Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ESP. Show all posts
Showing posts with label ESP. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

TIPS MENYUSU KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum.. 

Bersempena hari arafah yang hampir tiba, mesti ada ibu-ibu menyusu teringin nak puasa tapi risau sama ada adakah berpuasa akan mengganggu produksi susu ibu kan.. Pelbagai persoalan bermain di kepala. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka dan bersahur?

Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:
  1. Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

  1. Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

  1. Makanan seimbang dan suplement
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan suplemant untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu. Jangan tinggalkan ESP Shaklee. Ianya akan membantu anda kekal bertenaga berjam-jam lamanya. Terbukti!

  1. Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

  1. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

  1. Kerap menyusu dan mengepam

Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, October 1, 2014

1001 KHASIAT ESP SHAKLEE

Assalamualaikum.. 


Yeay!! Promosi ESP datang lagi.. Memang terbaik ESP Shaklee ni. Produk paling laris di pasaran tau.. ESP ni punyalah banyak khasiat. Susu badan pekat, banyak, kulit cantik gebus mulus gitu, boleh menguruskan badan.. Banyak lagi lah. Ni lah yang mommy nak kongsikan antara khasiat-khasiat terhebat ESP Shaklee yang memang tiada bandingannya. 

Jom kita dalami ESP Shaklee dari sudut kesihatan:

1. ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin, dan ketidakselesaan perut

2. ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%

3. 60 kajian menunjukan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang

4. 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung

5. 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung

6. ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki 

7. ESP mengelakkan dari kerosakkan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang

8. ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser

9. Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser

10. Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan

11. Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bakteria atau virus

12. Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%

13. ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda

14. ESP jika diamalkan bersama Carotomax Shaklee dan Ostematrik mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda

15. Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna

16. ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya

17. ESP membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki)

18.  ESP mengawal mood swing pada wanita ketika PMS dan wanita menopaus 

Wow hebatnya ESP. Sangat berbaloi kerana ESP sesuai untuk seluruh keluarga. Mak boleh ayah pun boleh minum ESP. Buat ibu menyusu. ESP adalah milk booster terbaik. Ini terbukti dengan testimoni dari pengguna Shaklee sendiri. Jadi jangan tunggu lagi, cepat-cepat jangan lepaskan peluang dengan promosi hebat.


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, September 25, 2014

SEDAPNYA ESP..

Assalamualaikum semua.. 

Mommy masa dalam pantang atau tidak, memang tak pernah tinggal minum ESP yang penuh khasiat ni. Masa sarapan pagi dan minum petang. Mommy paling favourite ESP campur Milo tapi semenjak boikot-boikot ni mommy bertukar selera dengan Tamar cocoa. Surprisingly sedap k, rasanya hampir-hampir sama dengan Milo. Second favourite ESP campur Horlick Coklat. Pun awesome!!! 


Jom kita kenali khasiat ESP yang tiada bandingan ni. Antaranya adalah:

  • Makanan nutrisi terbaik, membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik buat ibu hamil
  • Memberi kekenyangan sesuai untuk diet menguruskan badan
  • Membaiki rambut gugur atau beruban
  • Pengambilan asid amino yang kerap merupakan tips untuk awet muda
  • Mengandungi isoflavones yang bersesuaian dengan hormon wanita
  • Meningkatkan kualiti memori, vitaliti
  • Mencegah risiko osteoporosis
  • Membantu merendahkan paras kolesterol
  • Genestine membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser
  • Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
  • Membantu mengurangkan kedutan dan agen anti penuaan
  • Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun
  • Mencegah sakit jantung
  • Mencegah migrain, insomnia dan tekanan
  • Kanak-kanak 1 tahun ke atas amat sesuai untuk tumbesaran sempurna
  • Memudarkan parut
  • Menguatkan rahim
  • Menggebukan kulit dan mengecutkan jerawat
Sememangnya kebaikan ESP amatlah banyak. Jadi memang tidak rugi jika mengamalkannya. 


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, May 14, 2014

MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:

  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang,
  • Kurang peka,
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas,
  • Kandungan gula dalam darah yang rendah,
  • Produktiviti kerja menurun.
Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikan:
  • Bertenaga sepanjang hari 
  • Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan.
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh.
  1. MEAL SHAKES SHAKLEE
  2. PERFORMANCE
  3. ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, May 8, 2014

SOYA PENYEBAB KANSER? BEZA ESP SHAKLEE DENGAN SOYA BIASA


Sejak akhir2 ni..ramai sgt yg bertanya dan meragui khasiat ESP dan menyamakan dengan sumber soya biasa..kat sini saya buat sedikit summary dan pemahaman supaya setiap kite yg ambil ESP mengambilnya dengan ilmu dan dengan ilmu itu baru kite yakin dan bila yakin baru laa khasiatnye akan betul2 terserap dan diserap sepenuhnya oleh badan dan memberikan hasil yang kite inginkan...makan tanpa ilmu tak bermakna apa2 malah akan memberi impak yg tak bgs sebab kite akan mudah goyah dan ketidakyakinan itu sendiri akan memungkinkan kite tak mendapat khasiat yg sepenuhnya dari ape yg kite makan dan ambil...


ESP ialah protin..kenapa protin penting?

  • Sebab Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.
  • APA yg BEST tentang ESP ?merupakan Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian, Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol Dan Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.Kandungan lemak dlm ESP sangat minum iaitu (1gm) Dan Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan plg penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet, Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
  • Kelebihan ESP Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri, Bantu hilangkan parut jerawat di muka, Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih, Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur, Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.ESP juga Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
  • ESP jika diambil bersama supplement2 lain akan bantu penyerapan yg lebih baik semua supplement yg kita ambik..cepat menyerap dan kesan yg lebih baik berbanding mereka yg tak ambil bersama ESP.

JOM BACA 7 KRITERIA PENTING ESP :

INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

  • Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic~ Kenapa soybeans mesti ditanam secara organic….sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan.. Dan dari segi kajian..sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatla penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni.
  • Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secaragenetic)~Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?sebab secara umumnya..soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural..)…dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
  • Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu- Ni ciri yang amat penting..Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
  • Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
  • Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
  • Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan- Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
  • Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?~ Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium
Credit to Mommy Fatihanum @ file whamillionaire


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Friday, April 11, 2014

KENCING MANIS SEMASA HAMIL

Apakah itu diabetis gestasi?

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. 

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

Diabetis gestasi selalunya akan teresolusi dengan sendiri selepas bayi anda dilahirkan, berbeza dengan jenis diabetis lain yang merupakan penyakit seumur hidup. 

Bagaimana saya tahu jika saya mempunyai kencing manis dalam kehamilan?

Ujian yang disarankan kini untuk diagnosis diabetis gestasi adalah ujian toleransi glukosa oral (OGTT). Jika anda berada dalam kumpulan yang berisiko tinggi mendapat diabetis gestasi, anda akan diberikan ujian ini antara minggu ke-24 dan minggu ke-28 kehamilan

Doktor anda akan membuat ujian urin untuk kandungan gula pada setiap temu janji antenatal anda. Jika terdapat gula dalam urin anda, ini mungkin tanda diabetis gestasi, walaupun cara ini bukan lagi yang terbaik untuk mengesan penyakit ini. 

Selalunya, diabetis gestasi tidak memperlihatkan sebarang simptom, tetapi anda akan mengalami perkara berikut:
  • keletihan;
  • dahaga yang terlampau;
  • membuang air kecil dengan banyak;
  • penglihatan kabur.

Jika anda mempunyai sebarang simptom-simptom berikut, berbincanglah dengan doktor anda. 

Apakah kesan kencing manis pada kehamilan saya?

Ini bergantung kepada bagaimana anda menjaga diri anda. Jika anda dapat mengawal diabetis anda dengan rapi, ini merupakan tindakan yang terbaik untuk anda dan bayi anda. 

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. 

Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 

Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti. 


Siapakah yang berisiko untuk mempunyai diabetis gestasi?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika: 
  • Indeks jisim badan (BMI) anda lebih daripada 30;
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.

Bagaimana diabetis gestasi dirawat?

Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik. 

Jika berat badan anda berlebihan sebelum anda hamil, anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan kalori anda dan melakukan senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. 

Anda akan diminta untuk mengawasi tahap gula dalam darah anda untuk mengetahui sama ada perubahan yang anda lakukan memberi kesan atau tidak – doktor anda akan menunjukkan caranya. 

Anda perlu melakukan skan ultrasound untuk memeriksa keadaan pembesaran bayi anda dan jumlah cecair amnion anda. 

Bagaimana jika saya tidak dapat mengawal penyakit saya dengan diet dan senaman?

Dalam kira-kira 10 hingga 20 peratus kes diabetis gestasi, keadaan tidak boleh dikawal dengan diet dan senaman, dan jika ini berlaku, anda perlu mengambil ubat untuk mengawal tahap gula dalam darah anda atau menyuntik insulin. Dalam kes sedemikian, anda akan diajar cara untuk menyuntik diri anda sendiri. 

Apabila anda bersedia bersalin dan semasa bayi sedang dilahirkan, tahap gula dalam darah anda akan diawasi dan dikawal untuk menghalang daripada timbulnya sebarang masalah kepada bayi anda selepas kelahiran

Pengambilan ESP Shaklee juga boleh membantu mengawal insulin dalam darah. Ia membantu mengawal paras gula dalam darah.



SAYA INGIN DAPATKAN ESP SHAKLEE SEKARANG!

Adakah saya akan terus mempunyai diabetis selepas bayi saya dilahirkan?

Anda akan diperiksa sebelum anda meninggalkan hospital dan semasa pemeriksaan posnatum anda, ujian kencing manis juga akan dibuat. Dianggarkan sebanyak seorang dalam lima orang wanita yang didiagnosiskan dengan diabetis gestasi mempunyai diabetis jenis 2 yang sedia ada sebelum mereka hamil, jadi keadaan ini telah dapat dikesan semasa kehamilan. 

Kebanyakan kes diabetis gestasi teresolusi sendiri selepas kelahiran apabila tahap gula dalam darah kembali normal. 

Jika saya mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, apakah kemungkinan saya menghidapinya lagi?

Sesetengah wanita yang biasa menghidapi diabetis gestasi akan menghidapinya semula. Anggaran adalah amat berbeza – antara 30 dan 85 peratus akan menghidapinya lebih dari sekali. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda akan diminta mengawasi tahap gula dalam darah anda sendiri atau anda akan diberikan OGTT lebih awal, semasa kehamilan berada di minggu ke-16 hingga ke minggu ke-18 dan sekali lagi pada minggu ke-28, sekiranya penyakit itu tidak dikesan pada ujian pertama. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini dan anda telah merawat diri dengan insulin, anda akan lebih cenderung menghidapinya semula; hanya seorang dalam empat orang wanita yang memerlukan rawatan insulin dahulunya, bebas dari penyakit ini pada kehamilan berikutnya. 

Jika anda mempunyai diabetis gestasi sebelum ini, anda cenderung untuk mempunyai diabetis jenis 2 di kemudian hari. Anda akan diberikan nasihat mengenai cara mengekalkan diet seimbang, mengawal berat badan dan bersenam untuk mengurangkan kebarangkalian anda menghidapinya lagi. 

Apa yang saya perlu lakukan jika saya sudah mempunyai diabetis sebelum saya hamil?

Jika anda mempunyai kencing manis dan merancang untuk hamil, ambil asid folik tambahan (5 miligram setiap hari) semasa anda sedang mencuba hendak hamil dan pada tiga bulan pertama kehamilan. 

Kecacatan kelahiran adalah lebih tinggi dalam kehamilan diabetik berbanding dengan kehamilan biasa. Mengambil asid folik tambahan akan mencegah bayi anda daripada kecacatan kelahiran seperti spina bifida yang disebabkan oleh tiub saraf yang tidak tertutup dengan baik. 

Cuba pastikan tahap gula dalam darah anda dikawal dengan baik sebelum anda hamil dan anda akan berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengawalnya sepanjang kehamilan anda. Ini akan mengurangkan risiko masalah kesihatan bertambah bagi anda dan bayi anda. 

Kehamilan anda mungkin berisiko tinggi, tetapi ini tidak bermakna anda akan mengalami masalah, terutamanya jika anda terus mengawal tahap gula dalam darah anda pada tahap normal sebaik mungkin. 

Credit


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, December 24, 2013

OMEGA GUARD & ESP RAWAT EKZEMA

Mari kita kenali dahulu apa ekzemaEkzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.

Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku.

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Ekzema adalah masalah kesihatan yang ada kaitan dengan penyakit genetik (diwarisi dari ibu bapa).

Bila ianya menyerang kanak-kanak lah yang buat ibu bapa risau tidak terkata. Kanak-kanak agak sensitif dan bila ekzema menyerang sangat susah ingin dijaga kerana kanak-kanak manalah tahu untuk menjaga diri sendiri bukan jadi peranan ibu bapa untuk bantu masalah kanak-kanak adalah sangat kritikal.

Hanya ibu yang anaknya mengalami masalah ini mungkin lebih memahami. Saya mahu kongsikan dengan anda semua bagaimana seorang ibu yang berjaya mengawal ekzema anaknya hanya dengan supplement (vitamin).

Memang bukan mudah tapi dengan berkat kesabaran, kesan ekzema pada anaknya dapat dikurangkan malah hampir langsung tiada dengan penggunaan Omega Guard dan ESP (soy isolate protein powder).

Peranan Omega Guard Dalam Merawat Ekzema

Rahsianya adalah ada pada asid lemak omega 3 yang sememangnya dikenali bertindakbalas dengan "antiflammatory hormones". Maksudnya ia boleh membantu sebagai agen antiradang. Keradangan inilah punca kepada ekzema.

Peranan Soy Isolate Protein Powder Dalam Merawat Ekzema

Rahsianya adalah dari khasiat protein itu sendiri. Protein boleh merawat sel-sel yang rosak dan membina sel-sel baru. Dan lagi satu rahsianya adalah sebagai agen antibodi. Bila antibodi kuat maka kuatlah juga badan untuk melawan bakteria, virus dan agen perosak yang lain.

Cubalah Omega Guard dan Soy Isolate Protein Powder hari ini, si manja anda tidak ternilai dengan wang ringgit...

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, August 16, 2013

ESP SHAKLEE TIADA BANDINGAN

Ramai betul yang sukakan soy protein (soy isolate protein) dari Shaklee ini. Dan tidak hairanlah ianya adalah best seller atau dengan kata lain paling popular di kalangan produk shaklee yang lain. Kenapa ianya sangat HOT? Sebab ianya pelbagai fungsi dan pelbagai golongan boleh mengambilnya. Mari kita kenali ia serba sedikit ye.


energizing soy protein shaklee

Sebelum itu kenali harganya dahulu. Satu tin untuk harga retail adalah RM150 dan satu tin boleh bertahan 1-2 bulan. Sungguh jimat bukan. Dan ianya sangat popular di kalangan ibu menyusu dan ibu hamil. Jika hendak dapatkan dengan harga ahli maka silalah jadi ahli shaklee yang bertauliah ye:) Soyanya bukan soya biasa. Soy protein (soy isolate protein) dihasilkan dari kajian dan kawalan ketat, maka hasilnya pasti dijamin dari segi mutunya.

PERBEZAAN SOY ISOLATE PROTEIN SHAKLEE BERBANDING JENAMA SOYA BIASA

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Soy isolate protein Shaklee ini diikitiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunaka oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g ( satu tin soy isolate protein Shaklee) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan bertahan lama. Wah, dasyat kan? Bayangkan 30kg kacang soya, padanla boleh bertahan lama.

Soy isolate protein Shaklee dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur, tua dan muda. Manakala, kandunganIndeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis.

Satu hidangan Soy isolate protein Shaklee bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Credit : permatacintaku blogspot

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday, August 1, 2013

11 RESEPI MINUMAN ESP

Resepi ESP yang lazat dan pelbagai. Boleh cuba dan kongsikan mana satu favourite.

RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #1

Bancuh satu sudu Soy Protein (ESP) Shaklee dengan satu gelas air suam. Bancuhan boleh dibuat dengan 1 sudu besar atau maksimum 3 sudu besar sehari. Kenapa ada maksimum penggunaan? Sebab ambil protein biarlah berpada-pada, sumber protein lain seperti ikan dan daging sudah kita makan hari-hari, maka Soy Protein (ESP) Shaklee hanyalah pelengkap.


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #2

Bancuh Soy Protein (ESP) Shaklee dengan susu tepung kegemaran anda contohnya anmum atau enfamama. bagi ibu-ibu yang mengamalkan susu, cara mudah untuk consume Soy Protein (ESP) Shaklee adalah dengan bancuh satu sudu ke dalam susu tepung anda.


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #3

Campurkan Soy Protein (ESP) Shaklee dengan susu segar. 


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #4

Campurkan bersama Performance Drinks Shaklee atau Mealshake


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #5

Campurkan ESP dengan Jus Twister Tropicana


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #6

Campurkan ESP dengan Nesvita 3 in 1


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #7

Campurkan ESP dengan Ribena.


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #8

Campurkan ESP dengan Milo. My all time favourite!


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #9

Campurkan ESP dengan Horlicks


RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #10

Campurkan ESP dengan Sirap Bandung

RESEPI Soy Protein (ESP) Shaklee #11

Campurkan ESP dengan Oat+fresh Milk


Pendek kata macam-macam cara boleh bancuh Soy Protein (ESP) Shaklee ini. Selamat mencuba:)


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease