Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label lecithin. Show all posts
Showing posts with label lecithin. Show all posts

Friday, May 2, 2014

BENGKAK SUSU


Mengapakah payudara saya bengkak dan sakit?

Pada minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak, sakit, berdenyut, membonjol serta terasa penuh dan tidak selesa. Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak. Anda juga mungkin mengalami demam. Tetapi jangan risau. Walau seteruk manapun bunyinya, keadaan ini hanya sementara. 

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak. 

Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. 

Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk merawat payudara bengkak?

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu: 
  • Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun anda terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi anda menyusu daripada kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir dihisap.

  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!

  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
  • Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan bayi anda yang sedang membesar.

Berapa lamakah payudara bengkak akan berlanjutan?

Mujurlah, masalah payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi. 

Jika anda memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati payudara menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanyalah ubat penahan sakit dan memakai coli sokongan yang baik. 

Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada. 

Bolehkan saya teruskan penyusuan walaupun payudara bengkak?

Boleh, dan memang itu yang sepatutnya. Jika boleh, susukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan lakukan dengan kerap bermula daripada saat itu. 

Perhatikan bayi anda untuk melihat tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah. 

Jika dia menangis, bermakna dia sudah sangat lapar. 

Sebaik sahaja bengkak reda, payudara anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu. 

Adakah payudara bengkak akan memberi kesan pada bayi saya?

Tidak. Tetapi ia mungkin membuatkan anda mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang boleh. 

Credit: babycenter

Lecithin juga boleh membantu untuk mengatasi masalah bengkak susu.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, April 18, 2014

PETUA TURUNKAN BERAT BADAN

JANGAN BERLAPAR/ BIARKAN PERUT KOSONG

Makanan adalah sumber tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga lebih dari bekalan tenaga dari makanan yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda terlalu lapar, pada kebiasaannya anda akan mengambil makanan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal namun kadar metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan kalori tidak terbakar pada tahap yang sama lagi.

AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidaklancaran penghadaman.

MINUM 8 GELAS AIR KOSONG SEHARI

Air kosong mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan dapat membantu proses metabolisma bagi menyingkir simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat, cubalah minum air kosong, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

ELAKMINUM MINUMAN BERKARBONAT

Minuman berkarbonat biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dalam satu sajian dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

MAKAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

MAKAN DENGAN KERAP

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

CUCI MULUT

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

PILIH MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

PILIH MAKANAN BERBIJIRIN/ BERKACANG

Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

DIARI PEMAKANAN

Simpan Satu Diari Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

UTAMAKAN KESIHATAN

Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

CARA MASAKAN

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

PILIHAN PERKAKAS

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

TABIAT BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

AKTIVITI SAMPINGAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Credit: 101 Petua

Jika ingin vitamin yang membantu pembakaran lemak yang selamat dan berkesan, mommy cadangkan LECITHIN, OMEGA GUARD SHAKLEE


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 21, 2013

LECITHIN BANTU PECAHKAN LEMAK

10 sebab anda perlu tahu kenapa anda perlu ambil lecithin 


1) Lecithin membantu mencegah penyakit yg berkaitan dgn lebihan lemak seperti sakit jantung, darah tinggi, stroke dan lain-lain lagi kerana ia bertindak sebagai pelarut lemak


2) Jika lecithin diambil untuk tujuan mengurangkan berat badan di samping bersenam, ia mampu memecahkan dan membakar lemak dengan lebih cepat.


3) Lecithin juga memainkan peranan dalam penyerapan zat- zat penting dari saluran darah ke dalam sel badan kita.


4) Lecithin membantu melindungi sel darah merah kita daripada serangan virus dan bakteria.


5) Lecithin adalah makanan otak dan saraf. Ia sangat baik untuk meningkatkan daya ingatan. Sebab itu lecithin dapat membantu mengelakkan kita daripada penyakit seperti alzheimer disease.


6) Jika anda masalah insomia, lecithin adalah yang terbaik selain ostematrix kerana ianya sumber kepada hormon neurotransmitter yang membantu proses tidur


7) Lecithin merupakan asid lemak yang penting bagi paru- paru bagi mencairkan mukus dan melegakan irritation


8) lecithin juga penting dalam membantu mencegah eczema, kerana ia adalah zat kecantikan (untuk kulit, rambut).


9) Lecithin bertindak sebagai pelincir kepada sendi- sendi badan kita.


10) Lecithin adalah diperlukan dalam penghasilan hormon epinephrine yang diperlukan bagi mencegah simptom menopause dan PMS

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.