Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label ostematrik. Show all posts
Showing posts with label ostematrik. Show all posts

Wednesday, September 17, 2014

SEMBELIT SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum..

Anda baru bersalin dan anda sembelit. Adalah biasa jika anda tidak membuang air besar (konstipasi) untuk dua hari pertama selepas melahirkan bayi. Memang tidak selesa menggunakan tandas hospital kan.. Apatah lagi bila ada jahitan. Seriau rasanya. 

Ada beberapa sebab fizikal anda mungkin tidak boleh menggerakkan usus:
  • Jumlah progesteron yang tinggi mungkin telah menyebabkan sedikit sebanyak sembelit semasa hamil.
  • Sistem pencernaan anda berfungsi dengan lebih perlahan semasa proses kelahiran.
  • Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus anda berfungsi dengan lebih lembab dari biasa.
Kemungkinan masalah membuang air besar lebih tinggi jika:
  • anda melalui kelahiran dibantu, seperti forseps atau ventouse;
  • anda pernah melahirkan bayi sebelum ini;
  • anda mengambil pil zat besi atau ubat antidepresi, yang kedua-dua boleh menyebabkan sembelit;
  • anda mendapat jahitan.

Mesti ada terfikir sakit ke bila buang air besar selepas bersalin? Kebiasaannya tidak sakit, anda mungkin mendapati bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas. Ini disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi sangat di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.


Perasaan takut akan membuatkan anda rasa lebih tak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot apabila yang paling diperlukan adalah otot mengendur. Cubalah alihkan perhatian dengan membaca buku atau majalah semasa di dalam tandas.

Anda tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika anda tidak ke tandas sebab konstipasi akan melonggarkan lantai pelvis anda.

Untuk memudahkan anda membuang air besar dan elakkan sembelit, rutin makan dan minum secara teratur sebaik saja anda melahirkan bayi anda amat penting. Cuba makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan, dan minumlah banyak cecair.

Cecair akan membuat najis anda lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Atmosfera dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidratkan tanpa disedari. Selain itu, menyusui bayi boleh membuat anda dahaga, jadi anda perlu banyak minum. 

Bangunlah dari katil sebaik saja anda bersalin dan bawa berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Berduduk atau berbaring untuk masa yang lama akan membuatkan sembelit lebih teruk.

Apabila perasaan hendak ke tandas mula datang, jangan pula tidak mengendahkannya. Duduk sepenuhnya, jangan menenggek. (Ada ibu-ibu yang tidak suka duduk pada tandas hospital.)

Luruskan belakang anda dan angkat lutut anda supaya lebih tinggi dari punggung. Jika boleh, letakkan kaki anda atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki kaki. Letakkan siku anda atas lutut. 

Tujuannya ialah supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung sebab ini cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini! 

Sekarang, rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada, dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan anda tidak akan koyak (ingatlah - ini tak akan berlaku!). 

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan. 

Anda akan mendapati bahawa jika anda makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian. 

Sebaik saja anda sudah makan dan minum, jangan duduk, pergi bawa berjalan-jalan dekat-dekat dahulu.

Jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda mungkin menghidapi sembelit sementara jadi beritahu doktor anda dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang ritma natural usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.

Selalunya doktor anda akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama. 

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu. Adalah penting bagi anda meminta doktor mempreskripsikan julap, dan tidak membelinya sendiri di kedai, sebab keperluan anda bergantung kepada samada anda mengambil ubat-ubat lain, atau jika anda menyusu badan.

Untuk mencegah sembelit secara jangka panjang:
  • Sedari dan bertindaklah atas desakan-desakan badan anda - jangan terlalu sibuk sehingga tidak menyedari tanda-tanda saran yag ada.
  • Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit - ini termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.
  • Makan pada masa yang tetap dengan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan minumlah banyak cecair.
  • Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.

  • Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang bolah membuat sembelit menjadi lebih teruk.
  • Cuba Ostematrik Shaklee. Ia akan membantu untuk mengelakkan sembelit. Juga sumber kalsium yang hebat

Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Tuesday, September 9, 2014

OSTEMATRIK SHAKLEE

Assalamualaikum.. 


Pengambilan kalsium seharian adalah sangat penting. Jadi hari ni mommy nak kongsikan betapa bagusnya Ostematrik Shaklee yang dikatakan pil kalsium yang terhebat di pasaran.

PERBEZAAN SHAKLEE: 

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

MANFAAT UTAMA:
  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis
  • Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
  • Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
  • Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D - Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal. Vegetarian yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil supplemen Vitamin D
  • Magnesium - Ini adalah ion positif no 2 penting di dalam tubuh kita. Ianya menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus, menghalang endapan kalsium, melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ianya juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, boron, manganes, kuprum - Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis
1 tablet Ostematrik = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

Bagaimana memilih kalsium premium?
  • Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral
Cadangan:

Untuk pemeliharaan kesihatan: 2 kali sehari, 2 tablet setiap kali (lepas makan)

Untuk masalah haid, kehamilan, stress, kekejangan dan kebas-kebas: 2 kali sehari, 3 tablet setiap kali

Untuk tulang retak, osteoporosis: 3 kali sehari, 4 tablet setiap kali

Di bawah ni ada testimoni pengguna Ostematrik.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, April 27, 2014

MABUK HAMIL YANG TERUK. NORMAL KE..

Tidak, ini bukanlah perkara yang biasa berlaku. Hanya satu daripada 10 wanita yang hamil mengalami mabuk hamil yang berlarutan lebih daripada 20 minggu. Hanya sebilangan sahaja yang kurang bernasib baik dan mengalami mabuk hamil sehingga ke trimester ketiga.

Jika loya anda masih tidak reda selepas trimester pertama, anda mungkin rasa seperti anda tidak akan dapat menikmati kehamilan anda. Mabuk hamil boleh mengambil alih kehidupan anda. Jika anda mengalami mabuk hamil yang teruk, ia boleh menjejaskan kerja anda, mengganggu kehidupan sosial anda, dan membuatkan sukar bagi anda menjaga anak-anak yang lain jika anda sudahpun menjadi seorang ibu.

Anda mungkin mengharapkan perasaan gembira dan teruja untuk mendapat bayi baru, tetapi sebaliknya anda tidak gembira. Hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan juga menjadi tegang jika anda hanya mahu berbaring dan tidur sepanjang masa selama berminggu-minggu. Jika anda mendapat sokongan daripada orang yang tersayang dan rakan-rakan di tempat kerja, anda mungkin dapat menghadapi masalah ini dengan lebih baik.

Walaupun anda tidak berselara makan, cubalah makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong hanya menambah rasa loya.

Walaupun mabuk hamil membuat anda rasa tidak sihat, ia tidak akan menjejaskan bayi anda, tidak kira berapa lama ia berlangsung. Iaitu selagi anda tidak muntah terlalu teruk dan tidak boleh menelan apa-apa tanpa dimuntahkan semula.

Mabuk hamil yang terlalu teruk ini dipanggil hiperemesis gravidarum (HG). Jika anda muntah terlalu kerap dalam sehari, tidak dapat makan atau minum tanpa muntah semula dan berat badan menurun, jumpalah doktor anda secepat mungkin. Berbanding mabuk hamil biasa, HG boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Credit: Babycenter

Untuk dapatkan tips kurangkan loya hamil boleh klik sini & sini!

Jadi dengan pengambilan vitamin pelengkap shaklee yang sesuai untuk ibu hamil adalah pilihan terbaik untuk membantu sickness ini. Info penuh tentang vitamin pelengkap di bawah sila klik di sini.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, February 17, 2014

PETUA MERAWAT SENGGUGUT

Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:


Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 


Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 


Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


Cara moden untuk atasi masalah senggugut Mommy darwisya cadangkan untuk dapatkan Ostematrik dan GLA Shaklee.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Tuesday, August 20, 2013

ADVANCED JOINT HEALTH TABLET

Promosi Hebat dan Menarik Shaklee sepanjang bulan AUG 2013 ialah  #Advanced Joint Health Tablet (AJHT) SHAKLEE. 

Advanced Joint Health Tablet dihasilkan dari kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi sendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu anda meningkatkankeselesaan sendi dan pergerakan.
Menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialahformula sayur-sayuran 100%.

Kebaikan AJHT : 

  • Meningkatkan keselesaan pada sendi seawal hari ke-5
  • Keselesaan sendi dengan 28% lebih cepat .
  • 45% lebih berkesan bagi meningkatkan keselesaan sendi.
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat dengan tambahan kuprum, zink, vitamin c dan manganese yang bertindak membina kolagen.
  • Meningkatkan keupayaan ‘kusyen’ dengan glukosamin dari ekstrak boswellia , jadi anda bebas bergerak.
  • Menambahkan kebolehan pergerakan tanpa rasa sakit
  • Meningkatkan fleksibiliti sendi.
  • Memperbaiki fungsi sesendi.
  • Menyokong kesihatan sesendi untuk jangka masa panjang.

Keistimewaan Advance Joint Health Tablet Shaklee 
  • 100% bebas kerang-kerangan (bagi yang elergik kerang-kerangan) .
  • 100% vegetarian.
  • 100% bebas kondroitin (bebas kondroitin beerti ‘penyerapan glukosamin yang lebih baik’, kehadiran kondroitin seperti dalam kebanyakan produk lain hanya menghalang penyerapan glukosamin).
  • Hanya 2 kaplet diperlukan sehari.
  • Kaplet jenis mudah telan
  • Tiada perasa, pemanis atau pengawet
  • Bebas gluten  (gluten adalah bahan yang menghalang penyerapan zat dan mineral ke dalam tubuh).

HADIAHKAN PADA IBU dan AYAH atau orang tersayang!! 

ADD ON OSTEMATRIX DAN OMEGA GUARD untuk mendapat kesan yang lebih BAIK.

Credit:  Mak Bunge

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

SENGGUGUT

Ramai wanita yang mengalami sakit semasa haid dari masa kesemasa. Sakit semasa haid adalah salah satu sebab wanita berjumpa dengan doktor dan mendapat cuti sakit. Kebanyakannya, sakit tidaklah begitulah teruk dan terjadi sekali sekala sahaja. Walaubagaimanapun, bagi segelintir wanita kedatangan haid begitu memberikan kesakitan amat ketara sehingga memberikan gangguan terhadap kehidupan harian mereka.

Secara fisiologinya, semasa terjadinya haid, dinding rahim akan mengeluarkan hormon yang dipanggil prostglandin yang menyebabkan otot rahim menjadi kejang.Ramai mereka yang mengalami senggugut yang keterlaluan didapati merembeskan hormon prostagladin secara berlebihan.

Sengugut sangat kerap terjadi semasa usia remaja dan awal 20’an. Ia juga kerap berlaku pada mereka yang baru mengalami haid pertama.

Primary dysmenorrhoea ialah sengugut yang sering berlaku pada wanita berusia diantara 20-24 tahun. Ia selalunya hilang 1-2 tahun kemudian selepas imbangan hormon menjadi normal. Secondary dysmenorrhea  adalah keadaan dimana sakit senggugut disebabkan oleh masalah pada organ reproduksi.

Masalah Organ Reproduksi
  • Endometriosis dimana sel yang serupa dengan yang terdapat dalam dinding rahim dijumpai pada bahagian organ reproduksi yang lain seperti ovari dan usus dan Adenomyosis iaitu tisu yang sama tumbuh didalam otot rahim. Sakit disebabkan kedua masalah ini selalunya bermula 1-2 hari apabila pendarahan bermula dan berterusan selepas haid.
  • Ketumbuhan pada ruang pelvis seperti ovarian cyst, masalah polip atau fibroids juga boleh menyebabkan sengugut.
  • Jangkitan kuman pada organ reproduksi boleh memberikan sakit sengugut terutama yang tersebar melalui hubungan seks.
  • IUD atau alat pencegah kehamilan dalam rahim menyebabkan otot rahim kejang terutama selepas 2-3 bulan pertama pemakainnya. Sekiranya sakit semakin teruk, anda disarankan untuk mengeluarkannya dan menukar kepada alat pencegahan yang lain.
  • Masalah kecacatan pada rahim juga menjurus kepada sengugut. Wanita kadang-kadang wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak normal seperti pangkal rahim yang sempit yang menghalang aliran darah semasa haid.
  • Sengugut juga boleh belaku selepas prosedur radiasi, pembedahan pada serviks seperti cautery, biopsi pada dinding rahim.
Bagaimana untuk mengurangkan sakit sengugut?

Hidup secara sihat dengan membanyakkan senaman dan aktiviti aktif boleh mengurangkan tekanan fizikal seterusnya mengawal sakit sengugut. Amalkan tidur yang cukup dan kurangkan tekanan perasaan. Ubat penahan sakit seperti panadol dan ponstans boleh mengurangkan sakit sekiranya perlu.

Mommy darwisya cadangkan untuk ambil Ostematrik Shaklee. Info dari period pain relief:

Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption.You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.
Bila perlu berjumpa doktor?

Sekiranya sakit anda tidak dapat dikurangkan dengan mengambil ubat penahan sakit, jumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan. Pemeriksaan faraj dan ujian ultrasounds akan dilakukan untuk mengetahui sebab kenapa senggugut terjadi. Jika di curigai yang anda mungkin mengalami masalah pada system reproduksi , laparoskopi mungkin akan disarankan.

Sekiranya tiada sebab yang jelas, anda cuma mengalami primary dysmenorrhoea dan pemakanan ubat seperti pil hormon mungkin dapat membantu.
Sekiranya senggugut didapati disebabkan oleh penyakit seperti endometriosis, jangkitan kuman atau fibroids, rawatan yang lebih spesifik terhadap masalah tersebut akan diberikan.

Credit:  alamhamil.com

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Thursday, June 6, 2013

Semuanya Tentang Kalsium

Hari nak cerita sikit tentang fungsi kalsium:

1. Untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

2. Untuk pembekuan darah, gerakbalas saraf dan kontraksi otot.

3. Mencegah osteoporasis (kerapuhan tulang) 

Dos Yang Disyorkan?Kita digalakkan mengambil 1000mg kalsium sehari namun sebaiknya hanya 500mg setiap pengambilan.Kalsium yang berlebihan boleh menyumbang kepada penyakit batu karang yang sudah tentu tidak diingini oleh sesiapa pun. 


Jenis Kalsium?Terdapat dua jenis yang utama iaitu kalsium karbonat dan kalsium nitrat. Apa beza kedua-duanya?Kalsium karbonat memerlukan keadaan yang berasid untuk membantu penyerapannya di mana kita digalakkan mengambilnya selepas makan.Kalsium nitrat pula diserap dengan baik tidak mengira perut kosong atau penuh.



Apa istimewanya kalsium (Ostematrix) Shaklee


1. Adanya tambahan Vitamin D.
Kenapa perlu tambahan Vitamin D? Ini kerana ia membantu kalsium disebarkan dari sistem penghadaman ke seluruh darah dan tulang.


2. Terdapatnya kombinasi kalsium karbonat dan kalsium citrat. Penting kerana ianya sesuai diambil semasa perut kosong ataupun selepas makan.


I ambik 4 biji sehari. Darwisya 6 bulan da start tumbuh gigi by 7th month dia da cukup 6 batang gigi. Tak tau la if osteo made the difference. xoxo

Info diambil @ LBC file by Wan Fatihanum.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.