Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 31, 2014

BAHAYA KENCING KOTOR KETIKA HAMIL

Apa itu kencing kotor? Adakah kencing kotor bermakna air kencing tidak jernih, berkeladak atau bersampah sarap? Oh tidak..

Urinary Tract Infection (UTI) atau jangkitan kuman di saluran kencing atau dikenali penyakit kencing kotor adalah jangkitan kuman yang melibatkan pundi kencing,ginjal, salur kencing ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh)


Kencing kotor adalah jangkitan yang biasa berlaku terutama di kalangan wanita yang berumur antara 20- 50 tahun.Selalunya kuman berasal dari kulit dubur, faraj atau lubang dubur (anus).

Kuman itu bergerak merentasi urethra dan pundi kencing.Ianya akan membiak sebelum naik ke buah pinggan melalui ureter. Apabila jangkitan kuman berlaku, pundi kencing menjadi bengkak dan radang.

Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbangkan kepada kencing kotor. Oleh itu, disarankan agar selepas berjimak haruslah membuang air kecil. Ini akan mengeluarkan kuman yang sedang merebak ke saluran kencing.

Setiap orang mempunyai simptom berbeza. Seorang wanita mengadu rasa terbakar ketika sedang kencing. Pengecutan pundi kencing yang mengalami radang ketika menolak air kencing keluar menyebabkan rasa sakit.

Ada pesakit yang mengadu air kencing mereka mengandungi darah. Air kencing mereka menjadi kemerah-merahan. Ini dapat dipastikan dengan ujian pemeriksaan air kencing di bawah mikroskop. Ada juga yang merasa ketidakselesaan di bahagian bawah abdomen terutama ketika melakukan hubungan seks.

Itu adalah tanda-tanda kuman telah ke bahagian yang lebih dalam di bahagian pelvik akibat jangkitan kuman yang tidak dirawat.

Malah ada yang mengalami demam yang tinggi. Suhu badannya sekejap tinggi dan sekejap reda. Pesakit mengalami seram sejuk.

Namun ada juga pesakit yang tidak menyedari dia mengalami kencing kotor. Bagi wanita yang tidak hamil, ianya mudah dirawati. Namun bagi wanita hamil, kencing kotor yang tidak dikesan dan dirawat boleh merebak ke ginjal dan menyebabkan kerosakkan buah pinggang atau ginjal.

Persoalannya, mengapa wanita hamil mudah mendapat kencing kotor?

Secara amnya, wanita lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana wanita mempunyai urethra yang pendek dan dekat dengan anus.

Wanita yang hamil pula mudah menghidap jangkitan kuman berbanding dengan wanita yang tidak hamil. Ini disebabkan perubahan hormon dalam wanita hamil. 

Ketika hamil, tahap kandungan hormon yang tinggi menyebabkan kekuatan otot (muscle tone) salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah lemah seterusnya menyebabkan ianya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing. 

Pada masa yang sama, rahim yang membesar juga menekan salur kencing ureter dari luar menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.

Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tidak dapat mengempis dan mengeluarkan kesemua air kencing yang disimnpannya. Ini memudahkan kuman yang berada di pundi kencing membiak. 

Malah air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih mengandungi gula (akibat perubahan hormon) seterusnya menyebabkan kuman bakteria lebih mudah membiak.

Disebabkan faktor-faktor ini,wanita yang hamil mudah dijangkiti kencing kotor.Komplikasi kepada masalah ini ialah jangkitan kuman pada buah pinggang (dinamakan pyelonephritis). Ini adalah komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman itu boleh merebak ke seluruh peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian.

Bayi yang dikandung juga mengalami kesan teruk jika ibu yang hamil mengalami komplikasi ini. Antaranya ialah risiko kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah.

Jika ada tanda kuman di dalam air kencing, maka antibiotik harus diberikan walaupun ketika hamil. Antibiotik tertentu selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung.

Antibiotik harus dihabiskan dan minum banyak air akan membantu mengeluarkan kuman yang terdapat dalam pundi atau air kencing.

Tips pencegahan kencing kotor:
  • Larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing
  • Jika berkesempatan ke farmasi dapatkan beberapa bungkus URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium Bcarbonate 1.76g, dan mempunyai rasa lemon
  • Namun jika ia berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, dinasihatkan agar terus berjumpa doktor 
  • Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan berjumpa terus dengan doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, kencing kotor mudah merebak ke buah pinggang.
  • Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Terus buang air kencing jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan menbuang kencing akan menggalakan pembiakan bakteria dalam pundi kencing
  • Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang air kecil, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra
  • Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon
  • Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan dengan suami. Namun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor
  • Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein
  • Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 - 500gm), Beta-carotene (25000 - 50000 IU) dan Zink (30 - 50mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah

Sesungguhnya mencegah itu adalah lebih baik dan mudah dari usaha merawat.

Credit: Dr Zubaidi 

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


No comments:

Post a Comment