Anda tau tak apa itu kekurangan G6PD? Dulu pun mommy tidak ambil tahu pun tapi pernah dengar. Disebabkan permata hati kedua mommy Raees mengalami kekurangan G6PD, mommy perlu ambil tahu sekarang. Jadi mommy ingin kongsi bersama-sama apa itu kekurangan G6PD dengan semua.
Apa itu G6PD?
G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase) adalah sejenis enzim yang bertanggungjawab untuk melindungi sel darah merah (pengangkut oksigen) daripada dimusnahkan lebih awal.
Apakah Kekurangan G6PD atau G6PD Deficiency?
Kekurangan G6PD atau G6PD Deficiency adalah suatu keadaan di mana sel darah merah tidak dapat menghasilkan enzim G6PD yang mencukupi sehingga mengakibatkan sel darah merah musnah dengan cepat apabila terdedah kepada bahan-bahan aktif tertentu.
Contoh darah diambil dari tali pusat bayi semasa bersalin dan akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan dan pengesahan G6PD.
Sekiranya Anak atau Bayi didapati kekurangan G6PD,
- bayi dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 10 hari. Seperti pengalaman mommy, Raees dibawah permerhatian doktor untuk rawatan jaundice selama 5 hari kerana jangka masa tersebut adalah yang paling kritikal.
Permerhatian ini perlu kerana bayi boleh mengalami penyakit kuning Jaundice dengan serta merta yang boleh mengakibatkan kecacatan otak dan pendengaran.
Langkah seterusnya..
Jangan ambil ubat yang tersenarai di bawah atau ubat-ubatan yang mengandungi bahan aktif yang sama tanpa arahan atau nasihat doktor. Elakkan bayi daripada bahan-bahan berikut:
- KACANG PARANG
- UBAT GEGAT
- UBAT-UBAT TRADISIONAL, JAMU ATAU SINSEH
Sekiranya termakan atau tersentuh bahan-bahan di atas, bayi akan mengalami :
- Penyakit kuning (jaundice) dengan serta merta
- Air kencing berdarah atau berwarna teh pucat
- Pucat
- Demam
Oleh yang demikian, setiap kali ingin mendapatkan rawatan perubatan, perlulah diberitahu yang bayi Kekurangan G6PD.
Boleh ke seseorang yang kekurangan G6PD hidup normal?
- Boleh,elakkan daripada memakan atau menyentuh bahan-bahan yang dilarang
- Kekurangan G6PD bukan penyakit berjangkit dan keadaan ini adalah sepanjang hayat
- G6PD diwarisi secara genetik dan seringkali melibatkan kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa. Bagi kes Raees, mommy adalah pembawa sebab sepupu mommy ada mengalami kekurangan G6PD.
UBAT DILARANG AMBIL
ANTI MALARIA
- Chloroquine*, Hydroxychloroquine, Primaquine, Quinine*
SITOTOKSIK atau ANTIBAKTERIA
- Chloramphenicol, Co-Trimoxazole (Bactrim), Nitrofurantoin
ANALGESIK atau ANTIPIRETIK
- Acetanilide, Aminopyrine*, Antipyrine*, Aspirin*, Phenacetin, Probenecid, Pyramidone
LAIN-LAIN
- Ascorbic Acid*, Hydralazine, Mestranol, Mehylene Blue, Napthelene (ubat gegat), Vitamin K
KARDIOVASKULAR
- Quinidine*
SULFANAMIDE atau SULFONE
- Dapsone, Sulfasalazine
MAKANAN YANG DILARANG
- Kacang Parang
- Blueberi
- Kamfor
* SELAMAT DIAMBIL (TETAPI DALAM DOS TERAPEUTIK SAHAJA)
Sumber: Informasi dari Farmasi Hospital Sg Buloh
Kebiasaannya jika ibu menyusu anak yang kekurangan G6PD, ibu tidak dibenarkan untuk mengambil Alfalfa Shaklee kerana Alfalfa tinggi dengan kandungan Vitamin K. Jadi set penyusuan yang sesuai buat ibu yang menyusukan bayi G6PD seperti mommy adalah Set Penyusuan Eu Four Pack:
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
Hubungi mommy darwisya untuk konsultasi percuma atau sebarang keterangan lanjut.
SMS / Call / Whatsapp / Telegram: 0176725772
Email : wss_ary@yahoo.com or wssary@gmail.com
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
FB : Wan Shahariah Sulaiman
Fanpage: Mommy darwisya - All About Natural Supplement
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Nice info..thanks
ReplyDeletehttp://sweetmom83.blohspot.com
wah!baru tau apakebenda g6pd tu..tq sis!
ReplyDeletehttp://suplement4us.blogspot.com/
Info yang bagus... ;)
ReplyDeletehttp://ceritadimtiyazcorner.blogspot.com/
pernah dengar tentang G6PD tp tak pernah nak ambil tahu pun sblm ni..sejak kenal shaklee, banyak ilmu saya belajar..
ReplyDeleteThanks for sharing sis.. ilmu yang bermanfaat...
ReplyDeleteThanks for sharinv..memang tengah mencari-cari artikel ni
ReplyDelete