Monday, September 22, 2014

PETUA DI DAPUR

Asalamualaikum semua.. 

Mommy nak berkongsi petua-petua dapur orang dulu-dulu. Jom kita cuba bersama dan kalau dah cuba tu sharing-sharing la. Sharing is caring kan.. 


PETUA ELAK BISKUT LEMAU

Kadang-kadang perasan tak, biskut mudah lemau walaupun kita tutup rapat bekas biskut tu. Cara nak elakkan biskut lemau ialah dengan menaburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas biskut tersebut dan barulah isi dengan biskut dan tutup rapat dan ketat. Insyallah biskut akan tidak lemau lagi. Pastikan bekas ditutup ketat selalu.


PETUA PEKATKAN SUP

Sup ayam atau sup daging kadang-kadang terlalu cair. Jadi, nak memekatkannya boleh masukkan kentang lenyek yang telah direbus. Biar seketika dan sup akan menjadi sedikit pekat.


PETUA HALAU LALAT 

Kalau nak kurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Gantungkan di ruang yang berlalat.


PETUA BERAS TAK ROSAK

Untuk mengelakkan beras rosak atau berbau hapak, masukkan segenggam cili kering yang telah dipanaskan atas kuali tanpa minyak ke dalam bekas simpanan beras. Tutup rapat.


PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN

Setelah ikan siap disiang, rendam ikan di dalam air yang dicampur air limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit, Insyallah bau hanyir akan hilang.

Cukupla sampai sini je petua dapur yang mommy nak kongsikan. Nanti mommy tanya atok mommy lagi untuk petua-petua dapur yang lain pula. Sekian, sehingga di lain entri. xoxo

No comments:

Post a Comment