Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Puteri Darwisya. Show all posts
Showing posts with label Puteri Darwisya. Show all posts

Friday, September 26, 2014

RAEES FIRST OUTING

Assalamualaikum.. 

Mommy baru je abis pantang semalam. Pejam celik- pejam celik dah abis 44 hari berpantang. Masa berlalu dengan pantas jer. Nasib cuti 90 hari. Kalau 60 hari dah nak mula kerja dah kan.. Sedihnya kalau nak kena start keje.. Alhamdulilah.. masih cuti. Mommy since dah abis pantang dah pikir nak pegi mana ye lepas abis pantang, rasa macam mati kutu duduk rumah tak keluar. Kalau keluar pun, balik-balik hospital, check up itu, check up ini. Adalah sekali dua pergi rumah mak mertua. Tu jer. 

Tetapi memandangkan Raees kurang sihat sebab jantung dia, memang mommy tak digalakkan untuk bawak Raees keluar di tempat-tempat yang sesak, tempat yang ramai orang sebab Raees amat sensitif dan berkemungkinan besar akan kena jangkitan. Jadi mommy ajak daddy pergi Aeon Bukit Raja. Kat situkan tak ramai orang. Lepas daddy sembahyang Jumaat tadi, mommy ajak jugak untuk ke Aeon sebab nak beli barang-barang Raees sikit. So dapatlah Raees outing harini. Official first outing. 

Mula-mula sampai, kakak Wisya buat hal. Letak je Raees dalam stroller, Wisya mengamuk. Wisya pulak sibuk nak duduk dalam stroller tu. Haii.. daddy bila Wisya start menjerit nangis-nangis terus lah start kete, kata daddy jom balik.. Lagi lah kuat Wisya jerit, dia nak jalan lagi. Belum sempat jalan pun, Wisya memang camtu, suka berjalan, kalau tak puas dia jalan or keluar rumah dia akan mengamuk atau buat hal. Last-last mommy dapat calm her down. Then daddy keluar. Drama sungguh first outing Raees. 

Sepanjang keluar, Raees tido jer, tapi bila dah lapar by the time nak balik dah dia jaga, nak susu. Betul jugak orang cakap, baby masa pantang baik, tido jer. Bila abis jer pantang mula lah buat perangai. Raees baru 2 hari abis pantang dah banyak dia nangis dari masa dia dalam pantang. 

Anyway, mommy enjoy first outing dengan Raees walaupun its a short and quick one. Next time kita cuba just the three of us pulak. Takde pulak gambar nak share, tak sempat nak ambik dah beranak dua kan..Dengan tangan penuh barang beli lagi. Nak beli barang Raees tapi Wisya dapat jugak her official first Barbie doll teacher edition. Sebelum ni pernah belikan dia patung tapi yang murah jer sekejap je dia main semua tercabut. Kepala cabut, tangan cabut, kaki pun cabut. Barbie is different, semua intact kan, tapi dengan keganasan Wisya tak tahu la if Barbie pun boleh tercabut, we wait and see je lah..

Sampai di sini sahaja jela entri mommy harini. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri, sekian, salam sayang. xoxo.

Thursday, February 20, 2014

SEMALAM MOMMY DARWISYA, HATI SAYU...

Semalam cukup setahun arwah tok mak meninggalkan kami semua. Sayu hati ni sebab tok mak tak sempat nak tengok Darwisya jalan, lari dan cakap. Tapi semuanya da tertulis dan tersurat. Kami redha dan semoga roh arwah tok mak dicucuri rahmat dan berada digolongan orang-orang beriman. 


Semalam jugak cukup seminggu Darwisya berhenti bf. Bukan mommy sengaja, memang berat hati sangat nak stop tapi atas arahan Doktor Nazri, KPJ Shah Alam mommy akur. Mungkin ini yang terbaik. Alhamdulillah, Darwisya tak susahkan hati mommy. Cuma malam pertama dia struggle skit. 

Doktor advise letak benda pahit atau masam, mommy choose Lemon. Sedih hati ni bila tengok Darwisya mengamuk bila rasa masam. Hanya malam pertama sahaja mommy letak lemon. Malam kedua dah tak letak lagi. Cuma Darwisya masih mengamuk dan marah tapi bila haus sebelum subuh, mommy bancuhkan susu Dugro Fruit and Veg seperti rutin Darwisya di rumah nenek. Dan begitula tiap-tiap pagi rutin mommy sekarang. Now everytime dia tunjuk susu mommy dia cakap PEDAS :)

Punca doktor suruh stop bf, sebab mommy bleeding. Doktor cakap uterus contracts bila bf. Tamatla sudah masa bonding bf mommy dengan Darwisya yang bertahan 1 tahun 7 bulan. Niat dihati minimum nak bf Darwisya 2 tahun tapi dapat setahun 7 bulan pun alhamdulillah. 

Mommy tergerak hati yang mommy pregnant bila tak ingat bila last period. Mommy memang tak keep track period sebab ambil Noriday kononnya tak nak bagi lekat sampai at least Darwisya dah masuk preschool ke.. 

So third week of January 2014 mommy buatla self test guna urine. Beli pregnancy kit tu dah seminggu tapi macam nervous nak tengok 2 line tu kan. Bila test, positive! Tapi second line tu very vague.. Still consider positive kan. 

Hati confuse, sayu, stress dan happy memang takde dalam kamus. Yelah, penatkan tiap-tiap hari makan pil tapi lekat jugak. Dah la pil noriday tu kena makan setiap hari dan masa yang sama. Maybe kat situ la puncanya mommy memang tak pernah miss makan pil tapi terlewat tu memang kemungkinan besar terjadi. Terutamanya bila mommy kerja midnite, selalu lewat makan pil tu.

Mommy tak buat check up until 10 February 2014 lepas subuh tetiba mommy terasa darah mengalir macam first day period. Pelik tapi mommy redha je. Pagi tu mommy pegi Klinik Su Familia, dekat je dengan umah, cerita dekat doktor semua dia cakap mungkin period biasa tapi ambik blood test dulu. Dah dapat result bagi doktor advise next step. 

Doktor tu cakap result malam before klinik dia tutup tapi tiada panggilan telefon pun. Esoknya mommy yang telefon klinik tu, dia cakap confirm mommy pregnant jadi kena scan la tengok apa yang terjadi.

Sampai klinik, scan tapi tak nampak apa-apa, by right dengan result blood test macam mommy dah 8-10 weeks pregnant doktor cakap. Jadi dia refer mommy ke KPJ as request sebab mommy pun ada appointment dengan Doktor Askandar follow up ganglion cyst removal. Jadi sambil menyelam minum airkan orang cakap. Doktor cakap ok if takde simptom yang membimbangkan boleh pergi day after.

Punyala mommy risau balik tu, kenapa pregnant tapi tak nampak sac. Dan bermulalah bergoogle sana sini. Consult dengan kawan-kawan termasuklah Doktor Liza (kawan masa duduk Doha dulu). Masa tu ingat ectopic la, miscarriage la, macam-macam la. 

Jadi tibalah hari appointment dengan Doktor Nazri, dia baca referral letter tanya skit dan terus scan sebab dah inform nurse dia tadi memang dah nak terkucil sangat tapi since nak scan mommy tahan jugak. Scan terus alhamdulillah nampak terus sac dan heart beat baby. Tersangatlah aktif pusing sana pusing sini dan nampak tangan dia pun. Rasa risau hilang dan terus lega. Doktor kira-kira its about 10weeks dan EDD 7 Sept 2014. Sorry pic blur, amik gambar guna hp murah.



Tu yang dia advise to stop bf Darwisya since mommy bleeding. Dia bagi medication dan suruh start Folic acid. 

Bermula perjalanan preggy mommy Darwisya mengambil Vitalea, B Compleks, Ostematrik dan Vitamin C. Bila habis first trimester, mommy akan start on Omega Guard & ESP. Doakan semuanya berjalan lancar buat mommy ye. 

Till next post! xoxo

Monday, July 8, 2013

DARWISYA FIRST BIRTHDAY - AQUARIA KLCC TRIP

6 July 2012 setahun yang lalu, lahirla buah hati intan payung mommy. Puteri Darwisya namanya. Hari sabtu aritu her first birthday. As promised, mommy bawak darwisya pergi Aquaria KLCC. Kebetulan masa planning, Groupon ada jual voucher Aquaria discount RM10 cepat2 mommy beli! So mommy bayar RM28 je, kalau beli over the counter kena bayar RM38. Thanks Groupon! The best work place ever!!


Inilah the velvelty cuppies untuk birthday Darwisya. The greatest red velvet you will ever taste! Trust me.. Sesapa yang kenal mommy tau yang I love cakes and if I say its nice. It is very nice. Tapi tastebud mommy selalunya sweet but this it just peerrffecctt! So nak order call me k!

Ok, sambung cerita pasal aquaria, Darwisya bangun pagi siap2 suma get ready and we are off to Aquaria. The journey took about 2 hours. Disebabkan massive jam, a tiny fight (mommy & daddy). hush..hush..Dalam kul 12pm we all sampai. Perut lapar so mommy & daddy mamam dulu @ Kiliney cafe. Mommy makan omelette & daddy makan mee siam. Ni gambar Darwisya while waiting for our food.


Lebih kurang kul 1.30pm kitorang masuk entrance and first thing we saw piranha..


Itu dia Darwisya suka sangat tengok piranha. Ada feeding show @ 3pm tapi we all tak stay back. Masuk2 je ada touch & feel reef, dimana boleh pegang belangkas, gamat & baby shark. Hari tu memang ramai kids, budak2 tadika dari muarla budak sekolah agama. Sangat happening! Enjoy the pics tapi sorry tak clear sebab amik guna bb mommy je camera kena curila,,huhuhu..



























We all keluar dalam kul 3pm camtu, Aquaria KLCC tu takde la besar mana pun, kalau dah pernah pegi Underwater world kat Langkawi tu rasa ni macam ciput je but anyway nampaknya Darwisya enjoy sangat tengok fish2 yang ada. Paling dia suka, ada window besar ni nampak suma fish2 lalu. Lama we all kat situ biarkan Darwisya puas tengok fish. I know Darwisya will not remember this, but nanti Darwisya da besar baca blog mommy k my darling! Anyway Happy 1st Birthday Puteri Darwisya!! Mommy loves you always and be a good girl tau. Dengar cakap mommy & daddy! muahmuahmuah xoxo




Tuesday, June 25, 2013

6 JULY - BAKAL BIRTHDAY GIRL - PRINCESS DARWISYA


OMG!OMG! Approximately lagi 10 hari its going to be Darwisya’s Birthday!!!Her first birthday ever.. Mommy yang excited of course. Macam2 rasanya nak plan tapi perlu ke..Darwisya setahun for sure dia tak ingat pun tp wajib amik gambar kan since dia pun da officially boleh jalan 50% la..sure comel kalau amik gambar dia blowing her first candle on her birthday. Nasib dapat jugak AL yang diapply sebab weekend mmg susah nak cuti biasanya. 


Hmm..mommy first ingat nak bawak gi zoo negara. Tapi bila pikir2 balik, dengan panas dan jerebu sekarang ni cancel! Haritu someone tak ingat siapa sorry ye.. suggested AQUARIA KLCC. Terus mommy rasa such an awesome idea!! Mesti Darwisya suka tengok fish yang sure dia akan panggil CAT. So yeay!! tak sabar nak pergi since mommy pun tak pernah lagi jejak Aquaria tu.


Ada jugak in the back of my mind teringin nak wat a small gathering beli cake with close friends and families but takde budget la. And plus nak kena ada venue, makan2 suma which mommy takde masa nak organize. Sorry Darwisya, a trip to Aquaria harap2 Darwisya will enjoy it k! 


So today, mommy research on Aquaria nak wat itinerary for the whole day. Kena ada checklist kalau ada baby ni. Wait, Darwisya will be no longer a baby, masuk 1st year shes a toddler right.. Oh nooooo!!! My baby.. cepatnya masa berlalu. Darwisya da setahun mommy tak jugak kurus2.. Stress!! Salah mommy, mengaku bersalah sebab tak jaga makan, camne nak jaga asik lapar je.. 

Motivation for Ramadhan ni nak puasa plus diet skali then raya tak mau makan banyak2 nak maintain and loose all the baby fat by end of this year at least kalau dapat masuk balik dalam my fat jeans pun takpe.. meaning need to loose about 10kg maybe by next year da bleh gi cabin crew interview balik and wont fell so bad bila tengok all the other candidates suma kurus2 belaka.. I will be taking Set Kurus Shaklee untuk prove how good Shaklee is.

Bercakap pasal Darwisya, while mommy typing dia pun being herself kacau mommy making it really hard for mommy nak be in front of the pc. Tadi lompat2 suka sangat terduduk pastu pipi kena hujung kerusi ni.. da calar muka.. sure daddy balik mommy kena marah sebab tak jaga anak daddy elok2.. 

Sampai sini jela untuk hari ni. Nanti mommy sambung lagi.. xoxo

Friday, June 7, 2013

Princess Darwisya is 11 months now

Ok, kali ni nak cerita pasal my princess Darwisya. Seminggu yang lepas I nampak Darwisya first steps. Masa tu sangatla terharu sampai la menitiskan air mata. Tak boleh nak describe betapa happy sehingga teruja and plus sedih jugak sebab Tok Mak Darwisya tak sempat nak tengok dia jalan. Memang semuanya tersuratkan, dulu macam terperanjat kenapa Darwisya boleh wave bye bye masa dia 6 bulan lagi sedangkan waving goodbye adalah milestone untuk baby yang 10 bulan. Agaknya Allah SWT nak bagi Tok Mak Darwisya tengok dia pandai sebab Tok Mak dia yang ajar dia camne nak wave bye bye.

Sambung balik milestone Darwisya da start jalan tatih2 walaupun dia baru 11 bulan. Bagi I Darwisya sangat bijak for me she is a genius. Dia sangat cepat catch up, sekarang pun dia dah paham apa yang I ajar dan instruction I. Darwisya boleh cakap CAT, NO, NAK, ZARD (short untuk lizard), ATOK, NENEK tapi mommy x pernah dengar lagi daddy adalah once dengar. Mama selalu tapi I want it to be mommy. 

Semua ni I am sure because dia BF. Walaupun tak fully but at least. I sangatla berterima kasih dengan Shaklee & mommy Wan Fatihanum sebab kenalkan I dengan Set Trial Triple M. 


Vitalea Iron Formula:  28 jenis multivitamin & multimineral lengkap dengan zat besi untuk kesihatan optimum.


Vita C Sustained Released 500mg: Vitamin C istimewa yg dilepaskan perlahan


B Complex : Mengandungi kesemua vitamin B termasuk asid folik, B12, B7 dan sebagainya


Ostematrix: Kalsium, magnesium, vitamin D dengan boron untuk tulang yang kuat dan kukuh


Alfalfa: Digelar raja segala tumbuhan, mengandungi pelbagai kebaikan utk kesihatan


Energy Soy Protein: Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu

Memang tanpa set ni rasanya mungkin I dah tak BF lagi sebab I did strugle masa permulaan tu untuk dapatkan susu yang mencukupi. Ambil supplement ni pun untuk pastikan badan cukup dengan vitamin sebab makanan harian kita tak selalunya mesti tak mencukupi. Konsep BF tu kena tau jugak, seperti demand & supply. 

So sesiapa yang nak dapatkan set triple M ni,hubungi mommy Darwisya  k! xoxo

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.