Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Friday, September 26, 2014

RESEPI ROTI PISANG COKLAT SWIRL

Assalamualaikum.. 

Pisang yang dah masak sangat nak buang sayang kan.. Selalunya mommy mesti buat cekodok pisang atau lempeng pisang. Tadi dalam g plus mommy jumpa resepi ni nampak macam besttt jer.. Insyallah nak cuba bila kesempatan nanti.

BAHAN-BAHAN: ( loyang 9 inci )
  • 1/2 cawan cip coklat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 sk baking soda
  • 1/2 sk garam
  • 3 pisang yang telah masak (dilenyek- lebih kurang 1 1/2 cawan)
  • 1/4 cawan buttermilk
  • 2 telur (dipukul sedikit)
  • 6 sb butter (dicairkan & sejukkan)
  • 1 1/2 sk esen vanilla
CARA-CARA:
  1. Cairkan cip coklat dalam microwave selama 30 saat (dikacau dan diulang sehingga coklat cair), Sejukkan coklat.
  2. Panas oven kepada 350 fahrenheit. Alaskan loyang.
  3. Dalam mangkuk besar, whisk tepung, gula, baking soda dan garam. Ketepikan.
  4. Dalam mangkuk sederhana besar, whisk pisang, buttermilk, telur dan esen vanilla.
  5. Menggunakan spatula, kacau adunan pisang ke dalam adunan kering sehingga sebati. Adunan adalah sedikit pekat. Asingkan 1 cawan adunan ke dalam mangkuk lain dan masukkan coklat cair tadi. Kacau sebati.
  6. Isikan loyang dengan adunan selang seli dan gunakan pisau atau sudu untuk mendapatkan corak swirl.
  7. Bakar roti selama 55 minit.
  8. Biarkan roti sejuk sebelum dihidangkan. Potong dan boleh makan!!
Langkah bergambar mommy sediakan.


Sumber: justataste.com

Nota kaki: Gunakan pisang yang betul-betul masak untuk memastikan roti pisang anda akan menjadi moist. Jika anda tiada buttermilk, anda boleh buat buttermilk anda sendiri. Caranya adalah menggunakan susu dan jus lemon atau cuka. Tambah 1 sb jus lemon atau cuka dan campurkan ke dalam 1 cawan susu. Biarkan campuran susu tadi selama 5 minit dan boleh digunakan.

Selamat mencuba kawan-kawan! Sekian, salam xoxo

Wednesday, September 24, 2014

RESEPI AIS KRIM VANILLA MUDAH

Assalamualaikum semua.. 

Mommy nak kongsi kan resepi ais krim yang selalu mommy buat dulu masa duduk di Doha, Qatar. Masa di sana, mommy ada deep freezer jadi senang nak simpan. Mommy jemput kawan-kawan cuba. Semenjak dua menjak ni asyik tengok kawan-kawan RTI dan AMAZING buat ais krim mealshake. Rasanya resepi ni boleh diolah ni. Jom cuba!

BAHAN-BAHAN: (2 liter)

5 sudu gula pasir *

1 tin besar susu cair *

1 sudu besar ovalette *

1 biji telur *

2 sudu susu tepung

2 penutup esen vanilla

1 sudu besar Mealshake Shaklee (ini olahannya)

CARA-CARA: 


  1. Mix semua bahan * dengan mixer selama 5 minit, high speed
  2. simpan dalam freezer 30 minit
  3. ulang method ini (mixing & freezing) sebanyak 3 kali
  4. pusingan terakhir, lepas mixed 5 minit, campurkan susu tepung, esen vanilla dan MEALSHAKE Shaklee
  5. kacau dengan whisk atau senduk kayu
  6. boleh ubah perasa ikut suka, tapi esen vanilla tetap WAJIB (hilangkan hanyir telur)

Resepi ni memang akan dapat 2 liter cukup la bekas ais krim kalau beli kat luar kan. Jemput cuba yer. 

Sekian, xoxo

Sunday, September 21, 2014

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum semua.. 


Tadi tengahari ada kawan FB mommy upload gambar dia buat puding roti karamel ni. Memang sedap k gambar dia. Dan cara-cara buat puding roti karamel ni pun senang. Jadi mommy berangan la nak buat bila dah habis pantang nanti. Habis pantang tak lama lagi. Cuma 3 hari sahaja lagi mommy merdeka! Supaya mommy pastikan resepi tu tak hilang mommy nak buat entri la kan. 

PUDING ROTI KARAMEL 

Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan untuk karamel:
3 sb gula pasir
1 sb air panas

Cara-cara:
Masak gula di dalam kuali sehingga perang. Masukkan air dan kacau sehingga gula larut. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan.

Bahan-bahan Puding:
4 keping roti gardenia - carik-carik
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
3 biji telur - pukul sedikit
1 sk esen vanilla

Cara-cara:
1.  Kisar roti, susu pekat, susu cair dan air suam. Masukkan telur dan esen vanilla.
2.  Blender lagi.
3.  Tuang ke dalam loyang berisi gula hangus tadi. Kukus selama 20-30 minit.
4.  Sejukkan sebelum diterbalikkan, dipotong dan dihidangkan.

Mudah dan ringkaskan. Gambar dan katanya sangat sedap. Jom pakat-pakat cuba! Nanti bila mommy dah cuba nanti, mommy akan sertakan langkah-langkah bergambar k!

Sekian, sehingga berjumpa lagi di lain entri. xoxo

Sunday, September 7, 2014

17 RESEPI PANTANG BERSALIN

Assalamualaikum semua.. 

Ok, mommy jumpa resepi untuk mempelbagaikan menu pantang mommy yang dah keboringan tiap-tiap hari masak air jer dengan sup. Jom cuba sesama!

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.
1. Ikan Masin Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam
Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati
2. Ikan Tenggiri Kering
Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris
Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas
3. Sambal Tok-tok Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam
Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas
4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa
Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula
Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.
5. Ikan Bilis Goreng Aroma
Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak
Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan
6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin
Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu
Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.
7. Pegaga Masak Lada Hitam
Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam
Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.
8. Hati Masak Limau Purut
Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis
Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.
9. Hati Goreng Lada
Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan
Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang
10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam
Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)
Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa
11. Sambal Tok-tok
Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang
Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.
12. Daging Goreng Halia
Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.
Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.
13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa
Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.
14. Ayam Panggang Selera Pantang
Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air
Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.
15. Ayam Percik Chinese Style
Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit
Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)
Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.
16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)
Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah
Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.
17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).
Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah
Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.
Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE 
kredit Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia

Thursday, June 19, 2014

RESEPI TORTILA WRAP


Anak-anak kecil memang cerewet bila bab makan sarapan pagi. Kalau asyik dihidangkan bijirin segera dan susu sahaja tentu mereka juga bosan. Apa kata sediakan sarapan mudah yang berkhasiat untuk mereka.
Hidangan: 2 orang
Masa: 20 minit
Bahan-bahan:
2 keping tortilla wrap
isi ayam (potong dadu)
½ biji bawang besar (cincang)
2 biji telur
1 sudu kecil sos barbeque
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Daun salad
Minyak zaitun untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1.            Perap isi ayam dengan sos barbeque selama 3-5 minit.
2.            Panaskan kuali dan tumis bawang besar. Biarkan seketika kemudian masukkan ayam yang diperap.
3.            Setelah ayam masak, sejukkan ia dan goreng telur hancur seperti biasa.
4.            Gaulkan ayam dan telur hancur tadi bersama sedikit garam dan lada sulah. Gaul sebati.
5.            Kemudian gunakan kuali leper anda untuk panaskan tortilla. Gunakan api yang perlahan. Satu minit untuk setiap bahagian tortilla yang dipanaskan.
6.            Setelah dipanaskan, letakkan daun salad di atas tortilla. Kemudian letakkan campuran ayam dan telur tadi di atas daun salad.
7.            Balut tortilla anda mengikut citarasa sendiri. Boleh juga ditambah sos tomato dan mayonis untuk rasa yang lebih menarik.
8.            Siap untuk dihidangkan.
Credit: Pama

 

Thursday, May 29, 2014

MENU SAYUR & BUAH


Buah-buahan dan sayur-sayuran sangat baik dimakan mentah. Tetapi ada juga yang perlu dimasak terlebih dahulu. Memastikan si kecil makan sayur dan buah adalah tugas yang banyak cabarannya. Oleh itu mama perlu bijak mengolah jenis hidangan agar dapat menarik perhatian si manja dan dalam masa yang sama zat-zat yang terkandung di dalam sayur dan buah tetap terpelihara.
Berikut adalah beberapa cadangan jenis sayur dan buah serta cara penyediaannya.
Labu
Labu perlu dikupas kulitnya terlebih dahulu sebelum dimasak. Kaedah memasak labu ialah dengan cara merebus, membakar atau mengukus. Isi labu yang sudah empuk atau lembut bolehlah dilenyek untuk dijadikan puri. Puri labu juga boleh dicampurkan dengan keju.
Avocado
Kupas kulit dan ambil isinya. Tekstur isi avocado sangat sesuai untuk bayi. Avokado kaya dengan lemak tidak tepu.
Lobak merah
Boleh dikukus, dibuat jus atau dicampurkan ke dalam adunan kek dan roti. Lobak merah ini manis dan kaya dengan vitamin A.
Kentang
Untuk mengekalkan nutrien yang terkandung di dalamnya, masaklah kentang tanpa membuang kulitnya. Selain dimasukkan ke dalam sup, kentang juga sesuai dijadikan puri yang dicampurkan bersama lobak dan kacang pis.
Brokoli
Brokoli yang kaya dengan vitamin C ini enak jika dibuat sup. Walau bagaimanapun, pastikan anda membasuhnya bersih-bersih kerana bentuk fizikalnya memudahkan kekotoran terperangkap.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, December 30, 2013

RESEPI BERPANTANG LAGI

[1] ULAM HALIA DENGAN POKOK KUNCI

Bahan-bahan:

Beberapa potong halia muda

Beberapa batang pokok kunci

Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Bersihkan halia muda dan pokok kunci.

b) Kemudian kedua-duanya hendaklah dimayang halus. Gaulkan bersama dan campurkan dengan sedikit garam.

c) Makan bersama nasi panas

Info: Halia dikatakan mempunyai sifat panas dan kering. Dengan memakannya sepanjang tempoh berpantang, ia bertujuan untuk memecahkan angin, menghilangkan sejuk badan dan membantu proses penghadaman.

[2] IKAN TENGGIRI MASAK AIR

Bahan-bahan:

Sepotong ikan tenggiri (saiz sederhana)

200 ml air

5 helai daun pegaga – dihiris

3 ulas bawang putih – dihiris

½ sudu teh serbuk lada hitam

Halia sebesar ibu jari

Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Panaskan periuk dan campurkan kesemua bahan. Masak ikan haruan sehingga airnya tinggal sedikit sahaja.

b) Boleh dimakan ketika hidangan masih panas.

Info: Bawang putih bukan sekadar penyedap masakan semata-mata. Malah ia berkhasiat untuk kesihatan anda jika diamalkan setiap hari.
Ia mampu mengembalikan semula tenaga, membuang angin kotor dan melancarkan peredaran darah selain merawat luka-luka dalam badan.

[3] KENTANG SUHUN

Bahan-bahan:

200 ml air

3 biji bawang putih

1 biji kentang – dipotong kecil

1 sudu air asam jawa

½ sudu teh serbuk lada hitam

Sedikit suhun (direndam terlebih dahulu)

Cara menyediakan:
a) Masak kesemua bahan tadi hingga kentang empuk. Biarkan ia mendidih dan kuahnya sedikit pekat.

b) Masukkan ke dalam mangkuk dan tuang sedikit air asam jawa di atasnya.

[4] KENTANG CAMPUR PEGAGA

Bahan-bahan:

200 ml air

5 – 8 helai daun pegaga

5 ulas bawang kecil – dipotong 

21 biji kentang – dipotong kecil

1 sudu makan ikan bilis

½ sudu teh serbuk lada hitam

Sedikit air asam jawa

Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Masak bersama kesemua bahan sehingga kentang empuk. Biarkan mendidih atas api sederhana besar.

b) Angkat setelah kuahnya pekat. Hidangkan.


Tuesday, December 24, 2013

MENU IBU HAMIL KEMBAR

Apabila disahkan hamil kembar, tentu perasaan bercampur baur antara teruja dan panik. Dalam kepala membayangkan perut akan membesar dua kali ganda dan sebagainya. Sebenarnya saiz anda tidaklah akan menjadi dua kali ganda daripada ibu hamil tunggal cuma ia akan lebih besar sedikit.

Paling penting ibu perlu menjaga diet agar peningkatan berat badan tidak bertambah secara mendadak. Yang pasti anda memerlukan lebih bekalan asid folik untuk membantu kecerdasan otak anda termasuk zat besi dan kalsium.

Resipi berikut mungkin boleh membantu memenuhi keperluan khasiat anda sepanjang hamil si kembar.


Bergedel Tauhu

Bahan-bahan:

10 keping tauhu (ditumbuk lumat)

600 gm udang (direbus dan ditumbuk halus)

5 biji cili merah (dikisar)

4 biji telur2 cawan minyak masak

Daun sup dan daun bawang secukupnya (dimayang)

Garam secukup rasa 

Cara membuatnya:
  1.  Gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali telur.
  2. Bentukkan adunan menjadi bulat.
  3. Pukul telur sehingga kembang. Celupkan bahan yang telah dibulat-bulatkan tadi ke dalamnya.
  4. Goreng sehingga garing.

Sup Cendawan 

Bahan-bahan: 

½ ekor ayam

300 gm cendawan butang

2 cm halia (dikisar)2 ulas bawang putih (dikisar)

1 biji bawang besar (dikisasr)

½ biji lada benggala merah

2 camca besar minyak masak

½ camca teh serbuk lada hitam

500 ml air

2 camca besar sos tiram

Sebatang serai

Garam secukup rasa 

Cara membuatnya:
  1.  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang dikisar hingga naik bau.
  2. Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam.
  3. Masukkan air, serai dan ayam, biar hingga mendidih.
  4. Masukkan cendawan, renehkan selama lima minit.
  5. Akhir sekali masukkan garam dan lada benggala.

Thursday, November 21, 2013

RESEPI IBU PANTANG

Selepas bersaliln, ibu perlukan makanan yang dapat memanaskan kembali badan yang sejuk. 

Antara bahan semula jadi yang disarankan adalah lada hitam. Masakan daging lada hitam pasti membuka selera ibu selepas bersalin.

Daging lembu batang pinang kurang mengandungi lemak dan teksturnya lebih lembut. Protein sangat penting untuk ibu membina semula tisu-tisu badan yang mungkin rosak sewaktu menjalani proses bersalin.

Tempoh masa memasak: 60 minit

Bahan-bahannya:

250 gram daging batang pinang dihiris nipis
1 biji bawang besar (dihiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 sudu minyak masak
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara menyediakannya:
1.Rebus daging dengan api sederhana hingga empuk. Toskan tetapi jangan dibuang air rebusan tadi.
2.Panaskan kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
3.Masukkan daging, kicap manis dan kicap masin serta lada hitam. Gaul rata dan biar seketika.
4.Kemudian masukkan sedikit air rebusan dan biarkan sehingga pekat semula agar daging lebih lembut.
5.Taburkan lada hitam dan siap dihidang.

Credit: pama