Masalah sembelit adalah perkara biasa dalam kalangan kanak-kanak. Sembelit adalah masalah di mana anak anda kurang kerap membuang air besar daripada biasa dan najisnya lebih keras berbanding biasa.
Tabiat usus kanak-kanak adalah pelbagai. Sesetengah kanak-kanak mempunyai pergerakan usus dua kali sehari dan sesetengahnya hanya sekali setia dua atau tiga hari. Tidak kira apa corak pembuangan najis anak anda, ia adalah perkara normal.. Jangan cuba mengubahnya.
Kanak-kanak biasanya mengalami masalah sembelit apabila berlaku perubahan kecil dalam pemakanan rutinnya.
Apa yang boleh dilakukan?
  • Jika anak anda mengalami sembelit, jangan risau kerana ia tidak berbahaya. Jangan memberinya ubat julap kerana ia hanya mengganggu tindakan biasa ususnya.
  • Beri anak minum banyak air, terutama jika cuaca panas. Ini dapat membantu melembutkan najisnya. Jus buah-buahan mungkin dapat membantu mengurangkan masalah sembelit.
  • Jangan menggesa anak supaya cepat apabila dia berada di tempat pembuangan air dan jangan juga membiarkannya berada di situ terlalu lama. Jika dia mengalami sembelit, sapukan Vaseline di sekeliling lubang duburnya sebelum mendudukkannya di tempat pembuangan air untuk memudahkan pergerakan ususnya.
  • Tambahkan pengambilan makanan berserta dalam diet pemakanan anak anda. Antara makanan berserat seperti roti bergandum penuh, bijirin sarapan bergandum penuh, buah pir, pic dan pisang, buah kering prun dan aprikot serta sayur-sayuran. Ini membekalkan saiz yang membantu usus mencengkam dan menggerakkan kandungannya sepanjang usus.

 Bagaimanapun tindakan pantas membawa anak berjumpa doktor perlu dilakukan sekiranya anak anda mengalami simptom berikut:
*Menangis atau mengadu kesakitan apabila menggerakkan ususnya.
*Mempunyai jaluran darah pada najisnya atau pada lampin atau seluarnya.
*Mengalami sembelit lebih daripada tiga hari.

Mealshake Shaklee boleh membantu menyelesaikan masalah sembelit ini. Malah ianya lebih dari sekadar penyelesai sembelit. Dikenali sebagai 'sarapan pantas' dan 'booster tenaga' untuk anak-anak. Fakta menarik Mealshake:
  • Menyediakan 24 vitamin dan mineral penting-nutrien asas yang anak-anak yang sedang membesar dan remaja-remaja perlu untuk terus kuat dan sihat.
  • Sumber terbaik serat pemakanan dan protein
  • Sumber pekat kalsium
  • Berindex glisemik rendah
Satu botol yang penuh dengan khasiat. Kesan baik pada anak:
  • masalah sembelit teratasi
  • menambah selera makan anak-anak bagi yang sukar atau memilih makanan
  • bertenaga sepanjang hari
  • menguatkan antibodi
  • sukar dijangkiti demam, selsema atau batuk
  • mudah sihat semula jika demam
  • anak menjadi fokus dan alert