Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 8, 2014

20 TIPS TAMBAH SUSU BADAN

Mungkin ibu-ibu diluar sana sedang mengalami susu badan yang kian merundum. Mommy berkongsi 20 tips tambah susu badan yang boleh membantu meningkatkan produksi susu masing-masing. Selamat mencuba dan semoga berjaya mommy doakan!
  • Menyusu dengan kerap.
  • Penyusuan dengan kedua-dua buah dada. Jika dapati bayi letih menghisap, cuba bertukar ke payudara lain sehingga kedua-dua kosong atau sehingga bayi tidak dapat menghisap lagi.
  • Pastikan anda menyusui bayi anda cukup lama untuk mengosongkan payudara anda.
  • Jangan ikut jadual penyusuan. Ikut isyarat kelaparan bayi anda untuk menyusu.
  • Berikan bayi anda suapan gugusan terutamanya pada waktu malam sebelum mereka tidur. Suapan gugusan adalah apabila bayi diberi susu beberapa kali dalam tempoh waktu yang singkat.
  • Menyusu pada waktu malam dimana penghasilan susu yang paling optimum.
  • Pamkan payudara anda menggunakan pam manual atau elektrik selepas menyusui bayi untuk memastikan payudara anda betul-betul kosong.
  • Bogelkan bayi anda ketika menyusu dimana sentuhan kulit ke kulit menbantu bayi kekal sedar dari terlena.
  • Teknik urutan payudara yang betul boleh membantu susu mengalir dengan lancar.
  • Pastikan anda dalam keadaan tenang dan relax kerana tekanan stress akan mengganggu penghasilan susu ibu kepada bayi anda.
  • Jangan tidur meniarap pada waktu malam. Ini boleh memampatkan payudara anda dan menghalang pembekalan susu. Posisi tidur semasa mengandung juga amat penting untuk penghasilan susu.
  • Gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun bayi anda sedang tidur.
  • Elakkan mengguna puting tiruan.
  • Elakkan mengambil pil perancang semasa anda sedang menyusukan bayi.
  • Jangan merokok semasa hamil.
  • Minum air dengan banyak sebelum penyusuan.
  • Cuba elakkan minuman berkafein.
  • Makan diet yang seimbang dan sihat dengan protein yang banyak.
  • Berbincang dengan doktor anda tentang preskripsi atau pengambilan supplement untuk meningkatkan penghasilan susu.
  • Akhirnya, fikirkan bayi ketika menyusu, ini dapat merangsangkan penghasilan susu.

Jika susu anda merundum, klik sini untuk tahu cara mengatasinya.

Supplement set breastfeeding Shaklee boleh membantu untuk meningkatkan produksi susu ibu dan memastikan kesihatan ibu yang optimum supaya ibu boleh menyusu secara eksklusif sehingga bayi berumur 2 tahun.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

No comments:

Post a Comment