Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 29, 2014

MAKAN JAMU AMALAN BERPANTANG

Assalamualaikum.. 

Jamu dianggap sebagai salah satu aspek yang penting dalam amalan berpantang. Adalah dipercayai bahawa jamu dan makanan yang betul boleh membantu ibu-ibu baru mengembalikan semula tenaga mereka dan menyembuhkan anggota badan selepas proses kehamilan dan melahirkan yang amat memenatkan. 

Jamu dikatakan berkhasiat untuk:

  • mengembalikan tenaga;
  • memanaskan badan;
  • mengeluarkan lemak dan toksin;
  • melawaskan pembuangan air.

Kesemua ini dipercayai dapat:

  • mengecutkan organ-organ, otot dan urat yang bengkak dan kendur;
  • mengeluarkan air yang berlebihan dalam badan;
  • mengeluarkan angin;
  • menguruskan perut.

Ibu atau ibu mertua anda, atau sesiapa yang membantu anda, akan menyarankan anda memakan jamu serta herba panas seperti halia. Bidan biasanya menggalakkan makan kunyit banyak-banyak sebagai ulam atau jus kerana ia berkhasiat dan dipercayai dapat membantu mengecutkan rahim. 


Anda mungkin juga digalakkan berpantang dari:

  • mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang "sejuk";
  • memakan hidangan berminyak;
  • meminum ais atau minum secara berlebihan kerana air yang berlebihan menyukarkan perut untuk mengecut.

Secara tradisinya, bidan kampung yang mengurut ibu baru dan membantunya sepanjang tempoh berpantang juga akan merumuskan jamu. 

Pada hari ini, ibu-ibu terutamanya di kawasan bandar yang tidak memperolehi khidmat bidan kampung boleh membeli set jamu yang cukup untuk tempoh berpantang 44 hari daripada pusat-pusat penjagaan berpantang atau kedai-kedai penjagaan kesihatan tradisional.

Selain menempahkan jamu khas dari bidan kampung, ibu moden boleh membeli set jamu cukup untuk tempoh pantang 44 hari. Antaranya adalah jenama NR, jenama lain yang popular di Malaysia termasuklah Bidan Ratu, jamu Mak Dara dan jamu Afiat serta beberapa jenama dari Indonesia seperti Nyonya Maneer dan Mustika Ratu. 

Bagi mommy semuanya bergantung kepada bayi sebenarnya. Jamu agak panas untuk bayi dan jika bayi mengalami jaundis, jamu sememangnya tidak digalakkan untuk diambil. Zaman sekarang ramai telah beralih dari jamu tradisional kepada vitamin semulajadi. Mommy boleh cadangkan untuk ibu-ibu untuk mencuba set bersalin shaklee yang juga mempunyai fungsi sama seperti jamu. Bukan sahaja set bersalin shaklee dapat mengembalikan semula tenaga ibu, malah ianya selamat untuk bayi dan ibu. Gunakan tanpa was-was.



Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. Sef berpantang shaklee amat baik dan sangat membantu ibu berpantang...amalkanlah set berpantang shaklee...ianya senang ..mudah dan berkesan

    ReplyDelete