Friday, September 19, 2014

PEMBELIAN BARANG DAPUR SECARA ONLINE

Assalamualaikum.. 

Mommy teringat masa mommy kerja di Doha, Qatar dulu. Kat sana semua ada delivery. Untuk grocery, restoran, fast food, kiranya tak perlu keluar rumahlah. Yang bestnya, kalau call diorang untuk air coke satu tin pun boleh. Takde mininum order. So tak perlulah kalau tengah masak tiba-tiba asam keping abis ke nak kena keluar beli barang. Itu adalah antara memori yang mommy tak boleh lupakan.

Bercerita tentang pembelian barang dapur secara online, anda tau tak yang di Malaysia ada 5 grocery shopping site. Bagi mommy kita di Malaysia perlu ada lebih banyak lagi shopping site macam ni. Ini disebabkan bagi kita yang berpantang dan para suami pulak agak sibuk untuk belikan barang dapur memang ini lah cara terbaik supaya kita tak langgar pantang kan.. 

Memanglah tak puas skit sebab tak dapat belek-belek barang yang nak kita beli tu, lepas tu tak banyak sangat pilihan tapi dah no choice kan.. Redha je lah.. Mommy listkan 5 site tu ye.
  1. Tesco Online
  2. RedTick
  3. Presto 
  4. GrocerExpress
  5. Foodworld
Memang akan ada cas penghantaran. Tapi kadang-kadang kalau ada offer dapat percuma. Memang memudahkan buat mommy-mommy yang sedang berpantang. Harap entri ni dapat membantu sesiapa yang sedang mencari pembelian barang dapur secara online. 

Sehingga bertemu lagi.xoxo

1 comment:

  1. KEDAI nombor 1 malaysia dan Popular.....
    Menjual barangan sangat pelik dn gempak!!! Lelaki dn wanita pasti suka.... Lihat disini www.kedaionlinemy.com

    ReplyDelete