Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label GLA shaklee. Show all posts
Showing posts with label GLA shaklee. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

GLA COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum..



Sejak dua tiga hari lepas banyak kontroversi tentang GLA Complex Shaklee. Mommy ingin berkongsi bersama informasi dari buku nutrisi Shaklee berkenaan perbezaan Shaklee dengan produk lain dipasaran.

PERBEZAAN SHAKLEE:

Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia dipasaran dihasilkan dari Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi biovailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6. Ianaya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti oksidan semulajadi yang dipatenkan. Bioavailibilitinya dibuktikan secara klinikal dimana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.

SUMBER ASLI GLA


  1. Borage seed - 17% -25%
  2. Blackcurrant - 15% - 20%
  3. EPO - 7% - 10%
The most concentrated natural GLA is from borage seed

SHAKLEE GLA Complex --------- the most natural, the most effective natural ingredients

MANFAAT UTAMA:

  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahar, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
  • Mengawal selia estrogen dan testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadamna, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing
  • Menentang kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction
  • Memperbaiki tekstur rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
  • Hiperaktif dan Austisma (ADD/ADHD) - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif
CADANGAN:

Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali(lepas makan). Untuk menopaus, pelangsingan, hyperaktif: 2 kali sehari, 2 kapsul setiap kali (lepas makan)

GLA bukan sahaja untuk wanita

Ramai orang bersalahanggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya supplemen GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel lembut dan campurkan isinya dengan makanan), remaja, dewasa, dan juga selepas menopaus dan andropaus (menopaus lelaki)


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Sunday, May 4, 2014

CARA KIRA WAKTU SUBUR

Kehamilan adalah perkara yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Keinginan memiliki cahaya mata untuk melengkapkan rumah tangga yang dibina sangat tinggi.
Namun ada kalanya pasangan gagal hamil dalam tempoh masa yang dijangkakan. Kegagalan untuk hamil kadang kala disebabkan kesilapan menghitung waktu subur.
Kehamilan boleh terjadi apabila hubungan intim dilakukan pada masa ovulasi atau saat wanita sedang subur. Apabila sperma suami dipancut ke dalam rahim, ia akan berenang ke arah ovum (telur) si isteri.
Hamil adalah saat di mana berlakunya persenyawaan antara telur dan sperma dalam rahim wanita sampai tempoh matang sembilan bulan untuk melahirkan seorang bayi.
Kekecewaan akibat kegagalan hamil ada kalanya menimbulkan tekanan yang mendalam kepada pasangan suami isteri.
Sebenarnya banyak faktor yang membuatkan  mereka sukar untuk hamil bermula daripada masalah kesuburan, tahap psikologi, ketidakstabilan hormon dan lain-lain.
Namun ada kalanya kehamilan tidak berjaya kerana mereka melakukan hubungan seksual pada masa yang tidak tepat. Pasangan tidak mengetahui, bila waktu subur wanita sehingga kesempatan untuk terjadi ovulasi semakin besar.
Mengetahui waktu subur sangat besar ertinya bagi mereka yang ingin hamil dan bagi yang ingin menunda kehamilan. Bagi yang menginginkan kehamilan, masa subur boleh dijadikan panduan untuk melakukan hubungan seksual kerana ketika ini ovulasi sedang terjadi sehingga peluang untuk hamil sangat besar.
Sedangkan bagi yang mahu menunda kehamilan, masa subur merupakan masa yang harus dielakkan daripada melakukan hubungan seksual untuk mencegah terjadinya kehamilan.
Banyak cara dan kaedah yang dapat digunakan untuk mengetahui bila waktu subur tersebut, iaitu:
Sistem kalendar
Menentukan masa subur dengan menggunakan sistem kalendar ada dua cara iaitu :
Bagi yang kitaran haidnya teratur, masa subur berlangsung 14 +/- 1 hari haid berikutnya. Maksudya masa subur berlaku pada hari ke-13 sehingga hari ke-15 sebelum tarikh haid yang akan datang.
Bagi wanita yang kitaran haidnya tidak teratur maka penting untuk mencatat panjang kitaran haid sekurang-kurangnya selama enam kitaran. Jumlah hari pada kitaran terpanjang, hendaklah ditolak  dengan 11 dan akan diperoleh hari subur terakhir dalam kitaran haid tersebut. Sedangkan dari jumlah hari pada kitaran terpendek ditolak 18, diperoleh hari subur pertama dalam kitaran haid tersebut.
Contohnya: Kitaran terpanjang = 31, sedangkan kitaran terpendek = 26, maka waktu subur dapat dihitung, 31 - 11 = 20, dan 26 -18 = 8, jadi masa subur berlangsung pada hari ke-8 sampai hari ke-20.
Penggunaan alat
Banyak alatan atau software yang terdapat dipasaran dicipta untuk menghitung waktu subur.  Dalam alat tersebut anda hanya perlu memasukkan tarikh Hari Pertama Haid Terakhir (HPHT). Setelah itu akan muncul tarikh perkiraan waktu subur seseorang.
Cedit: Pama
Mommy juga pernah berkongsi petua untuk cepat hamil. Sila klik di sini untuk ke entri tersebut.
Juga untuk meningkatkan kesuburan kedua-dua suami dan isteri, boleh lah cuba mengambil vitamin pelengkap Shaklee.

SUAMI - Zinc Shaklee & Vitamin E Complex

ISTERI - GLA Shaklee & Alfalfa 



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, February 17, 2014

PETUA MERAWAT SENGGUGUT

Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:


Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 


Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 


Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


Cara moden untuk atasi masalah senggugut Mommy darwisya cadangkan untuk dapatkan Ostematrik dan GLA Shaklee.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Monday, September 9, 2013

WAKTU PALING SESUAI UJI KEHAMILAN



Anda boleh mula menguji kehamilan dengan menggunakan alat khas dari hari pertama anda sepatutnya haid bagi yang mempunyai kitaran haid normal.

Kandungan human chorionic gonadotrophin (hCG) yang dikesan kehadirannya di dalam urin sebenarnya boleh diukur menerusi ujian darah, tetapi ia perlu dilakukan di makmal. Berlainan halnya jika anda menggunakan alat penguji kehamilan. Ia boleh dilakukan oleh diri anda sendiri ketika berada di rumah dalam keadaan privasi.

Untuk makluman tambahan, hCG di dalam tubuh manusia hanya dihasilkan oleh plasenta. Hormon yang datang dari plasenta ini muncul sebaik sahaja telur yang telah disenyawakan berada di dinding rahim. Menariknya, alat penguji kehamilan yang sensitif mampu untuk mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah proses ovulasi terjadi.

Sehubungan itu, kandungan hCG di dalam plasma darah meningkat 2 kali ganda setiap 2 hari. Ia akan mencapai tahap maksimum pada hari ke-60 atau ke-70. Selepas hari tersebut, kandungannya akan menurun dalam masa lebih kurang 10 minggu, seterusnya berada di tahap tersebut sepanjang tempoh anda hamil.

Alat penguji kehamilan yang kebanyakannya dijual di farmasi berupaya mengukur kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh dikesan dalam masa sehari selepas anda tidak haid pada hari yang sepatutnya. Kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin pertama pada waktu pagi. Hal inilah yang membuatkan hasil ujian menjadi sangat jelas.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak berkesempatan melakukan ujian di waktu pagi, anda masih boleh menguji kehadiran hCG pada masa-masa lain. Biarpun begitu, anda dinasihatkan tidak membuang air kecil 4 jam sebelum ujian dilakukan. Selain daripada itu, elakkan daripada meminum terlalu banyak air. Hal itu akan menyebabkan kandungan hCG menjadi cair lalu menjejaskan hasil ujian yang bakal diperoleh.

Ketepatan Ujian

Pemeriksaan kehamilan menggunakan alat penguji kehamilan sangat digemari kerana ia bukan sahaja mudah didapati, malah senang dilakukan sendiri tanpa banyak prosedur menjengkelkan dan harganya turut murah. Paling penting ialah keputusan segera bakal diperoleh dalam tempoh beberapa minit selepas ujian selesai dilakukan. Alat penguji kehamilan yang boleh anda lakukan sendiri di rumah sememangnya dicipta untuk mengesan hCG menerusi urin. Sekiranya kehadiran hormon itu dikenal pasti, bahan kimia yang terkandung di dalam alat berkenaan akan berubah warna bagi menunjukkan keputusannya, sama ada positif ataupun negatif.

Ketepatan ujian adalah sekitar 99%, sekiranya teknik yang dilakukan adalah mengikut arahan yang diberikan. Jadi, ada baiknya, anda membaca arahan yang dinyatakan pada label produk sebelum melakukan ujian tersebut dan seelok-eloknya lakukan ujian ini pada awal pagi sebelum anda mandi kerana hasil ujian diyakini lebih tepat.

Walau bagaimanapun, ada ketikanya keputusan menjadi negatif atas sebab-sebab tertentu. Ada beberapa keadaan kesihatan yang menyerupai kehamilan tetapi menyebabkan keputusan ujian anda menjadi negatif. Antaranya adalah seperti ovarian cysts, pendarahan tanpa ovulasi, pendarahan rahim, penyakit radang pelvik (PID), penyakit ovari polikistik, kanser rahim dan menopaus. Jika anda khuatir dan ragu-ragu dengan keputusan ujian, dapatkan pemeriksaan susulan doktor sakit puan dengan kadar segera.

Garisan yang terbentuk di alat penguji adalah hasil tindak balas hCG terkandung di dalam urin dengan antibodi yang telah diletakkan di atas alat penguji kehamilan. Garisan yang paling hampir dengan tempat urin anda diserapkan berfungsi mengenalpasti kehadiran hCG. Kehadiran garisan di tempat ini menunjukkan bahawa anda hamil. Manakala garisan yang terletak lebih jauh daripada tempat urin diserap pula bertindak sebagai pengawal untuk memastikan bahawa peralatan yang anda beli itu dalam keadaan yang baik.

Sekiranya 2 garisan muncul, anda disahkan hamil. Akan tetapi jika hanya 1 garisan yang timbul, iaitu di garisan pengawal, anda tidak hamil. Perlu diketahui juga, jika tiada langsung garisan yang timbul, alat penguji anda mungkin tidak berfungsi dengan baik.

Adalah dinasihatkan agar sebaik sahaja mendapati alat penguji kehamilan menunjukkan anda hamil, segera rujuk kepada doktor sakit puan bagi mengesahkan kehamilan itu. Seterusnya jalani pemeriksaan antenatal bagi memastikan kesihatan diri berada di tahap yang baik demi kehamilan yang sihat tanpa perlu berhadapan dengan pelbagai jenis komplikasi.

Langkah Demi Langkah

1. Baca Label Dan Arahan  Dan Teliti Semua Arahan Dan Gambar Yang Mungkin 

Disertakan Untuk Memastikan Anda Memahami Dengan Betul Cara Melakukan Ujian Ini Secara Bersendirian. Arahan Tersebut Termasuklah :
- Panduan mengumpul dan menyimpan sampel urin. Bila dan bagaimana untuk menjalankan ujian.- Bagaimana untuk mentafsir keputusan ujian.- Faktor yang mungkin boleh mengganggu keputusan ujian.

2. Ikuti Semua Arahan

Anda mesti menuruti semua arahan yang diberikan agar keputusan paling tepat boleh diperoleh. Dalam pada itu, jangan lupa menyemak tarikh tamat tempoh alat penguji kehamilan dan syarat-syarat penyimpanan sebelum melakukan ujian. Hal ini penting untuk memastikan alat berkenaan masih berupaya untuk berfungsi dengan baik.

3. Rujuk Doktor

Apabila ragu-ragu, dapatkan nasihat daripada doktor. Hal ini kerana sesetengah ujian boleh memberikan keputusan yang palsu. Ada hasil ujian menunjukkan anda hamil padahal anda tidak atau ujian menyatakan anda tidak hamil sedangkan janin sudah pun berada di dalam rahim. Langkah terbaik, berjumpalah dengan doktor pakar sakit puan jika anda khuatir dengan keputusan ujian yang diperoleh.

Jadi mommy darwisya boleh cadangkan untuk ambil supplement kesuburan untuk wanita iaitu GLA Shaklee.


Himpunan testimonial dari pengguna GLA Shaklee


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Credit: Pama

Sunday, July 21, 2013

MAKANAN MEMPENGARUHI JANTINA ANAK?

Sememangnya apa yang kitamakan akan membawa pengaruh besar terhadap tubuh badan. Tahukah anda bahawa pemakanan juga antara faktor penting jika berhasrat merancang jantina anak.

 
Mengikut kajian sains, PH dalam pemakanan menentukan kewujudan kromosom (menentukan jantina anak) yang dibawa oleh lelaki. Sains juga menggariskan apa jenis makanan yang perlu diambil jika mahukan jantina tertentu. Bagaimanapun bagi pasangan Muslim, segala usaha yang dilakukan diserahkan kepada Allah SWT untuk menentukannya jua.
 
Tetapi tidak salah untuk mencuba!

Merancang anak lelaki
 
Jika anda mengidam untuk mendapat anak lelaki, pilih makanan yang rendah PH iaitu pemakanan yang bersifat alkali dan mengandungi sodium dan potasium yang tinggi.
 
Makanan yang menjadikan PH dalam badan beralkali adalah sumber sayur-sayuran, buah-buahan, perasa makanan, ramuan pedas, kekacang dan benih.
 
Antara sumber makanan :
 
Buah-buahan – Aprikot kering, avocado, pisang, kurma, kiwi, kismis, tembikai, epal, lobak, lemon, timun, tembikai susu, nenas, strawberi.
 
Jus – Jus lobak, jus prun, jus tomato.
 
Sayur-sayuran – bayam, kentang.
 
Lain-lain – Coklat, kekacang, bawang putih, cendawan, bawang merah, lada hitam, halia , herba (semua jenis)
 
Elakkan memakan makanan yang mempunyai sifat asid yang tinggi.
 
Walaupun sebilangan makanan di atas seperti buah-buahan sitrus mempunyai sifat yang lebih asid, namun ia sebenarnya meninggalkan kesan alkali selepas diproses dalam badan. Contohnya, lemon adalah buah yang bersifat asid. Namun selepas melalui sistem penghadaman dan asimilasi, ia akan menjadi sangat beralkali di dalam badan. Sebaliknya daging mempunyai sifat yang sangat beralkali sebelum melalui sistem penghadaman. Namun selepas diproses, ianya meninggalkan sisa yang bersifat asid di dalam badan.

Merancang anak perempuan
 
Pilih pemakanan yang mempunyai PH yang tinggi ataupun bersifat asid yang rendah sodium dan potasium. Manusia memerlukan persekitaran yang bersifat alkali untuk mewujudkan kromosom Y (jantina lelaki).
 
Apa yang perlu anda lakukan adalah makan makanan yang bertentangan dengan alkali iaitu makanan bersifat asid untuk membunuh sperma Y.
 
Makanan yang meninggalkan sisa asid di dalam badan adalah makanan berasaskan daging, ikan, telur, bijirin dan legum.
 
Antara sumber makanan :
 
Buah-buahan – Jagung, blueberi, prune, plum.
 
Makanan -  bjirin, kraker, nasi, roti, mi ,spageti, oat, makaroni, tepung.
 
Sayur-sayuran – zaitun.
 
Produk tenusu – mentega, keju, aiskrim, yogurt
 
Protein haiwan – Banyakkan pengambilan daging seperti daging lembu, ikan contohnya ikan kod, halibut, salmon. Makanan laut seperti tiram, udang dan ketam. (Makanan laut tidak digalakkan bagi pesakit darah tinggi dan gout)
 
Lain-lain – Kekacang seperti kacang hijau, kacang hitam, kacang soya, kacang tanah, walnut, cuka, kopi, minuman ringan, koko.

Credit : Pama

Untuk menambahkan kesuburan boleh jugak cuba GLA shaklee yang telah mendapat banyak testimonial positif!



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, July 15, 2013

TIPS TINGKATKAN KESUBURAN


Tahap kesuburan pasangan suami isteri antara faktor penting merangsang peluang untuk menimang cahaya mata. Jika anda masih belum dikurniakan anak, mungkin boleh semak beberapa kriteria berikut yang mampu menolong meningkatkan kesuburan.

1.  Kurangkan berat badan

Anda mahupun suami yang mungkin mengalami masalah kegemukan perlu menurunkan berat badan beberapa bulan sebelum merancang untuk hamil dengan serius.

2. Rajin bersenam

Tingkatkan kekerapan bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang mudah seperti joging, berenang dan seumpama dengannya.

3. Hadkan pengambilan kafein

Produk makanan dan minuman yang mengandungi kafein perlu dikurangkan. Hal ini kerana kafein yang banyak di dalam darah akan mengurangkan penghasilan hormon kesuburan.


Produk makanan dan minuman yang mengandungi kafein perlu dikurangkan. Hal ini kerana kafein yang banyak di dalam darah akan mengurangkan penghasilan hormon kesuburan.

4. Ambil makanan kaya mineral

Makan lebih banyak tiram, ikan sardin, udang. Pengambilan ayam dan daging yang tidak berlemak, keju, telur, beras perang elok diamalkan bagi meningkatkan penghasilan sperma.

5. Elakkan makanan proses

Makanan yang diproses mengandungi kurang vitamin dan mineral. Sebaliknya ia mempunyai lebih tinggi kalori yang boleh mengganggu tahap kesuburan diri. 


Atau boleh cuba GLA Complex Shaklee sebab banyak testimonial yang positif selepas mencuba supplement GLA. 





Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 14, 2013

KEISTIMEWAAN GLA SHAKLEE

Apa keistimewaannya? Dari borage oil inilah terhasilnya GLA (gamma-linolenic acid) yang mana ianya adalah sejenis asid lemak omega 6.Istimewa GLA Shaklee adalah kandungan GLAnya adalah sebanyak 15% - 20%.Berbanding dalam EPO hanya mengandungi 8% - 10% GLA.

Keistimewaan lain GLA Shaklee:

* membantu merawat PMS dan menopause symptom. Penggunaannya boleh meredakan kesakitan semasa period dan juga simptom bila seseorang menopause.
* anti radang, sesuai untuk pesakit arthritis dan gout kerana ianya merawat keradangan sendi.
* bagi pesakit rheumatoid arthritis, ianya boleh membantu di mana ianya 'may ease tenderness and swelling'. Maksudnya boleh mengurangkan kerengsaan dan bengkak.
* untuk kulit yang cantik. Boleh mengekalkan kelembapan dan kelembutan bagi kulit yang kering atau rosak. Kajian pernah dijalankan ke atas bayi yang mempunyai masalah 'cradle cap' (kerak di kepala). Bayi disapukan dengan borage oil 2 kali sehari dan setelah 2 minggu, masalah cradle cap HILANG!.Apa yang menakjubkan bukan sahaja pada tempat yang disapu mengalami perubahan ketara tetapi juga keseluruhan kulit bayi mengalami perubahan positif. Ini menunjukkan daya serapan borage oil yang sangat bagus.
* membantu regulate balik period yang tidak teratur. Juga mengawal keseimbangan hormon dalam badan.
* membantu kesuburan dengan memperbaiki struktur sel pembiakan. Apabila sistem pembiakan kembali subur maka peluang untuk mendapatkan anak juga lebih tinggi. Ada kalangan yang mengambil GLA Shaklee telah berjaya hamil dengan izinNya.

Himpunan testimoni GLA Shaklee:



Credit: LCB file  by Doc Safuhah; Wan Fatihanum


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.