Assalamualaikum..
Hari ni mommy nak berkongsi tentang makanan yang bahaya untuk bayi. Semakin membesar anak kita, semakin teruja kita nak sediakan macam-macam pilihan makanan kan.. Tak sabar nak bagi bayi join sama makan sekeluarga di meja makan. Tetapi kita sebagai ibu perlu beringat, biarpun bayi dah semakin membesar, bukan semua jenis makanan dia boleh makan.
Jika selama ini anda puas biasakan bayi dengan makanan pejal dan nampaknya dia tiada masalah mencuba pelbagai rasa yang berbeza namun masih ada beberapa jenis makanan yang dia tak boleh ambil sebelum menyambut ulang tahun pertamanya.
*Sesetengah jenis makanan laut mungkin mengandungi merkuri (raksa) yang boleh menjejaskan sistem saraf bayi yang sedang berkembang. Makanan laut seperti kerang-kerangan mentah juga boleh mengakibatkan risiko keracunan makanan.
*Telur mentah atau kurang masak. Pastikan telur yang diberi kepada bayi anda dimasak sempurna sehingga bahagian putih dan kuningnya keras.
*Makanan rendah lemak, rendah kalori dan berserat tinggi juga tak sesuai untuk bayi. Bayi perlukan makanan yang tinggi kandungan tenaganya.
*Kekacang. Jangan beri bayi makan kacang sehinggalah usianya mencapai lima tahun kerana ia boleh menyebabkan bayi tercekik.
*Garam. Jangan tambah garam dalam makanan bayi kerana buah pinggang bayi masih belum mampu memprosesnya. Elakkan memberi bayi makanan yang masin, periksa label pada bungkusan makanan yang dibeli.
*Gula. Makanan dan minuman manis tidak elok untuk pertumbuhan gigi bayi dan boleh menggalakkan bayi menggemari makanan manis. Elakkan memberi bayi makanan manis seperti puding, aiskrim, biskut atau gula-gula sehingga dia berusia dua tahun ke atas.
Credit: Pama
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
ibu-ibu sila ambil perhatian, gud info
ReplyDeletejom ke blog saya http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/09/tambah-susu-badan.html