Assalamualaikum semua..
Memandangkan mommy masih lagi dalam tempoh pantang, mommy ingin berkongsi tentang tips untuk kurus selepas bersalin. Kita perlu berikan masa untuk badan kita pulih daripada proses melahirkan dahulu. Jadi, bolehla tunggu lebih kurang 6 minggu sebelum kita boleh berfikir untuk menguruskan berat badan. Perlu diingat bahawa, bentuk badan anda mungkin sudah berubah selepas melahirkan dan mungkin juga agak susah untuk anda kembali ke berat asal sebelum kehamilan.Sebagai permulaan, boleh jer kalau anda ingin melakukan senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan sebaik sahaja anda rasa anda sudah kembali bertenaga.Tetapi untuk senaman yang lebih berat perlulah anda menunggu sekurang-kurangnya 6 minggu yer.
Jadi, bagaimana kita boleh mengurangkan berat badan dengan selamat selepas bersalin?
Semestinya diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu baru. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat. Panduan umum berikut dapat membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat:- jangan tinggal sarapan pagi;
- makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari:
- sertakan banyak makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;
- pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
- kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mana mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi;
- kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.
Memang susah untuk kurangkan berat badan selepas melahirkan anak, penting bagi anda melakukannya, dengan berhati-hati dan perlahan-lahan. Sedikit penambahan berat sebanyak 1-2 unit BMI di antara kehamilan pun boleh meningkatkan risiko komplikasi seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis dalam kehamilan seterusnya. Anda juga lebih berkemungkinan untuk melahirkan bayi yang lebih besar.
Jika anda menyusu badan, anda memerlukan lebih sedikit kalori daripada ibu yang memberi susu formula..
Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda.Jika anda mengamalkan diet yang baik dan berkhasiat sebelum dan semasa kehamilan, anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang.
Tetapi jika anda tidak makan dengan baik sebelum dan semasa hamil atas apa-apa sebab termasuk mabuk kehamilan, alah terhadap sesuatu makanan atau apa-apa kesukaran lain berkaitan kehamilan, ia akan mengambil masa yang lebih lama, sekitar setahun atau lebih. Ia juga mungkin akan mengambil masa yang sama walaupun anda makan dengan baik.
Ingatlah, anda baru sahaja berjaya menyelesaikan satu tugas berat yang memerlukan anda memerah segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda. Berikan badan anda masa yang diperlukannya untuk kembali kepada bentuk asal.
Credit: Babycenter
Mommy telah pun mencuba set kurus Shaklee,tapi tak sempat nak berkesan, mommy telah hamil anak kedua.. Tapi takpe, lepas ni boleh cuba balik! Gambar ni adalah throwback masa nak start set kurus dulu.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
No comments:
Post a Comment