Assalamualaikum semua..
Hari ni pagi, Raees ada ujian saringan. Kalau ibu bapa nak tau ujian saringan ni adalah ujian pendengaran bayi. Pagi di Klinik pakar ENT Hospital Sg Buloh. Belah kiri lulus belah kanan fail la pulak. Jadi kena buat satu lagi temujanji bulan depan.
Entri arini bukan nak cerita ujian saringan, tetapi tentang perubatan alternatif. Selepas habis temujanji di Hospital Sg. Buloh kami ke Kompleks PKNS Bangi untuk ke Perubatan Homeopathy Hasan bertujuan untuk mencari rawatan alternatif buat Raees. Daddy Raees yang jumpa kat Google, katanya Dr Hj Hasan ni terror merawat pesakit jantung berlubang. Kami kena ikhtiar kan. Tapi tak dapat jumpa Dr Hj Hasan tadi. Anak dia yang ada Dr Hj Mohd Salman. Kami daftar nampak ada sorang je yang tengah menunggu. Lepas je kami abis daftar, orang tak berhenti jugaklah datang ke homeopathy Hasan ni.
Bila nama dipanggil, kami pun masuk. Dia suruh saya letakkan Raees di meja pemeriksaan pastu dia periksa jugak jantung Raees. Katanya, takpe nanti kita bagi ubat. Katanya lagi semua penyakit ada ubatnya. Darwisya pun dapat ubat. Mintak untuk ekzema dia. Ni lah gambar Dr Hj Hasan depan Homeopathy dia. Amik dari blog diorang.
Ni ubat-ubat yang diberikan untuk Raees & Darwisya. Banyak juga pantang larangnya. Mommy berharap sangat akan ada perubahan bila dah makan ubat homeopathy ni terutamanya untuk baby Raees. Nanti 30 Oktober ada temujanji untuk periksa jantung Raees lagi. Kita tunggu dan lihat ye. Mommy mohon kawan-kawan untuk doakan yang terbaik dan dipermudahkan untuk anak mommy. Kalau sesiapa nak ke Kompleks PKNS Bangi ni tak susah sangat. Kitorang ikut GPS kat phone jer. Homeopathy Hasan ni kat tingkat dua. Naik escalator terus boleh nampak.
Sekian, sehingga bertemu di lain entri. Salam, xoxo
No comments:
Post a Comment