Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label mealshake. Show all posts
Showing posts with label mealshake. Show all posts

Saturday, September 13, 2014

BERAMAL DENGAN PEMBELIAN MEALSHAKE SHAKLEE

Assalamualaikum semua.. 


Mesti ramai yang dah tahu tentang promosi Mealshake Shaklee bulan ini dan bulan depan, iaitu beli 3 percuma 1. Ada sesuatu yang menarik di sebalik promosi ini tau.. Marilah sama-sama kita beramal dengan pembelian set Mealshake ini. Kerana Shaklee akan mendermakan 10% dari keuntungan pembelian set ini kepada MyKasih Foundation

Matlamat Shaklee adalah untuk memderma sejumlah RM1 juta (dari harga Mealshake) kepada 2000 keluarga dalam setahun. Jangan tunggu lagi, ini adalah saham akhirat kita. 

Satu set hanya berharga RM341.25 anda akan dapat 4 Mealshake! Sangat berbaloi. Jadi jangan fikir lagi, hubungi mommy beli terus k!


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, September 7, 2014

TESTIMONI MEALSHAKE & COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Assalamualaikum.. 

Bersempenakan bulan promosi Mealshake Shaklee & Collagen Powder bulan ini.. Mommy kongsikan bersama himpunan testimoni untuk produk Shaklee yang sememangnya terbaik untuk anda & juga anak anda.











Haa tengok tu.. punyala banyak testimoni.. Tak perlu pikir lama-lama.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease


Wednesday, September 3, 2014

ANAK CEREWET MAKAN

Assalamualaikum semua..

Pasti di luar sana yang sedang merasai atau melalui pengalaman anak yang cerewet makan kan.. Alhamdullilah darwisya anak pertama mommy pasal makan sentiasa lalu. Dia hanya tak lalu makan kalau sakit atau demam. Mungkin juga sebab mommy selalu memberi Mealshake shaklee yang penuh nutrisi buat si kecil. Mommy pernah berkongsi sebelum ni tentang Mealshake Shaklee

Kali ni mommy nak berkongsi bagaimana nak atasi anak yang cerewet makan. 
  1. Kalau boleh sediakan pelbagai makanan. Jangan stick dengan satu menu je. Banyak-banyak bersabar bila memperkenalkan menu baru kepada anak. Jangan terus letak dalam mangkuk atau pinggan dia kerana dia akan berasa tertekan untuk menghabiskan menu baru. Sebaliknya biarkan dia melihat seluruh ahli keluarga lain mencuba dan biar dia terbuka hati untuk  mencuba dengan sendirinya.
  2. Hidangkan dalam saiz yang kecil. Kalau boleh separuh dari hidangan dewasa. Contoh, setengah cawan bijirin atau yogurt, sepotong roti etc
  3. Jangan berikan terlalu banyak pilihan contoh tanya anak, Adik nak makan apa malam ni.. Nanti dia minta KFC atau Nasi ayam ke yang takde atas meja. Sebaliknya beritahu anak, Ok, ni hidangan makan malam kita. Jadi dia perlu memilih hanya apa yang dihidang.
  4. Sekali sekala ajak anak menyediakan hidangan bersama. Seperti shopping untuk penyediaan makanan tersebut. Mestilah dia teruja nak cuba makanan yang dia masak atau sediakan.
  5. Jangan jemu untuk mencuba menu baru untuk anak-anak. Jadikan pengalaman makan tengahari atau malam sesuatu yang menyeronokan bukan situasi yang stress atau tertekan. Pastikan hidangan anak-anak bukan sahaja menyeronokan tetapi berkhasiat juga!
Seperti yang mommy kongsikan pada awal tadi, jika anak anda terlalu cerewet dan tidak mahu makan, cuba Mealshake Shaklee agar anak akan berselera untuk mencuba pelbagai menu baru. Jangan lepaskan peluang sebab bulan ni ada promosi hebat! Beli 3 dapat 1 PERCUMA!!



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, September 1, 2014

PROMOSI MEALSHAKE & COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Sungguh hebat bulan September 2014 ni. Ada 2 promosi yang berlangsung sekali gus! 

Mealshake Shaklee & Collagen Powder Shaklee. Kedua-dua produk yang teramatlah laris dan dengan promosi terawesome jangan tunggu lama-lama. Takut kehabisan nanti.

Mealshake 

Buy 3 Free 1

Collagen Powder 

Buy 6 Free 1

Anda pilih yang mana anda mahu. Nak beli satu set ke, dua set ke, atau nak beli satu pun boleh.. 

Mommy sertakan testimoni untuk kedua-dua produk terhebat Shaklee.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, June 3, 2014

CARA BAGI ANAK SUKA MAKAN SAYUR


“Adik kena makan sayur kalau nak kuat macam Superman tau,” begitu ayat pancing yang sering dituturkan oleh si ibu kepada anak kecil yang tidak mahu makan sayuran.

Kebiasaannya si anak akan berfikir seketika sama ada hendak menjadi kuat seperti superhero pujaan atau membiarkan sahaja kata-kata ibu. Ada ibu yang bernasib baik apabila si kecil dengan pantas makan sayuran tersebut kerana terpengaruh dengan kata-katanya tetapi ada juga yang langsung tidak terkesan dengan pujukan ibu.

Seringkali kita mendengar ibu mengomel mengenai anak kesayangan yang tidak suka menjamah sayur-sayuran yang dihidang. Bagaimana hendak membesar dengan sihat jika sayur langsung tidak mahu dimakan. Risaunya ibu! Sudah bermacam dipujuk tetapi mereka tetap tegar menolak sayur.

Walaupun mungkin bagi sesetengah ibu, sudah mempraktiskan tip mengajak anak makan sayuran tetapi dikongsikan lagi beberapa tip yang mungkin boleh diguna pakai sekali lagi.

Sembunyikan sayuran

Menghidangkan sayuran secara terus kepada anak-anak bukan satu langkah yang tepat. Di sini anda memerlukan taktik untuk mengumpan mereka. Apa kata sembunyikan sayuran tersebut di sebalik makanan kegemaran mereka seperti ayam, ikan, daging, udang dan sebagainya. Secara tidak langsung mereka tetap mendapat khasiat sayuran tersebut tanpa sengaja.

Hiasan menarik

Anak kecil memang mudah terpengaruh dengan sesuatu yang menarik. Mungkin warna dan bentuk sayuran yang hijau dan rasanya yang agak pahit tidak menarik perhatian mereka. Apa kata anda menjadi kreatif dengan mencipta pelbagai bentuk menggunakan sayur-sayuran untuk menarik minat mereka menjamahnya. Mana tahu idea ini menjadi!

Jus buah dan sayur

Kanak-kanak amat menggemari jus buah-buahan. Mungkin rasanya yang masam manis serasi dengan citarasa mereka. Oleh itu gunakan kelebihan ini untuk menggabungkan buah dan sayuran dalam bentuk jus. Selain boleh dihidang sebagai jus segar, anda boleh juga membekukan sehingga menjadi aiskrim dan pasti si kecil lebih tertarik untuk mencuba.


Jika anak masih sukar dipujuk untuk makan sayur, mommy sarankan untuk mencuba Mealshake shaklee.

 Fakta menarik Mealshake:
  • Menyediakan 24 vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Berindex glisemik rendah
Satu botol yang penuh dengan khasiat. Kesan baik pada anak:
  • masalah sembelit teratasi
  • menambah selera makan anak-anak bagi yang sukar atau memilih makanan
  • bertenaga sepanjang hari
  • menguatkan antibodi
  • sukar dijangkiti demam, selsema atau batuk
  • mudah sihat semula jika demam
  • anak menjadi fokus dan alert

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, May 28, 2014

ANAK KURANG BERAT BADAN

Masalah kurang berat badan dalam kalangan bayi berusia setahun ke atas tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana kurang berat badan yang sepatutnya menunjukkan anak tidak mendapat khasiat secukupnya. Keadaan ini secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan dan tumbesarannya.
Makanan lembut boleh diberikan seawal usia enam bulan. Contohnya, bubur nasi yang dikisar bersama isi ayam dan sayuran. Pelbagaikan pilihan makanan juga sayuran bagi memastikan anak mendapat kesemua nutrien yang diperlukan.
Ini kerana sejenis makanan hanya mempunyai sejenis nutrien yang diperlukan sahaja. Maka jika hanya satu pilihan sahaja diambil, hanya satu jenis nutrien yang diperoleh. Vitamin C membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan zat besi. Jadi dalam hal ini, kalsium daripada susu penting bagi kesihatan tulang yang secara tidak langsung membantu tumbesaran zat.
Zat besi pula penting bagi pembinaan sel darah, pengangkutan oksigen, penghasilan tenaga dan pertahanan sistem badan. Bagi menambah berat badan, jumlah tenaga atau kalori yang diambil perlu ditingkatkan. Contohnya, ikan digoreng terlebih dahulu sebelum isinya dicampurkan dengan bubur nasi.
Roti putih disapu dengan marjerin lembut dan sebagainya. Dalam hal ini, sedikit lemak atau minyak yang diberikan melalui masakan tidaklah menjadi mudarat asalkan dalam kuantiti yang sedikit dan terkawal.
Jika anak anda enggan makan, mommy darwisya boleh syorkan MEALSHAKE Shaklee. Pasti anak akan berselera.

Untuk dapatkan tips atau panduan menggalakkan anak makan, boleh klik di sini!

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, May 14, 2014

MIGHTY 3 GEMS SHAKLEE

Ramai tidak sedar yang sarapan merupakan rahsia untuk kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan, anda mungkin:

  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang,
  • Kurang peka,
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas,
  • Kandungan gula dalam darah yang rendah,
  • Produktiviti kerja menurun.
Shaklee menawarkan Set Mighty 3 Gems untuk memulakan hari anda dengan sarapan yang lazat dan berkhasiat.

Kebaikan:
  • Bertenaga sepanjang hari 
  • Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan.
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh.
  1. MEAL SHAKES SHAKLEE
  2. PERFORMANCE
  3. ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, May 4, 2014

MEALSHAKE SHAKLEE


APABILA anak enggan makan, ibu bapa yang susah hati. Anak orang lain pantang disuap, makan sahaja apa yang diberi tanpa sebarang masalah.

Bagaimanapun situasi anak enggan makan ini boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa kerana jika ia berpanjangan boleh me- rencatkan tumbesaran seorang kanak-kanak.
Sehubungan itu, ibu bapa yang berdepan dengan masalah ini tidak boleh membiarkan keadaan itu berterusan tanpa berusaha mengatasinya.

Sebilangan kita ada yang salah faham dengan supplement. Bila bercakap tentang supplement, apa yang difikirkan adalah:


" okey, aku sudah ambil supplement, maka tidak perlulah jaga sangat diet yang seimbang"
" makan supplement sahaja sudah cukup untuk bagi segala khasiat pada tubuh"

Hakikatnya supplemen hanyalah pelengkap dan akan menampung mana-mana lompong yang ada namunTIDAK sesekali menggantikan pemakanan seimbang yang seharusnya kita ambil seharian. 

Si manja saya memang sukar dan cerewet dalam memilih makanan. Maka sudah pasti agak sukar ingin memastikan mereka mendapat khasiat yang sepatutnya. Maka seaya memilih MEALSHAKE dari Shaklee yang saya rasa sangat membantu saya sebagai seorang ibu. Kenapa saya memilih Mealshake Shaklee?

PERBEZAAN MEALSHAKE SHAKLEE


  • Mealshake Shaklee menyediakan HIDANGAN LENGKAP dan asid amino serta nutrisinyaMUDAH DISERAP untuk kegunaan harian. Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - BUAH-BUAHAN, SAYURAN, KACANG SOYA, LACTALBUMIN (sejenis susu) dan lain-laian.Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hingga ke orang dewasa. Kebiasaannya, ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulinlactoferrinbacteriolysindan sebagainya.
  • Mealshake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak membesar, ibu mengandung, para atlet, pengamal sayuran (vegetarian), orang sakit, orang yang sibuk bekerja atau orang yang selalu mengambil makanan segera. Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh berkhasiat, mealshake merupakan pilihan yang bijak.

MANFAAT UTAMA

  • NUTRISI LENGKAP - menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lecitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
  • MEMBEKAL NUTRISI KEPADA SEL TUBUH - kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, rambut, kuku, organ, darah, imun dan lain-lain.
  • MEMBANTU TUMBESARAN - mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk mebina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
  • ANTIOKSIDA - mengandungi vitamin A, C, E, Zink, selenium yang merupakan agen anti oksida yang nertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  • MENGEMBALIKAN SERI WAJAH - Mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/kulit yang lebih cantik.
  • DETOKSIFIKASI - kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
  • KELAZATAN  RASANYA - minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi: penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang PEWARNA DAN GULA TIRUAN. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan.

CARA PENGAMBILAN

Campurkan 2 sudu besar Mealshake bersama Soy Isolate Protein Powder dan Performance Drinks (semasa perut kosong) atau diminum begitu sahaja tanpa campuran.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, April 16, 2014

CARA ATASI ANAK SEMBELIT

Masalah sembelit adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Sembelit adalah masalah di mana anak anda kurang kerap membuang air besar daripada biasa dan najisnya lebih keras berbanding biasa.
Tabiat usus kanak-kanak adalah pelbagai. Sesetengah kanak-kanak mempunyai pergerakan usus dua kali sehari dan sesetengahnya hanya sekali setia dua atau tiga hari. Tidak kira apa corak pembuangan najis anak anda, ia adalah perkara normal.. Jangan cuba mengubahnya.
Kanak-kanak biasanya mengalami masalah sembelit apabila berlaku perubahan kecil dalam pemakanan rutinnya.
Apa yang boleh dilakukan?
  • Jika anak anda mengalami sembelit, jangan risau kerana ia tidak berbahaya. Jangan memberinya ubat julap kerana ia hanya mengganggu tindakan biasa ususnya.
  • Beri anak minum banyak air, terutama jika cuaca panas. Ini dapat membantu melembutkan najisnya. Jus buah-buahan mungkin dapat membantu mengurangkan masalah sembelit.
  • Jangan menggesa anak supaya cepat apabila dia berada di tempat pembuangan air dan jangan juga membiarkannya berada di situ terlalu lama. Jika dia mengalami sembelit, sapukan Vaseline di sekeliling lubang duburnya sebelum mendudukkannya di tempat pembuangan air untuk memudahkan pergerakan ususnya.
  • Tambahkan pengambilan makanan berserta dalam diet pemakanan anak anda. Antara makanan berserat seperti roti bergandum penuh, bijirin sarapan bergandum penuh, buah pir, pic dan pisang, buah kering prun dan aprikot serta sayur-sayuran. Ini membekalkan saiz yang membantu usus mencengkam dan menggerakkan kandungannya sepanjang usus.

 Bagaimanapun tindakan pantas membawa anak berjumpa doktor perlu dilakukan sekiranya anak anda mengalami simptom berikut:
*Menangis atau mengadu kesakitan apabila menggerakkan ususnya.
*Mempunyai jaluran darah pada najisnya atau pada lampin atau seluarnya.
*Mengalami sembelit lebih daripada tiga hari.

Mealshake Shaklee boleh membantu menyelesaikan masalah sembelit ini. Malah ianya lebih dari sekadar penyelesai sembelit. Dikenali sebagai 'sarapan pantas' dan 'booster tenaga' untuk anak-anak. Fakta menarik Mealshake:
  • Menyediakan 24 vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Berindex glisemik rendah
Satu botol yang penuh dengan khasiat. Kesan baik pada anak:
  • masalah sembelit teratasi
  • menambah selera makan anak-anak bagi yang sukar atau memilih makanan
  • bertenaga sepanjang hari
  • menguatkan antibodi
  • sukar dijangkiti demam, selsema atau batuk
  • mudah sihat semula jika demam
  • anak menjadi fokus dan alert

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, December 24, 2013

ANAK ENGGAN MAKAN

Ramai kanak-kanak suka memilih makanan. Akibatnya, lebih banyak makanan yang ditolak berbanding dengan yang dimakan. Jika itu halnya, adakah kuantiti yang diambil itu mencukupi?

Sebenarnya, kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Harus diingat, kekurangan berat badan tidak bermaksud anak anda kurus. Sesetengah kanak-kanak, secara semula jadi bertubuh kecil, namun, mereka bukanlah kurang berat badan. Manakala kanak-kanak yang bertubuh agak besar sejak lahir tidak bermakna mereka cukup zat makanan. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kuantiti makanan yang diambil oleh seseorang kanak-kanak itu tidak melambangkan tahap kesihatannya. Sekiranya anak anda ada banyak tenaga dan tumbesarannya normal, dia sebenarnya sihat meskipun hanya makan sedikit. Tetapi, jika berat badan anak anda tidak naik dan dia seakan tidak sihat, sesuatu perlu dilakukan.

Umumnya, kanak-kanak perlu makan untuk membesar secara normal. Oleh yang demikian, ibu bapa tidak boleh memandang ringan jika tumbesaran anak tidak seperti yang digariskan. Memang tidak dapat dinafikan bahawa proses pemberian makanan kepada kanak-kanak berusia antara satu hingga enam tahun sangat mencabar. Namun, demi masa kesihatan dan masa depan anak-anak, ibu bapa perlu bersungguh-sungguh memastikan anak-anak mengambil hanya yang berkhasiat untuk keperluan tenaga dan nutrien anak sepanjang proses tumbesaran. Kekurangan berat badan bagi kanak-kanak tidak boleh dipandang ringan kerana banyak implikasinya seperti kecerdasan otak terjejas, pertumbuhan fizikal terganggu dan mudah diserang penyakit. Sekiranya hal ini terjadi kepada anak anda, bawalah dia berjumpa doktor untuk mengenal pasti masalah dan mencari jalan mengatasinya.

Jika anak anda enggan makan, berusahalah untuk mencipta suasana makan yang menceriakan. Pada masa yang sama, pelbagaikan menu dan cara sajian makanan untuk mereka. Harus diingat, kepelbagaian makanan yang disajikan perlulah mengutamakan vitamin dan zat agar tumbesaran tubuh dan perkembangan minda kanak-kanak tidak terjejas. Kuantiti makanan yang diambil anak anda biarpun sedikit tetapi mestilah berkhasiat. Ini lebih baik daripada makan banyak tetapi tidak berzat.

Tip Makanan Untuk Anak Kurus :


♦ Pastikan anak diberi pelbagai makanan mengikut saranan Piramid Pemakanan Malaysia. Jangan beri anak makan makanan yang rendah lemak.

♦ Makanan tinggi kalori sangat sesuai untuk meningkatkan berat badan ke tahap yang normal.Beri anak makanan sekurang-kurangnya 5 hingga 6 kali sehari.

♦ Bekalkan anak snek sihat seperti biskut lemak, buah-buahan kering, sandwic dan kekacang setiap kali dia ke sekolah. Rehatkan anak anda daripada sebarang aktiviti sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu makan.

♦ Elakkan memberi anak anda makanan yang tinggi kandungan gulanya seperti makanan ringan dan minuman berkarbonat.


Panduan Menggalakkan Anak Makan :


♦ Beri anak makan dalam keadaan tenang dan bukan marahkan dia setiap kali dia enggan makan.

♦ Sediakan sendiri makan untuk anak dan bukan dibeli di restoran makanan segera atau di gerai-gerai yang belum tentu berkhasiat.

♦ Sesibuk mana pun anda, pastikan seisi keluarga makan bersama-sama setiap kali tiba waktu makan agar anak anda lebih berselera.

♦ Sekiranya anak anda masih kecil, ajaklah dia makan sambil bersiar-siar di taman permainan agar dia rasa lebih selesa.


Makanan Khas Untuk Anak Kurang Berat Badan :


♦ Nasi atau bubur perlulah ditambah dengan ayam atau daging dan minyak.♦ Roti mestilah dihidangkan bersama mentega, keju dan mentega kacang.♦ Biskut kraker mesti dimakan dengan marjerin dan mentega kacang.♦ Susu kosong ditambah dengan serbuk coklat.♦ Telur rebus dihidangkan bersama mayones, keju dan mentega.♦ Kentang rebus dilenyek dan ditambah dengan susu dan mentega.


Kenapa Anak Tidak Mahu Makan?


♦ Bermasalah dengan gigi.

♦ Bosan dengan makanan yang diberikan.

♦ Terlalu banyak bermain.

♦ Tidak ada kawan untuk makan bersama-sama.

♦ Tidak berselera untuk makan.

♦ Ibu bapa terlalu memaksa mereka menghabiskan makanan.

Credit: Permatacintaku blogspot

Jika anak anda enggan makan, mommy darwisya boleh syorkan MEALSHAKE Shaklee. Pasti anak akan berselera.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, November 5, 2013

ANAK CEREWET MAKAN?

Aduh memang pening kepala mama kalau anak cerewet makan. Ia sangat menguji kesabaran ibu. Penat memasak tidak hilang apabila si manja enggan membuka mulut merasa masakan yang disediakan. 

Kadang kala kita terfikir bagaimana anak sekecil usia setahun lebih sudah pandai memilih makanan apa yang hendak di makan. Sebenarnya ia bermula daripada didikan awal di rumah. 

Ibu bapa perlu menetapkan undang-undang makan sejak anak mula belajar makan makanan pejal. Ketegasan diperlukan untuk mendidik anak-anak membesar sebagai anak yang tidak cerewet bab makan. 

*Pentingnya menetapkan masa makan yang konsisten setiap masa. 

*Pastikan semua ahli keluarga makan bersama setiap kali waktu makan. 

*Jika anak enggan makan pada waktu makan, anda perlu tegas memberitahunya selepas ini tidak ada makanan jika dia terasa lapar. 

*Elakkan gangguan televisyen, alat permainan ketika waktu makan. Kadang kala ada ibu bapa yang memang mendidik anak sejak usia bayi makan sambil menonton televisyen atau bermain. Alasannya supaya anak mudah makan. Kesannya apabila besar, mereka tidak mahu makan kerana asyik menonton televisyen. 

*Libatkan anak-anak dalam proses penyediaan makanan bermula daripada membeli bahan, menyediakan dan memasak. 

*Tanya anak soalan seperti “Hari ini nak makan ayam ke ikan?” berbanding “Hari ini nak makan apa?”. Ia lebih memberi kesan teruja kepada anak untuk menjamah makanan yang dimasak nanti. 

*Jika anak enggan makan sayur, ceritakan satu watak kartun yang hebat kerana makan sayur. Misalnya kartun Popeye. Dengan melihat kehebatan kartun tersebut disebabkan makan sayur, anak-anak kecil akan terpengaruh. 

Semuanya terletak kepada cara pujukan ibu bapa melatih anak mereka membesar sebagai anak yang tidak cerewet makan. Jika anak tak suka makan sayur, periksa diri adakah anda sendiri makan sayur atau tidak? 

Ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak jadi pastikan kita menjadi cermin yang terbaik buat mereka.

Jika bayi anda enggan makan, mommy darwisya boleh syorkan MEALSHAKE Shaklee. Pasti bayi akan berselera.

Credit : Pama

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman

Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.