Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label set rambut. Show all posts
Showing posts with label set rambut. Show all posts

Sunday, May 25, 2014

PETUA MELEBATKAN RAMBUT

Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. 

Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya. 

Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.

Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu. 

Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini:

- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertudung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung.

Mommy cadangkan untuk mencuba set penjagaan rambut ProSante Shaklee.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, December 30, 2013

PETUA TRADISIONAL MENCEGAH RAMBUT GUGUR

Rambut gugur adalah masalah biasa yang sering dialami oleh setiap peringkat usia. Berikut adalah antara petua-petua yang boleh diamalkan untuk mencegah rambut gugur.

1) Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

2) Hiris beberapa keping limau nipis dan tenyehkan isinya ke kulit kepala. Kemudian sapukan bahagian yang bermasalah dengan telur ayam yang telah dipukul sedikit. Bungkus kepala selama beberapa jam dan lemudian bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat mennguatkan akar rambut.

3) Masak santan dari sebiji kelapa sehingga mengeluarkan minyak. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumurkan santan berminyak ini pada keseluruhan kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat menguatkan akar rambut disamping membuatkan rambut kelihatan cantik bersinar.

4) Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

5) Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.

6) Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

7) Ambil tiga biji limau nipis dan ambil jusnya, campurkan dengan 2 biji putih telur. Sapukan pada keseluruhan rambut dan biarkan selama 2 jam. Bilaskan dengan air bersih. Amalkan selalu untuk kesan yang memuaskan.

Credit: 101petua.blogspot.com

Ingin cara mudah? Dapatkan vitamin shaklee yang mengurangkan rambut gugur.

1) Vitalea
2) B Complex
3) Zinc Complex
4) Revitalizing Shampoo

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, December 28, 2013

VITAMIN SHAKLEE UNTUK RAMBUT GUGUR

Rambut gugur selepas bersalin bukan satu fenomena baru kepada ibu bersalin. Ibu bersalin seakan fobia untuk menyisirkan rambut. Mana taknya, bila sikat saje, segengam rambut akan gugur. Itu belum lagi yang bertaburan di bilik atau di bilik air. Runsing! runsing! Rambut adalah mahkota wanita.

Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut:

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah ini?
  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.
Rawatan rambut gugur bersama vitamin Shaklee:
  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu B Complex, Zinc dan Vita-Lea (multivitamin).
  • Bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya dan lebih kandungan organik, iaitu Revitalizing Syampoo.
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Untuk mendapat kesan yang kebaikan yang optimum, anda perlu dapatkan set vitamin ini. 
Jangan buat tak tahu tentang masalah rambut. Tidak sempurna kewanitaan itu jika rambut ibarat hidup segan mati tak mahu. Rambut mahkota wanita! Manjakan rambut kita dengan vitamin terbaik, semulajadi dan halal bersih. Jom amalkan! Shaklee memang best tau!

Credit: superbvitamin.blogspot

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.