Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

PETUA TRADISIONAL MELEGAKAN BAYI YANG SEDANG BATUK

Bayi yang masih kecil apabila batuk akan menyukarkannya bernafas dan minum susu. 

Apabila waktu malam bayi akan merengek kerana ketidakselesaan akibat batuk.

Cuba amalkan petua tradisional di bawah ini untuk mengurangkan batuk pada bayi.

Ambil 3 keping asam keping dan juga kulit bawang putih. 

Selepas itu bakar kedua-dua bahan tersebut di atas api. 

Peringatan janganlah dibakar di atas api yang besar kerana dikhuatiri akan hangus pula kulit bawang putih tu.

Setelah itu ambil sedikit minyak masak dan di campurkan dengan bahan-bahan yang telah di bakar tersebut. 

Gaul hingga sama rata dan sapukan ke bahagian dada bayi secara perlahan-lahan.

InsyaAllah batuk pada bayi anda akan berkurangan.

PETUA NAK LAMBAT NAMPAK TUA

1.Makan mesti cukup tetapi bukan berlebihan. Jangan kerana ingin kuruskan badan, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan, tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau “junk food” dan “fast food” semata-mata.

2. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat “facial” atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa. Atau pun nikmati mandian buih di rumah. Tidak semestinya di salun. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.

3. Elakkan Stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

4. Tidur mesti cukup. Jangan asyik berjaga waktu malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Bersenam. Baik untuk jasmani dan rohani. Kalau anda berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. Selepas bangun tidur, cuba lakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

Credit: petuo.blogspot.com

Mommy darwisya syorkan untuk cuba Collagen Shaklee kerana ianya terbukti melambatkan penuaan. Click sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Collagen Shaklee. Click sini untuk testimoni Collagen Shaklee.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


SENAMAN SELEPAS BERSALIN

“Bolehkah ibu lepas bersalin bersenam? Biasa orang tua-tua tak bagi bergerak banyak sebab nanti luka lambat baik. Tapi kenapa ‘orang putih’ selamba sahaja bersenam selepas beberapa hari melahirkan bayi.”

Mungkin itu antara dialog yang sering berlegar di minda para ibu selepas bersalin. Kerisauan bentuk badan yang sudah berubah kadang kala mendorong keinginan untuk segera melakukan senaman bagi membakar segala lemak dalam badan.

Sebenarnya dengan melakukan senaman ringan setiap hari, bentuk badan anda boleh kembali kepada keadaan asal dalam masa sekurang-kurangnya tiga bulan selepas kelahiran, walaupun otot perut mungkin tidak setegap seperti sebelumnya.

Pada mulanya, tambahkan kekerapan senaman secara perlahan-lahan kerana ligament masih lembut dan regang. Sentiasa berhenti bersenam sekiranya berasa sakit atau letih. Disarankan bersenam sekejap tetapi kerap.

Senaman lantai pelvik

Mulakan dengan senaman menguatkan otot lantai pelvik dan perut yang teregang dan boleh jadi lemah pada hari pertama selepas kelahiran. Senaman lantai pelvic dan mengayuh kaki sesuai sekiranya kelahiran anda secara pembedahan Caesarean.

Berlatih senaman memicit dan mengangkat yang ringan sekerap mungkin setiap hari untuk mengelakkan pelepasan air kencing secara tidak sengaja. Senaman ini penting sebelum meneruskan senaman pada minggu kedua. Sekiaranya anda mempunyai jahitan, penguatan lantai pelvik akan membantunya sembuh.

Pengayuhan kaki

Senaman ini mengelakkan bengkak pada kaki dan menggalakkan peredaran darah. Bengkokkan buku lali kaki anda ke atas dan ke bawah. Berlatihlah setiap jam.

Penguatan perut

Satu cara mudah dan lembut untuk menguatkan otot adalah dengan menariknya ke dalam ketika anda menghembuskan nafas, biarkan selama beberapa saat, kemudian rehatkan diri. Lakukan senaman ini sekerap mungkin.

Selepas kira-kira seminggu, cuba senaman berikut pula sebagai rutin harian dan teruskan untuk sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Ulang setiap senaman sekerap mungkin asalkan anda berasa selesa. Mulakan dengan senaman membongkok ke bawah dan apabila ini dapat anda lakukan dengan mudah, buat senaman lain.

Credit: Pama

Jika ingin menurunkan berat badan selepas bersalin, click sini.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

PETUA SENANG BERSALIN

Semakin menghampiri tarikh bersalin, semakin berdebar hati mama. Kata orang ada macam-macam petua boleh diamalkan untuk memudahkan proses melahirkan anak.


Kebanyakan orang tua-tua mengesyorkan ibu yang sudah genap sembilan bulan mengandung supaya mengamalkan minum air kelapa muda agar mudah bersalin. Selain mudah bersalin, ia juga dikatakan membantu mencuci kepala bayi waktu keluar dari vagina ibu.

Amalkan minum air kelapa satu gelas, dua hingga tiga kali dalam masa seminggu apabila semakin mahmpir dengan tarikh bersalin. Ada juga yang memberikan petua agar ibu hamil mengamalkan minum minyak kelapa ketika kandungan berusia enam bulan ke atas. Sebaiknya minyak tersebut hendaklah yang dibuat sendiri.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

KHASIAT BAWANG PUTIH

Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotik yang dapat membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.


Pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.

Selain dari itu, bawang putih juga menjadi satu cara untuk menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selsema.  Caranya, ibu cuma perlu makan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BAYI SEMBELIT

Masalah sembelit bukan sahaja menyerang orang dewasa. Bahkan di kalangan bayi juga turut boleh menghadapi masalah sukar buang air besar ini. Bagaimanapun setiap bayi mengalami masalah sembelit yang berbeza.

Masalah sembelit jarang berlaku kepada bayi yang baru lahir, terutama yang minum susu ibu secara eksklusif. Ini kerana kandungan ais susu ibu memiliki kadar laktosa yang tinggi yang dapat mencegah berlakukan sembelit.

Tetapi bayi baru lahir yang minum susu formula, sangat mudah mengalami masalah sembelit, sementara bagi bayi yang berusia enam bulan mudah mengalami sembelit kerana sudah mula makan makanan pejal.

Sembelit boleh berlaku kerana:
*Bayi kekurangan cecair.
*Bayi minum susu formula.
*Perubahan pemakanan iaitu ketika makan makanan pejal pertama.

Beberapa petunjuk yang kelihatan pada bayi anda turut boleh dijadikan panduan si kecil menghadapi masalah sembelit. Antaranya:
*Frekuensi najisnya berkurangan, dan ia kecil serta keras.
*Bayi menangis atau meneran ketika hendak membuang air besar.

Sekiranya bayi mengalami sembelit cuba pastikan bayi mendapat cukup cecair dalam badannya. Sebaiknya susukan anak dengan susu ibu.

Anda juga boleh memicit lembut perut bayi mengikut arah jam. Gunakan minyak bayi ketika memicit. Jangan memberi bayi ubat sebarangan kecuali setelah mendapat konsultasai daripada doktor.

Biasanya bayi mengalami masalah sembelit dalam tempoh masa seminggu, jika ia berlanjutan lebih daripada satu bulan, segera bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

TIPS JAGA ANAK KETIKA DEMAM

Suhu badan bayi saya tinggi. Adakah saya perlu risau?

Sukar untuk tidak risau apabila bayi anda sedang menangis dan suhunya meningkat tetapi demam jarang membawa bahaya. Demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Agak jarang bagi bayi seawal usia ini untuk mengalami suhu badan yang tinggi, jadi ini mungkin tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Hubungi doktor anda segera sekiranya bayi anda:
  • berusia di bawah tiga bulan dan suhu badannya 38 darjah C atau lebih;
  • berusia di bawah enam bulan dan suhu badannya 39 darjah C atau lebih.

Jika bayi anda berusia enam bulan atau lebih, ketinggian suhu badan atau berapa lama demamnya berlangsung tidak selalunya menggambarkan keadaannya yang sebenar. Gerak hati anda biasanya sama tepat dengan termometer dalam menilai situasi anak anda. Namun, menggunakan termometer dapat membantu mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda.

Bayi anda demam kerana badannya sedang melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk:
  • sakit tekak;
  • masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis;
Ibu bapa selalunya boleh tahu jika anak mereka demam dengan menyentuh atau mencium dahinya (kajian menunjukkan metod ini tepat sebanyak 75 peratus). 

Gunakan termometer untuk mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Jangan gunakan termometer oral (mulut) sehingga anak anda berusia tiga tahun. Jika bayi anda masih terlalu kecil untuk anda menggunakan termometer oral, bacaan suhu boleh diambil dari ketiaknya jika dia demam. Pegang hujung bebuli termometer di ketiak bayi dengan sikunya rapat ke sisi selama lebih kurang lima minit (termometer digital terbaru akan berbunyi bip apabila suhu telah diambil). Bacaan ketiak akan memberikan bacaan satu atau dua darjah lebih rendah daripada bacaan internal, jadi tingkatkan bacaan yang diambil. 

Termometer telinga adalah cepat dan tepat untuk mengambil suhu anak anda tetapi harganya mahal dan memerlukan tangan yang stabil untuk mendapatkan bacaan tepat. 
Anda juga boleh menggunakan jalur demam yang anda letakkan pada dahi anak anda dan walaupun bacaannya kurang tepat, ia mudah digunakan ke atas bayi yang sedang beronta-ronta.

Anda tidak perlu merawat demam kecuali anak anda berasa tidak selesa atau jika dia pernah mengalami kekejangan febril. Berikut adalah langkah-langkah menenangkan-demam: 
  • Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
  • Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  • Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu -- susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
  • Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
Kelakuan bayi anda lebih penting daripada suhu badannya. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. 

Hubungi pakar pediatrik anda jika:
  • bayi anda berkelakuan aneh;
  • tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa;
  • dia amat letih dan tidak menyusu.

Anda perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. 

Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 
Jika suhu anak anda meningkat secara tiba-tiba, menyebabkannya menjadi pucat, kejang, bergerak menggerenyet tidak terkawal dan mungkin tidak sedarkan diri, dia sedang mengalami serangan yang disebabkan oleh demam, yang dikenali sebagai kekejangan febril.


Ini amat menakutkan apabila dilihat tetapi ia jarang membahayakan bayi. Walaupun ia kelihatan berpanjangan, serangan ini selalunya berterusan hanya selama 20 saat dan jarang berlaku lebih dari dua minit. Jika serangan berlaku lebih dari empat minit, bawakan anak anda ke jabatan Kemalangan dan Kecemasan dengan segera. 

Semasa anak anda mengalami serangan, jangan kekang bayi anda dengan apa-apa cara sekali pun. Longgarkan mana-mana pakaian yang ketat dan keluarkan sebarang benda dari mulutnya seperti puting atau makanan. Bayi anda tidak akan menelan lidahnya.

Hubungi doktor anda apabila serangan sudah reda. 

Credit: babycenter.com.my

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, December 30, 2013

RESEPI BERPANTANG LAGI

[1] ULAM HALIA DENGAN POKOK KUNCI

Bahan-bahan:

Beberapa potong halia muda

Beberapa batang pokok kunci

Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Bersihkan halia muda dan pokok kunci.

b) Kemudian kedua-duanya hendaklah dimayang halus. Gaulkan bersama dan campurkan dengan sedikit garam.

c) Makan bersama nasi panas

Info: Halia dikatakan mempunyai sifat panas dan kering. Dengan memakannya sepanjang tempoh berpantang, ia bertujuan untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.

[2] IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahan-bahan:

Sepotong ikan tenggiri (saiz sederhana)

200 ml air

5 helai daun pegaga – dihiris

3 ulas bawang putih – dihiris

½ sudu teh serbuk lada hitam

Halia sebesar ibu jari

Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Panaskan periuk dan campurkan kesemua bahan. Masak ikan haruan sehingga airnya tinggal sedikit sahaja.

b) Boleh dimakan ketika hidangan masih panas.

Info: Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan semata-mata. Malah ia berkhasiat untuk kesihatan anda jika diamalkan setiap hari.
Ia mampu mengembalikan semula tenaga, membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah selain merawat luka-luka dalam badan.

[3] KENTANG SUHUN

Bahan-bahan:

200 ml air

3 biji bawang putih

1 biji kentang – dipotong kecil

1 sudu air asam jawa

½ sudu teh serbuk lada hitam

Sedikit suhun (direndam terlebih dahulu)

Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan tadi hingga kentang empuk. Biarkan ia mendidih dan kuahnya sedikit pekat.

b) Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang sedikit air asam jawa di atasnya.

[4] KENTANG CAMPUR PEGAGA

Bahan-bahan:

200 ml air

5 – 8 helai daun pegaga

5 ulas bawang kecil – dipotong 

21 biji kentang – dipotong kecil

1 sudu makan ikan bilis

½ sudu teh serbuk lada hitam

Sedikit air asam jawa

Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Masak bersama kesemua bahan sehingga kentang empuk. Biarkan mendidih atas api sederhana besar.

b) Angkat setelah kuahnya pekat. Hidangkan.


INGIN DAPAT ANAK LELAKI?

Surah Ali Imran, ayat 38 

- Mulakan membaca dari ayat "Robbi Hab lii..."

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan." 

Cara mengamalkannya: 

1) Bacalah ayat di atas berulang-ulang kali, insya-Allah dia akan dikurniai seorang anak lelaki. 

2) Selain itu, ada juga diriwayatkan dari para ulama', jika pasangan itu menghendaki anak lelaki, hendaklah mereka rajin membaca surah Yusufterutama ketika isterinya mengandung. 

3) Atau boleh juga dengan membuat bulatan cincin sebanyak 70 kali dengan jari telunjuk di sekeliling perut isteri/perempuan itu; dan setiap kali membuat bulatan, ucapkanlah Asmaul Husna "Al-Matiin". 

Insya-Allah akan dikurniai anak lelaki. 

Wallahu a'lam. 

Credit: Motherhood

AMALAN IBU MENGANDUNG

Ibu Imam Syafie ketika mengandungkan Imam Syafie, sentiasa membaca al-Quran.

Sewaktu membaca, ibunya menyeru anak di dalam kandungannya agar memahami apa yang dibacanya.
Sebab itu, tidak hairanlah Imam Syafie boleh menghafal al-Quran 30 Juzu' sejak berusia 7 tahun kerana sejak dalam kandungan lagi ia telah belajar al-Quran.

Dalam buku "Amalan-Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Menyambut Cahaya Mata" susunan Ustaz Haji Taib Azamudden Md. Taib dan Ustazah Ngah Puteh Abdul Shukur (halaman 13), menyebut bahawa Imam Syafie semasa di dalam kandungan ibunya, ibunya sentiasa membaca surah al-Fatihah dan surah Yaasin.

Antara surah-surah yang digalakkan membaca ketika mengandung ialah :

1. Surah Al-Fatihah - Untuk terang hati

2. Surah Maryam - Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3. Surah Luqman - Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa

4. Surah Yusuf - Untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak

5. Surah Hujurat - Untuk memperbanyakkan susu ibu dan agar anak bersifat berhati-hati

6. Surah Yaasin - Untuk ketenangan hati dan agar anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7. Surah At-Taubah - Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8. Surah An-Nahl - Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

Wallahu a'lam.

Credit: motherhood

PETUA TRADISIONAL MENCEGAH RAMBUT GUGUR

Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.

Credit: 101petua.blogspot.com

Ingin cara mudah? Dapatkan vitamin shaklee yang mengurangkan rambut gugur.

1) Vitalea
2) B Complex
3) Zinc Complex
4) Revitalizing Shampoo

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, December 28, 2013

VITAMIN SHAKLEE UNTUK RAMBUT GUGUR

Rambut gugur selepas bersalin bukan satu fenomena baru kepada ibu bersalin. Ibu bersalin seakan fobia untuk menyisirkan rambut. Mana taknya, bila sikat saje, segengam rambut akan gugur. Itu belum lagi yang bertaburan di bilik atau di bilik air. Runsing! runsing! Rambut adalah mahkota wanita.

Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut:

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah ini?
  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Rawatan rambut gugur bersama vitamin Shaklee:
  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu B Complex, Zinc dan Vita-Lea (multivitamin).
  • Bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya dan lebih kandungan organik, iaitu Revitalizing Syampoo.
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Untuk mendapat kesan yang kebaikan yang optimum, anda perlu dapatkan set vitamin ini. 
Jangan buat tak tahu tentang masalah rambut. Tidak sempurna kewanitaan itu jika rambut ibarat hidup segan mati tak mahu. Rambut mahkota wanita! Manjakan rambut kita dengan vitamin terbaik, semulajadi dan halal bersih. Jom amalkan! Shaklee memang best tau!

Credit: superbvitamin.blogspot

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


THE EXCITING LIFE OF CABIN CREW / PILOT DURING STANDBY

Each month on your flying roster, you have a couple of days of standby. For those who do not know what standby is,it is basically a set of crew on standby( hence the name) to operate a particular flight just in case anyone call sick or unable to fly due to any unforseen circumstances.

Depending on the airline,the one I flew with has a whole month of standby. Yeah,you read it correctly,one whole month. It is known as the "reserve month". It's the time of the month where it's hard to plan for your life as you have absolutely no idea what the month will bring.

Standby period can varies between 8 to 12 hours and you are required to be reachable if crew scheduling were to call you. So you are like being in a prison at home waiting for the “ call of duty”. As the name suggest, if  you were called up for standby, it will be the very last min before the departure of a flight and you will be like scrambling to the aircraft like some sort of a 911 emergency.

You got to be prepared,for example if they were to call you to a destination where it is snowing, you got to have your winter cloths ready or if it a long trip like a 10 days duty,make sure everything sufficient is pack up.

Normally if you are call up for standby,it is always the shitty flights where the crew will call sick such as turnarounds. The chances for people to call sick for layovers/nightstop is lower since there are more money/sightseeing to be made.But sometimes you may be lucky as I have been called up for good flights before :)

So during this period, you are stuck by the phone beside you.Of course, you can risk and chose to go out,but make sure you are reachable as failing to answer or turn up for duty during standby can get you fired ( if you do it often ). But there are always some crew who are trying to be smart by unplugging the phone cord or telling the crew scheduler they have no idea that their mobile's batt has gone flat. Guess they have heard that excuse a million times and either way, they will get you!

If you fly for a private jet or charter company, some of them have no roster at all and basically you are on call all the time. Of course they they will compensate you with higher salary and in some cases better perks and benefits.

Though during standby period, it can be challenging, life at times can be like a mystery and exciting as well. You do not know what will unfold. One min you are in your pajamas, the next thing you knew you will be jet setting to exciting destination such as broadway in new york, shopping in Hong Kong or sipping your favorite coffee in Rome.

Credit: flygosh