakkan di meja sisi katil anda. Apabila anda terjaga di waktu malam, minumlah sedikit. 
  • Semasa bangun sahur jika anda berazam untuk beramal di sepertiga malam, amalkan seperti ketika anda bertarawih.
  • Minumlah air kosong dengan tertib.

Bagaimana tertib tu? Kenapa perlu tertib? Pentingnya tertiba kerana jika anda tidak tertib maka anda akan ke tandas dengan sangat kerap selepas bersahur!


# Teguklah air sebanyak 3 teguk dan berhenti seketika. Bernafaslah dengan teratur 3 kali dan ulanglah semula.# Jangan minum berdiri.


Credit : Mama Little Jannah & Being Mary


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua bersempena kedatangan Ramadhan tidak lama lagi.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

CARA - CARA ATASI SUSU MERUNDUM

Susu merudum? Kebanyakan ibu-ibu menyusu mesti akan melalui situasi ini dan memang ramai yang akan jadi risau tambah-tambah kalau ibu tu jenis tiada simpan stok yang banyak dalam peti ais. Sebab apa? Sebab pam hari ini untuk kegunaan hari esok..

So bila susu merudum,apa perlu kita buat??
1) Jangan panik atau stress kerana kedua-dua perkara berikut merupakan antara penyumbang kepada peningkatan kemerosotan penghasilan susu.

2) Tingkatkan jumlah pengepaman walaupun setiap pengepaman hanya menghasilkan susu yang tersangat sedikit atau titik-titik susu. 

3) Make sure setiap pengepaman selesai dengan pengosongan payudara (cara terbaik adalah dengan cara memicit di keliling payudara secara perlahan). 

4) Jangan sekali-kali terus mengambil jalan keluar dengan menggunakan susu formula (melainkan benar-benar perlu) kerana apabila ada jalan mudah, maka si ibu tidak akan bersungguh-sungguh utk memperbanyakkan susunya semula. 

5) Cuba cari masalah utama akibat dari kekurangan susu yang berlaku (Contoh: kerap terskip jadual mengepam, kurang mengepam, stress etc). Apabila kita dapat kenal pasti punca maka mudahlah kita mengatasinya.(Contoh: Jika kita kerap terskip jadual megepam, maka kaedah seperti power pumping atau menyusun semula jadual pengepaman boleh di lakukan semula).

6) Periksa diet harian anda samada ada sebarang kekurangan dalam pola pemakanan yang mungkin mempengaruhi jumlah pengepaman.(Contoh jika kurang protein, tambahkan pemakanan yang berasakan protein ke dalam menu harian)-**Jika sukar, alternatifnya tambahkan pengambilan supplement seperti ESP yang tinggi kandungan proteinnya. 


7) Pastikan setiap pengepaman dan pam yang di gunakan benar-benar selesa untuk tubuh anda - (pam yang selesa memang mempengaruhi jumlah penghasilan susu). 

8) Sekiranya anda masih memerlukan bantuan, sila hubungi pakar laktasi yang berdekatan untuk membantu situasi kalian. 

9) Amalkan surah2 al kauthar atau zikir seperti Ya Matin bagi menenangkan jiwa dan permohonan secara berterusan dari Yang Maha Esa. 

10) Perkara yang paling penting, JANGAN SEKALI2 BERPUTUS ASA dan sentiasa percaya bahawa setiap masalah yang timbul, ada jalan keluarnya... 

Cuba cek,kenapa susu anda merudum?

1. Ibu gagal memenuhi konsep penyusuan "demand dan supply"
Rata-rata ibu gagal memberi rangsangan secukupnya kepada badan untuk menghasilkan susu. Rangsangan ini melalui 'direct feed' atau pam.Ini antara beberapa kesilapan yg para ibu lakukan.
  • pam tidak konsisten atau jarak masa antara sesi pam terlalu jauh. Ibu digalakkan untuk mengosongkan/pam payudara setiap 2-3 jam sekali bagi menghantar singal pada otak untuk terus menghasilkan susu.Kurang rangsangan maka kurangla supply.
  • Pam bila breast penuh atau breast bengkak bila ibu pam bila breast dah penuh atau bengkak,badan ibu akan memberi signal kepada otak bahawa bayi tak perlukan banyak susu.Jadi secara automatic badan akan menghsailkan susu yang sedikit.Jika cara ini yang ibu amalkan susu memang akan drop
  • pam ikut suka hati bila boleh. Saya  galakkan ibu buat jadual pam ikut masa terluang ibu itu sendiri sebab setiap perjalanan penyusuan setiap ibu berbeza.Ikut jadual pam itu dengan konsisten agar badan akan terlatih dan faham bila perlukan susu.Walaupun breast rasa lembik atau bila pam hanya sedik hasilnya kena pam juga ya..
  • pam bila susu keluar dan berhenti bila susu stop mengalir. Ini memang konsep yang salah.Ibu kena pam setiap breast minimum 20 minit bagi setiap breast untuk 1 sesi pam.Walaupun susu dah stop mengalir teruskan pam kerana di hujung sesi pam  ibu mungkin mengalami ;let down' sekali lagi.

2. Keadaan ibu: 

Apa yang dimaksudkan dengan keadaan ibu?
  • Letih
  • stress
  • period
  • Sedang mengandung
Semua di atas juga menjadi punca susu merudum.kenapa? sebab penyusuan susu ibu ni berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolaktin (haslkan susu) dan oksitosin (merangsang susu keluar) atau ia juga dipanggil hormon gembira.

Dalam suasana yang tenang dan ibu rasa gembira serta tenang (tidak stress) hormon oksitosin ni dihantar ke otak untuk merangsang pengeluaran hormon prolaktin.Hormon prolaktin ni pula dihantar ke kelenjar susu,Hasilnya secara semulajadi badan akan keluarkan susu.Jadi jika ibu stress dan letih, hormon oksitosin pun kurang dirembes dan secara tidak lagsung hormon prolaktin juga akan berkurang dan akan menyebabkan susu kurang.Maka tidak hairanla jika susu merudum dan ibu mula risau dan bimbang susu semakin merudum. Jadi ibu-ibu diluar sana kena pandai kawal emosi dan cuba berfikiran positif jangan stress sebab stress akan menyebabkan susu semakin merudum.  

3.Pengambilan air kosong tidak cukup

Ibu yang menyusukan anak disarankan minum air  sekurang-kurangnya 3L sehari.Ini kerana komponen utama susu ibu adalah air.Jika ibu sendiri tidak cukup air macamana nak menghasilkan  susu, betul tak?  

4.Diet harian tidak seimbang

Seperti yang sedia maklum susu ibu adalah apa yang yang ibu makan.Jadi jika badan ibu itu sendiri tidak cukup nutrien, bagaimana pula badan ibu menghasilkan susu.Bila badan ibu sihat dan cukup nutrien badan akan berfungsi dengan baik denganitu badan ibu juga dapat memproseskan susu dengan baik.Jadi ibu-ibu disarankan untuk mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.  

5.Pam tidak sesuai

Ramai ibu-ibu yang mengaduh bila pam rasa sakit dan susu yang keluar sikit je. Punca utama ialah penggunaan pam yang tidak sesuai.Bila menggunakan pam yang tidak sesuai suction kadand2 menyakitkan,pumping tak optimum dan hasil perahan juga sedikit..  Jika ada budjet adalah lebih baik anda  menggunakan double pump. Ini kerana masa 'let down' kedua dua breast akan keluarkan susu.Jadi jika kedua dua belah breast dirangsang serentak,hasilnya pun banyak.Biasanya bila guna single pam sedelah breast dapat banyak sebelah lagi sikit. 

Teknik untuk banyakkan semula susu

1.Cari punca susu merudum dan atasi punca itu

Ibu kena renung balik apa punca susu merudum.Jadual pam macamna?konsisten tak ikut jadual pam?Badan stress dan letih ke? ambi makanan yang macamna? seimbang ke tidak.Cukup ke air yang diminum tu. Bila mana ibu tahu apa punca susu merudum senanglah nak betulkan balik. 

2.Lakukan power pumping dan Tanderm nursing 

Teknik power pumping adalah cara yang paling bagus dan berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu.Ini kerana teknik ini serupa dengan mimik hisapan bayi. Ibu juga boleh cuba kaedah tunderm nursing.sebelah payudara anak hisap sebelah lagi pam.. 

3. Sentiasa positif dan yakin 

Bila susu banyak ibu happy, bila susu sikit bersyukur kerana Tuhan bagi rezeki untuk anak.Yakinkan diri bahawa anda mampu untuk menyusukan anak sepenuhnya.. Jangan bandingkan hasil tenusu (perahan)  dengan orang lain sebab demand setiap anak berbeza. 

4. Akhir sekali pastikan pengambilan air kosong cukup sekurang kurangnya 3L sehari dan pastikan pengambilan makana yang seimbang. 

Sekiranya anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang anda boleh pertimbangankan pengambilan supplement Set BF Triple M SHAKLEE untuk mengisi kekosongan zat dalam badan..


Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA &  ESP. Klik SINI untuk DAPATKANNYA SEKARANG!

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

PETUA UNTUK IBU HAMIL

Hilangkan rasa loya

Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya-Allah rasa loya akan hilang.

 

Kulit anak bersih

Semasa mengandung, amalkan meminum air kelapa agar kulit bayi dalam kandungan bersih dan halus serta terhindar daripada masalah ruam.
 

Inginkan anak berkulit cerah

Ibu hamil disarankan agar banyak makan sayur-sayuran berwarna hijau terutamanya sayur bayam jika inginkan anak berkulit cerah.
 

Atasi rekahan kulit semasa hamil

Agar kulit sekitar perut dan paha anda tidak merekah semasa hamil, sapukan dengan minyak zaitun setiap kali selepas mandi dan ketika hendak tidur.
 

Mudah bersalin

Ketika kandungan berusia 6 bulan, amalkan memakan satu sudu teh minyak kelapa yang dibuat sendiri sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setelah berusia sembilan bulan pula, amalkan pengambilan setiap hari. 

Set Hamil Shaklee

Semasa hamil perlu ambil supplement untuk pastikan vitamin cukup sepanjang kehamilan.

Credit: PAMA

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, July 29, 2013

PENTINGNYA BERPANTANG

Masa mengandung berat badan ibu naik dengan banyak sekali. Sudahnya hati runsing dan sibuk bertanya bolehkah badan ini kembali macam dulu. Jawapannya mudah sahaja, amalkan berpantang secara tradisional, In Shaa Allah badan kembali langsing dan yang penting sihat.

Tetapi berapa ramai ibu-ibu moden masa kini masih kekal mengikut cara orang tua-tua berpantang? Ada yang berkata leceh hendak berstokin sepanjang hari, berbengkung, berpilis dan bertungku. Lebih berani, ada ibu yang baru dua minggu bersalin sudah sibuk mengusung anak ke pusat beli-belah.

Wah, ini kalau dilihat mak-mak bidan tradisional mahu menjerit dia. Bukan apa, kalau ikut cara berpantang tradisional yang sebenar, ibu-ibu dilarang melangkah keluar dari rumah sepanjang tempoh 40 hari berpantang.

Tetapi biasanya kita boleh melihat secara fizikal jika dibuat perbandingan antara ibu yang mengamalkan pantang dengan ibu yang tidak berpantang langsung. Ibu berpantang jarang mengalami sengal-sengal badan dan sakit pinggang, badan lembik tidak bermaya dan perut buncit macam masih lagi mengandung.

Jom kita semak semula apa perkara yang sepatutnya dipatuhi oleh ibu-ibu selepas bersalin.


1.       Kawal pergerakan

*Jangan terlalu banyak bergerak, berjalan secara perlahan kerana dibimbangi tumpah darah.
*Sentiasa memakai stoking dan jangan tersepak benda-benda keras kerana ditakuti bentan.
*Duduk secara rapat paha supaya dapat mengecilkan/mengecutkan rahim kembali.

2.       Jaga pemakanan
*Makan ikan haruan supaya luka cepat sembut.
*Jangan makan makanan berkanji dan bersantan. Pulut misalnya boleh menyebabkan angin dan menambahkan kolesterol dalam badan. Ini melambatkan proses menurunkan berat badan.
*Jangan makan sayuran yang bersifat sejuk dan menyebabkan angin seperti kangkung, kacang panjang, labu air, nangka muda.

 3.       Amalkan mandian air rebusan herba
*Air rebusan daun-daun herba seperti mengkudu, kaduk, pandan, serai wangi, jambu batu elok untuk menyegarkan tubuh yang lesu selepas bersalin.
 

4.       Berurut

*Amalan berurut seluruh badan membantu membetulkan urat-urat badan yang tegang, mengembalilkan pengaliran darah serta menaikkan rahim kembali ke tempat asal.
 

5.       Bertungku
*Selepas berurut elok bertungku terutama di bahagian perut dan peranakan untuk mempercepatkan proses pengecutan peranakan sekali gus mengempiskan perut ibu.

 6.       Menyapu pilis
*Amalan yang semakin jarang dilakukan ibu lepas bersalin. Pilis bertujuan menyejukkan bahagian kepala dan mencerahkan mata serta mengelakkan daripada sakit kepala yang mungkin boleh menyebabkan meroyan.

7.       Minum jamu
*Sekarang ada banyak alternatif jamu bersalin yang bersesuaian untuk diamalkan. Ia membantu mengembalikan tenaga yang hilang dalam proses bersalin.


8.       Ambil vitamin tambahan
*Kalau nak cuba dapatkan set berpantang basic shaklee selepas bersalin, boleh juga untuk pastikan badan sihat, bertenaga dan cepat sembuh.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, July 27, 2013

FAKTA MENARIK IBU BERSALIN

Melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup mati seorang wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Ketahui beberapa fakta menarik mengenai proses melahirkan bayi.


1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.

2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.

3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.

4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.

5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.

6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.

7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.

8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.

9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.

10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Kalau nak cuba dapatkan set berpantang basic shaklee selepas bersalin, boleh juga untuk pastikan badan sihat, bertenaga dan cepat sembuh.




Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

PETUA DAUN SIRIH

Daun sirih sangat popular di kalangan orang tua-tua. Mungkin kini ada ibu-ibu muda yang kurang tahu mengenai khasiat daun sirih ini untuk kesihatan, kecantikan atau penjagaan rumah.

 

Halau semut
 
Rimas melihat semut banyak menghurung makanan di rumah? Daun sirih boleh menghalau semut tersebut. Caranya, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan letakkan di mana laluan semut berada. Semua akan lari dengan sendirinya.
 
Perapat & Pewangi
 
Daun sirih berfungsi sebagai perapat wanita yang sudah berkahwin. Caranya, rebus daun sirih, basuh bahagian vagina menggunakan air rebusan daun sirih yang masih hangat.

Menyegar dan mencerahkan mata
 
Masalah mata kurang bermaya boleh diatasi secara tradisional menggunakan daun sirih. Caranya, ambil air rebusan daun sirih dan cuci muka dan mata. Amalkan selalu jika mahu melihat hasilnya.
 
Penawar resdung
 
Bagi yang mengalami resdung dan selalu bersin di waktu pagi, elok amalkan membasuh muka dengan air rebusan daun sirih setiap hari.

Credit: Pama

TIPS BAYI SELESEMA

Selesema memang penyakit biasa, namun jika menyerang bayi baru lahir, panik juga dibuatnya apatah lagi jika ia pertama kali berlaku. Bayi akan merengek tanda tidak selesa kerana hidungnya tersumbat. Akibatnya dia sukar untuk menyusu.

Jangan risau kerana jika diserang selesema biasa ia selalunya tidak serius. Para pakar menganggarkan kebanyakan bayi akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertama kehidupannya.

Selesema adalah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Ia mudah tersebar apabila orang yang selesema bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Bayi cenderung untuk dijangkiti dengan mudah kerana semasa lahir sistem imuniti yang berfungsi hanya sebanyak 60 peratus sahaja.
 

Bayi yang menghidap selesema tidak boleh bernafas melalui hidung kerana tersumbat oleh mukus. Ini membuatkan mereka tidak selesa dan asyik meragam. Jika selesema berlaku di kalangan kanak-kanak, anda boleh memberikan mereka lebih banyak jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C atau kanak-kanak boleh diberi Chewable Vita-C Plus Shaklee kerana ianya 100% semulajadi diperbuat dari buah sebenar! 

Jangan berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu. Berikut cara untuk melegakan ketidakselesaan bayi atau kanak-kanak yang selesema.

*Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan bahagian pembaringannya dengan meletakkan tuala di bawahnya. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi  kerana ia boleh menyebabkan gejala mati lemas.
 

*Bayi terlalu kecil untuk menghembus hidungnya sendiri, jadi sentiasa lap hidungnya supaya boleh bernafas dengan lebih mudah.
 

*Anda juga boleh menggunakan alat penyedut yang banyak dijual di farmasi untuk mengeluarkan mukus yang menyumbat hidung bayi.
 

Cara terbaik untuk mencegah bayi daripada serangan selesema iaitu berikan si kecil susu ibu sejak dia lahir. Ia dapat melindungi kesihatan bayi kerana selagi bayi menyusu badan, dia mendapat antibodi ibu dan imunisasi secara semula jadi. Sekiranya bayi jatuh sakit, penyakit tersebut ringan dan tidak berpanjangan.

Lindungi bayi daripada ahli keluarga yang sakit turut membantu mencegah jangkitan selesema. Jika mereka yang tidak sihat, pastikan membasuh tangan sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.
 

Jika bapa kepada bayi seorang perokok, berhentilah dan elakkan mendedahkan bayi dengan persekitaran asap rokok. Anak yang tinggal bersama perokok berisiko lebih tinggi untuk mudah dijangkiti selesema berbanding bayi yang tidak terdedah kepada asap rokok.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



5 MINIT SELEPAS KELAHIRAN

Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.


Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu

1.       Tali pusat bayi dipotong.

2.       Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.

3.       Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.

4.       Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.

5.       Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.

Kalau nak cuba dapatkan set berpantang basic shaklee boleh juga untuk pastikan badan sihat, bertenaga dan cepat sembuh.




Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

CARA MENGAWAL ANAK AKTIF

Mempunyai anak aktif dan lasak adalah anugerah yang tidak ternilai kepada setiap ibu bapa. Namun jika kenakalan tersebut melampau sehingga waktu malam pun mereka masih merengek dan meminta sesuatu di luar kemampuan, mama harus mencari alternatif untuk mengurangkan tahap ‘kenakalan’ mereka dengan panduan seperti berikut.

 

•Kurangkan makanan bergula terutama pada waktu petang yang hanya akan menyumbang tenaga kepada anak sehingga malam.
 

•Beri tarikan baru kepada anak-anak yang membolehkan mereka duduk diam seperti melukis, membaca, permainan dan sebagainya 

•Memberi ganjaran sekiranya mereka boleh berdiam diri untuk beberapa tempoh.

•Namun dalam masa yang sama, beri ruang kepada mereka untuk bermain sepuas-puasnya.

 Jangan menyekat sifat aktifnya tetapi salurkan ke arah yang betul seperti bersukan, membuat kerja atau sebagainya.
 


•Bertegas seperti kenakan hukuman jika mereka tidak mendengar arahan.
 
•Sekiranya anda terlalu aktif sehingga tidak boleh mengawal tingkah laku, mama perlulah berjumpa doktor kerana anak anda mungkin tergolong dalam kanak-kanak hyperaktif.

Credit: Pama


Friday, July 26, 2013

IBADAH WANITA DALAM HAID

Pada 10 malam terakhir, Rasulullah SAW lazimnya beriktikaf di masjid, memberi fokus kepada ibadah sahaja. Bahkan isteri baginda menerangkan pada 10 malam terakhir itu, baginda "mengikat kainnya dengan ketat", satu kiasan bahawa baginda tidak melakukan hubungan seks dengan isteri-isteri baginda pada 10 malam terakhir itu.

 

Oleh itu kita umat Islam dianjurkan mengikuti sunnah ini kerana pada 10 malam terakhir inilah wujudnya malam Lailatul Qadar, satu malam yang kebaikannya bersamaan 1000 malam.

Bagi muslimat yang mengalami haid atau nifas, apa yang disepakati oleh para ulama' ialah tidak boleh bersolat dan berpuasa.
 

Namun mereka berbeza pendapat tentang memegang dan membaca al-Qur'an. Pendapat yang lebih kuat ialah boleh memegang dan membaca al-Qur'an seperti biasa.

Selain itu, boleh memperbanyakkan zikir pada 10 malam terakhir ini. Hanya, pasti zikir-zikir tersebut merupakan sesuatu yang secara sahih diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Tidak ketinggalan, perbanyakkan doa kepada Allah. Tidak ada perbezaan pendapat bahawa wanita yang sedang haid dan nifas boleh berzikir dan berdoa seperti biasa kepada Allah.

Jawapan oleh Hafiz Firdaus Abdullah, penulis buku agama dan blog.

Wednesday, July 24, 2013

BERTUNGKU UNTUK KESIHATAN IBU

Amalan bertungku sudah diketahui umum kebaikannya kepada ibu selepas bersalin. Jika dahulu ia hanya menjadi amalan berpantang masyarakat Melayu tetapi kini kaum lain turut mengamalkannya.


Mungkin dahulu amalan ini dilakukan oleh ibu atau nenek kepada wanita yang baru lepas bersalin tetapi kini terdapat pusat rawatan selepas bersalin yang turut memberi kemudahan tersebut kepada sesiapa sahaja yang baru lepas bersalin.

Amalan bertungku dilakukan sebelum si ibu membalut bahagian pinggang  hingga ke punggung atau lebih dikenali sebagai berbengkung. Salah satu sebab mengapa ibu disarankan bertungku iaitu membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.

Darah nifas yang dikeluarkan oleh wanita selepas bersalin biasanya mengalir keluar sepanjang tempoh pantang 44 hari yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Dikatakan rahim tidak bersih sepenuhnya daripada kotoran darah sekiranya ia berhenti awal daripada masa yang sepatutnya.

Jadi, amalan bertungku dapat membantu melancarkan pengaliran darah kotor dan toksin keluar dari badan ibu.

Amalan bertungku juga dikatakan mampu memecahkan lemak dalam badan, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak ketika proses bersalin, dan mengembalikan semuanya kepada keadaan asal.

Ada pelbagai kaedah orang menggunakan tungku dan ini salah satu daripadanya.

*Bakar tungku (batu sungai atau tungku besi) kemudian balut dengan daun serai, lengkuas, pandan, dan lain-lain, kemudian lapik menggunakan kain yang tebal tetapi masih boleh dirasai kehangatannya.

Bertungkulah selama sejam, tapi jika masa tidak mengizinkan, sekurang-kurangnya setengah jam.

Credit: Pama


Kalau nak cuba dapatkan set berpantang basic shaklee boleh juga untuk pastikan badan sihat, bertenaga dan cepat sembuh.




Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.