Thursday, October 2, 2014

PETUA HILANGKAN KESAN NAJIS PADA SELUAR BAYI

Assalamualaikum semua.. 

gambar dari google

Mesti ibu-ibu pun stress kan dengan kesan kuning yang melekat kat seluar ke, baju ke bila bayi b*rak. Lagi bila anak menyusu badan kan..Kuningnya amatlah kuning. Saya cuci terus guna pencuci baju biasa pun memang tak lut. Tak tahu la kenapa.. Google punya google jumpa satu entri. Katanya sabun mandi amat berkesan untuk hilangkan kesan najis pada pakaian ni.. Ni nak cuba la nanti. Baju Raees tu masih lagi terendam semalaman, tak keluar jugak kesan kuning tu..

Cara-caranya macamni..

1. Mula-mula bersihkan najis atau lendir-lendir yang ada.

2. Lepas tu, ambil sabun mandi tak kiralah jenama apa pun, sentalkan kat kesan kuning tu.

3. Genyeh guna tangan, insyallah akan hilang kesan kuning tu.

4. Katalah, tak hilang jugak, lepas sental dengan sabun mandi, biarkan pakaian tu untuk beberapa jam. Lepas tu baru sental balik, insyallah akan hilang kesannya.

5. Kalau tak hilang jugak..jangan la buang pulak baju atau seluar tu, cuba lagi 2 atau 3 kali lagi, insyallah akan hilang kesan kuning tu. 

Biasanya sabun mandi ni boleh jugak hilangkan kesan darah, itu memang selalu buat. Terbukti berkesan. Jom cuba sesama kawan-kawan. Kalau ibu-ibu ada petua lain jemput la kongsi bersama yer. Sharing is caring kan.

Sekian, salam sayang. xoxo

1 comment:

  1. ye betul tu. saya pun selalu buat macam tu. kalau tak ada sabun mandi saya akan guna syampu..hehe. syampu pun syampulah asalkan hilang kesan kotor tu kan.

    ReplyDelete