Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

PETUA HILANGKAN KESAN NAJIS PADA SELUAR BAYI

Assalamualaikum semua.. 

gambar dari google

Mesti ibu-ibu pun stress kan dengan kesan kuning yang melekat kat seluar ke, baju ke bila bayi b*rak. Lagi bila anak menyusu badan kan..Kuningnya amatlah kuning. Saya cuci terus guna pencuci baju biasa pun memang tak lut. Tak tahu la kenapa.. Google punya google jumpa satu entri. Katanya sabun mandi amat berkesan untuk hilangkan kesan najis pada pakaian ni.. Ni nak cuba la nanti. Baju Raees tu masih lagi terendam semalaman, tak keluar jugak kesan kuning tu..

Cara-caranya macamni..

1. Mula-mula bersihkan najis atau lendir-lendir yang ada.

2. Lepas tu, ambil sabun mandi tak kiralah jenama apa pun, sentalkan kat kesan kuning tu.

3. Genyeh guna tangan, insyallah akan hilang kesan kuning tu.

4. Katalah, tak hilang jugak, lepas sental dengan sabun mandi, biarkan pakaian tu untuk beberapa jam. Lepas tu baru sental balik, insyallah akan hilang kesannya.

5. Kalau tak hilang jugak..jangan la buang pulak baju atau seluar tu, cuba lagi 2 atau 3 kali lagi, insyallah akan hilang kesan kuning tu. 

Biasanya sabun mandi ni boleh jugak hilangkan kesan darah, itu memang selalu buat. Terbukti berkesan. Jom cuba sesama kawan-kawan. Kalau ibu-ibu ada petua lain jemput la kongsi bersama yer. Sharing is caring kan.

Sekian, salam sayang. xoxo

Saturday, September 27, 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum semua.. 

Sememangnya antara masalah terbesar ibu-ibu yang baru lepas bersalin adalah perut buncit dan menggeleber. Confident level terus down bila tengok perut yang penuh dengan stretch marks dan menggeleberkan.. 

Ada banyak cara nak kembali ke asal tetapi ibu-ibu perlu beringat, untuk kembali seperti anak dara dengan cepat amatlah mustahil tetapi boleh cuma ianya akan mengambil masa. Paling kurang pun janji tak nampak macam mengandung 5 bulan dah la kan.. Janji anda mesti disiplin dan will power mesti ada. Jom mommy kongsikan tips nak kempiskan perut selepas bersalin. 
  1. Menyusukan bayi sepenuhnya (fully bf)
Rajin-rajinkan menyusu bayi. Bukan sahaja susu ibu mempunyai banyak khasiat dan kebaikan buat bayi ianya juga mempercepatkan proses pengecutan rahim dan yang paling penting menyusu bayi anda akan membakar sebanyak 200-600 kalori sehari.
  1. Memakai bengkung
Mommy pun agak malas nak pakai bengkung, tetapi ini adalah salah satu tips terpenting, jangan tinggal bengkung anda lagi-lagi masa dalam pantang. Memang berbengkung ni agak leceh dan merimaskan akan tetapi berbengkung akan membantu perut anda kembali kempis. Pastikan juga pemakaian bengkung yang betul jika tak nanti mungkin akan memudaratkan. 
  1. Bertungku dan bertangas
Amalan bertungku dah banyak ibu-ibu bersalin tinggalkan sedangkan kaedah tradisional ini membantu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam rahim. Apa lagi dengan bertangkas, amalan bertangkas dapat memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan. Paling tidak pun amalkan memakai losyen panas. 
  1. Kawal pemakanan
Sememangnya dalam pantang selera makan mungkin bertambah disebabkan anda menyusu. Tetapi jangan jadikan alasan dan makan mengikut nafsu. Anda tidak perlu berdiet tetapi jangan makan untuk berlebihan. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Kurangkan makanan berlemak dan berminyak. Lebihkan protein kerana makanan berprotein akan membantu membina semual otot dan membakar lemak.
  1. Bersenam
Anda perlu bersenam untuk mendapatkan perut yang kempis. Jangan bersenam terlalu cepat selepas melahirkan. Dapatkan bantuan jurulatih professional untuk memfokuskan cara-cara senaman untuk mengempiskan perut. Amalkan senaman secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang cepat.
  1. Postur badan yang betul
Pastikan postur badan yang betul untuk setiap pergerakan harian. Kebanyakan ibu lepas bersalin tidak begitu prihatin dengan postur badan ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang. Postur yang salah akan menyumbang kepada masalah perut buncit dan menggeleber.
  1. Mari detoks
Dengan berdetoks, ianya akan membantu anda mendapatkan perut kempis. Toksin yang berlebihan perlu dikeluarkan. Pastikan anda berdetoks secara konsisten untuk membuang toksin dalam badan terubat di bahagian perut. Shaklee ada produk yang terbaik untuk detoks. Anda boleh mencuba Alfalfa Shaklee atau Herblax Shaklee.

Alfalfa

* Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
* Membantu membuang angin dalam badan.
* Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
* Mencuci usus bagi membuang toksik
* Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
* Melegakan sembelit

Herb-Lax

* Membersihkan najis tersekat
* Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita
* Membantu masalah sembelit
* Mengempiskan perut

Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, September 22, 2014

PETUA DI DAPUR

Asalamualaikum semua.. 

Mommy nak berkongsi petua-petua dapur orang dulu-dulu. Jom kita cuba bersama dan kalau dah cuba tu sharing-sharing la. Sharing is caring kan.. 


PETUA ELAK BISKUT LEMAU

Kadang-kadang perasan tak, biskut mudah lemau walaupun kita tutup rapat bekas biskut tu. Cara nak elakkan biskut lemau ialah dengan menaburkan sedikit gula pasir ke dalam bekas biskut tersebut dan barulah isi dengan biskut dan tutup rapat dan ketat. Insyallah biskut akan tidak lemau lagi. Pastikan bekas ditutup ketat selalu.


PETUA PEKATKAN SUP

Sup ayam atau sup daging kadang-kadang terlalu cair. Jadi, nak memekatkannya boleh masukkan kentang lenyek yang telah direbus. Biar seketika dan sup akan menjadi sedikit pekat.


PETUA HALAU LALAT 

Kalau nak kurangkan lalat hinggap pada makanan, sediakan satu uncang yang diisi kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih. Gantungkan di ruang yang berlalat.


PETUA BERAS TAK ROSAK

Untuk mengelakkan beras rosak atau berbau hapak, masukkan segenggam cili kering yang telah dipanaskan atas kuali tanpa minyak ke dalam bekas simpanan beras. Tutup rapat.


PETUA HILANGKAN HANYIR IKAN

Setelah ikan siap disiang, rendam ikan di dalam air yang dicampur air limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit, Insyallah bau hanyir akan hilang.

Cukupla sampai sini je petua dapur yang mommy nak kongsikan. Nanti mommy tanya atok mommy lagi untuk petua-petua dapur yang lain pula. Sekian, sehingga di lain entri. xoxo

Saturday, September 20, 2014

PETUA CIRIT BIRIT

Assalamualaikum.. 


Mommy nak kongsi pulak petua kalau kita mengalami cirit birit. Hari tu sembelitkan.. 

Senang jer.. Rendam 4 sudu makan daun teh dalam satu gelas air panas sampai kembang. Minumlah air teh pekat tu sebanyak 2 kali sehari sehingga cirit birit anda sembuh. Boleh juga mommy sarankan untuk ambil nutriferon Shaklee kalau ada bajet lebih :) Insyallah cirit birit anda akan berkurangan. Tetapi kalau tak reda-reda jugak la, mommy nasihatkan silalah berjumpa doktor.

Entri pendek arini. Sehingga kita bertemu lagi. Sekian, xoxo

Hubungi mommy darwisya pengedar sah Shaklee di TTDI Jaya, Bukit Jelutong & seluruh Shah Alam untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772

Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, September 14, 2014

TIPS KURUS SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum semua.. 

Memandangkan mommy masih lagi dalam tempoh pantang, mommy ingin berkongsi tentang tips untuk kurus selepas bersalin. Kita perlu berikan masa untuk badan kita pulih daripada proses melahirkan dahulu. Jadi, bolehla tunggu lebih kurang 6 minggu sebelum kita boleh berfikir untuk menguruskan berat badan. Perlu diingat bahawa, bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas melahirkan dan mungkin juga agak susah untuk anda kembali ke berat asal sebelum kehamilan. 

Sebagai permulaan, boleh jer kalau anda ingin melakukan senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan sebaik sahaja anda rasa anda sudah kembali bertenaga.Tetapi untuk senaman yang lebih berat perlulah anda menunggu sekurang-kurangnya 6 minggu yer.


Jadi, bagaimana kita boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?

Semestinya diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat: 

  • jangan tinggal sarapan pagi;
  • makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
  • sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
  • pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
  • kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
  • kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Memang susah untuk kurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar. 


Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula.

Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda.

Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang. 


Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik. 

Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal. 

Credit: Babycenter

Mommy telah pun mencuba set kurus Shaklee,tapi tak sempat nak berkesan, mommy telah hamil anak kedua.. Tapi takpe, lepas ni boleh cuba balik! Gambar ni adalah throwback masa nak start set kurus dulu.


Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, September 13, 2014

LAGI PETUA HALAU NYAMUK

Assalamualaikum.. 

Petua halau nyamuk lagi..hehhehe.. Kali ni mommy nak kongsi pulak petua untuk perlindungan badan dari digigit nyamuk. Hari tu dah kongsi cara halau nyamuk di ruang rumah atau di luar rumah, petua tersebut masih dalam jangka masa percubaan. 


Untuk Perlindungan Badan
1. Beberapa butir bunga cengkih
2. Sebatang serai dengan daun yang dipotong-potong halus
3. Satu biji limau purut atau limau nipis atau lemon atau setangkai pudina
4. Sediakan seteko air suam
5. Perah limau ke dalam teko dan masukkan yang lain
6. Tutup teko dan biarkan beberapa jam sehingga air berbau wangi
7. Sebelum tidur, sapukan pada bahagian badan, tangan, kaki yang mudah diserang nyamuk.
8. Tapis air tersebut dan simpan dalam botol kaca dalam fridge. Boleh guna 2 atau 3 hari.


Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah (Tambahan petua dari yang hari tu)

Guna cebisan kain yang dikoyak panjang dalam 1 kaki atau kurang. Titiskan minyak kayu putih atau minyak cap kapak ( sebab ada eucalyptus ) pada kain tersebut. Gantungkan di ruang atau bilik yang tak mahu nyamuk datang. Bila nak tidur, letak lagi minyak sikit lagi.

Minyak-minyak Essential Oil dari kedai Aromatherapy atau supermarket juga boleh digunakan.

Untuk Perlindungan Badan

1. Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih ) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
2. Titiskan minyak ini dalam 5 atau 6 titis setiap satu jenis ke dalam air suam seteko dan goncang.
3. Sapukan ke bahagian badan yang tak mau digigit nyamuk.
AWAS : ELAKKAN DARIPADA TERKENA MATA, KENING dan BAWAH MATA.

Untuk Halau Nyamuk Di Ruangan Rumah

1. Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk. ATAU
2. Bakar Lilin Serai Wangi dan Pudina di ruangan tersebut.
Credit

Selamat mencuba! Sekian, xoxo

Friday, September 12, 2014

TIPS GODA SUAMI

Assalamualaikum.. 

Haa...macam best jer tajuk entri malam ni kan.. Takdela sebagai isteri, kita memainkan peranan penting dalam soal pengurusan rumah tangga. Termasuk;ah kemas bilik tidur anda dan suami. Suasana bilik tidur memainkan peranan untuk membangkitkan rasa romantik dan ghairah suami isteri. Betul?

Bilik tidur yang bersepah boleh ganggu mood untuk berasmara dengan suami atau isteri. Mommy kongsikan tips mudah untuk bantu isteri goda pasangan masa berada di dalam bilik tidur. :)

  1. Kemas Tempat Tidur
Katil merupakan lokasi penting untuk anda dan suami memadu asmara. Pastikan cadar katil sentiasa berganti, dikemas selepas bangun daripada tidur supaya ia tidak membuatkan pasangan anda berasa rimas.

  1. Ruang eksklusif
Bilik tidur adalah tempat privasi anda dan suami, justeru jangan rosakkan suasana itu dengan meletakkan pelbagai brangan yang tidak penting di dalam bilik.

  1. Katil bukan tempat meletak barang
Ada sesetengah daripada kita gemar meletakkan segala barang-barang peribadi seperti pakaian, kain pelekat, telekung, tuala, tali pinggang dan sebagainya di atas katil. Ini membuatkan ia kelihatan bersepah dan menyakitkan mata yang melihat.

  1. Luang waktu berborak
Bilik tidur juga menjadi tempat anda dan suami berborak santai sebelum tidur. Biasanya percakapan bukan berkenaan hal-hal intim, sebaliknya lebih kepada hal anak, percutian atau kesibukan seharian anda berdua.

  1. Tidur pada waktu yang sama
Bagaimana hubungan intim boleh berlaku sekiranya anda dan pasangan masuk tidur pada waktu yang berbeza?

  1. Tutup televisyen
Sekiranya dalam bilik tidur anda ada televisyen, tutuplah ia ketika sedang melakukan hubungan intim. Bunyi bising rancangan di televisyen hanya akan mengganggu fokus anda berdua.

  1. Penampilan seksi
Percayalah suami anda pasti lebih tergoda apabila melihat isteri tampil seksi di hadapannya.
Jadi dengan tips-tips di atas, jom kita amalkannya..Moga-moga boleh order set hamil lepas ni. :) Sekian. xoxo

Thursday, September 11, 2014

PETUA HILANGKAN KESAN DAKWAT PADA BAJU

Assalamualaikum semua.. 

Memang susah betul nak hilangkan kesan dakwat pen pada baju kalau kita tak tahu cara yang betul membersihkannya kan.. Jom cuba petua-petua di bawah ni untuk menanggalkan kesan degil dakwat pada pakaian yang mommy jumpa di 101 petua.

1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air. Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

3) Tabur sedikit garam halus pada permukaan kesan dakwat. Titiskan limau nipis ke atas lapisan garan itu. Biarkan selama 5 minit dan kemudian ngenyeh-ngenyeh dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.


4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat. Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun atau detergen seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain, bilas dan jemur hingga kering.

Haa seperti biasa, kalau dah cuba dan berjaya. Jemput komen ye! Sekian, xoxo

Wednesday, September 10, 2014

PETUA HALAU NYAMUK CARA SEMULAJADI

Assalamualaikum.. 

Seperti title post di atas, arini mommy nak kongsikan petua halau nyamuk cara semulajadi. Since buat Shaklee ni, semuanya nak semulajadi kan.. Takdela, sejak duduk rumah sebab berpantang ni, stress betul dengan nyamuk. Tiap-tiap hari sembur ubat nyamuk satu rumah, guna ubat nyamuk yang elektrik, pakai mat tu kan, semua tak jalan. Nyamuk tu macam dah immune ke tak taula.. Jadi mommy nak cuba petua ni. Jom kita cuba sesama!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
  • 50 gram gula melaka
  • 1 gram ragi
  • 1 botol air mineral yang terpakai
  • 200ml air 
Cara-cara:
  • Potong botol plastik tengah-tengah. Simpan bahagian atas atau mulut botol
  • Campurkan gula merah dengan air panas. Sejukkan, lepas tu masukkan dalam potongan bawah botol
  • Masukkan ragi. Jangan kacau. Ini akan menghasilkan karbon dioksida
  • Masukkan potongan atas atau mulut botol secara terbalik seperti corong
  • Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain hitam dan letakkan di sudut rumah
Katanya dalam masa 2 minggu, kita akan lihat banyak nyamuk mati dalam botol tersebut. Nanti mommy update lepas 2 minggu yer. Cara-cara bergambar mommy kongsikan di sini.



Selamat berjaya! Kalau berjaya jangan lupa jemput komen k! Sekian. xoxo


Tuesday, September 9, 2014

PETUA YANG MENGGUNAKAN SAYUR-SAYURAN

Assalamualaikum semua..
Tahu tak kita boleh menjaga kesihatan & kecantikan diri tanpa mengeluarkan wang yang bertingket-tingket.. Dengan hanya menggunakan sayur-sayuran kita boleh mengamalkan petua-petua di bawah untuk mencantikkan diri :) Jom cuba sesama!
Kubis
Kobis dikatakan adalah pelembab semulajadi. Ambil kelopak kubis, kisar sampai halus. Lepas tu, gaulkan bersama satu sudu madu lebah dan sedikit air. Sapukan ke muka dan leher selama lebih kurang 20 minit. Bersihkan dengan kapas lembap. 
Bayam
Bayam pula boleh membantu masalah kurap, tumbuk beberapa helai daun bayam sampai lumat dan campurkan dengan sedikit kapur sirih. Sapukan pada bahagian kulit yang berkurap. Biarkan sampai kering. Amalkan setiap hari sampai kurap anda sembuh.
Daun salad
Daun salad dikatakan boleh menenangkan dan melapangkan fikiran. Jadi, jika ingin sentiasa berasa tenang, makanlah daun salad selalu. Salad mengandungi karotena, serat dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan turut bertindak melancarkan sistem pernafasan.
Kacang panjang
Jika anda mengalami masalah kurang selera makan dan membuang air besar, amalkan makan kacang panjang. Kacang panjang kaya antioksida yang berfungsi sebagai anti bakteria, anti virus dan anti kanser terutamanya kanser payu dara.
Sawi
Kepada ibu-ibu yang hamil dan selepas bersalin yang mengalami kesukaran membuang air besar atau masalah sembelit, makanlah sayur sawi  yang ditumis dengan sedikit minyak dan air. Amalkan setiap hari. 
Credit: pama
Harap kita semua dapat mencuba petua-petua diatas. Kalau dah cuba nanti boleh la komen jika berjaya atau tidak. ala-ala testimoni la jugak :) sekian buat kali ni. xoxo

Wednesday, September 3, 2014

ANAK CEREWET MAKAN

Assalamualaikum semua..

Pasti di luar sana yang sedang merasai atau melalui pengalaman anak yang cerewet makan kan.. Alhamdullilah darwisya anak pertama mommy pasal makan sentiasa lalu. Dia hanya tak lalu makan kalau sakit atau demam. Mungkin juga sebab mommy selalu memberi Mealshake shaklee yang penuh nutrisi buat si kecil. Mommy pernah berkongsi sebelum ni tentang Mealshake Shaklee

Kali ni mommy nak berkongsi bagaimana nak atasi anak yang cerewet makan. 
  1. Kalau boleh sediakan pelbagai makanan. Jangan stick dengan satu menu je. Banyak-banyak bersabar bila memperkenalkan menu baru kepada anak. Jangan terus letak dalam mangkuk atau pinggan dia kerana dia akan berasa tertekan untuk menghabiskan menu baru. Sebaliknya biarkan dia melihat seluruh ahli keluarga lain mencuba dan biar dia terbuka hati untuk  mencuba dengan sendirinya.
  2. Hidangkan dalam saiz yang kecil. Kalau boleh separuh dari hidangan dewasa. Contoh, setengah cawan bijirin atau yogurt, sepotong roti etc
  3. Jangan berikan terlalu banyak pilihan contoh tanya anak, Adik nak makan apa malam ni.. Nanti dia minta KFC atau Nasi ayam ke yang takde atas meja. Sebaliknya beritahu anak, Ok, ni hidangan makan malam kita. Jadi dia perlu memilih hanya apa yang dihidang.
  4. Sekali sekala ajak anak menyediakan hidangan bersama. Seperti shopping untuk penyediaan makanan tersebut. Mestilah dia teruja nak cuba makanan yang dia masak atau sediakan.
  5. Jangan jemu untuk mencuba menu baru untuk anak-anak. Jadikan pengalaman makan tengahari atau malam sesuatu yang menyeronokan bukan situasi yang stress atau tertekan. Pastikan hidangan anak-anak bukan sahaja menyeronokan tetapi berkhasiat juga!
Seperti yang mommy kongsikan pada awal tadi, jika anak anda terlalu cerewet dan tidak mahu makan, cuba Mealshake Shaklee agar anak akan berselera untuk mencuba pelbagai menu baru. Jangan lepaskan peluang sebab bulan ni ada promosi hebat! Beli 3 dapat 1 PERCUMA!!



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, September 2, 2014

TIPS HILANGKAN PARUT JERAWAT

Masa sebelum hamil muka kita licin je kan.. Tapi bila dah mengandung, mungkin disebabkan perubahan hormon dalam badan jerawat tumbuh bagai cendawan. Haruslah kita ada perasaan malu, segan dan stress.


Nak cuba guna krim jerawat yang ada di pasaran amatlah tidak disarankan sebab bahan kimia mungkin akan memberi kesan buruk kepada janin. Jadi terbiarlah jerawat di muka tanpa rawatan dan muka dipenuhi parut jerawat.

Hari ni, mommy nak kongsikan tips atau petua tradisional untuk hilangkan parut-parut jerawat tersebut. Jika diamalkan secara istiqamah, insyallah akan berjaya..

  • Ambil madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan dekat parut jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya 2x sehari.
  • Tumbuk kulit kayu manis sampai jadi serbuk. Campurkan dengan air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.
  • Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka berparut pada waktu malam. Esoknya cuci dengan air suam.
  • Kisar timun dan tapis airnya. Ambil hampas timun dan tampalkan pada muka selama setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam
  • Rendah beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segengam beras. Giling sampai lumat. Sapu pada muka berparut 2x seminggu.
  • Tumbuk 10 helai daun sirih muda. Tempelkan pada parut jerawat. Biar sampai kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan 3x seminggu.
Insyallah jika diamalkan selalu akan berkurangan parut jerawat. Kalau nak cuba Shaklee Collagen Powder tak salah juga jika mahu hasil yang cepat dan berkesan.



Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, August 25, 2014

TIPS KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN

Sudah lebih sebulan mommy berehat dari menghapdate blog ni. Mood raya terover namanya tu. Mommy juga nak berkongsi dengan followers semua, ada ke followers mommy.. hahaha yang mommy telah selamat melahirkan permata hati kedua, Putera Raees pada 12 Ogos 2014, 12.51 tengahari. Kali ni, semuanya terkejut sebab due date mommy sebenarnya 7 September 2014. Tapi disebabkan air ketuban kurang kalau kata medical dia oligohydramnios, permata hati mommy dinasihatkan untuk dilahirkan segera. Alhamdulilah berkat doa dan tawakal, mommy berjaya melahirkan secara normal.

Hari ni dah hari ke 14 tepat 2 minggu selepas bersalin, mommy nak berkongsi jugaklah tips yang mommy jumpa ni untuk cara-cara kempiskan perut selepas bersalin secara tradisional. Semoga berjaya!

  1. Campur sedikit cuka, garam dan kunyit kemudian kisar. Tampal bahan kisaran pada perut dan balut dengan bengkung ketika dalam tempoh berpantang.

  1. Campur sedikit beras dan kisar halus.  Kemudian campurkan dengan adunan cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu empat kali.

  1. Potong halia lebih kurang saiz 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam 15 biji. Kisar kesemuanya. Tapis dan minum airnya.

  1. Campurkan asam jawa, jadam dan air mendidih. Sapu adunan tersebut pada perut dan pakai bengkung sepanjang tempoh berpantang.

  1. Tumbuk beberapa potongan halia sehingga halus. Gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Makan bersama nasi panas. Selain membantu mengempiskan perut, ia memperbaiki pengaliran darah dalam badan.

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Monday, July 21, 2014

TIPS MUDAH BERSALIN

Ada banyak petua tradisional yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu hamil menjelang tarikh kelahiran bayi mereka. Jom semak petua tersebut yang mudah diamalkan.
Makan kurma
Kurma terkenal sebagai pembekal tenaga segera. Sepanjang hamil, ibu sememangnya digalakkan makan kurma. Ia berperanan membekalkan tenaga ketika sedang sakit kontraksi dan mengecutkan rahim.
Minum air kelapa
Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.
Makan bendi
Semasa hamil, ibu-ibu digalakkan makan kacang bendi. Pastikan ia direbus terlebih dahulu. Lendir yang ada pada bendi dipercayai memudahkan proses bayi keluar dari rahim ketika dilahirkan.
Telur ayam
Supaya mudah bersalin, ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saat untuk melahirkan. InshaAllah proses kelahiran menjadi mudah.
Minyak kelapa
Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan. InshaAllah berkesan.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, July 13, 2014

CARA TINGKATKAN PENGELUARAN SUSU BADAN

Lebih kerap anda mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan, tetapi menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang. Apabila anda berjauhan dengan bayi anda, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi anda, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih. 

Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat. Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses. Meletakkan flanel hangat pada buah dada anda atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran. Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif. 

Jika anda merancang untuk kembali bekerja, anda akan merasa kurang tertekan jika anda sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal. Ini bukan hanya memberikan masa untuk anda berasa yakin dengan keupayaan anda untuk mengeluarkan susu, tetapi anda juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan.  

Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan, jadi jangan risau jika anda hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya. Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada anda selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi. Pilih masa yang mana anda tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu. 

Sekiranya anda tidak mampu menyediakan makanan yang seimbang anda boleh pertimbangankan pengambilan supplement Set BF Triple M SHAKLEE untuk mengisi kekosongan zat dalam badan..


Tapi boleh juga kalau nak cuba set milk booster iaitu ALFALFA &  ESP. Klik SINI untuk DAPATKANNYA SEKARANG!


Credit: Babycenter

Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp : 0176725772

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Tuesday, July 8, 2014

INFO KELAHIRAN BUAT BAKAL IBU


Menanti detik melahirkan anak merupakan saat yang mendebarkan bagi bakal ibu. Untuk melancarkan proses kelahiran bayi, sebaiknya ibu mempunyai ilmu dan info tentang perjalanan untuk melahirkan bayi supaya ia lebih mudah.
Tanda tanda ibu hendak melahirkan anak termasuk sakit bersalin, keluar darah dan lendir di permukaaan serviks dan pecah air ketuban.
Sebaik sahaja ibu dimasukkan ke wad, jururawat akan melakukan perkara-perkara berikut:
1.Cardiotocography (CTG) untuk memantau degup jantung fetus.
2.Enema untuk membersihkan usus besar.
3.Pemeriksaan vagina untuk memeriksa bukaan serviks.
4.Memasang titisan intravena; tiub plastik akan dimasukkan ke dalam salur darah. Tiub ini adalah untuk memasukkan ubat jika berlaku kes kecemasan.

Terdapat tiga peringkat proses bersalin:
1.Peringkat pertama
Serviks akan terbuka perlahan-lahan sehingga bukaan berukuran 10 cm bagi membolehkan bayi keluar. Pengecutan otot pada mulanya agak perlahan setiap 10 minit dan bertambah kuat dan kerap. Pada akhir peringkat pertama pengecutan berlaku setiap 2 hingga 3 minit dan berterusan selama 40 saat. Peringkat pertama biasanya mengambil masa lebih kurang 8 jam.

2.Peringkat kedua
Peringkat ini bermula apabila serviks telah terbuka sepenuhnya dan berakhir apabila bayi dilahirkan. Dengan bukaan serviks yang luas, bayi akan bergerak turun sehingga kepalanya muncul di bukaan vagina. Selepas kepala dan bahunya keluar, bayi boleh keluar dengan mudah. Peringkat ini mengambil masa 30 minit. Biasanya episiotomi (potongan di bahagian bawah vagina) dilakukan untuk mengelakkan vagina dari terkoyak.

3.Peringkat ketiga
Selepas bayi dilahirkan, uterus akan terus mengecut dan uri akan dikeluarkan. Peringkat ini mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.

SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.