Monday, October 6, 2014

AIDILADHA 2014 DI HOSPITAL - Part 1

Assalamualaikum semua..

Mommy kali ni bersiaran langsung di hospital sg.buloh. Hari ni hari ke 4 kami di sini. Kesihatan Raees dah ok sikit tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Nak tahu apa yang terjadi? Ni mommy nak cerita la ni..

Raees da start batuk dan selsema sikit-sikit minggu lepas, hujung bulan September. Ni berjangkit dari kakak Wisya la sapa lagi kan.. Ingat mommy nak terus bawak ke hospital tapi pikir-pikir balik, batuk biasa je pastu baby bukan boleh bagi ubat pun untuk batuk. Jadi mommy decide nak monitor je.

Lepas hari ke 3, which hari khamis mommy da kesian sangat kat Raees batuk dia makin teruk pastu nafas dia macam laju sikit, tengahari tu mommy bawak dia pegi klinik Su Familia kat Bukit Jelutong, family doktor kami. Doktor Siti bagi nebulizer, bagi dia mudah bernafas sebab memang takde ubat batuk untuk baby,lagipun Raees takde demam jadi doktor pun tak risau sangat. Doktor suruh datang lagi malam.

Malam tu kali kedua Raees ambik nebulizer. Doktor pesan,kalau tetiba Raees sesak nafas ke,biru ke, cepat-cepatla ke hospital. Masa tido Raees ok,tapi bila pagi mommy bangun solat tahajud buat kali pertamanya, habis salam je mommy dengar dia batuk. Pastu tetiba dengar suara daddy. Mommy terus lari tengok Raees, nafas dia laju, dalam dan berbunyi. Mommy dah of course risaukan.. Cakap kat daddy jom pegi hospital. Since mommy ni duduk Shah Alam, mana ada hospital kerajaan yang dekat. Kami ke KPJ Shah Alam, Seksyen 20.

Kami sampai dalam pukul 6.30 atau 7 pagi. Diorang cek Raees, bagi oksigen dia ok sikit. Lepas tu doktor tanya nak masuk sini ke? Ikutkan keadaan Raees, dia kena masuk ICU ni. Dah cuak kitorang, wad biasa penuh wad VIP je ada. Etiqa tak cover wad VIP. Tapi doktor tu nak sedapkan hati kitorang, dia cakaplah, kat KPJ ni takde facilities untuk jantung failure since Raees ada VSD & ASD, lebih bagus kalau kita hantar dia dekat hospital yang lengkap supaya tak banyak tangan nanti, katanya.

Jadi doktor pun call hospital Sg. Buloh penuh, Klang penuh, PPUM penuh, rezeki Raees, Sg. Buloh call balik cakap ok boleh transfer sana. Alhamdulilah.. Memang nasib Raees untuk masuk hospital ni,sebab dulu lepas lahir pun Raees di  NICU sini selama 7 hari k..

Merasala mommy naik ambulans.  Pengalamannya sungguh... Kita sambung entri lain pulak.. Tunggu..

Thursday, October 2, 2014

PETUA HILANGKAN KESAN NAJIS PADA SELUAR BAYI

Assalamualaikum semua.. 

gambar dari google

Mesti ibu-ibu pun stress kan dengan kesan kuning yang melekat kat seluar ke, baju ke bila bayi b*rak. Lagi bila anak menyusu badan kan..Kuningnya amatlah kuning. Saya cuci terus guna pencuci baju biasa pun memang tak lut. Tak tahu la kenapa.. Google punya google jumpa satu entri. Katanya sabun mandi amat berkesan untuk hilangkan kesan najis pada pakaian ni.. Ni nak cuba la nanti. Baju Raees tu masih lagi terendam semalaman, tak keluar jugak kesan kuning tu..

Cara-caranya macamni..

1. Mula-mula bersihkan najis atau lendir-lendir yang ada.

2. Lepas tu, ambil sabun mandi tak kiralah jenama apa pun, sentalkan kat kesan kuning tu.

3. Genyeh guna tangan, insyallah akan hilang kesan kuning tu.

4. Katalah, tak hilang jugak, lepas sental dengan sabun mandi, biarkan pakaian tu untuk beberapa jam. Lepas tu baru sental balik, insyallah akan hilang kesannya.

5. Kalau tak hilang jugak..jangan la buang pulak baju atau seluar tu, cuba lagi 2 atau 3 kali lagi, insyallah akan hilang kesan kuning tu. 

Biasanya sabun mandi ni boleh jugak hilangkan kesan darah, itu memang selalu buat. Terbukti berkesan. Jom cuba sesama kawan-kawan. Kalau ibu-ibu ada petua lain jemput la kongsi bersama yer. Sharing is caring kan.

Sekian, salam sayang. xoxo

TIPS MENYUSU KETIKA BERPUASA

Assalamualaikum.. 

Bersempena hari arafah yang hampir tiba, mesti ada ibu-ibu menyusu teringin nak puasa tapi risau sama ada adakah berpuasa akan mengganggu produksi susu ibu kan.. Pelbagai persoalan bermain di kepala. Bolehkah saya berpuasa? Adakah susu saya akan berkurangan? Nak makan apa untuk berbuka dan bersahur?

Jangan risau! Hakikatnya anda boleh terus berpuasa penuh tanpa perlu risau kekurangan pengeluaran susu tetapi dengan syarat perlu mematuhi garis panduan berikut:
  1. Disiplin waktu makan
Ibu menyusu memerlukan kalori tambahan sebanyak 700 kalori sehari. Sebanyak 500 kalori diambil daripada makanan ibu dan 200 kalori diambil daripada lemak dalam tubuh ibu. Oleh itu walaupun berpuasa, pastikan tetap makan tiga kali sehari iaitu sahur, berbuka dan sebelum masuk tidur.

  1. Kurma,kurma,kurma
Makanan sunnah ini terkenal sebagai sumber tenaga segera kepada badan. Kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Maka, jangan sesekali tinggalkan buah kurma sepanjang berpuasa. Ia amat sesuai untuk ibu menyusu.

  1. Makanan seimbang dan suplement
Pastikan ibu berbuka dan bersahur dengan mengambil makanan seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak.  Contoh makanan seperti nasi atau mee semasa berbuka dan bersahur, roti, biskut, kuih-muih sebelum tidur. Pengambilan suplemant untuk ibu menyusu turut membantu memberi tenaga dan mengekalkan penghasilan susu. Jangan tinggalkan ESP Shaklee. Ianya akan membantu anda kekal bertenaga berjam-jam lamanya. Terbukti!

  1. Minum banyak air
Keperluan cecair oleh ibu menyusu sangat tinggi. Sebanyak dua liter diperlukan sehari. Bagaimana hendak minum banyak sedangkan seharian berpuasa? Mulakan minum air masak sejak berbuka sehingga bersahur dan menjelang imsak. Tip mudah, letakkan sebotol air di tepi katil supaya anda boleh minum pada bila-bila masa sepanjang malam. Selain air masak, minuman yang disarankan adalah jus buah-buahan, minuman bersusu dan berbijirin. Elakkan minuman berais terutama ketika berbuka dan bersahur kerana menyebabkan kita cepat dahaga. Minuman suam membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.

  1. Bertenang dan yakin
Secara psikologi, minda anda turut mempengaruhi penghasilan susu ibu. Oleh itu jangan terlalu tertekan memikirkan susu akan berkurangan. Tekanan akan mempengaruhi hormon oksitosin yang mengeluarkan susu ibu. Banyakkan berdoa agar segalanya dipermudahkan Allah.

  1. Kerap menyusu dan mengepam

Ibu perlu ingat dengan formula semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dikeluarkan. Bagi ibu yang bekerja, semakin kerap mengepam, semakin banyak susu dihasilkan. Maksudnya, semakin banyak susu dikeluarkan maka semakin kerap payu dara dikosongkan maka semakin banyak susu akan dihasilkan. Oleh itu walaupun berpuasa tugas mengepam dan menyusukan anak perlu diteruskan. Jangan bimbang susu akan kering, kerana semakin anda tidak mengepam dan menyusukan bayi, susu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Kurangnya pengeluaran susu bukan disebabkan ibu berpuasa sebaliknya kurang rangsangan sama ada menyusukan terus atau mengepam.


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, October 1, 2014

PERJALANAN ANAK SYURGA MOMMY

Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah.. akhirnya malam tadi atau lebih tepat lagi pagi la sebab dalam pukul 12 lebih Raees dah mula menyusu direct.. Secara tiba-tiba laju je dia hisap susu. Biasanya mesti dia main-main atau jilat-jilat jer. Termakbul juga doa mommy.. Puas mommy train Raees dari malam kedua Raees dilahirkan. Sebab malam pertama Raees dalam head box sebab dia tak cukup oksigen masa tu. 

Cukup 50 hari di train, Raees dah pandai. Mommy memang yakin Raees boleh menyusu direct. Walaupun mommy dah redha untuk bagi EBM guna botol susu. Sampai pam rosaklah kan.. Mommy bersyukur sangat-sangat dengan semua yang telah ditakdirkan buat mommy. Tapi sebab Raees kurang sihat dia banyak tidur. Kalau dia bangun pun dia menyusu kejap jer. Jadi nak pastikan susu mommy tak merundum, mommy still pam macam biasa. Lepas dia menyusu pun mommy pam lagi untuk pastikan breast betul-betul kosong. Mommy berharap sangat dapat fully breastfeed Raees. Doakan mommy berjaya ye kawan-kawan. 

Mommy perlulah beli nursing cover supaya senang nak bf Raees nanti. Mommy dah ada nursing poncho dulu beli masa zaman Wisya. Tapi mommy rasa nursing poncho tu tebal dan tak friendly sangat dengan weather kat Malaysia yang panas ni. Sebab tu mommy nak cari nursing cover yang tailored made yang ada window (senang nak tengok baby). Masih tak jumpa lagi. Biasanya online mesti ada. Mommy listkan antara website yang ada jual nursing cover ni ye. Kongsi dengan kawan-kawan yang berminat, lagi pun senang mommy nak cek balik entri ni. Dah anak dua pelupa bagai tak ingat. :)

  1. Little Precious Garden 
  2. Kedai Susu Ibu Sabah
  3. Kedai Chomel
  4. Manjakuhappy
  5. One Baby World
Ini lah antara website yang menjual nursing cover yang mommy nak beli tu. Mommy pernah beli kat little precious garden bagi kat kawan mommy (ibu hessa - owner hessa and me) dia jual Tuesday in Love. Yang nail polish lalu air tu, maknanya boleh bawa sembahyang. Tapi kalau was-was jugak takde masalah, boleh kopek jer dengan kuku, nail polish ni tak perlu pencuci dia. Free marketing jugak ni. Komisen please. Gurau jer intan :)

Oklah, mommy dah melalut dah ni. Asal cerita pasal Raees ni dah promo Tuesday in Love pulak.. Hahhaahah.. Takdelah, sebenarnya mommy nak kongsi dengan semua yang Raees dah pandai menyusu direct. Mommy tahu ini hanya permulaan yang indah bersama Raees, mommy tahu mesti banyak lagi pengalaman manis yang mommy akan tempuhi bersama. Doakan yang terbaik buat kami semua. Sekian, salam sayang. xoxo

1001 KHASIAT ESP SHAKLEE

Assalamualaikum.. 


Yeay!! Promosi ESP datang lagi.. Memang terbaik ESP Shaklee ni. Produk paling laris di pasaran tau.. ESP ni punyalah banyak khasiat. Susu badan pekat, banyak, kulit cantik gebus mulus gitu, boleh menguruskan badan.. Banyak lagi lah. Ni lah yang mommy nak kongsikan antara khasiat-khasiat terhebat ESP Shaklee yang memang tiada bandingannya. 

Jom kita dalami ESP Shaklee dari sudut kesihatan:

1. ESP meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin, dan ketidakselesaan perut

2. ESP mengurangkan paras kolesterol dalam darah sebanyak 23%

3. 60 kajian menunjukan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang

4. 2 kajian menunjukkan pengamalan ESP dan Vitamin E serentak merendahkan 40% LDL (kolesterol buruk) yang membawa risiko darah tinggi dan sakit jantung

5. 4 kajian menunjukkan ESP menghalang LDL (kolesterol buruk) dari teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang membawa kepada sakit jantung

6. ESP menghalang pembentukan batu karang yang biasa dialami oleh lelaki 

7. ESP mengelakkan dari kerosakkan buah pinggang. Protein haiwan boleh rosakkan buah pinggang tapi protein dari soya akan melindungi buah pinggang

8. ESP mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene mencukupi di mana isoflavene adalah bahan semulajadi yang diperlukan badan untuk melawan kanser

9. Protein dan isoflavene dalam ESP bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal untuk terus membiak menjadi sel kanser

10. Protein soya menghalang sel kanser dari merosakkan arteri dan menyerap nutrisi dari badan

11. Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih yang merupakan sistem pertahanan badan kita dalam melawan serangan, penyakit dan jangkitan bakteria atau virus

12. Lysine dalam ESP jika diamalkan dengan Vitamin C mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 90%

13. ESP jika diamalkan dengan flavanoids mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 10x ganda

14. ESP jika diamalkan bersama Carotomax Shaklee dan Ostematrik mengurangkan pembiakan sel kanser sebanyak 10x ganda

15. Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel sihat untuk fungsi badan yang sempurna

16. ESP terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya

17. ESP membina sel otot, kulit dan hormon yang seimbang, menyokong sistem imunisasi badan, dan menyokong kesihatan jantung dan prostat (lelaki)

18.  ESP mengawal mood swing pada wanita ketika PMS dan wanita menopaus 

Wow hebatnya ESP. Sangat berbaloi kerana ESP sesuai untuk seluruh keluarga. Mak boleh ayah pun boleh minum ESP. Buat ibu menyusu. ESP adalah milk booster terbaik. Ini terbukti dengan testimoni dari pengguna Shaklee sendiri. Jadi jangan tunggu lagi, cepat-cepat jangan lepaskan peluang dengan promosi hebat.


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, September 30, 2014

CARA HILANGKAN KAHAK BAYI

Assalamualaikum semua.. 

Baby Raees batuk berkahak. Sah-sah berjangkit dengan kakak wisya yang selesema dan batuk. Since Raees ada jantung berlubang, memang takut sangat kalau dia sakit. Memang mommy cuba jauhkan Wisya dari Raees tapi amatlah susah sebab kakak Wisya kononnya sayang sangat kat adik dia mesti nak kiss everyday. Puas mommy halang, tapi Wisya mesti menang. Jadi end up sekarang Raees batuk berkahak. Mommy ingat nak ke klinik atau hospital, tapi mommy minta pendapat Dr. Liza (kawan Doha) dia nasihatkan monitor dulu, sapu vicks kat dada dia and kaki. Sebab kalau baby lagi tak elok bagi makan ubat sangat kan. Kalau Raees tak baik-baik lagi dan nafas dia makin laju, mommy kenalah berlari ke emergency room. 


Ni mommy pun google nak cari cara nak hilangkan kahak bayi secara tradisional. Dapat kat sini. Mommy kongsikan bersama. Nanti bolehlah cuba sesama kan.

1. Madu asli.

Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat jer, boleh tambah air sikit.Madu boleh mengeringkan kahak. Campurkan madu pada susu bayi atau beri mereka minum madu sedikit setiap hari. Psssttt sila guna sudu plastik yer!

2. Kunyit hidup atau bawang putih.

Kunyit hidup tu, gosok la kat mana2 permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit tu dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.. Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih tu tapi jgn la sampai hangit.. Caranya sama jer guna kunyit, gosok, ambil serbuk,kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

3. Daun kaduk.

Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti..

4. Kismis

Kalau anak kita dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

5. Daun Bunga Tahi Ayam.

Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemuadian sapu kat tengkuk dan dada.

6. Gula Melaka

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak- kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

7. Pucuk Ubi

Jika anak kecil anda sedang batuk, cubalah merawatnya dengan cara berikut. Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur (kapur yang digunakan untuk makan sirih) dan ramas-ramas atau digonyoh dengan kedua-dua tapak tangan hingga keluar air.
Ambil air itu dan sapukan dileher dan dada anak anda. Insya Allah, batuknya akan berkurangan dan beransur hilang.


Tapi mommy teringat pagi tadi dengan Omega Guard Shaklee, sebab dia pun berfungsi untuk mencairkan kahak. So, lepas lunch tadi mommy ambil 3 biji. Lepas tu, Raees 2 kali muntah, kuar semua kahak-kahak. Jadilah testimoni sendiri. Memang gerenti mommy akan sambung ambil Omega Guard dan cuba jugak petua-petua di atas. Doakan Raees cepat sembuh dan dijauhi kami ke hospital ye.

Sekian sahaja dari mommy. Sehingga entri yang lain pula. Salam sayang, xoxo



Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


TANDA - TANDA ANDA TELAH HAMIL

Assalamualaikum.. 

Tahukah anda tanda-tanda bila anda sedang hamil? Jom mommy kongsikan 10 tanda terpenting anda akan tahu anda sedang hamil. 

  1. Mengidam - Ya, bunyinya sangat cliche kan.. tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.
  2. Areola anda menjadi gelap - Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
  3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi - Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
  4. Kerap membuang air kecil - Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
  5. Keletihan - Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
  6. Payudara melembut dan membengkak - Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
  7. Deria rasa berubah - Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
  8. Morning sickness - Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
  9. Tidak datang haid - Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur. 
  10. Ujian kehamilan positif - Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan Tahniah!
Mommy syorkan untuk anda memulakan pengambilan set hamil Shaklee. Dengan pengambilan vitamin pelengkap shaklee yang sesuai untuk ibu hamil, ianya adalah pilihan terbaik untuk membantu sickness dan memberi tenaga buat ibu hamil. Info penuh tentang vitamin pelengkap di bawah sila klik di sini.


Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.