Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label tambah susu. Show all posts
Showing posts with label tambah susu. Show all posts

Sunday, September 28, 2014

PETUA AMALAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum semua.. 

Orang tua-tua selalunya banyak petua tradisional kan.. Kalau kita amalkan, insyallah akan memberikan kesan yang awesome tau.. Harini mommy nak kongsikan beberapa petua tradisional nenek moyang kita dan marilah sama-sama kita amalkan. Ianya untuk kebaikan kita juga.

*Badan lebih segar

Ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan, rebuskan bersama halba, bunga cengkih dan garam. Mandi gunakan air rebusan tersebut setiap hari sehingga habis pantang. Amalkan semasa dalam pantang, insyallah badan akan menjadi lebih segar.
*Menaikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
*Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
*Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
*Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu. Set milk booster Shaklee juga boleh membantu untuk menambah susu badan.

*Sembuhkan luka bersalin

Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli. Jika anda ingin mencuba set bersalin Shaklee juga boleh menyembuhkan luka bersalin dan menambahkan tenaga semasa dalam pantang.


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, September 26, 2014

APA ITU POWER PUMPING?

Assalamualaikum semua.. 
Anda tahu tak apa itu power pumping? Power pumping adalah teknik mengepam yang akan meningkatkan penghasilan susu ibu. Ada masa-masa bila susu kita merundum, disebabkan mungkin period, stress atau apa jualah masalah yang dihadapi yang mengakibatkan susu anda merundum.
Mungkin ada terfikir untuk memberi bayi anda susu formula. Mommy nasihatkan jika anda ingin meneruskan niat awal-awal yang mahu menyusukan anak anda sekurang-kurangnya 2 tahun, anda perlu pelajari teknik power pumping. Teknik ini akan membantu anda.
Memang banyak cara untuk memperbanyakkan susu badan kembali, tetapi mommy sarankan power pumping adalah yang terbaik dan paling berkesan. 
Teknik ini sebaik-baiknya dilakukan pada waktu malam ke subuh kerana ketika ini hormon prolaktin adalah sangat tinggi.
Apa pun teknik yang menjadi pilihan ibu semua untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu, kunci utama jangan stres ketika melakukannya. Insyaaallah anda pasti berjaya dan boleh kembali tersenyum bahagia apabila bekalan susu untuk bayi anda terus mencukupi.

Untuk mengetahui bagaimana cara teknik power pumping dilakukan dan tip asas memperbanyakan susu ibu, anda boleh baca entri mommy yang mommy pernah kongsikan tentang power pumping

Tidak lupa juga mommy sarankan untuk mengambil set penyusuan Shaklee bagi memastikan badan anda sihat dan juga set menyusu ini boleh mengisikan kekosongan zat dalam pemakanan harian.


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, September 11, 2014

STRES PENYEBAB SUSU MERUNDUM?

Assalamualaikum.. 

Tahukan anda bahawa masalah stres mungkin nampak remeh tetapi amat besar impaknya bagi ibu yang menyusu terutamanya. Ianya bukanlah punca susu anda merundum tetapi masalah stres mungkin menyebabkan ibu kurang menyusukan bayi. Jadi, less demand, less supply. Itulah konsep penyusuan.

Seperti yang mommy kongsikan tadi,jika bayi kurang menyusu secara automatik penghasilan susu akan berkurangan. Tak kira apa jugak punca bayi kurang menyusu, penghasilan susu akan terjejas..
Jangan jadikan masalah stres yang anda sedang hadapi sebagai punca berkurangan kekerapan menyusukan bayi. Ini akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Sebaiknya terus susukan bayi sekerap dan selama mana yang dia kehendaki untuk meningkatkan bekalan susu ibu.
Jika bayi mempunyai masalah pelekapan juga akan memberi kesan terhadap penghasilan susu. Pelekapan yang betul penting untuk memastikan bekalan susu mencukupi. Masalah pelekapan bayi pada payu dara ibu juga boleh memberi kesan kepada penyusuan kerana kebiasaannya jika bayi tidak melekap dengan betul, bayi tidak dapat menhisap susu yang cukup.
Selalunya ibu yang kurang ilmu tentang penyusuan akan ingat bayi tidak mahu menyusu kerana tiada susu, tetapi sebenarnya tidak. Ibu perlu belajar lagi tentang cara pelekapan yang betul.
Ibu yang menghadapi masalah dengan penyusuan digalakkan untuk tidak bersendirian kerana ramaipakar  atau konsultan laktasi yang boleh dihubungi tentang masalah yang sedang anda hadapi. Jadi buat rujukan dengan mereka.
Juga, dengan akses media sosial sekarang, banyak forum atau kumpulan ibu-ibu menyusu yang boleh berkongsi informasi dan pengalaman. Dari situ juga anda boleh banyak belajar kerana menyusu bayi dengan susu ibu sesuatu pengalaman yang amat menakjubkan. Pengalaman ini harus dilalui dengan rasa gembira dan yakin yang anda akan memberikan bayi anda khasiat terbaik dari susu ibu. Insyallah penyusuan akan lebih berjalan lancar.
Mommy juga sarankan untuk mencuba set penyusuan bagi memastikan penyusuan akan berjalan lancar selama mana yang anda inginkan.

Kelebihan vitamin-vitamin yang mommy sarankan adalah seperti berikut:

ESP - Membekalkan  tenaga kepada ibu dan memperbanyakkan susu badan

Vitalea - Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah juga multivitamin atau pelengkap nutrisi yang hebat

B Complex - Membantu menstabilkan hormon badan kita dan mengurangkan tekanan ibu yang menyusu

Vita-C Plus - Meningkatkan antibodi secara konsisten dan antioksidan yang terbaik

Alfalfa - Dikenali sebagai raja segala tumbuhan, mempunyai 101 khasiat termasuk milk booster buat ibu menyusu

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 13, 2014

CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU BADAN

Lebih kerap anda mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan, tetapi menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang. Apabila anda berjauhan dengan bayi anda, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih. 

Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses. Meletakkan flanel hangat pada buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif. 

Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan.  

Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu. 

Sekiranya anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang anda boleh pertimbangankan pengambilan supplement Set BF Triple M SHAKLEE untuk mengisi kekosongan zat dalam badan..


Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA &  ESP. Klik SINI untuk DAPATKANNYA SEKARANG!


Credit: Babycenter

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, July 6, 2014

TIPS MENYUSU KETIKA PUASA

Kerisauan ibu-ibu yang  menyusukan anak ketika bulan puasa adalah bimbang pengeluaran susu berkurangan untuk stok si manja. Pelbagai persoalan bermain di kepala sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka da bersahur?
Adakah anda juga ibu-ibu yang pertama kali menyusu yang berada dalam dilema berikut. Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:
  1. Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

  1. Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

  1. Makanan seimbang dan suplemen
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan supleman untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu.

  1. Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

  1. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

  1. Kerap menyusu dan mengepam
Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.
Credit: Pama
Mommy juga sarankan mengambil vitamin pelengkap Shaklee. Set breastfeeding Shaklee amat sesuai buat ibu menyusu.


Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA &  ESP. Klik sini untuk DAPATKANNYA SEKARANG!


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Friday, June 27, 2014

TANDA BAYI CUKUP SUSU

Bagaimana saya akan tahu jika bayi saya mendapat susu yang cukup?

Dalam beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya jika bayi anda mendapat susu yang secukupnya, terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atau ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Dan kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu. 

Kebanyakan bayi baru lahir mahu menyusu lapan hingga 15 kali sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12 kali sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke lapan hingga 10 kali sehari. 

Susukan bayi anda sekerap yang dia kehendaki. Anda dapati bahawa anda tidak boleh lagi melakukan kerja harian biasa dalam beberapa minggu pertama semasa menyempurnakan rutin menyusukan bayi. 

Malangnya, menimbang berat badan bayi pada beberapa hari pertama tidak akan menyakinkan anda, sebab berat badan bayi baru lahir selalunya turun lima hingga 10 peratus daripada berat lahir mereka dalam minggu pertama atau seterusnya. Walau bagaimanapun, bayi anda sepatutnya menambah berat badan selepas itu, dan jika anda menimbangnya semula pada hari ke-10 hingga ke-14, anda akan mendapati berat badan bayi anda sudah pulih kepada berat lahirnya. 

Terdapat beberapa cara untuk mengukur jika bayi anda menyusu secukupnya, dan terdapat juga tanda-tanda yang dia tidak menyusu secukupnya. Penyahidratan dalam bayi baru lahir jarang berlaku tetapi anda perlu mengetahui tanda-tanda bayi menyusu dengan sempurna supaya anda boleh menghubungi doktor anda jika terdapat sebarang keadaan yang tidak menyenangkan. Ini termasuklah: 

  • Bayi anda menyusu lapan hingga 10 kali sehari pada dua atau tiga minggu pertama.
  • Buah dada anda sudah melepaskan susu sepenuhnya dan berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Kulit bayi anda berasa tegang – ia akan memantul semula apabila dicubit.
  • Sepatutnya terdapat sekurang-kurangnya enam kali tukaran lampin basah dalam masa 24 jam. (Lebih mudah untuk mengetahui lampin biasa yang basah daripada lampin pakai buang yang basah.) Urin bayi anda akan berwarna jernih dan tidak berbau.
  • Kelihatan bayi menelan semasa penyusuan.
  • Najis bayi anda berwarna kuning gelap atau sering gelap, atau najis semakin berwarna cerah pada hari kelima selepas kelahiran.

Apakah tanda-tanda amaran bahawa bayi saya tidak mendapat susu secukupnya?

Tanda-tanda bahawa bayi anda tidak mendapat susu secukupnya selalunya termasuk perkara yang berikut: 
  • Bayi anda tidak mendapat balik berat lahirnya atau menambahkan berat badan selepas dua minggu.
  • Payu dara anda tidak berasa lebih lembut selepas penyusuan.
  • Bayi anda meragam atau sering letih.
  • Pipi bayi anda lekung atau membuat bunyi berdecit semasa menyusu. (Ini adalah tanda yang bayi anda tidak menghisap dengan betul dan anda perlu mendapatkan nasihat pakar perunding penyusuan untuk memastikan anda menggunakan teknik yang betul.)
  • Selepas hari kelima kelahiran, anda tidak menyalin lampin bayi anda sebanyak enam hingga lapan kali dalam masa 24 jam.
  • Bayi anda tidak membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari atau najisnya masih berwarna gelap lima hari atau lebih selepas kelahiran.
  • Bayi anda semakin berwarna kekuningan, bukannya semakin kurang, selepas minggu pertama.
  • Muka bayi anda tidak berisi dalam masa tiga minggu.
  • Kulit bayi anda tetap berkerut selepas minggu pertama.

Jika anda risau mengenai sebarang tanda-tanda berikut, hubungi doktor atau ahli pediatrik keluarga anda. 

Anda akan tahu yang anda menyusukan bayi dengan secukupnya apabila: 

  • bayi anda melekap pada buah dada anda dengan baik dan menyusu apabila terasa lapar;
  • penyusuan adalah selesa dan tidak menyakitkan;
  • dan, bayi anda akan menukar ritmanya semasa menghisap dan berhenti seketika semasa penyusuan, mula menyusu tanpa berhenti dan melepaskan hisapan secara spontan apabila sudah kenyang.

Jika bayi anda menunjukkan tanda-tanda berikut, anda menyusukannya dengan secukupnya. Salah satu perkara yang paling sukar semasa memulakan penyusuan ialah merasa yakin bahawa anda menyusukan bayi anda secukupnya. Memang anda menyusu dengan betul, tetapi jangan teragak-agak untuk mendapat nasihat dan bantuan daripada ahli pediatrik, doktor keluarga atau perunding penyusuan semasa peringkat awal penyusuan. 

Mommy juga sarankan mengambil vitamin pelengkap Shaklee. Set breastfeeding Shaklee amat sesuai buat ibu menyusu.

SAYA MAHU DAPATKAN SET BREASTFEEDING SHAKLEE SEKARANG!




Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA &  ESP. Klik sini untuk DAPATKANNYA SEKARANG!




Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

DOA TAMBAH SUSU

Mommy kongsi doa tambah susu ibu. Buat ibu menyusu, Jom amalkan!



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, June 18, 2014

FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU

Penyusuan badan mempunyai banyak faedah bagi kedua anda dan bayi anda. Ia cara yang istimewa bagi anda berapat dan mesra dengannya. Lebih lagi, susu ibu memberikan bayi semua yang diperlukan untuk berkembang maju dalam enam bulan pertama hidupnya. 

Anda juga boleh meneruskan penyusuan badan setelah bayi anda mula makan pepejal di sekitar enam bulan. Susu ibu penuh nutrien dan akan terus mendatangkan kebaikan bagi bayi. 

Penyusuan badan juga membantu bayi anda melawan infeksi semasa bulan-bulan pertama kehidupan. Susu ibu mengandungi antibodi yang membantu melindungi bayi anda daripada penyakit seperti kuman dalam perut (gastroenteritis), selesemainfeksi urinari dan jangkitan telinga

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat kondisi alergik seperti asma dan ekzema. Ia juga boleh mengurangkan risiko bayi mendapat penyakit serius seperti kencing manis kanak-kanak dan leukemia. 

Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada infeksi. Antibodi-antibodi ini dipindahkan ke susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia mendapat penyusuan badan yang seterusnya. 

Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu bayi mengembang otak. Penyusuan ibu semasa bulan-bulan pertama akan memperbaiki perkembangan kognitif bayi anda. Secara teori, ini bermakna menyusu badan boleh membuat bayi anda lebih pintar. 

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia mengurangkan risiko di usia tua anda mendapat kanser payudara pra-menopaus, kanser ovari dan retak tulang dari osteoporosis. 

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda!

Sekiranya anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang anda boleh pertimbangankan pengambilan supplement Set BF Triple M SHAKLEE untuk mengisi kekosongan zat dalam badan..


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Thursday, June 5, 2014

FISH & PAPAYA SOUP : A TRADITIONAL MILK BOOSTER

If you think you have low milk supply, your doctor or lactation consultant will advise you to increase the number of feeds and allow your baby to breastfeed as long as she needs. In the Chinese community, the pui yuet will most likely be at the stove, brewing up a pot of traditional fish and papaya soup. This dish has long been believed to help a new mother increase her breastmilk supply. 

Soups are a big feature during the Chinese confinement period. The most basic version of this soup calls for very simple ingredients: fish, young or green papaya, ginger, water and salt. These ingredients are boiled together until the water turns a 'milky' colour. 

Will fish and papaya soup really boost my milk supply?

While the effectiveness of the fish and papaya soup has never been verified by evidence based research, fish is a good source of protein, and papayas are packed with minerals and vitamins A, C and E. Combined, they provide a healthy and nutritious meal for anyone. 

"There is no strong objection to a mother having the soup as part of a diet for a breastfeeding mum. It is rich in protein, vitamins A and C, as well as beta carotene," says one lactation consultant. "However, I would suggest that the mother maintains a well-balanced diet, with everything in moderation and having a lot of variety in each food group. Keeping a healthy lifestyle helps, too." 

If you are concerned about your milk supply, speak to your doctor or a lactation consultant. Also, look out for signs that your baby is getting enough milk to help ease your worries. 

BabyCenter mum Gillian Koh-Tan shares her experience: "I didn't follow traditional confinement practices strictly, but my mother-in-law came over every day with a fresh batch of fish and papaya soup. The soup was tasty and nutritious, and I loved having a bowl of it with each meal. I don't know if it was the soup but I certainly never had supply problems and I was able to breastfeed my baby exclusively for six months." 

How do I make fish and papaya soup?

Gillian's mother-in-law, Madam Tan Li Cheng shares her recipe with us. 

Ingredients
  • 500 grams of fish bones (preferable to use threadfin - kurau - fish bones)
  • 500 grams of green papaya (the flesh of the fruit is white)
  • 3 litres of water
  • 4 slices of ginger (this will help cut down any fishy taste or smell)
  • 6 cloves of garlic
  • 3 stalks of spring onion
  • Salt to taste

Directions
  • Boil the water, then add ginger, garlic and spring onion.
  • Cut the papaya into small slices. Discard seeds.
  • Pour boiling water over the green papaya to remove sap, then drain.
  • Combine the fish bones into the boiling pot, followed by the green papaya.
  • Turn down the fire, leave to boil for about half an hour to reduce.

This should yield about three rice bowls of soup. 


Credit:babycenter

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Monday, May 19, 2014

TIPS UNTUK MULA PENYUSUAN SUSU IBU

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.

  1. Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
  2. Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
  3. Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
  4. Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
  5. Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
  6. Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
  7. Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
  8. Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
  9. Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
  10. Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
  11. Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.
Credit: alamhamil

Untuk dapatkan cara-cara atasi susu merundum, sila klik di sini!

Mommy juga sarankan untuk mencuba milk booster shaklee untuk memulakan penyusuan ibu.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Sunday, May 18, 2014

MENYUSU BAYI SELEPAS PEMBEDAHAN


Setiap ibu pasti mempunyai keinginan untuk menyusukan anak selepas melahirkannya. Walaupun kadang kala ibu sudah menetapkan dalam minda untuk menyusukan bayi namun adakalanya terdapat halangan yang membantutkan rancangan tersebut.
Bagi ibu yang melahirkan bayi secara normal, peluang untuk terus menyusukan bayi sejurus melahirkannya sangat tinggi. Ibu boleh berbincang dengan doktor yang menyambut kelahiran tetang keinginan tersebut.
Bagaimanapun bagi ibu yang melahirkan anak secara pembedahan Caesarean, peluang menyusukan bayi sebaik dilahirkan bergantung kepada keadaan ibu ketika itu. Ada ibu yang diberikan suntikan bius penuh atau separuh sedar ketika proses pembedahan dijalankan. Berdasarkan pengalaman, jika diberi suntikan penuh, ibu hanya akan sedar semula selepas enam jam selesai pembedahan.
Ini bermakna jika ibu tidak sedar selepas melahirkan anak, dia tidak mampu memberikan susu awal terbaik kepada bayinya. Bahkan ramai beranggapan proses bersalin secara pembedahan turut menghalang pergerakan ibu. Ini disebabkan oleh luka jahitan yang menghalang ibu untuk bebas bergerak menyusukan bayinya.
Namun cuba ubah kenyataan tersebut. Mungkin anda boleh melakukan sesuatu untuk cuba memberikan susu ibu terawal kepada bayi tersayang. Ibu yang menjalankan pembedahan Caesarean tetap boleh memberikan kolostrum awal kepada bayi sebaik dilahirkan. Berbincang dengan doktor untuk hal tersebut.
Jururawat hospital biasanya bersedia membantu ibu menjayakan rancangan tersebut dengan cara menunjukkan cara memegang bayi agar tidak membahayakan perut ibu yang baharu dijahit. Ia sangat penting diketahui oleh ibu kerana tekanan pada luka jahitan pembedahan yang boleh menyebabkan luka atau berdarah.
Memang hakikatnya menyusukan bayi selepas menjalankan pembedahan Caesarean mempunyai risiko tersendiri. Justeru, ibu perlu mendapatkan sokongan daripada mereka yang pakar untuk membantu. Sebaiknya dapatkan konsultasi daripada konsultan laktasi secepat mungkin bagi membantu anda menjayakan proses penyusuan dengan selesa. Hal ini penting supaya anda tidak merasakan pedih pada puting payu dara.
Credit: Pama

Mommy cadangkan untuk mengambil set penyusuan Shaklee sesuai buat ibu bersalin secara caesarean.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, May 12, 2014

MAKANAN TAMBAH SUSU

Hari ni mommy nak berkongsi makanan yang boleh meningkatkan produksi susu. Mommy buat kompilasila kiranya. Harap makanan yang tersenarai dapat membantu menambah susu badan. Tapi perlu diingat, konsep menyusu demand & supply sebab jika makan je makanan yang mommy kongsi ni tapi tak direct feed, tak pam tak guna ye..

 






  • oat
  • daun pegaga
  • halba
  • lobak putih
  • lobak merah
  • buah longan kering
  • alfalfa
  • sawi
  • bayam
  • kucai
  • pucuk manis
  • peria
  • jantung pisang
  • oren
  • betik muda
  • pucuk betik
  • habbatus sauda 
  • pokok kelor
  • kacang soya
  • tauhu
  • tempe
  • susu
  • kacang buncis
  • keju
  • jambu
  • ketam 
  • madu
  • bawang putih
  • barli
  • tapai
Harap senarai diatas dapat membantu pencarian ibu-ibu menyusu diluar sana. Mommy juga sarankan mengambil vitamin pelengkap Shaklee. Set breastfeeding Shaklee amat sesuai buat ibu menyusu.




Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA & ESP 




Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.