Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Putera Raees. Show all posts
Showing posts with label Putera Raees. Show all posts

Monday, October 6, 2014

AIDILADHA 2014 DI HOSPITAL - Part 1

Assalamualaikum semua..

Mommy kali ni bersiaran langsung di hospital sg.buloh. Hari ni hari ke 4 kami di sini. Kesihatan Raees dah ok sikit tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Nak tahu apa yang terjadi? Ni mommy nak cerita la ni..

Raees da start batuk dan selsema sikit-sikit minggu lepas, hujung bulan September. Ni berjangkit dari kakak Wisya la sapa lagi kan.. Ingat mommy nak terus bawak ke hospital tapi pikir-pikir balik, batuk biasa je pastu baby bukan boleh bagi ubat pun untuk batuk. Jadi mommy decide nak monitor je.

Lepas hari ke 3, which hari khamis mommy da kesian sangat kat Raees batuk dia makin teruk pastu nafas dia macam laju sikit, tengahari tu mommy bawak dia pegi klinik Su Familia kat Bukit Jelutong, family doktor kami. Doktor Siti bagi nebulizer, bagi dia mudah bernafas sebab memang takde ubat batuk untuk baby,lagipun Raees takde demam jadi doktor pun tak risau sangat. Doktor suruh datang lagi malam.

Malam tu kali kedua Raees ambik nebulizer. Doktor pesan,kalau tetiba Raees sesak nafas ke,biru ke, cepat-cepatla ke hospital. Masa tido Raees ok,tapi bila pagi mommy bangun solat tahajud buat kali pertamanya, habis salam je mommy dengar dia batuk. Pastu tetiba dengar suara daddy. Mommy terus lari tengok Raees, nafas dia laju, dalam dan berbunyi. Mommy dah of course risaukan.. Cakap kat daddy jom pegi hospital. Since mommy ni duduk Shah Alam, mana ada hospital kerajaan yang dekat. Kami ke KPJ Shah Alam, Seksyen 20.

Kami sampai dalam pukul 6.30 atau 7 pagi. Diorang cek Raees, bagi oksigen dia ok sikit. Lepas tu doktor tanya nak masuk sini ke? Ikutkan keadaan Raees, dia kena masuk ICU ni. Dah cuak kitorang, wad biasa penuh wad VIP je ada. Etiqa tak cover wad VIP. Tapi doktor tu nak sedapkan hati kitorang, dia cakaplah, kat KPJ ni takde facilities untuk jantung failure since Raees ada VSD & ASD, lebih bagus kalau kita hantar dia dekat hospital yang lengkap supaya tak banyak tangan nanti, katanya.

Jadi doktor pun call hospital Sg. Buloh penuh, Klang penuh, PPUM penuh, rezeki Raees, Sg. Buloh call balik cakap ok boleh transfer sana. Alhamdulilah.. Memang nasib Raees untuk masuk hospital ni,sebab dulu lepas lahir pun Raees di  NICU sini selama 7 hari k..

Merasala mommy naik ambulans.  Pengalamannya sungguh... Kita sambung entri lain pulak.. Tunggu..

Wednesday, October 1, 2014

PERJALANAN ANAK SYURGA MOMMY

Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah.. akhirnya malam tadi atau lebih tepat lagi pagi la sebab dalam pukul 12 lebih Raees dah mula menyusu direct.. Secara tiba-tiba laju je dia hisap susu. Biasanya mesti dia main-main atau jilat-jilat jer. Termakbul juga doa mommy.. Puas mommy train Raees dari malam kedua Raees dilahirkan. Sebab malam pertama Raees dalam head box sebab dia tak cukup oksigen masa tu. 

Cukup 50 hari di train, Raees dah pandai. Mommy memang yakin Raees boleh menyusu direct. Walaupun mommy dah redha untuk bagi EBM guna botol susu. Sampai pam rosaklah kan.. Mommy bersyukur sangat-sangat dengan semua yang telah ditakdirkan buat mommy. Tapi sebab Raees kurang sihat dia banyak tidur. Kalau dia bangun pun dia menyusu kejap jer. Jadi nak pastikan susu mommy tak merundum, mommy still pam macam biasa. Lepas dia menyusu pun mommy pam lagi untuk pastikan breast betul-betul kosong. Mommy berharap sangat dapat fully breastfeed Raees. Doakan mommy berjaya ye kawan-kawan. 

Mommy perlulah beli nursing cover supaya senang nak bf Raees nanti. Mommy dah ada nursing poncho dulu beli masa zaman Wisya. Tapi mommy rasa nursing poncho tu tebal dan tak friendly sangat dengan weather kat Malaysia yang panas ni. Sebab tu mommy nak cari nursing cover yang tailored made yang ada window (senang nak tengok baby). Masih tak jumpa lagi. Biasanya online mesti ada. Mommy listkan antara website yang ada jual nursing cover ni ye. Kongsi dengan kawan-kawan yang berminat, lagi pun senang mommy nak cek balik entri ni. Dah anak dua pelupa bagai tak ingat. :)

  1. Little Precious Garden 
  2. Kedai Susu Ibu Sabah
  3. Kedai Chomel
  4. Manjakuhappy
  5. One Baby World
Ini lah antara website yang menjual nursing cover yang mommy nak beli tu. Mommy pernah beli kat little precious garden bagi kat kawan mommy (ibu hessa - owner hessa and me) dia jual Tuesday in Love. Yang nail polish lalu air tu, maknanya boleh bawa sembahyang. Tapi kalau was-was jugak takde masalah, boleh kopek jer dengan kuku, nail polish ni tak perlu pencuci dia. Free marketing jugak ni. Komisen please. Gurau jer intan :)

Oklah, mommy dah melalut dah ni. Asal cerita pasal Raees ni dah promo Tuesday in Love pulak.. Hahhaahah.. Takdelah, sebenarnya mommy nak kongsi dengan semua yang Raees dah pandai menyusu direct. Mommy tahu ini hanya permulaan yang indah bersama Raees, mommy tahu mesti banyak lagi pengalaman manis yang mommy akan tempuhi bersama. Doakan yang terbaik buat kami semua. Sekian, salam sayang. xoxo

Tuesday, September 30, 2014

CARA HILANGKAN KAHAK BAYI

Assalamualaikum semua.. 

Baby Raees batuk berkahak. Sah-sah berjangkit dengan kakak wisya yang selesema dan batuk. Since Raees ada jantung berlubang, memang takut sangat kalau dia sakit. Memang mommy cuba jauhkan Wisya dari Raees tapi amatlah susah sebab kakak Wisya kononnya sayang sangat kat adik dia mesti nak kiss everyday. Puas mommy halang, tapi Wisya mesti menang. Jadi end up sekarang Raees batuk berkahak. Mommy ingat nak ke klinik atau hospital, tapi mommy minta pendapat Dr. Liza (kawan Doha) dia nasihatkan monitor dulu, sapu vicks kat dada dia and kaki. Sebab kalau baby lagi tak elok bagi makan ubat sangat kan. Kalau Raees tak baik-baik lagi dan nafas dia makin laju, mommy kenalah berlari ke emergency room. 


Ni mommy pun google nak cari cara nak hilangkan kahak bayi secara tradisional. Dapat kat sini. Mommy kongsikan bersama. Nanti bolehlah cuba sesama kan.

1. Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!

2. Kunyit hidup atau bawang putih.

Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. Daun kaduk.

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kismis

Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. Daun Bunga Tahi Ayam.

Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

6. Gula Melaka

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.


Tapi mommy teringat pagi tadi dengan Omega Guard Shaklee, sebab dia pun berfungsi untuk mencairkan kahak. So, lepas lunch tadi mommy ambil 3 biji. Lepas tu, Raees 2 kali muntah, kuar semua kahak-kahak. Jadilah testimoni sendiri. Memang gerenti mommy akan sambung ambil Omega Guard dan cuba jugak petua-petua di atas. Doakan Raees cepat sembuh dan dijauhi kami ke hospital ye.

Sekian sahaja dari mommy. Sehingga entri yang lain pula. Salam sayang, xoxo



Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Monday, September 29, 2014

BAJU MELAYU BABY

Assalamualaikum semua.. 


Hujung minggu ni dah raya hajikan. Sekejapkan masa berlalu. Since dah ada baby boy mommy teringin nak pakaikan Raees baju melayu. Ye memang dia baby lagi. Tapi teringin, jadi apa lagi aktiviti mommy menggoogle pun bermula. Rasanya macam dah terlambat sebab kalau order online tak sure sempat ke idak sampainya baju melayu tu. Ada banyak website yang mommy tengok. tapi banyak yang dah sold out untuk saiz newborn. Kitorang pun tak sure lagi nak beli baju raya ke tak rasanya pakai jer apa yang ada. Dapat beli untuk Raees pun jadi la nak dapatkan kaler sedondon. Jadi rasanya nak cari baju melayu kaler gold dengan merah untuk Raees.

Kat bawah ni mommy senaraikan beberapa list website yang boleh dapatkan baju melayu baby. Diorang start buat dari saiz newborn tau.


  1. Manjakuhappy
  2. Elodea Boutique
  3. Little Hijjaz
  4. Raihana Collection (ni untuk tempahan)
Mommy dah tanya kat little hijjaz dan elodea boutique tu. Saiz newborn dah sold out. Takpela, cuba manjakuhappy. Insyallah ada stok lagi. Dapatlah Raees melaram dengan baju melayu. Takpun nanti mommy cubalah cari kat PKNS ke, Alam Sentral ke. Kalau ada rezeki Raees tak ke mana. Raees punya rezeki alhamdullilah, mommy mintak atau terpikir, mesti dapat. 

Contoh kan, aritu duk cakap kat daddy nak cari milk dispenser la untuk Raees just in case untuk jalan-jalan kan. Dua tiga hari lepas tu, aunty hantar hamper, dalam hamper tu ada milk dispenser. Satu lagi contoh, mommy ni tengah cari tights or legging untuk Raees nak pakaikan dengan rompers, semalam adik ipar bagi present untuk Raees. Alhamdulillah, rezeki Raees; anak syurga mommy.

Oklah, sampai di sini jer. Doakan mommy berjaya jumpa baju melayu untuk Raees k. Sekian, salam sayang dari mommy. xoxo

Sunday, September 28, 2014

BREAST PUMP ROSAK..

Assalamualaikum.. 

Mommy nak bercerita kisah pam rosak pagi tadi. Tetiba je rosak. Stress mommy. Dahla pagi-pagi buta. Sekarang ni mommy pakai pam Spektra 3. Baby Raees masih belum pandai menyusu direct. Mommy masih training Raees untuk menyusu direct jadi buat masa ni mommy perlu pam. Tak pam nanti, sah-sah susu makin kurang. My breast pump is my BFF. 

Balik hospital jer terus cari pam. Test punya test, sebelah jer yang ok, sebelah lagi kaput. Jumpa jugak pam manual mommy yang avents simpan je just in case. Jadi, pagi tadi lah in case nya.. Pam Spektra 3 mommy rosak, rasanya membran dia dah loose nak kena tukar. Sebab suction dia dah takde. Guna yang manual tu lenguhnya tak terkira. Dah la kena pam pagi-pagi nak tahan mengantuk lagi kan. 

Tak boleh jadi, mommy ajak daddy pegi beli. Since memang nak keluar pergi rumah nenek. Tapi biasalah, dah ada anak dua kenalah, siapkan anak dulu, kemas sikit-sikit. Daddy tolong vakum satu rumah. Bertuah mommy dapat suami yang rajin. 

Lebih kurang dalam pukul 1 lebih kami keluar rumah. Since mommy duduk TTDI Jaya, kedai yang mommy rasa ada jual spare part breast pump; One Baby World kat Laman Seri Seksyen 13. Malangnya dah habis stok. Cuba cek dekat kedai baby sebelah Hospital Umra, Nursing Mum tak silap nama kedai tu. Pun tak ada. Harapan terakhir kedai baby di Seksyen 16 dekat Padang Jaya, Moms House. Lagi lah takde. Nampaknya mommy terpaksa lah redha dan order online, kenalah tunggu sehari dua lagi. 

Sampai jer rumah nenek, jumpa adik ipar dia cakap dia baru balik shopping kedai baby kat seksyen 20. Mommy pun tanyalah if kedai tu ada tak spare part pump. Adik ipar cakap mesti ada. So, balik rumah nenek terus cuba pergi tengok. Nama kedai dia Marissa Shoppe. Nasib mommy baik. Diorang memang ada. Macam-macam ada kedai baby tu. Tak rugi pergi. Tengah sale pulak tu. Sempat jugak mommy grap snuzzler Little Bern harga dia RM79 dengan satu legging RM10. Membran tu mommy beli 2 satu RM9 jer.

Balik jer apa lagi terus mommy pam, dapatlah guna double pump balik. Cut the time in half. Susu pun dapat banyak. Itu sahaja la kisah mommy hari ni. 



Ni lah barang-barang yang mommy beli tadi. Tak rugi singgah kedai Marissa Shoppe. Adik ipar cakap dia pun ada instashop. Nama kat instagram Marissa_Shoppe. Wah, free marketing ni. Kalau lah owner Marissa Shoppe baca, saya nak dapat voucher discount boleh.. Gurau jer..

Sekian, dari mommy. Salam xoxo

Friday, September 26, 2014

RAEES FIRST OUTING

Assalamualaikum.. 

Mommy baru je abis pantang semalam. Pejam celik- pejam celik dah abis 44 hari berpantang. Masa berlalu dengan pantas jer. Nasib cuti 90 hari. Kalau 60 hari dah nak mula kerja dah kan.. Sedihnya kalau nak kena start keje.. Alhamdulilah.. masih cuti. Mommy since dah abis pantang dah pikir nak pegi mana ye lepas abis pantang, rasa macam mati kutu duduk rumah tak keluar. Kalau keluar pun, balik-balik hospital, check up itu, check up ini. Adalah sekali dua pergi rumah mak mertua. Tu jer. 

Tetapi memandangkan Raees kurang sihat sebab jantung dia, memang mommy tak digalakkan untuk bawak Raees keluar di tempat-tempat yang sesak, tempat yang ramai orang sebab Raees amat sensitif dan berkemungkinan besar akan kena jangkitan. Jadi mommy ajak daddy pergi Aeon Bukit Raja. Kat situkan tak ramai orang. Lepas daddy sembahyang Jumaat tadi, mommy ajak jugak untuk ke Aeon sebab nak beli barang-barang Raees sikit. So dapatlah Raees outing harini. Official first outing. 

Mula-mula sampai, kakak Wisya buat hal. Letak je Raees dalam stroller, Wisya mengamuk. Wisya pulak sibuk nak duduk dalam stroller tu. Haii.. daddy bila Wisya start menjerit nangis-nangis terus lah start kete, kata daddy jom balik.. Lagi lah kuat Wisya jerit, dia nak jalan lagi. Belum sempat jalan pun, Wisya memang camtu, suka berjalan, kalau tak puas dia jalan or keluar rumah dia akan mengamuk atau buat hal. Last-last mommy dapat calm her down. Then daddy keluar. Drama sungguh first outing Raees. 

Sepanjang keluar, Raees tido jer, tapi bila dah lapar by the time nak balik dah dia jaga, nak susu. Betul jugak orang cakap, baby masa pantang baik, tido jer. Bila abis jer pantang mula lah buat perangai. Raees baru 2 hari abis pantang dah banyak dia nangis dari masa dia dalam pantang. 

Anyway, mommy enjoy first outing dengan Raees walaupun its a short and quick one. Next time kita cuba just the three of us pulak. Takde pulak gambar nak share, tak sempat nak ambik dah beranak dua kan..Dengan tangan penuh barang beli lagi. Nak beli barang Raees tapi Wisya dapat jugak her official first Barbie doll teacher edition. Sebelum ni pernah belikan dia patung tapi yang murah jer sekejap je dia main semua tercabut. Kepala cabut, tangan cabut, kaki pun cabut. Barbie is different, semua intact kan, tapi dengan keganasan Wisya tak tahu la if Barbie pun boleh tercabut, we wait and see je lah..

Sampai di sini sahaja jela entri mommy harini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri, sekian, salam sayang. xoxo.

Thursday, September 18, 2014

PERUBATAN ALTERNATIF

Assalamualaikum semua.. 

Hari ni pagi, Raees ada ujian saringan. Kalau ibu bapa nak tau ujian saringan ni adalah ujian pendengaran bayi. Pagi di Klinik pakar ENT Hospital Sg Buloh. Belah kiri lulus belah kanan fail la pulak. Jadi kena buat satu lagi temujanji bulan depan.

Entri arini bukan nak cerita ujian saringan, tetapi tentang perubatan alternatif. Selepas habis temujanji di Hospital Sg. Buloh kami ke Kompleks PKNS Bangi untuk ke Perubatan Homeopathy Hasan bertujuan untuk mencari rawatan alternatif buat Raees. Daddy Raees yang jumpa kat Google, katanya Dr Hj Hasan ni terror merawat pesakit jantung berlubang. Kami kena ikhtiar kan. Tapi tak dapat jumpa Dr Hj Hasan tadi. Anak dia yang ada Dr Hj Mohd Salman. Kami daftar nampak ada sorang je yang tengah menunggu. Lepas je kami abis daftar, orang tak berhenti jugaklah datang ke homeopathy Hasan ni. 

Bila nama dipanggil, kami pun masuk. Dia suruh saya letakkan Raees di meja pemeriksaan pastu dia periksa jugak jantung Raees. Katanya, takpe nanti kita bagi ubat. Katanya lagi semua penyakit ada ubatnya. Darwisya pun dapat ubat. Mintak untuk ekzema dia.  Ni lah gambar Dr Hj Hasan depan Homeopathy dia. Amik dari blog diorang. 



Ni ubat-ubat yang diberikan untuk Raees & Darwisya. Banyak juga pantang larangnya. Mommy berharap sangat akan ada perubahan bila dah makan ubat homeopathy ni terutamanya untuk baby Raees. Nanti 30 Oktober ada temujanji untuk periksa jantung Raees lagi. Kita tunggu dan lihat ye. Mommy mohon kawan-kawan untuk doakan yang terbaik dan dipermudahkan untuk anak mommy. Kalau sesiapa nak ke Kompleks PKNS Bangi ni tak susah sangat. Kitorang ikut GPS kat phone jer. Homeopathy Hasan ni kat tingkat dua. Naik escalator terus boleh nampak. 

Sekian, sehingga bertemu di lain entri. Salam, xoxo

Monday, September 15, 2014

KOS PEMBEDAHAN SAKIT JANTUNG

Assalamualaikum.. 

Hari ni mommy agak bersedih sebab doktor telah mengesahkan Putera Raees mempunyai jantung berlubang jenis VSD iaitu Ventricular Septal Defect. Lubangnya agak besar lebih kurang 7mm. Buat masa ni, Raees akan berada dalam pemerhatian mommy. Mommy perlu pastikan Raees sihat, menyusu dan besar dengan cepat. Ini adalah supaya bila pembedahan diperlukan, mudah untuk doktor menjalankan pembedahan itu. Bigger baby, better to operate on. Itu kata doktor.

Ibu mana yang tak sedih mendengar anak yang dikandung 36 minggu tak sihat dan mempunyai kecacatan jantung bila dilahirkan. Tapi mommy redha, seperti kata semangat yang kawan-kawan katakan, I am the chosen one. Allah SWT hanya menguji umatnya yang mampu menjalani ujiannya. I have to be strong. I am trying my very best to be strong. 

Jadi keluar je dari hospital, bermula lah pencarian google mommy tentang VSD. Mommy tak kan berhenti ikhtiar untuk mencari rawatan alternatif untuk Raees. Kalau boleh semestinya tak mahu lalui pembedahan, walaupun insuran tempat mommy kerja cover. Maklum je lah, Raees baru berumur 1 bulan 3 hari. Google punya google, jumpa leaflet ni tentang kos pembedahan. 


Mahalkan, macam sakit jantung ni penyakit untuk orang-orang kaya je dengan kosnya yang amat tinggi. Harap ini dapat menjadi rujukan buat ibu bapa yang melalui apa yang mommy lalui. Walaupun mommy tak pasti ini adalah kos yang terkini tapi bolehlah buat anggaran kan. 

Mommy mohon pembaca mendoakan Raees yang terbaik dan dipermudahkan semuanya. Sekian, salam dan sehingga entri yang seterusnya. xoxo

Wednesday, September 3, 2014

KECACATAN JANTUNG

Assalamualaikum..

Ok, Raees anak mommy yang kedua yang hari ni umur dia 23 hari mengalami kecacatan jantung. Dia dilahirkan pramatang semasa 36 minggu. Kisah mommy melahirkan Raees telah mommy kongsikan secara ringkas. Mommy dapat informasi tentang kecacatan jantung ni di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Pada permulaan, doktor mengesan PDA pada jantung Raees, tapi hari ni doktor cakap kemungkinan ianya bukan hanya PDA sebab bunyi sewaktu pemeriksaan menunjukkan sebaliknya. Tetapi masih belum pasti. Pada 15 September 2014 nanti akan ada follow up di Hospital Serdang dengan pakar jantung di sana. Mommy minta tolong doakan yang terbaik dan dipermudahkan segalanya untuk Raees ye. 

Jom kita belajar sedikit sebanyak tentang jenis-jenis kecacatan jantung.

Kecacatan jantung yang ujud sejak lahir (kongenital) terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh bayi-bayi ini berbeza antara satu sama lain mengikut kecacatan masing-masing. Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel yang berfungsi sebagai jantung sebelah kanan dan jantung sebelah kiri.
Darah yang beroksigen rendah (deoxyhaemoglobin) yang kembali dari tubuh masuk ke dalam jantung sebelah kanan dan dipam melalui injap pulmonari ke paru-paru untuk mendapatkan oksigen. Darah beroksigen tinggi dari paru-paru ini kemudian kembali masuk ke dalam jantung sebelah kiri dan dipam ke seluruh tubuh melalui aorta. Tekanan sistemik adalah lebih tinggi dari tekanan pulmonary.
Apakah tanda-tanda kecacatan jantung pada anak?
Bayi yang mempunyai kecacatan jantung biasanya menunjukkan tanda-tanda berikut:
  • Mempunyai deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik.
  • Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
  • Kegagalan jantung : bayi mungkin bernafas secara kencang atau sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
  • Tumbesaran terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen disebabkan oleh sakit jantung jenis biru.
Diagnosa jenis kecacatan jantung. Doktor akan melakukan pemeriksaan lanjut seperti:
  • Elektrokardiografi (ECG) untuk menilai aktiviti elektrik pada jantung yang tidak normal.
  • X-ray dada untuk menilai bentuk dan saiz jantung serta pembuluh darah.
  • Echokardiografi : imbasan organ jantung membantu untuk membuat diagnosa
  • Jika perlu bayi akan dirujuk kepada pakar jantung untuk membuat penilaian dan rawatan lanjut.
Rawatan
Perkara yang harus diingat:
  • Diagnosa yang tepat sangat penting bagi menentukan tindakan dan rawatan selanjut pesakit.
  • Keadaan jantung bayi adalah dinamik dan kemerosotan fungsi jantung boleh berlaku secara tidak disedari.
  • Kebersihan gigi adalah penting. Antibiotik perlu diberikan sebelum melalui pembedahan atau prosedur pergigian. Ini dapat mencegah pembiakan bakteria di dalam jantung.
  • Sebahagian bayi tidak memerlukan rawatan pembedahan seperti ASD dan VSD yang kecil yang tidak memberi apa-apa impak negative pada jantung atau badan.
  • Kecacatan jantung yang menyebabkan kebiruan harus dinilai sebaik mungkin bagi menentukan samada pembedahan diperlukan atau sebaliknya.
Jenis-jenis kecacatan jantung:
  1. Jantung berlubang tanpa kebiruan:
    • Ventricular septal defect (VSD) : terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan darah mengelencong dari ventrikal kiri ke saluran paru-paru. Lubang yang kecil biasanya tertutupsecara sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi lubang tersebut.
    • Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan alat penutupan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.
    • Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.
    • Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan coil atau alat sumbatan khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar selalunya memerlukan pembedahan jantung untuk menutupnya. Bayi yang lahir pramatang berisiko mempunyai saluran PDA ketika sakit dan boleh diberikan ubat untuk menutupnya. (yang ni lah Raees disahkan ada)
  2. Sakit jantung jenis biru (cyanotic heart defects)
    • Transposition of great arteries (TGA): dalam hal ini pembuluh darah aorta dan pulmonari arteri bertukar tempat dan keluar dari ventrikal secara salah. Ini menyebabkan pengaliran darah yang tebalik di mana darah yang kembali dari badan tidak pergi ke paru-paru malah kembali ke badan semula menyebabkan bayi mengalami kebiruan. Dalam kes tertentu sebahagian bayi perlu menjalani prosedur kecemasan sejurus selepas kelahiran.
    • Fallot tetralogy – kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonari yang menyebabkan kekurangan pengaliran darah ke paru-paru. Pembedahan paliatif (meringankan simtom) biasanya dilakukan sebelum pembedahan definitif.
  3. Kecacatan jantung jenis sumbatan
    • Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan di injap atau di arteri  pulmonary. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan belon yang dikembangkan di tempat tersempit ini atau pun secara pembedahan.
    • Aortic stenosis (AS). Saluran atau injap aorta yang sempit yang akan memmberi bebean ke atas ventrikal kiri. KAnak-kanak ini perlu diberi perhatian yang lebih terutama di dalam menjalani aktiviti harian, di mana mereka perlu mengelakkan aktiviti lasak atau berat.
Kanak-kanak
Keadaan ini boleh dicegah melalui imunisasi.
Kebanyakan pesakit akan melakukan aktiviti seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun pesakit kecacatan jantung biasanya tidak seaktif kanak-kanak lain walaupun selepas menjalani pembedahan.
Penjagaan gigi endocarditis
Gigi yang rosak boleh menjadi sumber pertumbuhan dan pembiakan bakteria di dalam jantung, yang boleh menyebabkan keadaan menjadi serius. Keadaan ini dikenali dengan “ infective endocarditis”.
Kumpulan sokongan
Tiada kumpulan sokongan bagi menyokong pesakit kecacatan jantung. Kebanyakan persoalan/kemuskilan akan dijawab oleh doctor. Kumpulan sokongan yang ada pada masa ini adalah persatuan sindrom Down.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, September 1, 2014

KEKURANGAN G6PD DAN SHAKLEE

Anda tau tak apa itu kekurangan G6PD? Dulu pun mommy tidak ambil tahu pun tapi pernah dengar. Disebabkan permata hati kedua mommy Raees mengalami kekurangan G6PD, mommy perlu ambil tahu sekarang. Jadi mommy ingin kongsi bersama-sama apa itu kekurangan G6PD dengan semua. 


Apa itu G6PD?

G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah sejenis enzim yang bertanggungjawab untuk melindungi sel darah merah (pengangkut oksigen) daripada dimusnahkan lebih awal.

Apakah Kekurangan G6PD atau G6PD Deficiency?

Kekurangan G6PD atau G6PD Deficiency adalah suatu keadaan di mana sel darah merah tidak dapat menghasilkan enzim G6PD yang mencukupi sehingga mengakibatkan sel darah merah musnah dengan cepat apabila terdedah kepada bahan-bahan aktif tertentu.

Contoh darah diambil dari tali pusat bayi semasa bersalin dan akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan dan pengesahan G6PD.

Sekiranya Anak atau Bayi didapati kekurangan G6PD, 

  • bayi dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 10 hari. Seperti pengalaman mommy, Raees dibawah permerhatian doktor untuk rawatan jaundice selama 5 hari kerana jangka masa tersebut adalah yang paling kritikal.
Permerhatian ini perlu kerana bayi boleh mengalami penyakit kuning Jaundice dengan serta merta yang boleh mengakibatkan kecacatan otak dan pendengaran.

Langkah seterusnya..

Jangan ambil ubat yang tersenarai di bawah atau ubat-ubatan yang mengandungi bahan aktif yang sama tanpa arahan atau nasihat doktor. Elakkan bayi daripada bahan-bahan berikut:

  • KACANG PARANG
  • UBAT GEGAT
  • UBAT-UBAT TRADISIONAL, JAMU ATAU SINSEH
Sekiranya termakan atau tersentuh bahan-bahan di atas, bayi akan mengalami :

  • Penyakit kuning (jaundice) dengan serta merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna teh pucat
  • Pucat
  • Demam
Oleh yang demikian, setiap kali ingin mendapatkan rawatan perubatan, perlulah diberitahu yang bayi Kekurangan G6PD.

Boleh ke seseorang yang kekurangan G6PD hidup normal?
  • Boleh,elakkan daripada memakan atau menyentuh bahan-bahan yang dilarang
  • Kekurangan G6PD bukan penyakit berjangkit dan keadaan ini adalah sepanjang hayat
  • G6PD diwarisi secara genetik dan seringkali melibatkan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa. Bagi kes Raees, mommy adalah pembawa sebab sepupu mommy ada mengalami kekurangan G6PD.
UBAT DILARANG AMBIL

ANTI MALARIA
  • Chloroquine*, Hydroxychloroquine, Primaquine, Quinine*
SITOTOKSIK atau ANTIBAKTERIA
  • Chloramphenicol, Co-Trimoxazole (Bactrim), Nitrofurantoin
ANALGESIK atau ANTIPIRETIK
  • Acetanilide, Aminopyrine*, Antipyrine*, Aspirin*, Phenacetin, Probenecid, Pyramidone
LAIN-LAIN
  • Ascorbic Acid*, Hydralazine, Mestranol, Mehylene Blue, Napthelene (ubat gegat), Vitamin K
KARDIOVASKULAR
  • Quinidine*
SULFANAMIDE atau SULFONE
  • Dapsone, Sulfasalazine
MAKANAN YANG DILARANG
  • Kacang Parang
  • Blueberi
  • Kamfor
* SELAMAT DIAMBIL (TETAPI DALAM DOS TERAPEUTIK SAHAJA)

Sumber: Informasi dari Farmasi Hospital Sg Buloh

Kebiasaannya jika ibu menyusu anak yang kekurangan G6PD, ibu tidak dibenarkan untuk mengambil Alfalfa Shaklee kerana Alfalfa tinggi dengan kandungan Vitamin K. Jadi set penyusuan yang sesuai buat ibu yang menyusukan bayi G6PD seperti mommy adalah Set Penyusuan Eu Four Pack:

  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C 
  • Ostematrik



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, August 25, 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Sudah lebih sebulan mommy berehat dari menghapdate blog ni. Mood raya terover namanya tu. Mommy juga nak berkongsi dengan followers semua, ada ke followers mommy.. hahaha yang mommy telah selamat melahirkan permata hati kedua, Putera Raees pada 12 Ogos 2014, 12.51 tengahari. Kali ni, semuanya terkejut sebab due date mommy sebenarnya 7 September 2014. Tapi disebabkan air ketuban kurang kalau kata medical dia oligohydramnios, permata hati mommy dinasihatkan untuk dilahirkan segera. Alhamdulilah berkat doa dan tawakal, mommy berjaya melahirkan secara normal.

Hari ni dah hari ke 14 tepat 2 minggu selepas bersalin, mommy nak berkongsi jugaklah tips yang mommy jumpa ni untuk cara-cara kempiskan perut selepas bersalin secara tradisional. Semoga berjaya!

  1. Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.

  1. Campur sedikit beras dan kisar halus.  Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.

  1. Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.

  1. Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

  1. Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.