Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label b complex. Show all posts
Showing posts with label b complex. Show all posts

Monday, September 8, 2014

B COMPLEX SHAKLEE

Assalamualaikum semua.. 

Perkongsian mommy kali ni adalah tentang B Complex Shaklee. Mesti kita pikir, perlu ke atau penting ke B Complex dalam nutrisi harian kita. Mari kita sangkal lebih lanjut tentang B Complex Shaklee.

PERBEZAAN SHAKLEE

Para saintis Shaklee telah mencipta asid folik secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar keboleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti. Ini kerana, asid folik yang semulajadi tidak mudah untuk diserap oleh tubuh dan hampir 99% asid folik yang terdapat dalam pasaran bersifat sintetik.

B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B, termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen ini perlu ada pada vitamin B-Complex untuk mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 

Kelebihan atau kekurangan akan menyebabkan ketidakseimbangan vitamin B dalam tubuh. Vitamin B adalah vitamin larut-air, sebarang lebihan tidak akan disimpan sebaliknya disingkirkan melalui sistem pencernaan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B Complex setiap hari. 

SHAKLEE B COMPLEX WILL NOT CAUSE ROSARY FUNGUS OR INFECTED ACTIVE YEAST BACTERIA LIKE B COMPLEX EXTRACT FROM BEER YEAST.

MANFAAT UTAMA:

  • Menukar makanan kepada tenaga - Bantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan atau kelesuan
  • Melawan tekanan - Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
  • Membantu tumbesaran - Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
  • Rambut beruban dan gugur - Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
  • Baik untuk mata - Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian atau fokus
  • Mencegah anemia - Membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibodi, merangsang sirkulasi darah dalam tubuh, merendahkan paras sistin untuk kesihatan kardiovaskular, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat atau laut
  • Meredakan senggugut - Baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman, terutamanya mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit
  • Mencegah perlcche - Dikenali juga sebagai kerekahan mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah (glossitis), nafas berbau
  • Detoksifikasi - meredakan alahan
BAGAIMANA MEMILIH B COMPLEX YANG BAIK?

  1. Mengandungi kesemua 8 vitamin - B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folikdan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  2. Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  3. Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  4. Elakkan pengambilan B Complex yang menawarkan rumusan larut-air (sustain release)
Rekomendasi:

Untuk kesihatan berpanjangan : 1 biji sehari (selepas makan)
Untuk rambut gugur, anemia, kesakitan : 2-3 biji sehari, 1 biji (selepas makan)

Mengapa Urin Menjadi Kekuningan?
Ini merupakan situasi normal kerana B Complex merupakan vitamin larut air dan ia mengandungi elemen kekuningan. Pada peringkat awal pengambilan, tubuh kita akan melakukan timbang tara terhadap kadar penyerapan, dan tahap kekuningan akan berkurangan dari masa ke masa.

Nota: B Complex merangsang metabolisma dan menyebabkan tubuh kita mengeluarkan haba, oleh itu pengambilan air putih atau teh herba yang banyak adalah sangat digalakkan.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 13, 2014

KEPENTINGAN ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.

Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. 

Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. 

Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. 

Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. 

Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan;
  • kacang bendi, setengah cawan;
  • asparagus, setengah cawan;
  • lentil, setengah cawan;
  • hati, 1 keping;
  • 11 batang taugeh brussels;
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan;
  • emping bran, 7 sudu makan;
  • germa gandum, 25g / 1 aun;
  • betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk;
  • buah oren saiz besar;
  • nasi putih, setengah cawan;
  • oat, setengah cawan;
  • kacang merah, setengah cawan;
  • jagung saiz besar, 1;
  • biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Anda juga boleh mendapatkan banyak lagi idea makanan daripada pelan makanan harian kami yang mengandungi pelan pemakanan dari minggu ke minggu yang boleh anda ikuti dalam setiap trimester!

B complex Shaklee adalah pilihan terbaik kerana dalam setiap satu biji b complex mengandungi 200mcg asid folik!!



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


PENING SEMASA HAMIL

Sebab mengapa anda berasa pening bergantung kepada usia kehamilan anda. Pada awal trimester pertama, anda mungkin rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda, menyebabkan tekanan darah anda menurun. Ini boleh menyebabkan anda berasa pening dari seawal minggu kelapan. Tetapi ingat bahawa pening adalah ciri-ciri biasa kehamilan. Di antara setengah hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan merasa pening.

Dalam trimester kedua dan ketiga, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening termasuk:

  • Jika anda berdiri terlalu cepat, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini dipanggil hipotensi postural.
  • Jika anda berbaring terlalu lama. Kira-kira satu dalam 10 wanita hamil mengalaminya disebabkan oleh tekanan darah.
  • Jika anda belum makan dan gula dalam darah rendah, terutamanya pada lewat petang.
  • Jika anda kekurangan zat besi dalam darah (anemia).
  • Jika anda terlampau panas.

Apakah yang boleh saya buat untuk menghilangkan rasa pening?

Ini bergantung kepada apa yang menyebabkan anda berasa pening, tetapi langkah pertama yang terbaik ialah duduk. Ini bukan sahaja membantu menghentikan pening, tetapi anda dapat mengelak daripada terjatuh.

Bergerak dengan lebih perlahan turut membantu. Contohnya, cuba bangun perlahan-lahan berbanding bangun dengan tiba-tiba daripada kerusi atau katil.

Jika anda berasa pening semasa berbaring, mengiringlah ke sebelah kiri kerana ini akan membantu jantung anda mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih mudah.

Ini mungkin juga satu cara badan anda memberitahu bahawa anda memerlukan penambahan tenaga. Jika anda belum makan dalam masa satu atau dua jam, snek ringkas dan cepat dapat menaikkan tahap gula dalam darah anda. Dan pastikan anda tidak terdehidrasi. Minumlah air atau jus buah.

Dalam kes-kes tertentu, anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali duduk atau baring mengiring dan tunggu sahaja ia berlalu. Masalah pening yang datang dan pergi ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang kehamilan.


Adakah masalah pening semasa hamil ini berbahaya?

Jarang sekali. Tetapi walaupun ia perkara biasa, jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bahaya terbesar daripadanya ialah pitam. Jika anda berasa hendak pitam:
  • baring mengiring ke sebelah kiri;
  • atau duduk dengan meletakkan kepala di antara kedua-dua lutut.
Posisi ini dapat menggalakkan perjalanan darah ke otak, yang mana dapat meredakan rasa hendak pitam.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor jika anda pitam, jika anda sering pening atau jika anda turut mengalami:
  • kesakitan pada bahagian pelvis atau perut;
  • sesak nafas;
  • penglihatan kabur;
  • jantung berdebar;
  • sakit kepala;
  • muntah.
Pening boleh jadi satu simptom anemia yang serius. Ia juga boleh jadi kerana anda bernafas terlalu cepat atau terlalu dalam (hiperventilasi). Ia juga boleh jadi disebabkan oleh sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan kehamilan anda. Sebab itulah jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan. Tetapi ingatlah bahawa berasa pening akibat terlampau panas, kelaparanloya, atau berdiri terlalu cepat sering kali hanyalah sebahagian daripada asam garam kehamilan.

Jadi dengan pengambilan vitamin pelengkap shaklee yang sesuai untuk ibu hamil adalah pilihan terbaik untuk membantu sickness ini. Info penuh tentang vitamin pelengkap di bawah sila klik di sini.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, April 27, 2014

MABUK HAMIL YANG TERUK. NORMAL KE..

Tidak, ini bukanlah perkara yang biasa berlaku. Hanya satu daripada 10 wanita yang hamil mengalami mabuk hamil yang berlarutan lebih daripada 20 minggu. Hanya sebilangan sahaja yang kurang bernasib baik dan mengalami mabuk hamil sehingga ke trimester ketiga.

Jika loya anda masih tidak reda selepas trimester pertama, anda mungkin rasa seperti anda tidak akan dapat menikmati kehamilan anda. Mabuk hamil boleh mengambil alih kehidupan anda. Jika anda mengalami mabuk hamil yang teruk, ia boleh menjejaskan kerja anda, mengganggu kehidupan sosial anda, dan membuatkan sukar bagi anda menjaga anak-anak yang lain jika anda sudahpun menjadi seorang ibu.

Anda mungkin mengharapkan perasaan gembira dan teruja untuk mendapat bayi baru, tetapi sebaliknya anda tidak gembira. Hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan juga menjadi tegang jika anda hanya mahu berbaring dan tidur sepanjang masa selama berminggu-minggu. Jika anda mendapat sokongan daripada orang yang tersayang dan rakan-rakan di tempat kerja, anda mungkin dapat menghadapi masalah ini dengan lebih baik.

Walaupun anda tidak berselara makan, cubalah makan sedikit dan kerap. Perut yang kosong hanya menambah rasa loya.

Walaupun mabuk hamil membuat anda rasa tidak sihat, ia tidak akan menjejaskan bayi anda, tidak kira berapa lama ia berlangsung. Iaitu selagi anda tidak muntah terlalu teruk dan tidak boleh menelan apa-apa tanpa dimuntahkan semula.

Mabuk hamil yang terlalu teruk ini dipanggil hiperemesis gravidarum (HG). Jika anda muntah terlalu kerap dalam sehari, tidak dapat makan atau minum tanpa muntah semula dan berat badan menurun, jumpalah doktor anda secepat mungkin. Berbanding mabuk hamil biasa, HG boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Credit: Babycenter

Untuk dapatkan tips kurangkan loya hamil boleh klik sini & sini!

Jadi dengan pengambilan vitamin pelengkap shaklee yang sesuai untuk ibu hamil adalah pilihan terbaik untuk membantu sickness ini. Info penuh tentang vitamin pelengkap di bawah sila klik di sini.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, November 21, 2013

TIP KURANGKAN LOYA HAMIL

Tip-tip penting untuk kurangkan loya dan muntah semasa hamil

“Morning sickness” atau muntah-muntah ialah masalah yang biasa berlaku dikalangan wanita hamil. Ia boleh berlaku bila bila masa. Kebanyakkan bermula seawal 6 minggu pertama dan berakhir pada lewat 16 minggu. Walaubagaimanpun, terdapat segelintir dari wanita yang hamil mengalami masalah ini sehingga ke peringkat akhir kandungan.

Punca yang tepat terhadap masalah ini belum diketahui secara jelas, tapi kemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh kehadiran hormon-hormon dirembeskan dalam kuantiti yang banyak diawal kehamilan.

Morning sickness bukan sahaja boleh menganggu kehidupan harian wanita yang mengandung, tetapi ia juga boleh memberikan bahaya kepada ibu dan anak yang didalam kandungan.

Morning sickness yang teruk boleh menyebabkan wanita kehilangan bendalir tubuh yang banyak, dan kehilangan zat galian akan memberikan kesan kepada bayi sekiranya ia berlaku dalam jangka masa yang lama . Bayi mungkin akan mengalami kekurangan berat badan, tidak membesar secara normal kerana kekurangan zat-zat penting yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.Jadi, sekiranya anda mengalami masalah muntah muntah secara berlebihan, anda harus berjumpa dengan doktor dengan segera.

Tip-tip untuk kurangkan simptom

Kepada wanita yang mengalami muntah-muntah ringan dan sederhana anda boleh mencuba untuk amalkan tip-tip ini
  • Minum 10 gelas air sehari untuk mengantikan bendalir badan yang hilang dan juga mengelakkan sembelit
  • Jauhkan dari bau-bau yang tidak menyenangkan yang boleh menyebabkan anda muntah. Beritahu suami dan saudara dan rakan-rakan di tempat kerja tentang bau-bauan tersebut.
  • Hindarkan diri dari wangian
  • Sekiranya anda rasa loya, asam boleh mengurangkan rasa loya.
  • Legakan perut dengan memakan makanan berhalia. Hidu lemon lemon atau minum jusnya
  • Sekiranya masih mempunyai anak yang kecil, pastikan diaper anak dikendalikan oleh suami atau pembantu rumah.
  • Sekiranya memerlukan perjalanan jauh melalui udara, tundakan tarikhnya. Anda tentu tidak mahu merasa loya disebabkan oleh perjalanan yang bumpy atau bau dari makanan, ataupun dari wangi dari penumpang sebelah.
Klik sini untuk dapatkan 12 tips untuk hilangkan loya!

Credit: alamhamil.com

Jika ibu hamil ingin cuba set morning sickness shaklee, hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, September 14, 2013

KHASIAT BUAH LEMON

Buah lemon biasanya digunakan untuk hiasan dalam hidangan makanan atau pun di pinggir gelas minuman. Daripada membiarkan buah yang banyak khasiat itu begitu sahaja, apa kata kita nikmati kebaikannya.

Tahukah anda lemon adalah buah sitrus yang kaya vitamin C. Ia juga sebagai bahan antiseptik semulajadi membantu mengatasi masalah kulit. Cukup dengan memerah jus lemon ke dalam air masak dan jadikan ia rutin minuman harian anda. Anda akan perasan perubahan kulit wajah yang lebih berseri dan kurang masalah jerawat.

Paling popular, air lemon dikatakan membantu mempercepatkan penurunan berat badan. Amalkan pengambilan air suam yang dicampur perahan lemon dan madu. Sedap diminum dan membantu misi menurunkan berat badan.

Bahkan untuk penjagaan kesihatan juga, lemon yang mempunyai kandungan kalium mampu membantu penghidap sakit jantung. Lemon mengawal tekanan darah, rasa pening, mual serta merehatkan tubuh dan minda.

Kepada ibu hamil yang sering mual dan loya, air lemon hangat dapat mengurangkan alahan yang dialami. 


Jika ibu hamil ingin cuba set morning sickness shaklee, hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.


SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Credit: Pama

Thursday, September 12, 2013

SET MORNING SICKNESS SHAKLEE

Nama je morning sickness, tapi loya & muntah sepanjang hari. Sampai sekarang tidak diketahui punca sebenar morning sickness. Kemungkinan besar disebabkan perubahan hormon yang berlaku secara mendadak di dalam badan ibu yang mengandung. Anda boleh mengamalkan 12 tips berikut untuk mengatasi alahan yang anda hadapi (klik). Di samping itu, mommy darwisya cadangkan anda ambil Set Morning Sickness Shaklee. Alhamdulillah set ni dah membantu ramai ibu hamil di luar sana. Rata-rata pelanggan memberikan feed back positif selepas seminggu mengambil set ni.

Set Morning Sickness Shaklee terdiri daripada:


Peppermint Ginger Plus
  • Ia tidak akan mengganggu bayi kerana ia diperbuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil KKM. Direka khas oleh pakar herba utk mengurangkan morning sickness ibu hamil.
  • Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut.
  • Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.
  • Pengambilan vitamin ini akan membantu mengurangkan loya yang dihadapi.

B Complex
  • Kajian menunjukkan bahawa 1/3 daripada wanita yang mengambil Pyridoxine berjaya mengurangkan masalah morning sickness yang dihadapi. Pyridoxine ni adalah salah satu komponen dalam Vitamin B iaitu B6. Kebaikan Pyridoxine akan diperolehi secara optimum jika diambil bersama  Asid Folik (B9),  Niacin (B3) & Cobalamin (B12). Mana nak dapat semua Vitamin B ni? Jawapannya: B Complex Shaklee mengandungi semua Vitamin B yang disebut tadi. Bagus kan?
  • B Complex juga merupakan vitamin yang boleh membantu anda berasa gembira & anti stress. 
Credit: vitaminbooth.blogspot

Klik sini untuk dapatkan 12 tips untuk hilangkan loya!

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy Darwisya - All about shaklee

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.