Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 5, 2014

SAYUR DAN BUAH UNTUK BAYI


Tugas memasak untuk bayi memerlukan perhatian yang teliti. Bermula dari proses memotong, memasak dan membersihkan makanan untuk bayi, kita perlu memastikan khasiat makanan yang dimasak kekal terjamin.

Memberi bayi makan sayur dan buah-buahan memang amalan untuk mendidiknya makan makanan yang sihat. Bagaimanapun anda perlu tahu panduan penyediaan sayur-sayuran dan buah-buahan yang betul untuk bayi anda.

* Pastikan anda sentiasa mencuci tangan sebelum memegang bahan makanan anak. Anda tidak perlu menggunakan sabun, cukup sekadar mencuci tangan menggunakan air bersih.

* Bersihkan tempat penyediaan memasak makanan si kecil kerana jika tidak ia berisiko sebagai tempat penyebaran kuman yang seterusnya akan masuk dalam makanan yang disediakan.

* Sentiasa  bersihkan buah dan sayur sebelum memasak.

* Kupas kulit buah (jenis yang perlu dikupas) dan dipotong.

* Ketahui jenis buah dan sayur yang boleh dicuci selepas dikupas dan jenis yang tidak boleh dicuci selepas dikupas untuk mengekalkan vitaminnya.

* Sebelum masak sayur-sayuran, pastikan didihkan terlebih dahulu air yang digunakan.

* Semasa masak, gunakan api yang sederhana supaya tekstur sayuran masak betul tetapi nutrisi tidak hilang.

* Hidangkan sayuran dalam keadaan hangat.

* Selain menggunakan pengisar makanan, lenyek sayuran menggunakan garfu sehingag makanan menjadi halus.

* Campurkan susu ibu atau air suam dalam puri sayur/buah untuk mendapatkan tekstur yang diinginkan.

 Credit: Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment